Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sanctuaria

Rate this book
People in the surrounding villages are saying all sorts of nasty things about the inhabitants of a commune named Sanctuaria. But how much of what they say is true?

300 pages, Paperback

First published April 1, 2014

9 people are currently reading
160 people want to read

About the author

Shaz Johar

25 books102 followers
Shaz Johar was born and raised in Kuala Lumpur. He works in a bank. His first novel KOUGAR (2011) won the Selangor Young Talent Award for Best Malay Novel. He followed this up with TABU (2011) and MENTAL (2012).

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
49 (16%)
4 stars
110 (36%)
3 stars
112 (37%)
2 stars
21 (7%)
1 star
8 (2%)
Displaying 1 - 30 of 61 reviews
Profile Image for Shafaza Zara.
167 reviews34 followers
May 7, 2014
Kata orang --- penulis yang baik akan bekerja dengan baik. Aku rasa Shaz Johar sedemikian rupa. Hasil kerja beliau teliti. Tak tergopoh gapah dalam menghidangkan karya terbaru dan tidak pula bermegah dengan karya-karya laris beliau.

Apa pun, Sanctuaria hadir dengan sindiran yang boleh dikatakan halus walaupun ada beberapa ketika --- ianya kelihatan lantang. Isu semasa dan beberapa isu yang pernah melanda negara diolah dengan cara tersendiri hingga mencuit tangkai hati. Pembaca akan terkesan dan berfikir --- bagaimana agaknya kalau ia benar-benar terjadi.

Kalau dalam novel-novel sebelum ini, Shaz Johar banyak mengangkat wanita sebagai watak utama yang mendominasi cerita --- kali ini, tak dapat tidak, boleh dikatakan wanita masih lagi antara watak yang menonjol walaupun Yang Arif itu sesekali menyebalkan fikiran (disebabkan hakikatnya Yang Arif tu serupa sedikit dengan ketua ajaran sesat yang pernah mengaku mempunyai kerajaaan langit).


Mungkin.
Kalau kau baca naskah ini ketika cuaca panas, kau akan didera secara mental nak minum sirap limau ais. Dan bila kau menelusuri ceritanya, kau mungkin akan pandang sirap limau dan pai cendawan dengan curiga selepas ini.

Apa pun, tahniah Shaz!
Anda tidak pernah mengecewakan pembaca
Profile Image for Ririn Aziz.
795 reviews106 followers
May 27, 2015
Buku pertama Shaz Johar yang saya baca. Buku-buku dia sebelum ni agak 'mengerikan' tajuk dan sinopsis dia, jadi tak berani nak baca. Tapi bila dikatakan buku ni bebas dari unsur2 dewasa (thanks to Asmar), saya memberanikan diri mencuba.

Bila dah start, laju jer baca. Kejap dah habis. Tidak menjemukan, sebab tu smooth sailing pace bacaannya. Tiada rasa tak puas hati, tiada rasa nak baling buku atau berhenti untuk menghilangkan stress...hehe.

Sejujurnya, bagi saya, ceritanya biasa sahaja. Malahan olahannya agak longgar, agak mendatar. Watak-watak tidak dipisahkan secara detail, kita perlu menggunakan imaginasi sendiri untuk menggambarkan semuanya. Dan saya tak dapat bayangkan kehidupan yang dikatakan 'bebas' tanpa ikatan di Sanctuaria. Masih terasa seperti kehidupan biasa di komuniti biasa. Aura ajaran sesat tu tak jelas. Semua kebebasan tersebut hanya diuar-uarkan dari percakapan watak-wataknya, tetapi tiada penjelasan kukuh dari sudut naratifnya. Macam keadaan di suatu penempatan terancang pun ada..huhu..

Tetapi, saya suka dengan kritikan-kritikan sosial yang dilempar secara bersahaja sepanjang penceritaan. Melalui Sancturia, penulis menonjolkan sikap orang-orang kita, tak kira di kedudukan mana, bila ada sesuatu isu menggemparkan yang dilaporkan media.

