Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kapsul Nurani

Rate this book
"Di dalam buku ini bukan hanya ada 50 penulis, bukan juga hanya ada 50 catatan inspirasi. Saya lihat ada banyak."

- Dato' Kamarudin Hassan

209 pages, Book

First published April 25, 2014

9 people are currently reading
73 people want to read

About the author

Web Sutera

30 books64 followers
Penulis menggunakan nama pena Web Sutera. Nama sebenar ialah Hizamnuddin bin Awang. Sebelum menceburi dalam bisnes katering sepenuh masa, beliau pernah menjawat jawatan Editor bagi subjek matematik dan komputer di salah sebuah syarikat penerbitan. Selepas itu selama 11 tahun bekerja di MIMOS Berhad dan Jaring Communications Sdn. Bhd. sebagai Penyelidik dan Pegawai Pemasaran yang fokus tugasnya kepada penulisan bahan-bahan pemasaran, pendidikan ICT / Internet dan branding.

Semasa bekerja di Jaring Communications Sdn. Bhd., Web Sutera melaksanakan tugas-tugas sebagai penulis, editor bersekutu (associate editor) dan editor online bagi majalah Jaring Internet Magazine. Dalam waktu yang sama beliau banyak menyumbangkan hasil penulisan kepada beberapa majalah berbahasa Melayu tempatan dan juga bagi tugas rasmi untuk sisipan Komputer, Berita Harian. Kesemua subjek penulisan Web Sutera ialah dalam bidang sains dan teknologi, ICT dan internet. Jawatan terakhir beliau ialah Ketua Unit bagi salah satu unit dalam jabatan Komunikasi Korporat dan Branding syarikat Jaring Communications Sdn. Bhd.

Seterusnya bergiat aktif dalam bidang penulisan makalah ICT, sains, teknologi dan peradaban manusia sejak tahun 1995 dalam sedozen majalah bahasa Melayu di Malaysia.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Komputer dari USM,1992. Kini menjalankan perniagaan sendiri iaitu LUSIANA CATERING sebagai managing partner, setelah bekerja makan gaji hampir 15 tahun.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
26 (40%)
4 stars
29 (45%)
3 stars
8 (12%)
2 stars
1 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 18 of 18 reviews
Profile Image for Web Sutera.
Author 30 books64 followers
April 28, 2014
Rekabentuk (desain) kulit depan dan belakang: 4.5 bintang.
Kandungan dan isi cerita: 5 bintang, dengan kisah agak pelbagai. Cerpen pun ada.
Kata-kata editor (Prakata dan Pascakata): 5 bintang
Rekaletak teks: Mudah dibaca - 5 bintang.
Blurb: 5 bintang.

Fuh! Saya terharu dalam banyak kisah. Insya-Allah, ibrah untuk kita ... manusia yang sering lupa.

Tambahan: Rasanya banyak perkara yang mahu saya sentuh tentang semua cerita dalam catatan ini, malah setiap kisah yang ditulis. Namun andai saya bongkarkan semuanya, terasa 'bersalah' pula. Beginilah ... saya jantan yang sukar tersenyum (konon!) dan sering berwajah bengkeng tatkala bergambar (konon!), dan hati keras (konon!). Tapi, ada air tubik dari tubir mata di banyak kisah. Mengapa? Allah!
Profile Image for Riesna Zasly.
152 reviews1 follower
November 6, 2014
Minat menelaah buku ini hadir semasa melihat statusnya di kalangan pembaca di goodread.. 50 catatan penulis/pembaca yang menghimpunkan pelbagai kisah yang mencetuskan inspirasi serta berkaitan dengan dunia buku.. sebahagian catatan diakui amat menyentuh minda, ada juga yang berhasil menggeletek emosi.. tapi sebahagian kecil catatannya pula dirasakan terlalu nampak seperti dibuat2 sehingga agak lari dari konsep buku yang ingin mencetuskan inspirasi.. walaubagaimana pun, himpunan catatan sebegini adalah julung2 kali dibuat di Malaysia, dan wajar dipuji..
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
April 15, 2015
Aku paling suka baca yang kisah pembukuan di perpustakaan di Baghdad dan yang sewaktu dengannya.
Profile Image for Ara Aranam.
3 reviews2 followers
May 25, 2014
Kapsul Nurani. 50 kisah, 50 penulis. Baru usai lima kisah tanpa melangkau halaman. Kelima-lima menarik. Berasa yakin, empat puluh lima kisah seterusnya tidak kurang menariknya. Syabas!

25/5/2014

Selesai membaca hingga ke noktah terakhir di halaman 209. Ada kisah yang mampu buat saya tersenyum. Ada kisah yang mampu buat saya termenung. Ada kisah yang mampu buat air mata saya mengalir laju. Benar. Saya mengambil masa yang terlalu lama untuk menghabiskan bacaan buku senipis 209 halaman. Apa yang penting, saya suka membaca buku ini. Buku hasil permuafakatan antara lima puluh penulis-pembaca Celik Huruf dan sidang admin yang serius serta arif hal perbukuan akhirnya berjaya menzahirkan impian menjadi realiti. Sekali lagi, syabas!

