“Ia seperti mengupah seorang pembunuh upahan. Walaupun pengupahnya telah mati, pembunuh upahan tetap menjalankan tugasnya kerana dia sudah menerima wang upahnya,” ujar Norman.
Alara menerima tugasan menyiasat beberapa kes kematian yang pelik. Mangsa-mangsanya mati disebabkan anak pokok tumbuh dari dalam tubuh mereka. Di setiap lokasi kejadian ditemui sebiji buah seperti buah sukun dengan lekukan-lekukan aneh pada permukaan buah tersebut. Situasi bertambah genting apabila kematian yang sama berulang pada ahli keluarga mangsa yang sama.
Dalam pada itu Emmad membantu Sarjan Albin mengesan kehilangan sepuluh orang anak yatim. Emmad merasakan kehilangan kumpulan anak yatim itu ada kaitan dengan kejadian keracunan sianida ke atas sepuluh orang anak yatim dalam satu majlis keraian anjuran Datuk Umar beberapa bulan yang lalu.
Kedua-dua kes mula terkait apabila Alara mendapati beberapa orang ahli keluarga mangsa kes pembunuhan pokok ajaib mempunyai urusan perniagaan dengan Norman, menantu kepada Datuk Umar dan urusan perniagaan itu tidak berakhir dengan baik. Emmad yakin kematian demi kematian yang berlaku adalah pembunuhan yang disasarkan pada mangsa-mangsa tertentu dan berlandaskan dendam.
Kini Alara, Emmad dan Sarjan Albin harus mencari jalan bagaimana untuk menghalang kematian-kematian kes pokok ajaib daripada terus berlaku.
Emosi aku bila baca buku ni dari mula sampai habis turun naik sebab buku kali ni sumpah paling best pernah aku baca! Bila genre misteri bercampur dengan seram, lahirlah Pokok Hajat yang menepati semua ciri-ciri jalan cerita yang aku suka. Buku ke-empat dalam siri Dimensi Paranormal ini lebih bagus dari jangkaan awal aku sebab kali ni kita lebih fokus pada aspek penyiasatan dalam kes-kes misteri yang berlaku.
Kehilangan 10 orang anak yatim dan pemandu bas bernama Shahruddin menjadi topik di Muar. Detektif Alara dan Emmad Halil, perunding jenayah sedang menyiasat kes kematian aneh seorang budak lelaki yang mati dengan anak pokok tumbuh di dalam paru-paru. Dua kes berbeza ni mempunyai kaitan tetapi Emmad masih mencari apakah kaitan antara kes pelik ini.
Apa yang aku suka dengan buku ni walaupun babak seram tak banyak tapi sebab cara penceritaan dia lebih pada penyiasatan atau "invetsigation style" sebab lebih tertumpu pada watak Alara dan Emmad yang cuba untuk menyelesaikan kes di mana mangsa-mangsa mati dengan anak pokok tumbuh dalam badan mereka. Kes-kes ini pelik dan aku suka bila penulis banyak mengikut satu persatu bagaimana sesuatu siasatan dibuat dari forensik, cara bertermu dengan saksi dan polis2 yang bertindak untuk mencari maklumat dari Hakim. Aku memang gemar dengan cerita yang berunsurkan misteri thriller yang lebih fokus pada polis detektif sebab tu aku suka gila buku ni! Banyak ayat dan babak dalam ni yang aku suka sebab umpama macam aku pun terlibat sama dalam perjalanan mereka untuk membongkar kes ni. Disebabkan itu bagi aku memang 5 bintang untuk buku ni tak cukup, kalau boleh nak bagi 10 la hahahhaha.
Kali ni lagi banyak babak bersama Emmad jadi aku lagi bertambah suka dengan watak dia ni sebab dia ni kelakar tak bertempat ye tapi dia pandai dan prihatin dengan perkara2 kecil jadi teori dia sentiasa betul. Penceritaan macam biasa sangat berkesan, lawak dalam ni selalu buat aku tertawa, babak seram dengan makhluk pokok hajat ni tak seram mana tapi aku suka konsep Pokok Hajat ni sebab manusia yang berhajat buruk sentiasa akan membawa kepada pengakhiran yang tragis.
Misteri masih lagi tak terjawab tapi aku dah mula nampak seakan corak penceritaan yang melibatkan beberapa watak dalam siri ni. Untuk lebih menghayati siri ni, memang aku rekomen untuk mula dengan buku 1 Mayat Pintal sebab semua akan berpusing pada paksi yang sama! Tolong baca siri ni cepat sebab bagi aku, senang dan mudah nak baca buku ni!
Terima kasih Penerbit X atas pemberian buku reviu untuk ulasan jujur
"Macam mana anak pokok tu boleh tumbuh dalam anak tekak mangsa?" - Alara
Selain dari nak puji cover Pokok Hajat yang A+ ni. Kita nak puji diri kita jugak sebab 2 kali repeat baca buku ni hshs. Kenapa ulang baca? Sebab kita love sangat. Misteri & penyiasatan yang seimbang. Sumpah tak bosan.
