Jump to ratings and reviews
Rate this book
Rate this book
The sequel to the bestseller AJAIB. Now in secondary school, Izzaq is still plagued by ghosts -- or are they visions of something else?

380 pages, Paperback

First published April 1, 2014

60 people are currently reading
785 people want to read

About the author

Syafiq Aizat

20 books340 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
507 (55%)
4 stars
258 (28%)
3 stars
105 (11%)
2 stars
30 (3%)
1 star
15 (1%)
Displaying 1 - 30 of 121 reviews
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
May 13, 2019
Best, cuma yang first AJAIB lagi best. Aku tak berapa suka sangat watak utama cerita kali ni, bagi aku dia agak kurang ajar untuk umur semuda itu (mungkin menyahut saranan Usman Awang), agak bold (poyo) macam gangster sijangkang. Walaubagaimanapun, jalan cerita tetap menarik. Aku suka karakter2 yang ditonjolkan dengan setiap mereka punya sifat berbeza.Berjaya buat aku ambil berat untuk setiap perkembangan watak. Kreatif budak Epik ni. Tahniah.
Profile Image for Zetty Khairunisa.
125 reviews2 followers
July 3, 2015
Aku bukan taknak menangis. Aku takut. Macam mana kalau aku tak boleh berhenti?

Tapi aku betul2 menangis.

Dan yang mengawal hati manusia itu Tuhan. Kan?

Jauh lebih menyentuh, jauh lebih memberi erti dalam setiap kata Izaq dan Fa'iq dan jauh lebih ajaib.
Profile Image for fyzz_records.
167 reviews16 followers
January 21, 2020
aku lagi suka Ajaib ,sebab tu aku sedih bila Izaq mati .sebab tu aku bagi 3*** 😂

ala nak kena dapatkan Aksara plak.
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
October 27, 2016
4.20* untuk Awan!

Jika dibandingkan antara Awan dan Aksara, aku lebih suka buku ini.

Ajaib aku masih belum sentuh pun sebab aku dah mula trilogi ni dari belakang.

Walaupun tebal, tapi aku rasa seronok. Aku seronok baca kisah persahabatan Fa'iq dan Izaq. Aku suka tengok keluarga Fa'iq yang sangat sempoi. Dan aku suka jalan cerita buku ini yang tidak kelihatan seperti dipaksa dan dibuat-buat. Tahniah Sapit! Patutlah Sapit ramai peminat dari kalangan budak-budak remaja. Sebab kalau nak cakap Sapit ni handsome, tak kot! hihi... *Gurau Sapit!*

Aku selalu tengok autograph yang diberikan oleh encik penulis sebelum memulakan pembacaan. Lukisan penyu yang punyai rambut kerinting dan ayat 'hati-hati hidup Asmar!' 'Penyu berambut brokoli' buat aku rasa geli hati.

Pada bab 46-49 aku baca cepat-cepat. Seperti aku rasa tak perlu ada bab tu pun takpe kot. Tapi bila nak sampai ke penghujung buku, aku nangis macam budak kecil yang kejatuhan gula-gula tangkainya ke tanah. Padahal dah nak habis kot. Buku kedua atau ketiga tahun ni yang buat aku nangis teruk. Damn. Aku dapat rasa aura betapa lostnya Fa'iq apabila Izaq dah tiada. Aku dapat rasa kehilangan orang yang tersayang. Aku rasa syahdu dan aku rasa nak baling buku ni ke dinding sebab aku terpaksa sembunyikan muka aku dari adik aku yang tengah baca buku lain masa tu.

Kalian tak nak cuba ke? Cubalah!

Peace!
Profile Image for Sarah Yasmin.
86 reviews31 followers
August 15, 2015
*Okay, baru berhenti nangis baca novel ni. Fuh!

Firstly thank yoouu Syafiq Aizat sebab sign buku Awan aku. Setiap kali nak sambung baca, aku akan tengok quote dia "Hati-hati buku ni berat. Jatuh atas kaki sakit!" Hahaha yeah its true, buku ni tebal dan berat.

