Jump to ratings and reviews
Rate this book

Si Kolot Suamiku

Rate this book
“Nama kau Kudin ya?”

“Apasal kau gelak?”

“Kudin nama kau? Memang sesuai sangat dengan kau. Nama kau sama buruk dengan baju kau!”

Si Edrina ini memang berlagak orangnya. Sudahlah berlagak, cerewet pula itu! Disebabkan dia dibesarkan di Kuala Lumpur, maka suasana kampung memang tidak kena dengan jiwa bandarnya. Kepada lelaki seorang itu dia memandang rendah dan jelak!

Lelaki bernama Kudin itu pula berbeza sikapnya. Dia sekadar lelaki kampung yang hidup membanting tulang kepada tanah untuk mencari rezeki. Kudin suka hidup berdikari dan lebih gemar hidup sederhana dari segala segi. Hidup di kota besar tidak pernah menjadi impiannya, bahkan wanita seperti Edrina tidak pernah tersenarai sebagai calon bakal surinya. Tidak sesuai!

Kata orang ikan di laut, asam di darat akhirnya di kuali bersatu juga. Begitu jugalah dengan mereka. Perkahwinan atas rancangan keluarga membuatkan hidup mereka berdua kian sesak. Konflik bertambah meruncing apabila Edrina tidak mahu terus tinggal di kampung, dan Kudin pula enggan berpindah dan bernafas di kota besar.

Jadi bagaimana? Siapa yang akan mengalah akhirnya? Benarkah Kudin itu seorang lelaki kolot yang menjengkelkan? Dan selama mana Edrina mampu mempertahankan ego dan mengelak hatinya jatuh kepada lelaki seperti Kudin?

Paperback

First published April 1, 2014

11 people are currently reading
158 people want to read

About the author

Fazlyn Ridz

11 books51 followers
Juga dikenali sebagai Adnil Zaff

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
89 (42%)
4 stars
71 (34%)
3 stars
37 (17%)
2 stars
9 (4%)
1 star
2 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 55 reviews
53 reviews44 followers
April 23, 2014
Tajuk : Si Kolot Suamiku
Penulis: Fazlyn Ridz
Harga : RM 25.00
Terbitan: Love Novel

Anda mencari sebuah novel untuk menghiburkan hati di kala stress?
Anda mencari sebuah novel yang sengal romantik?
Anda mencari sebuah novel yang santai?
Inilah novelnya, Si Kolot Suamiku.

Si kolot suamiku merupakan sebuah novel Sengal – Komedi – Romantik. Semua ada dalam novel abang Kudin ini. Ada rasa sengal. Ada rasa komedi. Ada rasa sayang. Ada rasa cinta. Ada rasa tanggungjawab. Ada pelbagai rasa. Pembaca akan ketawa dan tersenyum sejak di peringkat permulaan plot lagi.

Si kolot Suamiku ini mengisahkan kisah cinta sengal antara Tengku Edrina Tengku Ahmad Eshan(Edrina) dengan Tengku Raden Emranuddin (Abg Kudin). Mereka berdua dikahwinkan kerana tuntutan untuk meneruskan legasi perniagaan Tengku Ahmad Ehsan.
Sejak kecil Abg Kudin telah dijaga oleh Mak Cik Kunah kerana Kudin telah kematian kedua-dua ibu bapanya.

Pertemuan pertama Rina dengan Kudin telah berlaku di lubang Cik B. Tragis sungguh.
“Kau siapa?” – Kudin
“Kau tu yang siapa?” – jerkah Edrina
“Sapa suruh kau datang sini? Ni bukannya kawasan bersantai-santai” – Kudin
“Tolonglah cari kasut aku! Eee..banyak cakaplah mangkuk ni.” – Edrina
“Eh! Kasut kau...carilah sendiri. Tak nak aku pegang tanah dalam lubang tue. Susah
Nanti nak samak,” – Kudin
“Apa kau nak buat kat aku hah? Aku panggil papa aku nanti,” – Edrina
“Panggillah nenek kau sekali pun. Ada aku kisah? – Kudin
“Kau ni memang kurang ajarlah!!!!” - Edrina
“Siapa kurang ajar? Kau ke aku? Aku tak pernah jumpa perempuan senget macam kau ni. Datang tempat orang nak tunjuk lagak pulak. Mulut takde insurans hina tempat aku. Padan dengan muka kau! Duduklah kau bersantai dalam lubang tue sampai senja karang” – Kudin.

“Nama kau kudin ya?’ – Edrina
“Apasal kau gelak?’ – Kudin
“Kudin nama kau? Memang sesuai sangat dengan kau. Nama kau sama buruk dengan
Baju kau” – Edrina
“Kalau aku mandikan kau dengan air tanah ni kau nak?” – Kudin
“Mak cik Kunah, tengok kudin ni...Dia kan....” – Edrina
“Diamlah, perempuan!” – Kudin


Sikap berlagak Edrina memang dibenci oleh Kudin. Berlagak sungguh! Dan watak Si kolot Kudin juga memang dibenci Edrina. Disangkanya si Kudin itu pemuda miskin di kampung tanpa diketahui oleh Edrina bahawa si kolot itu sangatlah kaya rayanya, ada berhektar hektar ladang longan dan beberapa kolam ikan keli termasuklah lulusan universiti dari luar Negara lagi.