Cuma, saya tak dapat nak bayangkan jika Ayah Pin berbahasa Melayu slang KL, siap campur-campur dengan Bahasa Inggeris. Adehhh...tak boleh blah arr bro!
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
September 22, 2014
3.25* untuk keseluruhan naskah ini.

Tahniah buat encik penulis untuk naskah yang kelima ini. Bukan senang untuk menulis sebuah novel, jadi bila mana encik penulis sudah punyai novel yang banyak sebegini, ini kira satu pencapaian yang sangat membanggakan buat beliau yeay! Tahniah…

Cover buku ini sangat mengancam. Melihat cover buku ini sahaja pun membuatkan diri ini betul-betul rasa nak minum sirap limau sejuk! Hiks…

Buku ini rasanya lagi baik daripada Mental dan aku lebih suka naskah ini ( Bagi pandangan peribadi). Tapi bagi aku ianya hanya biasa-biasa sahaja. Cuma pacing cerita yang agak laju dan menyukarkan kita untuk melepaskannya.

Kini encik penulis cuba membawa isu yang agak boleh tahan panasnya. Mengenai isu agama. Ajaran sesat yang diterajui oleh tuan Arif di dalam sebuah kawasan yang dinamakan Sanctuaria. Namun semua yang berada di Sanctuaria ini tidak akan ingat kehidupan asal mereka selepas diberi minum sirap limau yang disediakan oleh salah seorang isteri tuan Arif.

Tapi membaca naskah ini mengingatkan pada sebuah dokumentari mengenai kisah mafia pada sekitar tahun antara 40-60 an di Amerika Selatan rasanya yang mana semua yang berada di bawah pemerintahannya harus mengikut telunjuk dan mengakui dia yang berkuasa seperti Tuhan. Sesiapa yang ingkar akan dibunuh. Dan apabila kawasan mereka tersebut telah diketahui oleh pihak kerajaan, semua pengikutnya diarahkan untuk meminum minuman yang beracun sebagai tanda setia dan junjung kasih. Dan hampir lima ratus pengikutnya mati waktu itu. Kelemahan ketua mafia tersebut, dia terlalu paranoid! Apa yang membezakan dengan kisah Shaz Johar ini, encik penulis membuatnya lebih kreatif dengan menerapkan unsur yang sesuai dengan negara ini dan ada unsur sinikal yang cuba disampaikan. Namun naskah ini tidaklah terlalu thriller seperti kisah dokumentari tersebut yang mana aksi tembak-menembak terus berlangsung.

Tapi kepada yang takut membaca buku Shaz Johar disebabkan risau ada babak dewasa, anda boleh membaca naskah ini. Ianya bersih 100% daripada babak yang selalu merisaukan pembaca.

Apa-apa pun semoga encik penulis akan terus maju lagi di dalam dunia penulisan.

Peace!
Profile Image for hans.
1,161 reviews152 followers
August 9, 2021
SANCTUARIA bertema misteri, jenayah dan kisah kemasyarakatan tentang satu perkampungan berciri authoritarian yang dihuni kelompok manusia yang ingin mencari pegangan hidup yang dikatakan lebih baik dengan mencipta satu kultus kepercayaan yang baru.

Ideanya agak sensitif dan 'berat' namun penulis sangat cermat dan santai melaras bahasa dan perkembangan cerita sepanjang bab dari kisah Musli yang tercampak ke Sanctuaria hingga ke rancangan melarikan diri di bawah petualang Tia dan Yus juga kisah bagaimana ajaran di Sanctuaria boleh bermula. Ada pelbagai konflik, pergaduhan, adegan cemas dan kadang keliru juga dengan linimasa naratif bila ada babak imbas semula disisip sekali dengan naratif semasa.

Tertarik dengan subplotnya yang fokus kepada kritik sosial dan budaya-- tentang sikap individu yang gemar menghukum dan menyebar fitnah, isu rasuah dan bagaimana kita senang menyalahkan hal lain bila sikap/pegangan iman kita sendiri yang mudah terpengaruh atau berfikir yang negatif sahaja. Tempo penceritaan penulis tak kalut atau messy dan karakternya walaupun agak ramai namun bagi kesan dan pengajaran yang bagus. Suka dengan bahagian akhirnya yang masih ada babak saspens. 4 bintang untuk SANCTUARIA!
Profile Image for Syaihan Syafiq.
Author 14 books137 followers
August 4, 2014
Penulisan Shaz Johar boleh diibaratkan seperti sebotol arak (no pun intended); semakin lama, semakin bagus. Percaturan terbaru beliau dengan SANCTUARIA menunjukkan kematangan dari segi penceritaan dan juga pengolahan cerita yang baik sekali.

