Jump to ratings and reviews
Rate this book

Suamiku Mr Boss

Rate this book
NAIM HAZIQ, seorang lelaki kota yang berasal daripada keluarga berada telah jatuh cinta pandang pertama dengan SAFIA HANA, seorang gadis desa yang hidup sederhana. Naim memerlukan Safia hidup di sisinya kerana gadis itu penuh dengan jiwa penyayang. Manakala Safia yang masih muda dan naif memerlukan seorang lelaki yang boleh membimbingnya menjadi seorang wanita dewasa yang matang.

Sebelum kahwin, Safia rasa dia tepat memilih Naim. Lelaki itu sempurna di matanya. Walau apa juga rintangan, dia terima asalkan dapat hidup bahagia dengan Naim. Hakikatnya dia tidak tahu Naim sebenarnya seorang lelaki kaki buli dan sudah mengatur rancangan untuk mengawal hidupnya. Maka hidup Safia jadi kacau-bilau kerana sikap Naim yang kuat cemburu, panas baran dan suka mengongkong.

“Semua perkara yang Safia nak buat kena beritahu abang dulu. Kalau tak ada hal penting duduk kat rumah aje, tak payahlah nak merayap pergi mana-mana. Kalau nak pergi ke mana-mana juga kena ditemani bodyguard. Tak boleh balik malam. Aktiviti berbahaya macam panjat gunung, jungle tracking, scuba diving, payung terjun dan segala aktiviti berlumba jangan haraplah abang akan izinkan.” Naim membebel panjang.

Meluap hati Safia mendengarnya. “Teruklah abang ni. Perangai macam budak-budak. Kalau abang banyak kerenah lagi, Safia ternak lipas baru abang tahu.”

Serta-merta bulu roma Naim meremang apabila mendengar ugutan itu. Dalam diam, dia menelan air liur. Sejak kecil lagi dia memang takutkan lipas!

“Good night, sweetheart. I love you,” bisik Naim.

Eh, eh... Tadi garang, sekarang jadi romantik pulak? Tak payahlah nak cover macho. Tak handsome pun!

“Good night, Mister Boss. I hate you.” Safia membalas geram.

Naim tersenyum mendengarnya. Dia tak kisah apa juga tanggapan Safia terhadapnya. Biar Safia rasa terkongkong hidup dengannya asalkan hatinya berasa tenang dan bahagia.
14 people are currently reading
104 people want to read

About the author

Elin Nadia

6 books7 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
14 (17%)
4 stars
19 (24%)
3 stars
27 (34%)
2 stars
13 (16%)
1 star
5 (6%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for Sha Mohamed.
2,523 reviews1 follower
May 12, 2018
Permulaan buku ini menarik tapi bila masuk suku sampai ke hujung sedikit meleret.. Masih menarik dibaca.. Kisah antara Safia dan Naim.. Dari mula bercinta hinggalah dah kahwin.. Gangguan datang dari orang yang terdekat.. Tamat dengan bahagia..
242 reviews11 followers
September 11, 2016
Rasa kejenkelan mr. Boss pada karya ini. Bestlah gak. Ada suspens akhir cerira. Saya igat fendi yg jahat rupanya org yg dkt dgn safia
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
June 10, 2014
Best! Safia Hana menolong ibu-bapanya di kebun sayuran dan kolam ikan mereka sementara menunggu untuk menyambung pelajarannya di universiti. Naim Haziq pula adalah seorang pengurus di syarikat bapanya di KL. Suatu hari Naim ditukarkan ke kampung Safia untuk memantau pembinaan sebuah koleg kejururawatan di sana. Di sana mereka bertemu beberapa kali. Bila Safia putus cinta dengan Hisyam, Naim mengambil kesempatan itu untuk mendekati dirinya. Lama-kelamaan mereka jatuh cinta. Naim mahu cepat-cepat melamar Safia lalu keluarganya di beritahu. Datin Azilah mahu menilai peribadi Safia sebelum meminang tetapi dia sendiri terpikat dengan peribadi Safia lalu perkahwinan mereka di percepatkan. Khatijah, Hisyam dan Darina semakin berdendam dengan Safia. Safia dan Naim mula mengenali hati budi masing-masing selepas berkahwin. Naim cepat cemburu, baran dan suka mengongkong. Safia pula nakal dan manja tetapi kasih sayangnya tulus. Hidup mereka penuh dengan dugaan tetapi ia mengeratkan lagi hubungan mereka suami-isteri. Darina masih cuba untuk mendekati Naim. Ikmal pula cuba menggoda kakak iparnya. Safia hampir diculik. Naim pula hampir dibunuh. Rupa-rupanya dalangnya adalah orang yang dekat dan dipercayai. Akhirnya dia dapat ditangkap dan mereka dapat hidup bahagia bersama cahayamata mereka.
Profile Image for Naira2975.
1,076 reviews21 followers
December 15, 2014
Book #66 - 2014

This is sometimes what you usually expect from a thick book; the first half, good. Second half of the book... Hmm... A bit disappointed. I was hoping buku ni seronok dibaca sehingga ke akhir mukasurat because permulaan cerita agak menarik.tapi setelah mereka sudah berkahwin, oh mang...... memang susah sangat lah rasanya hendak habiskan.in the end, saya baca sehingga mukasurat 600++ then I gave up
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
April 24, 2014
I lioke... walaupun sebenarnyer xde la nampak sgt ke control an nyer disitu, tp comey jer cara dak berdua nie.. ngeee.. bahagia... tp mmg x sangka la org jahat tue jahat.. ngeeee...
Profile Image for Emoon.
219 reviews79 followers
May 17, 2014
Saya suka, saya suke.....

xde lah pembuli sgt Naim ni....

Romantik dgn caranya yang tersendiri... hehehe

thump up !!!!!!
Profile Image for Iqa.
142 reviews4 followers
November 10, 2022
It at least kept me reading. A bit unsatisfied with their progress after the marriage. Plus, they keep secrets to themselves without discussing with each other. Not a hit with me. Guy’s also too controlling and keeps using the ‘it’s for your benefit’ bs on the girl. 😃

It was a normal story otherwise. Too normal that reviewing it puts me at a loss for words. 😅 But, the plot twist was great and unexpected.
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
April 25, 2016
Tak semua orang boleh suka ngan cerita ni tapi saya suka sangat sebab suaminya yg sangat protective.
Profile Image for mira..
182 reviews28 followers
September 3, 2016
cliche. what's with "Suamiku Mr Boss"? if you put "Safia Hana" as the title pun okay what?
Profile Image for Nur Asmaranie.
2 reviews
April 6, 2016
as salam buat peminat novel...
saya nak jual novel ni dgn harga 15(termasuk harga) pos
Displaying 1 - 13 of 13 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.