Saya fikir anda patut membacanya.

Profile Image for Norziati.
Author 9 books84 followers
May 6, 2014
Kumpulan kisah penulis-pembaca, yang berkosongsi cerita apa yang berlaku di sekeliling mereka. Ada suka, ada duka yang akhirnya mematangkan kehidupan dalam menempuh hari-hari mendatang. Mereka pelbagai latar belakang, melihat dunia dari sisi berbeza, menukilkan kisah untuk panduan semua supaya dapat melihat hidup ini dari pelbagai sudut. Ada di antara mereka baru sahaja menulis, ada pula menjadikan bidang penulisan sebagai makanan harian, ada yang bercita-cita besar untuk menjadi penulis dan ada yang menulis bagi meluahkan rasa. Semua itu mereka kongsikan.

Ibarat lirik M Nasir dalam Tanya Sama Itu Hud-Hud,'lihat dunia dari mata burung, atau lihat dari dalam tempurung, yang mana satu engkau pilih'.
Profile Image for Aini Akmalia.
100 reviews70 followers
June 17, 2015
Buku yang mendamaikan hari-hari saya.
Buku yang menginspirasi dan memotivasi.
Buku yang merembes cas-cas positif.

Terima kasih semua yang berkongsi kisah.
Terima kasih semua yang terlibat menjayakannya

Saya rasa seronok mendengar pengalaman demi pengalaman.
Saya rasa teruja kerana kita punyai kegilaan yang sama; buku.
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
September 5, 2014
Lain rasanya mahu mengulas buku ini.

Iyalah. Kerana buku ini sungguh istimewa. Buku ini menyelitkan kisah kerdil manusia gendut pekerja swasta ini, yang mungkin biasa-biasa sahaja bagi sesetengah orang. Dan untuk mengulas cerita sendiri, tentulah aku cenderung untuk memberikan pandangan yang tidak seimbang.

Kisah aku, mestilah baik.

Buku aku, mestilah hebat.

Sudah tentu aku berikan 10 bintang daripada 5 bintang!

Ahahaah!

Jadi, untuk mengelakkan untuk disamakan dengan perumpamaan "masuk bakul angkat sendiri", aku biarkan sahaja orang lain yang mengulas (kisah aku). Dan aku masih menunggu-nunggu ulasan yang pertama!

Baik. Aku ulas buku ini secara am sahaja.

Pertama; Idea yang bernas. 50 penulis satu buku. Sangat bermakna bagi orang yang masih baru seperti aku. Peluang untuk bermula dengan skala yang kecil. Mana tahu, boleh jadi pemangkin untuk ke langkah seterusnya. Doakan lah, ya?
Kedua; Konsep 50 penulis dalam satu buku memang mengujakan. Ada 50 cerita. Ada pelbagai ragam, ada pelbagai kisah. Ada yang boleh dipelajari. Ada yang boleh dijadikan peringatan.
Ketiga; Ada pelbagai bakat. Yang sudah biasa menulis, tidak perlu lah dinafikan lagi bakat mereka. Lenggok bahasa mereka sahaja sudah mengujakan. Yang baru pula, wah, bakat itu sememangya terpendam. Terluah kali pertama, aku "tidak setuju" jika mereka katakan mereka itu orang baru.
Keempat; Ada pelbagai latar belakang. Yang senior, yang remaja. Paling muda umurnya 13 tahun. Hanya 2 tahun berbeza dengan anak sulung saya!

Itu sahaja. Buat masa ini.

Jangan ditanya kisah mana yang paling menarik. Jawapan berhemah aku, semuanya baik. Ikut selera dan ragam masing-masing. Mungkin ada yang biasa-biasa, mungkin ada yang terkesan kerana kita pernah berada di situasi yang sama.

Ya. Ada yang aku sangat-sangat suka. Bukan satu, bukan dua. Banyak. Cuma untuk berkongsi di sini, agak janggal rasanya. Puji satu penulis, mungkin ada antara 48 yang lain terluka. Jadi, sekali lagi, biarlah yang selain 50 penulis ini yang mengulas.

Ulas baik-baik, ya. :)
Profile Image for Shea.
153 reviews5 followers
August 9, 2014
Jujur?
Mirip Chicken Soup for Soul, versi Book Lovers.

Memang banyak kisah, cerita dan pengalaman yang memberi inspirasi. Malang, terganggu sedikit dengan sebilangan yang 'preachy'. Terlebih berceramah daripada bercerita.

Konsep menarik yang boleh diperbaik dan punya potensi kelansungan. Langkah pertama, teliti karya-karya dan hapuskan kesilapan ejaan yang bukan satu atau dua agar naskah lebih rapi.

Profile Image for Mohamad Zaki Mohd Jais.
1 review
September 15, 2014
Manusia sentiasa dalam keadaan susah payah, sama ada secara jasmani atau rohani. Antara kesusahan yang dialami manusia ialah susah menyara kehidupan, susah melahirkan anak, susah mencari harta benda, susah beramal kebajikan dan lain-lainnya.