Tema berat penyelewengan agama, kultus, masalah sosiologi masyarakat diangkat dalam SANCTUARIA. Aku akui, bukan mudah untuk 'meringkaskan' topik seberat ini, apatah lagi apabila menyentuh bab-bab agama. Walaupun jelas sekali novel ini diilhamkan oleh kisah realiti Ayah Pin yang pernah terkenal suatu ketika dahulu, Shaz Johar berjaya untuk menzahirkan suatu bentuk kisah masyarakat dari sisi segar yang tampak teliti dan juga penuh kajian.

Suatu kekurangan nyata yang aku lihat dalam novel ini adalah watak-watak yang boleh dikatakan terlalu banyak dan kebanyakannya tidak begitu 'berjiwa', menyebabkan aku payah sekali untuk ambil peduli dan terkadang watak-watak di dalamnya terasa agak detached dan pipih. Ada beberapa persoalan picisan yang dibiarkan tidak berjawab, dan ada beberapa hal yang tidak diceritakan sepenuhnya. Aku kira mungkin untuk memberi ruang kepada penulisan sekuel, barangkali?
Profile Image for Regina Ibrahim.
Author 22 books112 followers
November 5, 2017
Penerbit Fixi
Perunding: Hani Suraya
Reka kulit: Teck Hee
Sanctuaria memasuki cetakan ke lima pada Januari 2016. Mestilah ada sebabnya. Kesegaran kisah semasa negara ketika cetakan pertama di tahun 2014 agaknya. Shaz Johar bijak mengadun kisah, dipaparkan dungu dungu ekspresi orang orang biasa yang ghairah mencari hidup baharu dan bijaksana manusia mahu memerintah.
Bersedia untuk sirap ais limau dan lagu Mimpi ciptaan Pat Amir lantunan Daniel Lee. Mengimbau sungguh dua tiga pernyataan novel ini. Sesekali akan tersenyum teringatkan sifat orang orang di sekeliling kamu. Kisah dimulakan dengan prolog kes kematian Sumalee lantas bagaikan kamera filem pembaca akan beralih pada Mus yang beridentiti kompleks dan rahsia. Sedap sekali meneliti sifat Mus.
Santuaria diperkenalkan secara ekstensif melalui watak Mus. Pembaca akan mula mendalami sifat satu satu watak utama dan watak pilihan yang bersimpang siur dengan akal dan sejarah masing masing melalui teknik imbas semula ‘flashback’. Penulis mengambil kesempatan untuk menghamburkan dua tiga falsafah tentang kepercayaan, budaya, agama dan diri dalam naskah ini. Menarik untuk difikirkan bersama demi mengasah pemikiran. Ini hal yang sangat dipuji.
Pembaca ingin dinasihatkan jangan terlalu sangat memikirkan struktur kawasan Santuaria. Bayangkan sahaja yang ianya kawasan yang terpecil, terpisah, berbeza motif hidup di sana. Hal hal remeh sudah dirungkaikan penulis dengan penerangan bijak. Kandungan minuman, klinik, kedai roti, hutan dan kenapa masuk ke Santuaria. Buku ini akan membuatkan kamu tersenyum sambil sambil ghairah mahu tahu apakah kesudahannya dan kejutan kejutan sepanjang bercerita.
Ada bahagian bahagian di mana penulis mengambil kesempatan untuk berprosa dan meluahkan resah rasa manusia.
Epilog yang menamatkan naskah ini agak kabur dan terbuka tanpa mahu berkisah lebih lebih pada gabungan Tia dan Yusri.
ENAK DIBACA.
Profile Image for Inn Auni.
1,090 reviews24 followers
July 17, 2017
Penempatan jauh di dalam hutan dinamakan Sanctuaria. Dianggarkan 200 ahli termasuk kanak-kanak. Tiada peraturan, tiada agama, tiada kepercayaan kecuali patuh pada presiden yang dilantik iaitu Yang Arif. Terdapat 3 hierarki; pentadbir, profesional, pekerja. Semuanya bekerjasama antara satu sama lain. Asalkan cukup makan pakai dan ada tempat tinggal, sudah memadai [macam Korea Utara pula.]