Awan adalah sambungan buku Fixi Ajaib, yang aku rasa this one is better than Ajaib! Kalau dulu novel Ajaib mengisahkan tentang Izaq di sekolah rendah, kali ini mengisahkan Fa'iq (atau Ayiq) yang bersahabat dengan Izaq dan mereka kini dah melangkah ke alam sekolah menengah. Fa'iq mempunyai kelebihan boleh membaca fikiran orang atau dalam bahasa gempak, mind reader. Dengan adanya kelebihan ini, Fa'iq dan Izaq menjadi sahabat yang sangat sangat akrab! Omg aku sukaa sangat nilai-nilai friendship yang penulis terapkan. Bagi aku, friendship tu something yang magical dan aku nampak semua tu dalam persahabatan Fa'iq dan Izaq. Mereka bersama-sama menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakan-rakannya yang lain disamping Izaq tercari-cari puzzle tentang hantu "Jangan Percaya" yang seringkali muncul.

About watak Izyan, Diyana, Bad, Zaid, Rudy, Cikgu Zharfan, kak Aisyah, Kanda Hasra, sememangnya mewarnai novel ini dengan lebih menarik. Aku perasan gaya penulisan Awan ni really better than Ajaib. Value of family yang aku baca juga sangat terkesan. Sebab aku faham sangat perasaan bila berjauhan dengan family. And bagaimana perasaan bila tengok kawan sedih sebab lost any family members.

"Mungkin awan tu satu metafora"

Part ending becomes my favorite sebab kat situ la semua persoalan terungkai. About apa yang sebenarnya berlaku selama ni. Bonus jugak bila penulis mampu buat aku menangis padahal beberapa helai page je lagi nak habiskan buku ni! Tak sangka sampai jadi macam tu sekali kat Izaq. And sebak baca part Fa'iq lost bila Izaq dah takda. Apapun, hidup mesti diteruskan. Seriously I love tema friendship dalam buku ni seriously serious. Thank you Syafiq Aizat! Aku tahu, lepas ni maybe akan ada sambungan lagi kan? So all the best :')
Profile Image for Lanzz.
816 reviews25 followers
March 20, 2019
Sekuel novel AJAIB, mengambil masa kira2 tiga tahun selepas plot novel Ajaib...

Kalau AJAIB diceritakan dari view Izaq yang boleh melihat makhluk ghaib, novel AWAN ni pulak diceritakan dari view Faiq (muncul sekejap jer dlm novel Ajaib) yang boleh membaca fikiran orang lain. Kerana kebolehan mereka itu, meraka menjadi kawan baik. Seperti Izaq, Faiq juga suka membantu orang lain yang berada dalam kesusahan. Tidak seperti Izaq yang pandai 'sweet talk', Faiq menggunakan skill psikology dengan memanfaatkan kelebihan mind reading-nya itu untuk menyelesaikan masalah orang lain. Dia diibaratkan sebagai AWAN, yang sentiasa melindungi bumi dari pancaran mentari...

Plot novel AWAN ni lebih berat dari plot novel AJAIB, sebab isu2 yang cuba dibangkitkan melibatkan masalah2 remaja sekolah menengah. Seperti novel Ajaib, penceritaan novel ni best dan tidak bosan dibaca. Banyak juga pengajaran yang boleh diambil dari novel ni. Plot twist dan endingnya pun tak dapat dijangka. Perghh, sedih la pulak endingnya...
Profile Image for Inn Auni.
1,090 reviews24 followers
October 22, 2017
Dah lama rasanya buku ni kumpul habuk. Kesnya, komen pembaca tentang nasib salah satu watak utama. Pergh, sampai tahap tu saya 'merajuk' dengan penulis.

Awan lebih hebat dari Ajaib. Maaf Izaq, cuma pov Ayiq lebih menarik. Family value yang ditonjolkan oleh keluarga Ayiq pun lebih mesra alam dari keluarga Izaq.

Dalam Ajaib, banyak kes yang berlaku. Ada yang berjalan serentak, ada yang dah tamat satu kes, baru mula kes lain. Sama juga konsepnya dengan Awan. Tapi dalam Awan, ia lebih tersusun dan senang difahami sebab kuasa Ayiq.