Sengalnya Abg Kudin dan Edrina:

“Katil kau empuk tak? Ada empuk macam katil aku kat rumah sana?” – Edrina
“Aku tak hempuk kau sekarang ni pun dah cukup bagus. Jangan banyak cakap. Hilang mood aku, kau tidur bawah rumah nanti.” – Kudin

“Buang masa layan budak perempuan otak senteng macam kau ni. Perasan bagus...perasan lawa!” – Kudin
“Kau ingat aku hairan sangat dengan mamat kampung yang selekeh macam kau ni? – Edrina.
“Perempuan macam kau ni aku nak buat bini? Memang taklah! – Kudin
“Siapa nak jadi bini kau? Tolong sikit eh? Kau tue tak masuk dalam list aku langsung! Mamat kolot macam kau ni tak pandang sebelah mata. Perasan! – Edrina

“Pergilah lekas...toilet kat belakang sana. What? Dalam keadaan gelap-gelap macam ni? Takutlah nak pergi, Buat jamban jauh sangat. Kenapa tak buat tandas kat KL aja?” – Edrina


Demi keluarga, akhirnya mereka berkawin. Kerana prinsip Kudin yang tidak mahu menjadi CEO dan hidup di Bandar, dia tetap terus tinggal di kampung dan terpaksalah Edrina mengikut kehendak si Kudin. Keadaan bertambah tragis apabila Kudin telah bertindak berpindah di rumah nenek mereka yang rumahnya bersebelahan kubur! Lagilah bertambah benci Edrina terhadap Kudin. Namun, lama kelamaan benci sudah bertukar menjadi sayang. Sayang sudah bertukar menjadi cinta. Cinta sudah bertukar menjadi rindu. Manisnya si kolot dengan cik lagak ini menjadi pasangan suami isteri. Gaduh dan rajuk telah menjadi masam manis dalam rumah tangga mereka termasuklah memasak pulut aroma daun bunga kantan!

Gaduh gaduh manja Abg Kudin dengan Edrina

“Pandai-pandailah kau nak hidup. Kau jugak yang kata kau boleh hidup tanpa aku, kan? Tak habis-habis nak menyusahkan hidup orang! – Kudin

“Aku tak mintak maaf kau, Kudin. Aku cuma nak kau lepaskan aku dan hantar aku balik KL. Perkahwinan ini memang satu kesilapan. Aku ni menyusahkan hidup kau aja kan?- Edrina.

Hidup berumahtangga mereka teruji lagi apabila hadirnya orang ketiga. Si Lisa, kawan sekampung Si Kudin a.k.a bekas teman wanita Kudin kembali menagih kasih. Meletuplah si Edrina. Pelbagai cara yang dibuat oleh Lisa untuk memecahbelahkan rumah tangga mereka sehingga mengakibatkan Edrina keguguran. Ekoran hal tersebut, Edrina telah bertindak kembali ke Kuala Lumpur untuk mengubati kekecewaannya. Setelah 6 bulan berpisah, akhirnya Kudin mengikut jejak Edrina di Kuala Lumpur untuk menyelamatkan rumah tangganya dengan personaliti yang baru iaitu sebagai Tengku Emran. Emran berhempas pulas memikat kembali Edrina agar kembali kepadanya.

“Tengku Raden Emranuddin. Nak panggil Emran boleh...atau nak panggil abang pun boleh,” – Emran
“Beriya-iya sangat nak bersalam bagai. Macamlah tak kenal.” – Edrina
“Eee...berlagaklah mamat kampung ni. Memualkan betul! Baru semalam datang KL kenapa dia ni? – Edrina
“ Pardon me? Puan Edrina bercakap dengan saya ke?” – Emran
“Emm...apa kata kita lunch bersama nanti? – Emran
“Tak ingin!” –Edrina
“Tak baik sombong dengan bos baru. Nak-nak lagi, bos yang kacak macam ni.” – Emran
“I want you to call me Emran here, Edrina” – Emran
“Why? Malu pulak ek dengan nama Kudin?” – Edrina
“Abang tak mahu jadi Kudin sebab dia pernah lukakan hati wanita yang dia sayang. Abang nak jadi Emran dan dapatkan semula wanita yang dia suka. My name is Emran. Nice to meet you,” – Emran
“Kudin, lelaki kampung tu memang tak guna sebab dia tipu isteri dia. Entah mana dia dah pergi, abang pun tak tahu. Dia dah malulah tu. Sekarang yang ada depan mata Rina ni Emran. Emran takkan tipu wanita yang dia sayang.” – Emran

“Orang kacak macam saya ni, tak ramai perempuan sanggup menolak untuk menjadi teman. Siapa menolak dia memang rugi!” – Emran
“Benci tau dia nie!” – Edrina
“Saya ni memang dah lama sukakan Puan Edrina. Semenjak dulu...semenjak pertama kali kita berjumpa. Tapi sayang! Puan Edrina suka benar jual mahal dengan saya. Tapi tak pe! Berapa saja harganya, saya sanggup beli. Yang penting saya tak putih mata lagi.” – Emran

“Abang perlukan isteri abang semula. Abang masih memegang harapan yang sama. Abang nak hidup dengan Rina sampai akhir hayat abang. Itu janji kita dulu. Jangan menangis lagi sayang. Abang sedih sangat bila abang Nampak Rina menangis setiap kali abang ucapkan sayang pada isteri abang sendiri. Abang tak berniat nak lukai perasaan Rina sampai macam tue,” – Emran.