Terdapat beberapa ahli (pekerja) yang sudah bosan dengan kehidupan di penempatan itu. Lari bermaksud maut. Maka cara halus perlu dicari. Tetapi bagaimana boleh dilakukan sekiranya setiap ahli disogokkan dengan sirap limau [lepas ni tak nak order sirap limau dah]. Air warna merah dengan rasa manis gula dan masam limau yang mampu membuatkan mereka patuh pada Yang Arif.

Semuanya berubah dengan kemunculan Mus. Beberapa ahli mengenali beliau sedangkan inilah kali pertama beliau menjejakkan kaki di situ. Dibawa secara paksa semasa pengsan di dalam hutan, membuatkan Mus tekad untuk mencari jalan keluar.

* * *

SJ tak menggambarkan secara terperinci cara kehidupan dalam Sanctuaria. Apa yang diperkatakan oleh orang kampung, itulah yang boleh dibayangkan oleh pembaca.

"Orang-orang kat situ buat ajaran sesat. Sembah patung, sembah api, minum air kaki orang, seks liar, hisap dadah, sumbang muhrim, macam-macam lagilah kerja setan yang dorang buat."

Keterujaan nak tahu dengan lebih mendalam tentang Sanctuaria ni sama naik macam Korea Utara. Bezanya Sanctuaria ni ialah sesiapa yang masuk tidak dibenarkan keluar lagi.

Cover paling menyerlah dari Fixi setakat ni. Tapi sirap limau tanpa ais bukan kegemaran saya.

Ayat yang SJ gunakan tak mendatar. Dialog pun menarik. Pendek kata tak bosan. Ada flashback yang membuatkan pembaca tertanya-tanya apakah seterusnya. Tidak dapat dipastikan siapa antagonist sebenar.

Cuma epilog macam tak kena dengan keseluruhan cerita. Seolah-olah Yusri dan Tia tidak mengalami perubahan. Patutnya melalui semua tu, adalah nampak anjakan paradigma. Entah, rasa tak puas hati dengan epilog.
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
December 31, 2017
Trying to catch up 2017 challenge... tak leh review banyak.

What can I say.... Reading Shaz Johar is an invitation to a mind boggling ending...
Profile Image for Ainur.
408 reviews43 followers
April 8, 2015
First of all, great work Shaz Johar. I’m a big fan. *thumbs up*



I’ve always enjoyed reading his book and sometimes I felt like it’s not enough. But this time, I’m truly satisfied. The storyline is smooth, there’re lots of questions at first, which made it captivating, made the readers curious, and want to keep reading it.

At first, when the story evolves around Kampung Melekit, it’s kinda slow. But when Mus arrived at Sanctuaria, that’s when things get interesting. There are lots of characters in this book; which don’t really has lots of diversity in them so sometimes I got confused at first to tell which one is which. My favorite character is Tia. She��s brave, strong and smart; she’s succesfully escaped from Sanctuaria, with all the money.

I enjoyed reading this, and it’s interesting that Shaz Johar still put one question unanswered at the ending. I think the one who sent the mushroom to Tia and Yus is Kundi. He’s still not dead, right? But that’s kind of not made any sense as to why would he did that, right?