Kalau buku pertama lebih kepada horror, yang kedua ni lebih kepada paranormal. Nyaris saja saya nak masukkan fantasi tapi tak jadi sebab bukan ada watak masuk alam ghaib pun.

Saya tak pasti siapa yang wujudkan teori Fairly Odd Parents tu tapi serius creepy. Itu tak masuk lagi teori lost video.

Mula-mula agak bengang juga sebab Izaq kan ke best friend dengan Firdaus, ape hal pula boleh rapat dengan Ayiq. Tahap bengang tu sama macam kemunculan Batgirl sedangkan Batman dah ada Robin then tak nak peminat lari, maka diadakan bibit romantis antara Batgirl dan Robin.

Satu lagi saya keliru, kalau tak salah si Izaq ni lagi muda dari Ayiq. Saya dapat terima kalau Izaq masuk kelas Ayiq sebab dia genius tapi berapa umur sebenar Izaq ni? 14 ke 15 ke atau 16 tahun?

Sebab saya perempuan dan dah nak masuk 4-series, saya kurang faham lingo remaja lelaki. Ringkas dan padat ayat mereka sampaikan satu tahap tu, apa yang mereka bualkan.

Satu yang masih saya tak jumpa jawapannya, kenapa buku pertama dan kedua fokus kepada topik pencabulan kanak-kanak bawah umur? Almost every characters akan alami pencabulan. And I was like, what the heck.

Thumbs up pada penulis. Tak sabar nak baca buku ketiga. Hopefully, better than this.

P/s: Takde kaitan dengan buku. Tapi kenapa ramai sangat promote cik adik buat tutorial mekap ni kat saya? Dalam dok promote natural beauty, nak tempek mekap lagi kenapa? And lelaki kalau nak cari lain, kau tu bidadari syurga pun dia tetap buat. Serius, menjengkelkan sungguh.
Profile Image for Pie Mesnan.
220 reviews5 followers
January 29, 2015
Sepanjang pembacaan buku ni,semuanya terasa seronok dan telah kau dalami serta fahami apa yg dialami oleh Faiq & Izaq. Bagaimana memperoleh anugerah yg dikurniakan Tuhan dan menggunakannya sebaik mungkin.

Plot dan jalan cerita yg menarik walaupun endingnya tu nampak mcm ringkas dan padat sebab babak sebelum2nya sgt hebat dan kdg2 kamu berfikir kenapa endingnya tu mcm ni jer..hehe..ada sebab2 dia penulis buat begitu..walaupun buku ni tebal tapi kau tak akan rasa bosan dgn ketebalannya..mmg terhibur dan terbaik la kisah Awan kali ni...yg pasti akan ada pengakhiran kisah budak2 ajaib ni...diharap buku yg terakhir nanti akan selesaikan misteri2 semua yg berlaku..

Thanks Syafiq Aizat & Fixi sebab hasilkan buku yg mantap ni..mmg TERBAEKKK...
Profile Image for ⠀.
119 reviews35 followers
February 10, 2021
Buku kedua ni lebih kurang sama dengan buku pertama je. Perwatakan watak yang berlawanan dengan umur. Sementara dalam buku pertama mempunyai watak budak sekolah rendah berperwatakan matang, dalam buku kedua ni pula wataknya yang telah memasuki sekolah menengah berperwatakan terlalu kebudak-budakan dan ditambah lagi dengan satu dua kampit guni lawak hambar dan loyar buruk. Dalam buku kedua ni juga adalah secoet penjelasan tentang kenapa watak dalam buku pertama tu berperwatakan matang. Jadi, kalau nak tahu kenapa watak buku kedua ni berperwatakan kebudak-budakan rasanya kena baca buku ketiga pula la kot lepas watak tu mungkin lalui pemeriksaan X-Ray atau CT scan atau CAT scan atau ultra sound pula ke.

