Jump to ratings and reviews
Rate this book

Siri Puaka Sekolah: Gelanggang Silat

Rate this book
“Puaka gelanggang silat? Ah, merepeklah!”

Itulah yang difikirkan oleh Bakri ketika cerita tentang puaka yang menghantui sekolah baharunya itu sampai ke telinga. Tentang seorang pelajar sekolah yang hilang 10 tahun lalu dan tidak ditemui hingga kini. Gosip hangat memperkatakan pelajar tersebut telah diculik oleh puaka gelanggang silat purba yang dahulunya bertapak di sekolah mereka, Sekolah Menengah Tanjung Batu.

Satu demi satu peristiwa aneh menimpa Bakri sehingga akhirnya mengheret dia dan teman-temannya untuk menyiasat apa sebenarnya yang berlaku di sekolah mereka.

Benarkah semua itu angkara puaka? Atau mungkin ada sesuatu yang lebih berpuaka daripada Puaka Gelanggang Silat itu sendiri.

* * *

Kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku terhadap kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.

136 pages, Paperback

First published September 22, 2024

13 people want to read

About the author

Tey Marzuki

13 books101 followers
Penulis bagi novel/novelet :

1) Sindrom - 2017 (DearNovels)

2 Kerana Kirana (Projek Kerajaan Paling Seram Vol 2) - 2018 (DearNovels)

3) Purnama - 2019 (DearNovels)

4) Vendetta - 2020 (DearNovels)

5) EVA - 2021 (DearNovels)

6) Ebook EVASIF - 2021 (Bersama-sama 4 orang penulis)

7) Ebook Isteriku Di mana? - 2021 (bersama-sama 4 orang penulis)

8) Hikayat Suwarga Sukma Canderawasih - 2022 (Swaterbit)

9) Siri Puaka Sekolah : Puaka Surau Asrama - 2024 (Penerbit X)

10) Siri Puaka Sekolah : Puaka Gelanggang Silat Sekolah - 2024 (Penerbit X)

11) Hikayat Suwarga Indera Bumi - 2024 (Swaterbit)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (42%)
4 stars
8 (57%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for lysareading.
310 reviews42 followers
January 13, 2025
Tak puas hati sebab rasa nak lagi!

Pertama kali juga baca cerita seram yang bertemakan persilatan. Setiap dekad akan ada kes pelajar hilang akibat kemunculan puaka gelanggang silat purba. Agak teruja apabila ada keunikan daripada segi mistik dan rahsia di sebalik silat purba itu.

Biasanya, mangsa yang terkena dengan makhluk mistik ni mesti akan ketakutan ya amat kan, tetapi aku suka apabila penulis buat kelainan untuk karakter Bakri & Cikgu Malik. Masa ini, aku memang terhibur apabila jin kena provok 😂 Aluran cerita digarap dengan baik, sentiasa buat aku tertanya-tanya & paling penting, terselitnya doa-doa untuk pelindungan kita daripada bahaya.

Kawan-kawan Bakri pun ada perangai tersendiri yang aku boleh bezakan. Syok! Dan aku dah agak sebenarnya hal Zali tu 🙂 Dia memang sus sangat!

Apa yang aku tahu siapa yang handal bersilat ni memang biasanya berani, tidak gentar & akan diajar ilmu-ilmu agama untuk menangani hal mistik juga (okay ini aku dengar je tau. tak pasti betul ke tidak).

Untuk silat purba itu, sebenarnya aku banyak persoalan lagi sebab tidak berapa jelas kenapa mesti 10 tahun? Dan apa punca utama yang menyebabkan wujudnya pertarungan sampai mati...bagi aku, kalau ada deep history disebalik silat purba tu mesti syok juga.

Namun, bagi aku keseluruhan cerita menghiburkan & salah satu buku kesukaan aku untuk siri puaka Penerbit-X ni!
Profile Image for wisteria.
18 reviews
October 29, 2024
4.5 ⭐️

Siri Puaka Sekolah kali ini berlatarkan gelanggang silat di Sekolah Menengah Tanjung Batu. Genap 10 tahun, puaka gelanggang silat itu pasti akan mencari korban seterusnya! Mampukah Bakri dan rakan-rakannya mencari kebenaran tentang puaka gelanggang silat ini?

Wow ouhhh wow 😳 speechless sekejap lepas baca siri kalini. Jarang jarang sebenarnya nak jumpa buku seram yang bertemakan silat kerana kebiasaanya, silat itu sendiri memang selalu dikaitkan dengan hal-hal “mistik”.

Saya suka dengan cara penulis putar kepala pembaca yang sedang fokus membaca siri ni 😭 ehh meremang lah sikit masa part Bakri berbual dengan “Pak Cik Roslan”.

Pada pendapat saya, siri kali ini bukanlah “seram” tetapi lebih kepada hal-hal mistik dan alam ghaib. Saya percaya ini memang salah satu gaya penulisan penulis dengan plot sebegini. Sejujurnya, saya memang nak baca buku lain dari penulis ini sebab saya memang suka dengan gaya penulisannya.