My first Fixi book since I’m back at home. I was eager to read this since I’ve read the few early chapters. Plus the cover is so tempting. The only thing that's bothering me is the way the story at some parts all of sudden just jumped from the past to the present. But overall, it's a very good book. Definitely worth read.
Profile Image for Sizarifalina.
268 reviews
May 22, 2014
hmmm mcm mana nak start ya? ok. Siz memang nak sgt baca buku Shaz Johar ni. so bila ada kat bangsar hari tuh. terus gi silverfish and beli. as expected. it is a page turner. in my 1st sitting dah sampai 1/2 buku. my second sitting was all i needed to finish it. the book is awesome! spoiler alert!!⇨⇨ buku nih banyak mempersoalan kan tentang keimanan/kepercayaan sesorang. bukan sahaja itu... ia juga menyentuh kepada hal politik ( hal semasa ) . rasuah. kroni. pentadbiran sesebuah organisasi. kasih sayang antara dua insan (tak kira jantina dan agama) and much more. buku ni perlu lah dibaca dengan minda yang terbuka. jgn terlalu kolot nanti tersimpang pulak. ada bahagian yg agak klise tapi ia disampaikan dengan bersahaja. lepas baca baru sedar. bukan sebelum baca dah agak ending dia. next is how Shaz Johar selitkan The Jonestown Massacre dlm Sanctuaria. Siz teringat pernah tgk movie about that massacre.a true story. lebih kurang mcm sanctuaria.
Profile Image for Abigail Kim.
115 reviews
November 23, 2014
I've said i got a great vibe towards this book .Nice story so far and a good humour .Glad there's no sex or bed scene occurs in the storyline .I must admit sex scene won't make a book interesting .If you write something rubbish don't expect that kind of scene might help to recover the bad writing .And for that i barely finish reading it in a flash of time .Bro ,keep up a good work .Even if you declare yourself a symbol of sex author ,you've done a nice job for making a good stories without having to include porn materials .Love all your books or short story so far by now .Eager to read more in the future !
Profile Image for Arif Zulkifli.
Author 27 books184 followers
May 3, 2014
Perasaan yang aku rasa masa baca Sanctuaria ni sama macam perasaan bila aku baca Son Complex. Ceritanya bagi aku biasa je, tapi aku tak dapat nak berhenti baca. Mungkin pace cerita ni laju?

Banyak mesej yang aku dapat tengok, Shaz cuba sampaikan, dan kudos kepada dia. Cerita ni banyak menekankan realiti masyarakat Islam Melayu di Malaysia itu sendiri, yang aku tengok, dari hari ke hari, semakin teruk.

Tapi satu je aku nak tanya shaz, siapa yang muncul last sekali tu? Tension tahu tak fikir? =______=

Anyhow, tahniah pada penulis!
Profile Image for Abdul Rahman.
10 reviews1 follower
July 6, 2014
persoalan tentang kenapa mus masih boleh ingat sedangkan otak dia telah dirosakkan masih bermain difikiran saya. tia yang buta yang sebenarnya celik itu adakah jalan pintas menuju ke plot seterusnya? walau papun persoalan2 yang terzahir dan dialog2 yang menarik mencabar minda berfikir hingga ke akhir muka surat. penulis juga menyediakan babak2 rigan untuk pembaca 'rehat' sebelum terus mencerna maginasi. Cebisan2 dari koleksi cerpen dan novel2 sebelumnya menambah rencah yang mengkhayalkan seperti secawan sirap limau!
Profile Image for Amalia Masrom.
151 reviews7 followers
May 15, 2014
Buku tulisan Shaz Johar tak pernah menghampakan. Beliau sangat tenang mengolah cerita. Walaupun ada banyak watak dan lokasi, aku tak penat. Dan penulis memang suka buat pembaca tertanya-tanya dan berusaha habiskan buku ni dengan segera.

4 bintang untuk keseluruhan cerita.
Tahniah Shaz Johar! :)
Profile Image for Amira.
38 reviews
March 25, 2020
I can't remember exactly when I first read this book, it's probably in the year 2016. I gave this book a neutral (3 stars) as it gave me nightmares and creeps. The book isn't bad at all, is just that the content is too intense for me. I even had to sell the book xD.

