Jump to ratings and reviews
Rate this book

Khulafa Al-Rasyidin: Penakluk Rom Dan Parsi

Rate this book
Dalam sejarah Islam, era Khulafa al-Rasyidin menjadi simbol kegemilangan dan keagungan, bukan hanya dalam aspek keagamaan tetapi juga ketenteraan dan kepimpinan. Buku ini membawa pembaca menyelami detik-detik mendebarkan ketika Empayar Rom dan Parsi, dua kuasa besar dunia pada masa itu tunduk di bawah kekuatan dan kebijaksanaan tentera Islam.

Dari zaman kebangkitan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq hingga kejatuhan Parsi di tangan Khalid al-Walid, setiap bab menceritakan kisah keberanian, strategi dan iman yang menjulang Islam ke puncak kekuasaan. Khulafa al-Rasyidin: Penakluk Rom dan Parsi bukan sahaja sebuah rekod sejarah, tetapi juga cerminan kebijaksanaan dan keteguhan jiwa para sahabat Nabi SAW dalam menghadapi cabaran terbesar mereka.

Lengkap dengan analisis mendalam dan naratif yang mengasyikkan, buku ini ialah karya wajib bagi sesiapa yang ingin memahami bagaimana Islam dalam masa yang singkat berjaya menakluk dua empayar yang paling berpengaruh dalam sejarah dunia.

191 pages, Paperback

Published September 1, 2024

1 person is currently reading
6 people want to read

About the author

Muqri Nizam

2 books

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (50%)
4 stars
1 (16%)
3 stars
2 (33%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
9 reviews
January 22, 2025
Buku yang bagus sebagai pengenalan kepada Khulafa' al-Rasyidin. Sesuai sebagai bacaan ringan terutamanya untuk yang baru mengenal siapa mereka.

Cuma, sedikit ralat kerana tajuknya "Penakluk Rom dan Parsi", maka jangkaan pembaca mungkin lebih berat kepada sejarah penaklukan ke atas kedua- dua empayar tersebut semasa pemerintahan Khulafa' al-Rasyidin. Namun, isi tentang penaklukan hanya sekitar sebahagian bab sahaja.

Bab-bab yang lain, boleh dikatakan tidak berkaitan, walaupun masih bermanfaat untuk bacaan, seperti penerangan tentang fitnah dan mehnah.

Apapun, tahniah atas buku yang bermanfaat.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.