Berjayakah misi Abg Kudin a.k.a Emran memikat hati Edrina? Bagaimana Emran menangkis godaan demi godaan oleh Lisa? Adakah hati Edrina akan terbuka kembali untuk kembali kepada Abang Kudinnya? Adakah Kudin sanggup meninggalkan segala-galanya di kampung demi mengejar isteri yang tercinta? Segala persoalan akan terjawab dalam novel kedua penulis ini SI KOLOT SUAMIKU, terbitan LOVE NOVEL. Dapatkan di PBAKL 2014 dengan segera. Pasti tidak mengecewakan. Anda akan tidak kering gusi melandeni kisah Abang Kudin ini. Nak bagi berbintang-bintang! Cepat-cepat beli dan baca yer....
Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
October 6, 2015

Cerita Okay2 sahaja tahap lawaknya masih ditahap yg saya boleh hadam dan terima,Abang Kudin kesayangan uollsss tu mmg something lah.
MakCik Kunah,mmg mak mertua paling sporting abad ini dia dah taw perangai anaknya mcm mana kan.


Terima Kasih kepada rakan yg meminjamkan buku ini,kalo tidak kerana dia yg gigih bagi dorongan mmg tak masuk dalam listlah jawabnya.Sebab perkara pertama yg diambilkira sblm membaca sesebuah novel ialah tajuk
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
May 28, 2014
cerita ni best..walaupun agk klise sikit tp boleh buat sy suka..sebab penulis pandai mewarnakan jalan cerita dia..asyik tergelak je..lepas tu tersengih2..lagi2 tang Kudin nyanyi lagu Sabun Mandi untuk Edrina..sampai sy sanggup bukak youtube nk dgr lagu tu..haha

permulaannya agak susah nak naikkan mood..bila dah start Kudin dan Edrina berjumpa mula rasa best sampai x nk lepaskan novel ni..

Kudin..si kolot, kampung, kedekut, suka menyakat, gelap (hitam manis kot), byk bulu dada, suka kentut memang lah bukan ciri2 lelaki idaman Edrina si perempuan moden. Memang mereka ni dari start terjumpa mcm anjing dgn kucing..asyik bergaduh je..mana x nya..mula2 jumpa Edrina dah termasuk dalam lubang tahi cik B disebabkan Kudin.

Tapi bila mereka kena paksa kawin, dalam2 Edrina x suka dan menyampah..lama2 terjatuh cinta jugak kat si Kudin ni yang dulu dipanggil kolot. Mana tidaknya, si Kudin memang lah romantik dan penyayang walaupun mula2 perkahwinan si Kudin selalu menyakat Edrina.

Bila dah bercinta dan bahagia sakan, mula lah pengacau muncul. Siapa lagi kalau bukan Lisa si budak kampung yg murtad jadi budak bandar. Sakit je hati. Dulu time Kudin suka dia, dia boleh hina2 Kudin ckp mcm2. Nasib baik Kudin x pernah luahkan perasaan kat budak Lisa ni. Bila dia tahu Kudin ni bukan Tengku sebarangan Tengku, mulalah dia nk cucuk jarum sampai sanggup nak musnahkan rumahtangga Edrina dan Kudin. Memang x faham bahasa betul. Sakit je lah hati.

Lisa ni memang berjaya buat Edrina dan Kudin bergaduh sampai Edrina keguguran. Sampai Edrina sanggup pergi dari hidup Kudin. Lepas tu apa yg jadi kena lah baca sendiri. Tapi yang pasti abg Kudin memang pandai memujuk..hehe


p/s: yg sy musykil apa jadi kat kolam2 bisnes Kudin kat kampung ye?? sape2 boleh explain? dia bg kat Wak Sukiman tu ke si bapak Lisa? kalau macam tu memang x patut lah..bukan harta dia tu...then nak sangat tahu apa jd kat Lisa tu..mcm tergantung pulak tang situ..
Profile Image for Inn Auni.
1,086 reviews25 followers
February 26, 2021
BEWARE of SPOILER

Edrina menolak untuk bekerja di syarikat milik keluarga walaupun dah tamat belajar. Tak habis rehat lagi katanya. Malah disuruh si ayah pergi mencari sepupunya yang menetap di kampung untuk mengambil-alih urusan syarikat.

Emran/Kudin yang menetap di kampung dan lebih selesa menjadi pengusaha kolam ternakan ikan/udang dan ladang pun menolak hasrat bapa saudaranya. Kata Kudin dah kalau semua anak muda ke kota, siapa yang nak usahakan hasil kampung.

Maka nenek yang geram dengan Edrina dan Kudin buat keputusan kalau salah seorang tak nak mengaku kalah untuk uruskan syarikat, maka kedua-duanya kena bernikah dan lahirkan seorang zuriat supaya zuriat tu nanti yang urusakan syarikat.

Fikir punya fikir, timbang punya timbang, kedua-duanya pilih untuk bernikah. Lepas bernikah, Kudin bawa Edrina tinggal ke kampung. Edrina yang tak biasa tinggal di kampung dan Kudin yang kuat mengusik, menambahkan unsur humor dalam novel ni.