The theme of the book revolves around drugs, mystery. There's a sanctuary where it is ruled by a man (the villain), with his 4 wives of different ethnicity and the odd thing about the place is that, they (the people) can't remember what had they did the day before, and they keep on restarting a new day, with brand new memories, and brand new people. I don't fancy polygamy in marriage and these people have new relationships everyday with different people with different/same sex. They basically lived a wild life. The content is what I consider "sesat sangat, sampai takleh nak hadam lagi" sebab tema lagi satu pun ajaran sesat. I just couldn't handle the book haha. Apa pun I mmg plan nak baca buku lain yg diterbitkan oleh Shaz Johar.
Profile Image for Ayman Hyeqal.
68 reviews58 followers
May 31, 2014
Sanctuaria
Karya Shaz Johar
Terbitan FIXI

Karya ke-5 penulis sensasi FIXI, Sancturia merupakan naskah terbaru penulis dari sisi yg berbeza, sebuah naskah yg berani yg pernah dihasilkan oleh penulis, boleh dikatakan naskah kisah yg pernah terjadi yg dioleh menjadi sebuah naskah yg baik, ternyata ini adalah naskah penulis yg terbaik pernah dihasilkan, kisah bermula dari kisah scndal VVIP yg cuba ditutup dari diketahui umum, Sumalee seorg gadis luar yg mempunyai scndal dgn Tengku Zach seorg VVIP, Sumalee tlh disorok di sebuah penempatan bernama Sanctuaria krn hasil scndl itu Sumalee tlh mengandung, pada awlnya rakyat tlh diwar-warkan dgn kematian Sumalee yg sgt tragis tp tanpa diketahui ia tlh disorok dan dijaga oleh penguasa dan seorg ketua bernama Yang Arif, Yang Arif yg tlh mengwujudkan penempatan itu bagi tujuan utk menempatkan mereka yg ingin bebas dari semua segi kerana disini mereka bebas utk melakukan apa yg mereka suka, mereka menganggap Yang Arif sbg tuhan mereka, disini perkahwinan tanpa ikatan, semua yg tlh masuk kedalam Sanctuaria mmg sukar untk keluar lg kerana mereka spt tlh lupa apa yg belaku sblm ini dan ingatan mereka hanya pada Sanctuaria, semuanya berpunca dari hidangan yg mereka sering minum, Sanctuaria juga sering dilaporkan oleh penduduk kg berdekatan kpd pihak berkuasa ttg pengamalan ilmu ajaran sesat tp tiada tindakan yg diambil lantaran Sanctuaria dilindungi oleh pihak berkuasa dan VVIP, yg akhirnya Sanctuaria berkembang dgn pesat, sehinggalah hadirnya seorg gadis bernama Mus seorg yg baru memasuki Sanctuaria, sejak kehadiran Mus Sanctuaria spt tdk aman spt sblm ini, pelbagai cobaan utk meloloskan diri dari Sanctuaria, Sanctuaria yg diketuai oleh Yang Ariff dan dibantu oleh penasihat seorg gadis yg merupakan seorg bekas doktor, apakah yg akan terjadi pada Sanctuaria apabila menerima kehadiran Mus? Adakah Sanctuaria akan lumpuh? Adakah penduduk kg berdekatan berjaya menghapuskan ajaran sesat Sanctuaria? Anda harus baca naskah ini hingga kehujungnya, bacalah dgn mata hati yg terbuka, sebuah naskah berani dari penulis, tahniah buat penulis

# p/s ini adalah pendapat peribadi dan setiap pembaca mempunyai citarasa yg berbeza
112 reviews3 followers
February 2, 2020
A turn off pada mulanya. Hanya sebab aku tak gemar MC perempuan dan lebih-lebih lagi naskah yang ada sebanyak-banyak tidak watak perempuan 😪 Tapi aku ni orang BUMI bukan MARIKH, maka hadaplah 😂

Aku baca karya penulis secara melompat jadi tak dapat nak buat perbandingan dengan naskah terdahulu. Bagaimanapun, gaya penulisan dalam naskah-naskah yang aku dah baca setakat ni, seolah-olah mempunyai roh yang sama.

Kekuatan penulis yang aku paling suka adalah pada elemen realisme dalam karyanya dan juga pada gaya bahasa. Hasilnya naskah ni sedap dibaca. Pacing pula laju. Misteri yang ditimbulkan sangat banyak tapi tak hilang sebab ditangani dengan baik dan berkesan.