Plot pun lebih kurang sama juga. Kalau ada plotlah. Ada ke plot? Boleh kira sebagai plot ke? Entahlah. Macam buku pertama, buku kedua juga melompat dari satu cerita ke satu cerita sesuka hati dan sesedap rasa. Tiada plot teras yang menjadi tunjang yang boleh menjadi penghubung antara cerita-cerita lain. Dan seperti buku pertama, buku kedua ni masih lagi obses dengan topik seks dan homoseksual. Dah macam baca cerita orang yang baru kenal apa itu seks dan makna homoseksual. Jadi, dia cuba sedaya upaya nak sumbat topik tu secara cacamarba ke dalam cerita bagi menayang pengetahuan baru tu.

Tak faham juga sebenarnya. Apa dalam dunia fiksyen siri ni semua masalah memang berpunca daripada seks dan homoseksual saja ke? Balik-balik beromen, liwat atau rogol. Dan yang malangnya, topik rogol itu pula adalah satu topik berat. Sesuatu yang boleh mengubah atau menghancurkan dunia orang yang menjadi mangsanya. Tetapi dalam buku ni rogol dianggap sebagai konflik, klimaks dan penggerak plot yang bagi aku sedikit pun tidak disampaikan dengan cermat dan baik. Cukup dijadikan sebagai pendedahan yang kontroversial dan seterusnya diabaikan dan dibuang begitu saja bagi meneruskan cerita yang baru. Amat mengecewakan.

Aku tak rasa aku boleh sarankan buku ni kepada sesiapa untuk baca. Tak kisahlah walaupun orang tu orang yang aku benci sekalipun.
Profile Image for Anis Suhaila.
138 reviews11 followers
June 23, 2015
When Ajaib was about a boy who can see ghosts, Awan is about a boy who can read other people's minds. These boys form a bond when they realize each other's abilities and find a mutual understanding.

This trilogy started of as a story of the supernatural/paranormal genre. But if you really go into it; it tells us the story of how every boy wants to be superhero if they really put their mind to it.

Superheroes are not all about flying and special equipments/gadgets; it's about the desire to help people and solve problems. According to that definition; both Izaq and Faiq are superheroes in my book.

The book isn't perfect and I personally love Ajaib more than this sequel. Admittedly, there were loopholes and some subplots just I didn't really care for. But read Awan for the friendship, for a reflection of yourself (without any preaching) and for the inner superhero in you.

Aksara, the last book of the trilogy will come out by the end of this year.
Profile Image for Bil Halim.
82 reviews10 followers
July 2, 2015
bosan !
kenapa semua orang suka buku ni?????
To be honest,sussssssssah gila aku nak masuk dengan crita ni .Aku jarang skip pages tapi buku ni banyak aku skip sebab melalut gila .cara naratif sangat childish dan banyak awkward.Penulis mcam try hard gila to be rare tapi ended up,semua sampah .Kenapa stuck dgn permasalahan sama .balik balik balik isu kena rape kena liwat .pastu plot ke plot takda banyak kaitan .Eh entahlah !
Profile Image for nurazirahvu.
108 reviews
February 4, 2015
awan ~

byk benda terjdi. byk persoalan. byk kenangan. byk keajaiban. byk kerahsiaan.
serious, sya x sangka ending dia mcm tu. sedih. dah lama bersama dan akhirnya..
sya tertanya-tanya, blhkah sya tempuhi cabaran tu ? allah .
4 reviews2 followers
April 10, 2015
This is the first novel yang, aku tak berapa suka dengan watak hero nya. Aku baca sebab nak tau apa jadi dekat Izaq je sambungan dari novel Ajaib.
Profile Image for SyaMimi.
151 reviews12 followers
November 20, 2018
Mula-mula angin sikit sebab cerita bukan tentang Izaq dan PoV Fa'iq. Tapi okay je sebenarnya. Bab-bab akhir dah terungkai kenapa AWAN penulis guna PoV Fa'iq.

Tapi aku masih suka kalau cerita daripada PoV Izaq. Mungkin sebab dia lagi matang (kerana penyakitnya) daripada Fa'iq. Pujian kepada penulis, berjaya buat aku menangis. Perkara persahabatan dan kehilangan memang aku cepat tersentuh.

Cuma perkara yang rasa agak mehh; liwat, liwat, liwat, gay, gay, gay. Menyampah pun ada. Aku harap buku aksara tak ada lagi isu ni (aku memang tak baca sinopsis/review).