Dari usik-mengusik, kedua-duanya terjatuh hati bergolek-golek. Pada masa yang sama Edrina kasihan juga dengan ayah yang dah tak kuat nak uruskan syarikat. Dipujuknya si suami tapi Kudin tetap keras hati.

Lisa, rakan sekampung Kudin, yang sebelum ni pandang Kudin sebelah mata pun tidak, tiba-tiba datang menggoda dek kerana dapat tahu yang Kudin ni pewaris harta berkoyan-koyan. Memang tak tahu malu sungguh perempuan ni.

Dan kerana muka tak tahu malu itu juga, Edrina keguguran. Hancur luluh hati Edrina lalu lari semula ke kota, meninggalkan Kudin. Kudin pun takkan nak biarkan si isteri macam tu saja kan. Maka dia sanggup tinggalkan kampung, serahkan semua hasil usahanya di kampung untuk diuruskan oleh sahabat baik/business partner, Mokhtar.

Di kota, Kudin bertukar jadi Emran yang segak bergaya, bukan lagi simple serebeh seperti di kampung. Barulah ada gaya jadi CEO kan. Pelbagai usaha dilakukan oleh Emran untuk pikat semula hati isteri. Nasib baik dapat sokongan ahli keluarga dan kawan baik.

Dan akhirnya...kenalah baca sendiri atau kalau malas sangat, tonton je dramanya.

* * *

Memang terbaik la novel ni. Unsur humor dalam novel ni memang serius boleh buat berguling-guling. Pada masa yang sama geram sungguh kat Lisa. Kat Kudin pun geram juga sebab berlembut sangat dengan Lisa. Patut dari awal backhand je perempuan macam tu.

Tapi memang respect dengan Edrina sebab tahap mengada-ngada dia tak melampaui batas. Tak ada la sampai saya meluat dengan sikapnya.
Profile Image for Fiza.
80 reviews7 followers
May 1, 2014
Pelbagai rasa ada dalam novel ni, lawak, sedih , rindu, menyampah, chenta, kekeluargaan dll. Dengan hero yg sengal x hingat \(^ ^)/ . Memang x rugi baca & memilikinya. Tahniah Fazlyn Ridz aka Adnil Zaff!!!! Suka sangat novel ni. ❤❤❤
Profile Image for Cutie_pie28.
388 reviews8 followers
November 7, 2025
Si Kudin yg begini.. si Rina yg begitu.. lawak pun ade.. si Kudin mmg suke menyakat org.. si Rina ni mmg suke mengadu..

Suka ngn watak mak Kudin - mak cik Kunah.. mak mentua yg sporting.. die phm jee perangai ank die mcm mane..

Rina ni perangai nye diva.. kalo tk suke lelaki tu, mmg die ckp.. mungkin sbb die blom lgi rase lelaki yg sesuai utk die..

Si Kudin pulak suka kt Lisa tp di perlekeh kn Lisa.. sbb Kudin dok kampung n tk ber kembang.. tp bile Lisa dpt tau Kudin tu lebih dri sekadar nama, die cube cucuk jarum..

Rina ni tk suke org tipu.. die ade tnye Kudin ttg Lisa tp Kudin nafi kn.. satu ari ter kantoi perasaan Kudin pd Lisa buat kn Rina sedih dan lari balik KL..

Overall santai jee cerita nie
Profile Image for Amal Lee.
277 reviews33 followers
December 9, 2024
Cerita ni funny & annoying. Kudin yang sengal & Edrina yang diva mulut agak celopar. Haa baguslah bila digabungkan. Tapi penat jugaklah nak habiskan sebab I rasa benda yang sama je berulang. Keja merajuk ja Edrina ni tak penat ka? Yang Kudin pun satu, payah ehh nak faham emosi perempuan ni bila dapat tahu langau tu first love? Lambat bertindakkk. Tapi yang I perasan kan penulis ni suka buat watak mertua yang sporting, baguslah hilang sikit sakit hati.
Profile Image for Mslvoe.
2,039 reviews197 followers
July 13, 2022
Part merajuk terlalu lama sangat. Lelah sikit

Watak mak cik Kunah watak seorang mentua yang best. Sangat² memahami dan relax melayan karenah anak dan menantu.

Overall it was a good read!
Profile Image for Ida.
81 reviews24 followers
May 26, 2014
ONE WORD TO DESCRIBE THIS NOVEL :

WOW!
Read it.
Love it.
Share it.
Recommend it.

Karya pertama penulis ini yang Ida baca. Rasanya ada karya lain dengan nama pena berbeza sebelum ini.

Tak terasa ketebalan novel ini dengan karenah Abang Kudin kolot sengal mamat kampung poyo melayan karenah Edrina minat KL.

Suka sangat dengan cara garapan penulis tentang 2 watak utama novel ini. Diceritakan dengan cara santai yang melucukan. Terkadang tersenyum dan tersengih sendiri dengan karenah Abang Kudin seorang ni.

Bagaimana Kudin dengan sabar melayan karenah Edrina selepas berumahtangga walaupun kadangkala Kudin ni kekadang sengaja nak mendera Edrina dengan keadaan rumah yang sangat daif. Kata tokey kolam ikan dengan ladang beratus ekar tetapi kedekut ya ampun.