Kesusahan fizikal yang berlaku biasanya membawa kepada kesusahan kepada rohani juga.Namun, susah payah juga andai diterima dengan sepenuh hati dan berusaha berbuat baik dalam iman, hasilnya lumayan.

Kapsul Nurani adalah wadah penulis sejagat bukannya satu cerita novel cinta. Buku ini kiranya, ada 50 catatan inspirasi dari 50 orang penulis. Sangat menarik! Dalam satu buku sahaja ada 50 buah kisah yang lebih menceritakan tentang memotivasikan pembangunan diri, kekeluargaan, cinta, pengalaman hidup dan macam macam lagi.Salah seorang daripadanya ialah Ahjumma.

Kapsul Nurani ni sesuai untuk dibaca untuk semua peringkat umur. dan yang paling penting, tak
perlu nak beli 50 buah buku untuk membaca 50 cerita! beli sahaja Buku Kapsul Nurani ni,, lebih jimat!
Profile Image for Fikrib.
26 reviews3 followers
May 25, 2014
Sebuah buku tentang buku dan membicarakan pelbagai kisah yang menginspirasikan.Menariknya buku ini ada banyak "racun" baik yang disyorkan oleh penulis dan aku telah teracun dengan beberapa buah tajuk buku/novel.

Pelbagai kisah dengan isi cerita inspirasi berdasarkan pengalaman Si penulis atau rekaan digarap mengikut gaya, bahasa dan bentuk penyampaian masing-masing serta dikaitkan dengan buku yang berinspirasi.Reaksi aku pun turut pelbagai ketika dan selepas membacanya,ada yang menjentik rasa, termenung, berfikir,semangat malah ianya normal jika kita rasa biasa-biasa sahaja, tak menarik,kosong atau tak faham.Antara yang paling aku terkesan tajuk mengemis pahala-Tongkat Jibril dan memerdekakan jiwa-Hadi Razak.

Tahniah kepada semua 50 penulis dan editor yang berjaya dalam permuafakatan menerbitkan naskah ini.Semoga terus maju dalam projek seterusnya
Profile Image for Ika.
Author 14 books54 followers
May 9, 2014
50 cerita pelbagai perisa, cerpen2 yang mudah dihadam dan straight to the point :)
Profile Image for Sooraya Evans.
939 reviews64 followers
May 18, 2016
Beautiful compilation.
Hope to read more of these...
Profile Image for Asmah Hashim.
Author 14 books14 followers
November 12, 2018
‘Anakku, andai kamu tidak mampu menjadi seperti sunga nadi kehidupan, cukuplah kami menjadi segelas air penghilang kehausan. Andai kkami tidak mampu menjadi seperti bulan menyuluh gelapnya malam, cukuplah kami menjadi bintang mencantikkan malam. Andak kami tidak mampu menjadi bumbung untuk mereka menumpang teduh, cukuplah kami menjadi lantai untuk mereka duduk...’ ( Karya Hatim Ahmad- Nak jadi Macam Ayah) kata-kata yang sungguh indah dan mengesan di jiwa.

Bagi saya karya yang ada di dalam buku kecil ini sungguh menarik. Bukan sahaja ada cerita malah ada inti yang ingin disampaikan. Ada pengalaman, ada cerpen dan ada motivasi diri. Semuanya terangkum dalam satu buku. Mampu buat kita tersenyum, ketawa dan menangis serta muhasabah diri. Karya yang sepatutnya dibaca dan disimpan sebagai khazanah bangsa di masa hadapan. Bagaikan sebuah travelog saya menyusuri setiap nukilan. Karya yang biasa namun hebat isinya. Tahniah kepada barisan penulis dan penerbit juga yang telah berjaya membawa satu cerita dalam seribu makna. Bagaikan antologi cerpen tetapi berbagai tema dan genre. Terpikat hati membacanya.
Profile Image for Nor.
Author 9 books106 followers
August 19, 2015
5 bintang untuk 50 orang yang berkongsi kisah-kisah yang menjadi inspirasi pada diri mereka dan menginspirasikan pembaca.
5 bintang untuk usaha mengumpulkan 50 penulis pelbagai latar.
5 bintang untuk lebih 50 judul buku-buku cadangan yang diberikan di hujung setiap kisah mereka.
Profile Image for Mira Ishak.
Author 10 books14 followers
December 24, 2018
Buku yang sarat dengan pengalaman penulis-penulis yang memberi inspirasi kepada saya. Jujur cakap, berbaloi membeli dan membaca buku ini. Sedih, terharu, tersenyum sendiri, semuanya ada ketika baca buku ini.
Profile Image for Ainnudin Ja'far.
116 reviews1 follower
May 8, 2018
Himpunan 50 orang penulis yang menyulam idea kreatif mereka buat santapan minda pembaca kreatif. Sebuah karya yang menjanjikan keseronokan !
Displaying 1 - 18 of 18 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.