Baik daripada Ajaib. 3.8/5.0
Profile Image for Iris Ymra.
212 reviews36 followers
May 11, 2019
Berkawan dengan budak ajaib mungkin akan buatkan kita jadi 'ajaib' juga, seperti Ayiq. Walaupun Ayiq memang sudah mempunyai kebolehan membaca fikiran, tetapi yang lebih berkuasa itu pada saya ialah keinginan dan rasa tanggungjawab untuk membantu dalam diri Ayiq yang saya temukan sepanjang dalam pembacaan ini; sama seperti Izaq.

Awan diceritakan dari sudut pandang Fa'iq, yang lebih mesra dipanggil Ayiq. Dalam penulisan kali ini hanya satu sudut pandang yang digunakan oleh penulis -- hanya sudut pandang watak Ayiq -- tapi tidak membataskan pengetahuan kita sebagai pembaca kerana kita juga turut sama seperti sedang membaca minda watak-watak lain; seperti watak Izaq.

Hubungan persahabatan yang kuat yang ditunjukkan dalam jalan cerita sentiasa menjadi satu faktor kisah ini menjadi sangat menarik.

Membaca perjalanan Izaq dan Ayiq dalam menyelesaikan konflik yang mereka hadapi atau koflik yang lebih banyak dihadapai watak-watak sampingan yang lain -- seolah-olah menjadi satu perjalanan yang kita turut bersama ada di dalamnya -- sebuah perjalanan dalam mencipta memori bersama watak Ayiq dan Izaq dan juga kita sebagai pembaca.

Bersama-sama dalam mencipta memori untuk turut bersama-sama kita ingati nanti; supaya nanti tidak hanya Ayiq sendiri yang mengenang memori itu tetapi, kita juga sama.

Sehinggakan sewaktu kita terlalu asyik mencipta memori dalam perjalanan ini, kita tidak menjangkakan yang kita sedang sebenar-benarnya mencipta memori untuk nanti hanya menjadi sebagai sebuah ingatan. Ayiq mungkin tidak juga menjangkakannya.
Profile Image for Natasya Wiah.
200 reviews48 followers
October 31, 2018
#31 #2018
3.8/5. I give four star terus sbb dekat2 dah tu.. haha.. this book is better than 'ajaib'. Aku tau ending dia sedih, sbb tbaca dr review kwn dan dari hints penulis juga.. tp still tak dapat nak kawal,, airmata jatuh juga haha.. aku suka penulis tonjolkan kasih persahabatan dan keluarga dlm ni. boleh rasa la.. rasa sebak lol.. anyway 👍🏻👍🏻
Profile Image for Arif Zulkifli.
Author 27 books183 followers
May 13, 2014
Aku lagi suka Awan daripada Ajaib. Naratifnya kemas dan kadang2 buat aku sengih sorang2.

Jalan ceritanya pun okay.

Dan aku cemburu betapa kuatnya bond antara Izaq dan Ayiq. Lebih kuat daripada Hydrogen Bond. Eh.

Tahniah Sapit! Kau buat aku nak hargai kawan aku lepas ni!
Profile Image for Maira.
398 reviews30 followers
June 5, 2014
Percaya tak kalau saya cakap saya menangis bila selesai baca buku ni? Secara jujurnya, bukan senang saya nak menangis bila baca Novel. Tapi kalau dah berjaya tu, maksudnya, tahniahlah Encik Syafiq Aizat.

Apa lagi? Teruslah masuk Favourites. Bukan senang tau!!
Profile Image for Ikmal Fitri (iikmalreads).
265 reviews56 followers
August 9, 2021
Bila dah 24 ni, bila aku baca balik banyak jugak moment2 yang agak cringe erk dalam ni 😂😂 Walaupun begitu, aku lagi suka AWAN daripada AJAIB dan aku lebih suka karakter Ayiq daripada Izaq. Mungkin irl aku pun agak bratty.
24 reviews3 followers
December 17, 2015
sambungan novel ajaib, kisah aizat si budak ajaid dan sahabatnya.
aizat dikurniakan keboleh melihat benda ghaib, faiq memiliki kebolehan membaca fikiran orang lain.