Respect dengan Edrina, walaupun minah KL tetapi lama kelamaan berjaya menyesuaikan dirinya dengan suasana kampung dan juga dengan kesengalan Kudin. Rasanya Edrina lebih banyak berkorban dalam hubungan mereka berbanding Kudin.

Yang paling menyampah tentulah Lisa bukan surihani dan bapaknya Wak Sukiman tu. Rasa nak jer masuk dalam novel ni dan ketuk kepala dua beranak ni. Haihhh,tak paham bahasa sungguh!

Di pengakhiran cerita, still tertanya-tanya what ever happen to both of them? ( Lisa dan bapaknya ). Juga apa yang terjadi pada ladang dan kolam ikan abang Kudin? Rasa macam tidak diceritakan bab ini hingga penamat. Membuatkan Ida tertanya-tanya tentang mereka.

Overall, I LOVE IT MUCHO. HIGHLY RECOMMENDED TO ALL READERS OUT THERE yang nak cari novel yang boleh buat anda ketawa.
Tahniah buat penulis, team Love Novel : Alida Jusoh, Kemboja Puteh dan Iena Hamdi. Keep up the good work dear. Insya Allah, sukses selalu sentiasa. Amin.
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
December 31, 2015
3.5*

Aku cam TERR-suka pula dengan hero tapi bila akhir-akhir tu ada juga rasa cam nak bagi flying kick pada hero tu muahahaha :P

Full review: 31/12/2015

Cerita buat penghibur hati hahaha

Aku suka nama Kudin tu. Simple. Walaupun nama sebenarnya boleh tahan panjang juga. Aku juga suka dengan watak Edrina, walaupun pada mulanya aku rasa minah ni boleh tahan kerek juga.

Tapi, bila cerita mula berkembang aku makin senang dengan Edrina. Sekurang-kurangnya dia cuba untuk duduk ‘susah’ dengan suaminya yang kedekut hahaha. Aku pun tak tahu kenapa Kudin begitu. Bersederhana memang harus dipuji tapi kalau sampai takde elektrik di rumah, susah juga bro!

Dan, watak tempelan seperti Lisa memang sungguh annoying. Si Kudin pula tak reti-reti nak ambil iktibar, layan juga si Lisa dan bapanya yang dua kali lima itu. Haihh... bila isteri dah keguguran pun, masih blur. Tu yang buat aku nak kasi flying kick sekali.

Apa pun seperti biasa ada penamat yang indah buat pasangan. Bagus Edrina ni, aku kira dia yang paling banyak berkorban untuk menjayakan hubungan-paksa-rela mereka. Cinta itu boleh datang dan pergi, maka rajin-rajinkan memohon pada-Nya. Meminta agar hati sentiasa reda dengan pasangan anda. Kita tidak sempurna tapi pasangan kita yang akan melengkapkan kekurangan itu ;)

Ehem, sebelum terlupa! Makcik Kunah memang antara geng emak-emak legend lah hahaha.
Profile Image for Liebe Schatz.
72 reviews5 followers
April 23, 2014
Si Kolot Suamiku.. Ha Ha ha.. Membaca buku ni memang membuat saya tersenyum, eh bukan. Tersenyum bukan perkataan nya. Tersengih ye ye. Membaca buku ni membuat saya tersengih. Tersengihkan sikap sengal A.Kudin.

Novel menceritakan jodoh yg ditentu Allah antara A.Kudin yg lebih suka tinggal di kampung sebagai petani moden dgn Edrina wanita bandar yg tinggal di kampung tak pernah termasuk dalam agenda hidupnya. Bagaimana mereka menyelesaikan permasaalahan ini? Terus dgn perkahwinan dgn mengorbankan impian salah seorang atau penceraian dan ikut kemahuaan masing-masing. Itu kene baca dan cari sendiri jawapannya.

Di dalam menempuh kehidupan ada pengorbanan yg harus kita buat, samada secara rela atau tidak demi menggapai kebahagiaan yang lagi satu. Harta bukan segalanya. Kebahagiaan jiwa juga amat penting utk melengkapkan kehidupan kita. Itu yg dikupas oleh Cik Penulis kita.

Sangat menghiburkan dgn A.Kudin yang lucu dan sengal. Tak kurang juga Edrina yg sombong tapi berhati lembut.

Sgt di rekemen (betul ke perkataan).. ha ha ha...
Profile Image for mRs bOo ^_^.
234 reviews13 followers
June 9, 2014
salam..

1st time baca karya kak FR..
serius tak rugi pengolahan cerita SKS ni mmg best dengan si kudin yg alahai mmg watak selamba suka dangdut kedekut jgn kata pengo.. pn ada potong btl.. hahaha

apa2 pn cerita ni n lain2 karya kak FR mmg best sila2 la terjah blog n FB dia..

saya suka suka suka..
Profile Image for Ayman Hyeqal.
68 reviews58 followers
May 31, 2014
Si Kolot Suamiku
Karya Fazlyn Ridz
Terbitan Penerbitan Love Novel