Tak sangka pula watak dari Kougar ada dalam ni. Bring back memories. KOUGAR adalah antara naskah yang aku suka kontennya ☺️

Syahdu sikit di ending. Sebab betapa realisme tu sangat menjentik, ia mengingatkan aku kepada naskah-naskah so called ‘wowz’ tapi realismenya meloyakan. Misalnya novel cinta yang nak menyelitkan kisah gay tapi haprak. Mujur, karya-karya penerbit indie yang aku baca setakat ni tak terbitkan naskah hanyut macam tu 😄

Syahdu sebab masih banyak realiti tak terungkap di luar sana yang tak ada ruang untuk ke permukaan. Aku mahu baca banyak lagi kisah-kisah penuh sindiran seperti ini.
24 reviews1 follower
May 31, 2014
Selalunya karya Shaz Johar tidak pernah menghampakan.. :)
Start je mula baca Sanctuaria ni, dah terasa ke-best-annya. Tapi makin lama, start je cerita daripada Mus masuk dalam Sanctuaria tu, kepala saya jadi pening sebab terlalu banyak karakter. Belum pun sampai half daripada muka surat buku tu, dah lebih daripada 10 karakter dan takde banyak peristiwa yang boleh memberikan impak bagi setiap karakter supaya karakter-karakter itu mudah diingati. Bila saya teruskan je bacaan, saya makin tak faham dan terpaksa mengulang bacaan start daripada Mus masuk Sanctuaria. Pastu barulah faham. Kekadang saya juga konfius dengan gaya penceritaannya. Saya konfius dengan mana satu yang flashback mana satu yang present. Emm..lebih kurang macam tulah.
Anyway, Sanctuaria tetap akan menjadi bahan bacaan yang saya akan recommend kepada orang lain. :D

Just nak tanya...Mus & Saddam tu apa citer? (Mungkin salah saya kot baca tak khusyuk xD)
Profile Image for Hafiz Abdullah.
15 reviews2 followers
September 1, 2016
Cerita yang menarik,teliti,kemas dan mudah difahami. Topik yang diketengahkan penulis kalau tak baca novel ni mesti rasa berat kalau setakat dengar dari mulut orang je. Ajaran sesat. Walaupun tidak menyentuh secara menyeluruh tapi masih boleh dianggap seperti itu. Tapi penceritaannya yang tidak terlalu berat menjadikan novel ini begitu mengujakan ketika membacanya.

Kalau penulis menerangkan sedikit "flow" penyembuhan mata Tia pastinya akan menutup sedikit kelemahan novel ni,tapi hanya sedikit sebab novel Santuaria ni sememangnya antara yang terbaik dari Fixi yang pernah saya baca dan bukan setakat indah khabar dari rupa macam sesetengah novel baru-baru ini.

Dan saya sememangnya sukakan staik penamat seperti yang ada dalam Santuaria,maksud saya bahagian epilog,terbaik.

Syabas penulis,karya yang segar!
6 reviews1 follower
July 14, 2014
sanctuaria adalah karya penulis ini yang aku memang suka. sindiran demi sindiran tak tersasar dari plot penceritaan . sangat halus tapi tajam. dan jugak sirap limau. macam, dalam banyak banyak air, air tu jugak yang kau pilih untuk jalankan kegiatan kau. tak lari langsung dari environment orang malaysia. yup, aku paling suka setting. memang tempatan! tp pie mushroom la pulak. but still okay. macam mana pun aku suka kulit buku ni dan gambar sirap limau dan sirap limau sendiri


plot sangat menarik dan kadang kadang aku rasa seram sebab benda tu terasa cam real dan ada je kat negara ni. dalam banyak banyak novel, sanctuaria adalah antara novel yang aku terima dan hadam dan menarik untuk dibaca, terima kasih,penulis.
Profile Image for Hani Suraya.
Author 7 books50 followers
May 26, 2014
Setiap tahun, Shaz Efron (baca: Shaz Johar) menghidangkan kita karya terbarunya dan untuk tahun ni, Shaz mempertaruhkan SANCTUARIA di pasaran. Hoyeah!

Kali ni, Shaz telah menggunakan cerpen dari Cerpen Shaz Johar untuk buat masterpiece yang ni. Bagi aku, ia agak kreatif. Nak pulak Shaz mengaitkan Cerpen dari pelbagai sudut; tak kira dari kronologi cerita, premis dan barisan watak.