kisah berlatarbelakangkan zaman sekolah, hubungan murid dan cikgu dan sedikit plot berkembang dari buku 1.

banyak isu yang diketengahkan di dalam novel ni, berkait dengan konflik zaman remaja. saya suka bila penulis sertakan sekali penyelesaian dan pengajaran.
cth:
persahabatan
kepercayaan
cemburu
keluarga

dan seperti novel 1, ada tema berat yang diselitkan

penderaan seksual kanak kanak dan gejala sosial pada remaja.

teguran saya kepada penulis, adalah lebih baik penulis membuat sedikit homework bagaimana kes kes terbabit diuruskan dan peranan hospital dalam rawatan pesakit-pesakit mangsa dera. ia menjadikan jalan cerita lebih informative dan logical.

bila bermain dengan diagnosis perubatan, penulis perlu berhati hati dalam menyampaikan fakta agar tidak berlaku kekeliruan.
peranan clinical psychologist, apa peranan school counsellor and clinical counsellor adalah berbeza. penulis boleh dapatkan nasihat mereka yang bekerja di hospital.

kes penderaan kanak-kanak adalah sesuatu yang serius dan saya rasa adalah lebih baik jika masyarakat diberikan gambaran sebenar bagaimana kes kes sebegini diuruskan.

jalan cerita, celaru dan meleret

tapi syabas untuk penulis kerana cuba mengupas isu ini yang seringkali dipandang tabu dan didiamkan oleh masyarakat.

keseluruhan novel ini bagi saya adalah ok.
Profile Image for Massuri Rani.
15 reviews48 followers
April 14, 2015
Ramai ckp sdh bile bce buku nie dan aku x sbr nk tau knpe? Dan ape yg trjadi pd izaq dan tok cantum? Misteri nye mcm tu jer? Serius kecewa sgt...
Yeah ending sdh jugaklaa tp x smp rse nk nangis pun n quote mmg cantik..act byk sebenarnya...awan masih sama spt ajaib masih mengekalkan konsep cerita yg berkisarkan persahabatan sekolah dan dunia awal remaja berbeza nga ajaib coz yg tu mase izaq 12 thn yg ni izaq dh 15 thn.
Pd mulanya aku juga x dpt trm ape yg jadi kt izaq dan endingnyaa...knp mcm tu..
Satu persamaan yg aku jmp ant awan n ajaib ataupun faiq dan izaq adalah dia org suka tolong orang..hrmmm aku suka sangat tp aku lbh suka ajaib ataupun izaq maybe sebab tu aku kecewa bila baca ni sebab aku harapkan izaq..tp bonding ant faiq dan izaq kuat sgt...saat akhir tu masa bnk ending touched..
Profile Image for Hafeji A.D.
256 reviews1 follower
September 29, 2021
Sekuel Ajaib yang aku rasa sama taraf. Tidak terlalu rendah, dan tidak terlalu tinggi, mencapai tujuan. Masih dengan premis yang sama, cuma kali ini tanggungjawab watak utama digalas oleh salah satu watak yang terkenal di kalangan peminat buku FIXI, Faiq. Sejujurnya aku rasa biasa, lebih baik daripada biasa dan mungkin ada momen-momen yang luar biasa.

Macam yang aku katakan di awal tadi,

-TIADA YANG LEBIH, TIADA YANG KURANG-
Profile Image for Mackenyu Chiba.
21 reviews
November 15, 2015
thumbs up. awan melengkapkan ajaib. it explains why izat cam terlalu matang2 tutur katanya. dan in the end terjawab kenapa izat leh nampak hantu dan kenapa faiq leh baca fikiran orang.

jujur cakap kalau penulis boleh membangkitkan emosi melalui penulisan itu bermaksud penulis berjaya berhubung dengan pembaca. tahniah syafiq aizat. x sabar nak baca aksara
Author 2 books29 followers
Read
October 21, 2016
suka baca story ni sbb santai.tapi lbh bagus dari ajaib sbb isinya byk. falsafah2 yg ada sgt terkesan
kasih syg tu luas.tapi dlm awan,dpt kita bygkan betapa akrabnya persahabatan watak2 yg ada. Ada tak sahabat yg mcm ni? ada.tapi satu dlm seribu susah kot nak jumpa.
Profile Image for Azira Zainuddin.
65 reviews9 followers
December 4, 2016
Tak kusangka. Di hujung cerita, berguguran air mata aku. Tak banyak buku Fixi yang aku kasi 5 bintang. Tapi this one, deserves it.