1st sekali tahniah buat penulis krn membuatkan ku mengekek tatkala membaca naskah ini, mengisahkan seorg lelaki yg kekampungan iaitu Tengku Raden Emranuddin a.k.a Abang Kudin yg memperisterikan seorg wanita bandar iaitu Tengku Nur Edrina, perkahwinan mereka adalah aturan keluarga demi menyatukan persaudaraan yg terputus, pada awalnya keluarga Edrina ingin menyerahkan saham mereka kpd Kudin demi tuntutan wasiat keluarga tp Kudin tlh menolak tawaran itu tp Kudin dan Edrina diberi pilihan sama ada salah seorg mereka menerajui syarikat keluarga atau mereka perlu berkahwin lantaran kedua mereka menolak utk menerajui syrkt keluarga, akhirnya mereka bersetuju utk berkahwin, Kudin seorg yg berketurunan bangsawan yg lbh gemar hidup berserdehana mengusahakan ladang dan kolam ikannya di kg dan Kudin agak kekampungan dan agak kolot, sblm Kudin berkahwin dgn Edrina Kudin terlebih dahulu memendam rasa terhadap gadis kgnya iaitu Lisa tp mentah-mentah ditolak Lisa kerana Kudin seorg yg tdk berharta dan hanya org biasa, sblm berkahwin dgn Edrina mereka diperkenalkan terlebih dahulu dimana keluarga Edrina bertandang kerumah Kudin, dimana pertemuan pertama mereka yg amat mencuit hati pabila anda membacanya kelak dimana Edrina terjatuh ketempat 'Cik B' ingin tahu siapa Cik B tu anda harus baca, sejak itu mereka sering bertelagah sehingga ke awal perkahwinan mereka, awal perkahwinan mrka Kudin dan Edrina sering bertelagah dek sikap Kudin yg mengusik Edrina, sblm mereka berkahwin Edrina tlh meminta wang hantaran yg tinggi dan dipersetujui oleh ibu Kudin tp dgn syarat slps mereka berkahwin mereka berdua harus menetap dirumah pusaka nenek Kudin dihujung kg, slps berkahwin mereka berpindah kerumah tersebut dan alang terkejutnya Edrina yg rumah itu tlh usang dan hampir dgn tanah perkuburan serta segalanya serba kurang dlm rumah tersebut, pertelingkahan mereka umpama anjing dan kucing yg akhirnya menerbitkan bibit cinta Edrina terhadap Kudin yg slma ini dianggap kolot, saat cinta mereka mekar muncul semula Lisa demi meraih cinta Kudin yg pernah dihinanya dulu, saat itu timbul rasa cemburu Edrina terhadap Lisa sehingga tercetusnya pertelingkahan mereka dan terjadinya kejadian yg tdk disangka dan memyebabkan Edrina kecewa terhadap Kudin dan membenci Kudin, apakah yg terjadi antara Lisa, Edrina dan Kudin anda harus baca, bnyk lagi part yg menarik dlm naskah ini, naskah ini mmg berbaloi utk dimiliki, klu ikutkan hati ada lg yg ingin sy coretkan disini tp cukuplah ini sj, jika sy coretkan lbh panjang mesti tak suprise, antara part yg terkesan dihati part ditangga rumah mereka, part Edrina belaja masak pulut, part Kudin menemani Edrina mandi di perigi dimana Kudin tlh mendedikasikan sebuah lagu kpd Edrina dan Edrina membencinya kerana Kudin memangilnya Nyai dan bnyk lagi part yg boleh buatkan anda ketawa, tdk dilupakan part menyentuh perasaan tatkala Kudin bercerita mengenai kisah keluarganya, ikutkan hati bnyk lagi yg ingin sy coretkan tp cukuplah sekadar ini shj supaya tdk mengganggu pembacaan anda nnt, tahniah buat penulis dan penerbit krn terhasilnya naskah ini, naskah yg harus dimilikki, tahniah sekali lg walaupun pertama kali membaca karya penulis ternya ia mampun membuat sy meminati karya penulis, dptkan segera dipasaran dgn harga RM25(sm) RM28(ss)
286 reviews52 followers
September 2, 2023
Done....kudin oh kudin...
Sedikit review yg mungkin agak propa sbb terjangkit kesengetan si kudin....hihihi

Kudin yg kolot
Kudin yg selekeh
Kudin yg sengal
Kudin yg senget
Kudin yg ego
Kudin yg kedekutssss

Krn sebuah perjanjian keluarga, kudin berkahwin dgn dua pupunya sendiri yg dtg dr keluarga yg kaya, dan berketurunan 'tengku'....kahwin bkn ats dasar cinta, tp lbh kpd harta n ikatan kekeluargaan yg tlh lama terputus...blhkh isteri kudin yg dh biasa hidup mewah menjalani kehidupan serba kekurangan dgn org kg spt kudin???