Tambahan, Cikgu Malik? Saya suka Cikgu Malik!! Cikgu Malik masa remaja lain macam eh? 😂

Cuma ada bahagian yang saya rasa macam tak dapat closure.

Tapi secara keseluruhannya, Gelanggang Silat memang recommended untuk dibaca!
21 reviews
March 23, 2025
Sebuah cerita yang simple tapi tidak kurang mendebarkan.... Mak suka.
Profile Image for Izzatimare.
78 reviews1 follower
October 18, 2024
Settle dah baca salah satu karya Tey. Rasa tak puas baca sebab cerita tu pendek sangattt 😩

Plot cerita yang menarik. Kisah tentang Puaka Gelanggang Silat yang akan menuntut korban setiap 10 tahun semasa blood moon. Mangsa yang menjadi korban akan dibawa masuk ke alam ghaib dan akan diminta untuk berlawan silat dengan Pawaka, jika kalah, mereka akan mati. Cikgu Malik ialah seorang mangsa yang terselamat. Seronok tau baca macam mana beliau berhelah dengan makhluk jahat yang suka menyesatkan manusia.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for SS.
520 reviews5 followers
January 8, 2026
Kita cemas bila tengok helaian m/s buku yang jari kita pegang tinggal lagi 3-4 helai. Sebab kita rasa macam tak cukup. Kenapa cerita dah nak habis sedangkan kita rasa macam nak senaraikan apa lagi yang kita nak tahu dalam cerita Gelanggang Sekolah ni. Tiba-tiba auto jadi tamak nak buku ni jadi setebal Puaka Rombongan Sekolah.

Best. Dari awal cerita memang kita dah terus hook ✔️ Kehilangan pelajar secara tiba-tiba itu telah menimbulkan kekecohan dan kekacauan. Bayangkan dekat CCTV nampak pelajar tu ada - tapi bila dicari tak jumpa. Jadi timbul satu persoalan. Adakah pelajar tersebut diculik puaka gelanggang sekolah? Al maklumlah sudah genap 10 tahun. Jadi mesti akan ada mangsa seterusnya. Kamalkah orangnya?

Kita tak ada masalah dengan gaya penulisan penulis (Idea, konsep, susunan storyline, watak dan sebagainya). Kita suka macam mana penulis bawa pembaca masuk ke alam lain. Dihuraikan dengan baik (suasana alam).

..sebaliknya di sebuah lapangan yang dikelilingi jamung yang menyala terang.
..suasana tiba-tiba berubah malam gelap. (m/s 27-28)

Kita suka watak cool Cikgu Malik, Bakri & the geng. Semua ada karakter dan suara tersendiri. Of course, paling kita suka watak Cikgu Malik & Bakri. Sebab both of them ada persamaan. Dan kita suka persamaan yang mereka dua ada untuk melawan si puaka. Dan ternyata benarlah. Ilmu agama yang ada di dada tu. Jika digunakan sebaiknya. Memang 👍🏻 .

Scene Bakri dengar something sehingga membawa dia ke gelanggang sekolah tu pun best je sebenarnya.

Walaupun Bakri masih baru di sekolah itu. Tapi kita suka macam mana cara Bakri bawa diri untuk menyesuaikan diri dia dalam suasana dan kawan-kawan. Tak nampak macam dia try hard sangat. Reaksi yang biasa tapi boleh rasa yang karakter dia tu makin lama makin menarik untuk dibaca.

Malah, penulis pandai main perasaan. Kita tak boleh la baca pasal mak Kamal. Terus rasa sedih. Dan baca POV Kamal pun. Kita jadi sedih juga :') Mungkin kurang 1star sebab ada few things yang saya perlukan jawapan. Dan ending terlalu terkejut untuk diri ini menerimanya hshs sebab know know habis.
Profile Image for Kentang.
23 reviews
August 17, 2025
Kisah tentang sebuah sekolah yang mana setiap 10 tahun akan ada mangsa yang hilang tanpa jejak. Kehilangan setiap mangsa pula dikaitkan dengan kisah mistik.

Setuju bila orang cakap cerita ni mendebarkan tapi nda boleh berhenti baca. Bahkan nda puas baca.

Kisah yang mengajarkan tentang pentingnya ilmu agama di dalam dada dan tipu daya jin iblis itu benar ya.
Profile Image for Muhammad.
10 reviews
June 14, 2025
bismillah.

1 karya yang jarang kita baca ataupun lihat, lebih lebih lagi, gelanggang. 1 karya yang simple straight forward..je. aku mengharapkan sambungan lebih lebih lagi watak si bakri tu..yang buat kau kaget..tu dengan siapa si bakri tu berbual selama ni? 😳 highly recommended book! teruskan perjuangan mu, kak. Aamin Ya Rabb 🤲
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.