Sila baca Ajaib dulu baru baca Awan ni.
2 reviews
April 10, 2019
Very nice book... I love the friendship between faiq and izaq... But the character of firdaus is somekind annoying despite from ajaib..
6 reviews1 follower
June 24, 2023
Seriously, Awan adalah novel yang paling aku suka setakat ni. (tengok dulu kalau-kalau sapit ada buat novel yang lagi best selepas trilogi gram tu hahaha)

Aku suka novel Awan sebab aku betul-betul tertarik dengan watak Ayiq yang aku rasa cool gila walaupun ramai cakap dia poyo, kurang ajar dan seangkatan dengannya. Aku juga suka cara penulisan Syafiq Aizat. Setiap ayat yang dia tulis, mesti aku rasa ada yang kelakar dekat situ. Bukan aku sorang yang macam tu, tetapi kembar aku jugak. Macam mana nak cakap ya.. Penulisan syafiq aizat ni lain dari yang lain. Contohnya part Yaw. Aku tak ingat ayat dia macam mana tapi part Yaw pakai tudung 2 bulan je setelah kematian Izaq sebab insaf, (kalau tak salah) lepas tu free hair balik. Dan banyak part lagi contohnya masa Firdaus datang jumpa Izaq balik. Aku suka Ayiq yang diam diam marah tengok 'dua kongkang' tu bermesra-mesraan. Ayiq siap cakap kawan baik izaq yang sekarang ialah dia. Hahahaha serious aku suka gila watak Ayiq.

Satu sebab lain kenapa aku bagi rate 5 untuk buku ni adalah kerana penceritaannya sampai ke penulis. Selama ni aku baca buku, aku takdelah nak ambil serius sangat. Berbeza dengan buku ni. Aku rasa macam sakit jantung (walaupun aku tak tahu betul ke sakit jantung tu rasa macam tu sebab tak pernah kena pun) bila aku baca ayat dekat akhir satu bab tu. Part yang Izaq senyum tu. Ayiq cakap, tu senyuman terakhir yang dia nampak.

Aku yang tengah baring masa tu terus duduk tegak. Tak belek muka surat lain lagi tapi dapat rasakan ada sesuatu yang berar jadi dekat chapter seterusnya. And yeah... Si rambut selerak tu.. Lagi lagi part Ayiq salin balik ayat masa izaq terbaring lemah atas katil hospital. Nasib tak carik buku sebab banyak air mata jatuh.

Lepas tu, part lepas si rambut selerak tu dah takde. Masa Ayiq yang tolong kemaskan bilik Izaq... Pasal anak sedara pak su yang acah cool tak menangis hahah.. Senang cerita, banyaklah part-part yang aku suka. Tak. Aku silap. Bukan banyak, tapi semua.

Eh tak. Aku silap lagi. Ada satu part yang aku tak suka. Part dalam Kancil akak tua haha. Tapi bukanlah tak suka sangat. Keseluruhan ceritanya aku suka, tapi watak Inani tu aku tak suka. Sebab, boleh dia datang jumpa Ayiq tanya nak berat berat pulak tak? Kepala hotak kau!!

Ok, tu je kot. Banyak lagi yg aku nak cakap tapi tak apalah, nanti jadi makin panjang. Apa pon, this novel memang best. Harus kumpul semua karya sapit dari Trilogi ajaib sampailah Gram gram tu.

Btw, dah lama baca buku ni tapi sekarang baru tahu ada good read, tempat nak tulis review ni. So yeahh... Lima bintang untuk Awan dan sekeping hati saya untuk Ayiq.

⭐⭐⭐⭐⭐
Displaying 1 - 30 of 121 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.