Di awal perkahwinan, kudin yg senget sering berantakan dgn si isteri....tp sejak si isteri mogok lapar dgn dia, kudin mula berbaik dgn isteri nya...bermcm cara yg dilakukan oleh kudin utk mengambil hati si isteri sehingga akhirnya wujud nya bibit cinta dlm hati kudin n isteri...si isteri juga blh terima kehidupan hidup di kg bersama kudin....kehidupan mrk bahagia lbh2 lg isterinya disahkn hamil.....
Namun rumahtangga mana yg x dilanda badai....
Rumahtangga kudin mula berantakan gara2 org ke3.....si langau yg jahat cuba mengganggugat kehidupan si isteri...keadaan menjd teruk apb si isteri dpt tau bhw si langau adalah cinta pertama kudin....si isteri merasa sedih krn menganggap dia adalh perampas dan pilihan kedua dlm hidup kudin sedgkn kudin adalah cinta pertama bt si isteri....
Keadaan menjd teruk apb si isteri keguguran angkara si langau yg jahat....
Kudin hilg ank n kehilangan isteri....berbln2 si isteri menanti kudin menghubungi nya namun kudin yg menyepi tanpa khabar....mak kudin ada berpesan, agar jgn dibiarkn rs ksh dan syg dlm hati isteri nya bertkr menjd benci....namun kudin ttp juga menyepi di kg...setlh 6 bln, tengku raden emranuddin muncul dlm hidup isteri kudin....setiap hr emran cuba memenangi hati isteri kudin...menagih cinta perempuan itu... emran juga menagih janji2 yg penah isteri kudin ungkapkn sblm ini...tp apakah janji tersebut dan siapa pula emran pd isteri si kudin ni??? Ke mn pula hilgnya kudin??? Apakah yg berlaku pd kudin? Dptkh akhirnya kudin bersatu semula dgn isterinya??? Dan siapakah isteri si kudin ni???? Hahahaha...nak tau???? Silalah bli n bc karya Fazlyn Ridz terbitan Penerbitan Love Novel
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
May 14, 2014
weeeee.... #countless PBAKL collections too.. ahaks... wallawei lama seyh saya nantikan abang kudin dan edrina.. x sangka bile dapat peluk dan baca tambah excited... ngeeeeeee... i lurve them together... paling suka ialah Rina.. i adore her.. ahaks... and that little chicks name Lisa, i hate her so much that i wish she and her father can go straight to the kolam ikan keli.. ahaks.. moment2 wen Rina blh time Kudin mmg best giler... rasa cam nak nyibuk sama dlm citer jd langsir bilik pun jdla. ahaks..

tp part2 kelakar especially tyme jatuh tangga ngan siang ikan mmg blh buat org gelak giler2... hahahaha.. tulah makan diri. ngeeeee... yg penting, edrina n emran r happily together. yeay!!!
Profile Image for Naira2975.
1,076 reviews21 followers
December 15, 2014
Book #68 - 2014

Wow not bad! Sudah agak lama rasanya membaca novel yang agak tebal yang tidak membosankan! I love that it's full of humor. Ceritanya agak cliche but nevermind that sebab writer dapat "grip" pembaca untuk terus membaca. Sorry i had to compare; ceritanya reminds me of "suami yang kubenci" hasil karya e-man sufi where watak "kudin" is seakan "uwais" both orang kampung, quite kolot/kedekut but sebenarnya kaya berkahwin dengan orang bandar. Nevertheless, this book gets two thumbs up from me!
Profile Image for Azilah.
47 reviews4 followers
December 11, 2014
Tgk review rmai komen best novel ni tp mmg best pn tak rugi beli
x tau nk ckp pe la si kudin ni mmg sengal la...
Si Edrina ni cerewet pn ye garang pn ye...hehe

So sape2 yg belum bace novel ni sila la bace mmg leh hilangkan stress dgn prangai kudin yg sengal tu...

To writer good job...
Profile Image for Aliza Nai.
148 reviews3 followers
June 1, 2014
Kalau nak mixed emotions punya cerita bacalah Si Kolot Suamiku..Kudin yg sangat sengal dan Edrina yg keras kepala melengkapkan perjalanan cerita ini. Tak tau nak cakap apa lah sebab I suka cerita ne.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,333 reviews67 followers
August 16, 2017
#90#2017

Done reading Si Kolot Suamiku by Fazlyn Ridz. .

SKS mengisahkan Tengku Edrina yang terpaksa kahwin dengan Tengku Raden Emranudin aka Kudin. Kudin ni la si kolot tu. Seorang yang suka bekerja di ladang dan di kolam ikannya. Selepas kahwin, Edrina menetap di rumah buruk di kampung bersama Kudin. Walaupun permulaannya agak susah, tapi lama kelamaan, Kudin dan Edrina sama sama bahagia. Tapi, kemunculan Lisa membuatkan Edrina rasa tak selesa dan insecure. Kudin pula dengan selamba je tak kisah. Gangguan demi gangguan, akhirnya, Edrina mengalah. Edrina kembali ke KL, mengharapkan Kudin akan memujuknya. Bila Edrina dah berputus harapan, Kudin kembali dengan nama Emran. Pujuk memujuk, akhirnya happy ending. .

SKS ni citer romantik komedi. Kudin dan Edrina ni sama sama sengal. Kudin yang miang merenyam, tapi dengan Edrina je. Dengan perempuan lain, dia tegas. Kudin yang suka kentut merata.

Bacalah, kalau sukakan citer yang ada unsur lawak ni. .
Profile Image for Mazz.
74 reviews1 follower
September 21, 2014
Ini antara novel yang buat saya ketawa kuat sambil membaca.