Aliran ceritanya pula tenang, smooth je. Semua yang tersimpul pada awalnya, akhirnya pembaca akan tahu juga kenapa perkara yang berlaku dalam novel itu berlaku.

Apa-apa hal, tahniah kepada Shaz Efron. Semoga anda menghasilkan karya yang bagus lagi pada masa depan dan keep it up pada pace yg cenggini ;)
Profile Image for Nasih Saifullah.
42 reviews13 followers
July 22, 2016
Aku kira Shaz Johar cemerlang dengan pembukaannya dalam buku ini. Selitan sinis penulis berkaitan politik, isu semasa menambahkan rencah penceritaan yang kadang kala tenggelam dek babak-babak yang berselang seli dengan agak pantas.

Kelajuan penceritaan satu-satu babak semacam kurang seimbang. Ada yang terlalu laju dan pendek. Dan pada satu masa, terlalu banyak watak yang diperkenalkan dalam satu masa yang sama, membuatkan jalan cerita agak celaru pada masa watak-watak itu diperkenalkan. Tapi aku suka dengan cara penulis mengolah perwatakan setiap watak sepanjang pembacaan aku.

Keseluruhannya, 3.5/5.
Profile Image for Iva saionji.
11 reviews
November 26, 2014
Assalamualaikum..first of all TAHNIAH shaz johar..isunya sekarang aku amik masa 1 malam je untuk habiskan semua bab dalam ni...bukan sebab jalan cerita terlalu ringkas..tapi kepadatan isu yg nak dikupas tu mcm ringan tapi menarik2 kau utk terus dan terus baca sampai habis...and pada aku sesiapa nak baca buku ni kena open mindedlah..sbb isu2nya agak sensitif tapi itulah realiti dalam kehidupan pon sekarang...tahniah...

cuma nak cakap..macam tak puas..agak2 ada sambungan tak..hahahaha....tq untuk buku2 yang besh....

two thumb up
Profile Image for Pie Mesnan.
220 reviews5 followers
April 8, 2015
Walau cerita ni tak sehebat Mental, tapi bolehlah dikira puas hati jalan cerita Sanctuaria ni..plot cerita n pace jalan cerita dia sgt tenang n tak terlalu gopoh gapah..mudah difahami..cume excitement or thriller elemen tu kurang sikit la..mostly plot boleh predict..anyway,tetap terhibur dgn cerita Sanctuaria ni..
thanks Shaz Johar n Fixi..Terbaek..
Profile Image for Alifidham.
3 reviews
June 2, 2014
Mengambil masa 4 jam sahaja untuk membaca buku ini. Boleh dikatakan karya terbaik Shaz Johar (buat masa ini). Konsep 'kumpulan ajaran sesat' dalam cerita Sanctuaria bagi saya amat berani ditampilkan oleh Shaz. Buku ini akan membuatkan anda membaca tanpa henti. Jika anda mencari buku yang bagus, saya cadangkan Sanctuaria.
9 reviews2 followers
June 26, 2014
Aku berjaya menghabiskan kesemua 297 muka surat dalam masa semalam sambil mengabaikan game World Cup pukul 4 pagi tadi. Something, right? Sanctuaria merupakan buku pertama dari penerbitan Fixi yang aku baca. Tak menghampakan. Syabas Syaz Johar.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
November 5, 2016
Novel yang ohsem mengenai ajaran sesat..
Bila manusia mula merasa pegangan mereka hebat.. Cuba membina dunia baru..
Terlalu banyak kupasan dalam novel ini..
Pengajaran mengenai manusia dan pegangan mereka..
Kesian pada pengakhiran mereka..
Profile Image for Nurhaz.
38 reviews
June 23, 2014
Well..cerita ni lg better dr tabu..jalan cerita mcm biasa tp interesting n im sure ad sambungan
Profile Image for A Amir.
32 reviews
May 17, 2014
Hi penulis, siapa yang datang melawat yusri dengan tia tu? Hihi.
Displaying 1 - 30 of 61 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.