Tapi penyiasatan lebih banyak sebab tu kita suka. Masa ni la nak tengok penulis perah idea dia untuk sedapkan lagi teori-teori kes pembunuhan. So far, menjadi walaupun kita ada macam terfikir mana mai idea nak kona kona cerita ni? 😮💨 From A nak ke A balik? How?
Kita rasa buku kalini padat, page turner, fast paced & melekakan . Macam-macam hal yang terjadi. Kes kematian yang melibatkan anak pokok tumbuh dalam badan si mangsa, buah sukun yang mempunyai lekukan seperti muka manusia, kes kehilangan 10 orang anak yatim & banyak lagi. Iya. Tragis dan menyayat hati sebab ramai mangsa tidak bersalah menjadi korban. Baik budak kecil atau orang dewasa.
Kita suka penulis connectkan watak-watak yang ada. Dari impossible - possible la eh?. Tak sangka pula ada kes lama tahun 1997. Kesian si mangsa. Hm tambah pula, kes tergantung dan si pelaku? Teka la sendiri 🫵🏻 Kita suka macam mana setiap kali kita baca apa yang penulis ceritakan. Terus terbayang depan mata. Macam mata kau ni jadi projector dan otak kau tengah play movie.
Dan macam biasalah, kalau ada abang Emmad & kakak Alara. Dalam melayan kes-kes misteri tu. Terhibur juga dengan kombo anjing kucing ni. Kita harap lebih banyak kemunculan dieorang dalam siri seterusnya. Sebab nampak macam ini kombo eksperimen penulis. Hshs nampak macam kombo tak sebulu. Emmad antara karakter yang juga masih samar-samar. Otak bijak macam batu cincin. Tapi sejenis yang santai dan beku. Dan -- akhirnya tetaplah tak tahu siapa lah yang outofnowhere muncul dihujung cerita macam hero lepastu lesap macam toyol.
Masih banyak tanda tanya. Saya perlukan jawapan. Harap penulis tak sidai lama sangat.
Kematian pelik yang terjadi memeningkan pihak polis. Sekumpulan mangsa didapati mati tercekik atau kekurangan oksigen. Setelah bedah siasat dilakukan mereka dapati dalam badan mangsa terdapat anak pokok yang masih hijau. Seolah-olah pokok itu tumbuh dalam badan mereka.
Makin lama makin geram dengan perangai Emmad ni. Ada sahaja kelakuannya yang menyakitkan hati orang di sekelilingnya. Alara dah tentu menyampah dengan dia. Terkekek-kekek SH membaca pertengkaran mereka. Sarjan Albin yang baru mengenali Emmad pun tidak terlepas dari sakit hati dengan gelagatnya.
Inspektor Rahil ni masih lagi dengan perangai cengey dia. Ingatkan sudah tak muncul watak dia. Sekali muncul balik di siri ini. Masih dengan sindiran-sindirannya. Agaknya banyak makan tebuan agaknya, tu yang garang semacam sahaja tu.
Kadangkala kita sebagai kanak-kanak suka melakukan sesuatu tanpa berfikir. Main cakap dan main buat sahaja ikut sesuka hati. Namun tanpa sedar mungkin perbuatan itu boleh berbalik semula ke kita apabila sudah menjejak dewasa. Masa itu sesa sudah tidak berguna lagi. Terlajak perahu boleh diundur, namun terlajak kata dan tindakan tidak mampu berpatah semula.
SH suka bagaimana penulis menyusun kaitan setiap watak dalam naskah ini. Semuanya saling berkait dan setiap mereka punya cerita mereka yang tersendiri.
Kita kembali ke garis masa bersama Detektif Alara & Emmad. Kes-kes pembunuhan pada kali ini bagi Lysa sangat pelik & tragis. Pelik kerana bayangkan mangsa-mangsa tersebut mati kerana ada anak pokok tumbuh dari dalam badan mereka. Tragis kerana ada perkaitan kes daripada siri pertama iaitu Mayat Pintal (I taknak spoil walaupun ada tulis dekat sinopsis). Kedua-dua kes mula terkait dan masa itu, Detektif Alara dpt klu ada sebahagian mangsa mempunyai urusan bisnes dgn suspek.
Untuk Emmad pula, dia dalam Pokok Hajat agak function juga berbanding sebelum ni. Yang menariknya, penulis mula kasi hint karakter Emmad ni ada misteri yang tersendiri.
🔎 Apa yang membuatkan Lysa bagi lima bintang?
Kes ni sumpah kompleks tetapi penulis ni berjaya deliver jalan cerita yg thrilling dgn menjadikan pokok sebagai paranormal elemen, ditambah dgn motif pembunuhan yang bagi Lysa sgt menyayat hati & ngeri, like apa salah budak-budak tu kau kerjakan 😭🫵🏼 Dgn ada throwback untuk kes tahun 1997 ... fuh! Sedih. Dgn kes itu juga, penulis selit sedikit hal perundangan which really I appreciate sbb dpt ilmu baru juga.
#dimensiparanormal — setakat ni, kes terjawab namun entiti yang hadir masih lagi misteri untuk siri ni. Hantu Galah, meh cpt keluar 😭 Untuk siapa yang belum baca #dimensiparanormal , what are you waiting for? Dan terima kasih sekali lagi @penerbitx ✨