Hero cerita ni is Abang Kudin aka Tengku Raden Emranuddin yang sangat-sangat sengal orangnya. Sengalness to the max tau, tak kiralah masa dia Kudin mamat kampung yang kolot dan kedekut atau bila dia transform jadi lelaki macho yang bergaya dan stylo. Kalau tak disebabkan Edrina agaknya dia jadi bujang lapok la menghadap ikan keli dan pokok-pokok kat kampung tu. Bila dah kahwin, yang tak syoknya dia carikan rumah yang paling horror untuk si isteri..nun di hujung kampung, kena mandi air perigi, masak guna kayu api dan yang paling, paling buat saya nak ketuk kepala dia dengan sudip..rumah tu dekat dengan kubur. Bukak tingkap bilik tidur aje nampak batu nesan. Ish, ish. Tak sesuai tau. Bilik tidur pun takde pintu, bayangkan lah sendiri. Tapi dalam kedekut pun, hati Kudin penuh dengan rasa cinta pada isteri. Cuma tukang kacau daun tu..memang saya tak suka. Rasa macam nak ikat kaki, tangan & sumbat mulut dengan kain lap dapur lepas tu campak dalam kolam ikan keli, biar dia kena sengat satu badan. Happy ending ? Mestilah
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
April 9, 2016
Ooh tak tahu pulak author sama ngan adnil zaff..saya suka ngan karya author ni.

Sama2 ego..Banyak bab lucu dan menjengkelkan..Bila kita hayati kisah Edrina ni kita tahu dia tidak seburuk atau sesombong apa yg digambarkan pada awalnya dan sebaik2 Kudin aka Tengku Emran ni ada sengal dan poyonya juga.

How come one can be very annoying towards one spouse but not bekas kekasih..cinta tu dah over jadi pls get over it. Mcm Rollercoaster jadinya relationship Edrina dan Kudin..
Profile Image for Izzati Aisyah.
14 reviews7 followers
May 7, 2014
Tahniah kepada penulis kak Fadzlyn Ridz atas kelahiran novel SKS. Memang berbaloi baca kisah abang Kudin & Edrina. Memang cukup rencah, ada suka ada duka tapi kalau nak diikutkan saya banyak ketawa bila membaca novel ini. Memang boleh buat hilang stress. Tak mau cakap banyak, sila beli kalau nak tahu apa yang best mengenai SKS ini.
Profile Image for Nazril Abdul Razak.
31 reviews3 followers
May 25, 2014
Tak menyesal beli novel ni. Congrat to the writer. Santaii. Menghiburkan. Komedi romantik. Terasa berada di dunia Kudin dan Edrina. Tertunggu-tunggu hasil komedi romantik yang memang digemari tetapi sukar diperolehi atau ditulis oleh penulis kini. Teruskan usaha Fadzlyn Ridz. Menunggu hasil karya anda yang seterusnya. Caiyok!!!!!
Profile Image for Kasmini.
7 reviews
May 27, 2014
Kudin ni baik tapi dia agak polos.
Tak lupa jugak, dia suka kentut! Hahaha
Profile Image for Issofea Keisha.
45 reviews4 followers
June 2, 2014
Cerita ini mmg lain dr yg lain..watak kudin mmg sengal tp still blh cairkan hati edrina...smbil baca smbil gelak, sengih ... Novel yg penuh dengan. Pelbagai reaksi... Sukasukasuka..
Profile Image for nurazirahvu.
108 reviews
October 12, 2014
menarik tapi ada part yang meleret sikit.
LISA, perempuan yg plg tk tau malu and plg annoying yg pernh sya jumpa sepanjang sya bca novel2 melayu.
59 reviews
August 31, 2023
Alahai kudin..alahai rina..ada² je kan perangai korg berdua.. sorang dri utara, sorg dri selatan..bila berdekat, dh mcm machine gun..ada je yg nk diperangkan..ada je bnde nak ditembak..ada je benda nk digaduh..itu la org tua² ckp..benci jgn berlebihan, nnt jatuh syg..haaaaaaa kan dh syg smpi tergolek.. comel sgt 2 org ni..ada je bnde nk diusik, disakat..yg si lisa tu plk..eh eh ehhhhhhhhhh..kalah tembok besar china dia punya muka tembok..mentang² kudin tu kaya, ko pun start nk ek dia ye..padahal sblm tu elok je berlagak kan si gabriel..konon nk bertunang la, nk nikah la..siap jemput dtg majlis..kad nye mana? Haram xde smpi ke sudah..masa xtw si kudin tu kaya, sebelah mata x dipandang..last² gabriel yg nak kan ko, ko tggl kn..kudin yg dh tawar hati tu plk dikejar nya.. last² amik ko yg dikejar xdpt, yg dikendong berciciran..haaaa baru pdn dgn muka..dh la gilakan harta org..pening² manusia gitu
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
April 6, 2020
Tengku Raden Emranuddin. Tapi panggil Kudin. Aduh! Kelakar sangat perangai si Kudin ni, kentut selamba je malam pertama dengan isteri dia, Tengku Edrinna, Rina. Suka buat benda yang tak melambangkan kemacho an seorang tengku. Jatuh standard tengku. Haha. Kolot² dia pun, selenga² dia pun, dia sayang sangat kat Rina, sanggup ikut cakap isteri dia. Cuma yang akhir² tu je, masa Lisa, (perempuan yang tak paham bahasa, tamakkan harta dan gilakan Kudin sebab harta) buat rumahtangga Kudin dan Rina pecah belah, masa tu Kudin tu macam tinggi sangat dah ego dia. Sanggup biar je Rina pergi. Eh! Nasib baik ada Makcik Kunah, makcik memang steady lar! Basuh Kudin tu rileks je. Baru tau pikir skit Kudin tu. Tapi, Lisa tu akhirnya jadi apa ye? Melangut kat kampung je ke?
Displaying 1 - 30 of 55 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.