Jump to ratings and reviews
Rate this book

Ilmu Alam Melayu

Rate this book
Ilmu alam Melayu ialah sebuah karya yang mengupas secara mendalam misteri dan mistik yang melingkari tamadun Melayu serta membongkar manuskrip-manuskrip Melayu yang hilang.

Bahagian pertama buku ini, “Mistik Alam Melayu,” memperkenalkan anda kepada dunia pawang, bomoh dan dukun yang berperanan penting dalam masyarakat Melayu dahulu.

Bahagian kedua, “Manuskrip Melayu yang Hilang,” meneliti khazanah manuskrip Melayu yang mengandungi ilmu sains, sejarah, undang-undang dan kesusasteraan. Penulis mengungkap karya-karya berharga seperti Kitab Mujarabat dan Hikayat Nurul Lisan.

Bahagian ketiga, “Mantera Alam Melayu,” mengupas jampi dan mantera yang digunakan dalam pelbagai upacara dan ritual.

Melalui kajian yang mendalam dan penulisan yang santai, penulis mengajak pembaca untuk memahami dan mengambil iktibar daripada warisan yang mengandungi pelbagai hikmah dan pengajaran ini.

454 pages, Paperback

Published September 1, 2024

Loading...
Loading...

About the author

Naim Tamdjis

36 books107 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (37%)
4 stars
3 (37%)
3 stars
2 (25%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Rainy Rose.
308 reviews31 followers
March 16, 2025
Bacaan yang menarik dan agak berat. Penulis mengupas beberapa hal berkenaan dengan ilmu alam Melayu di dalam buku ini. Daripada sekecil-kecil jampi serapah sehingga ke manuskrip-manuskrip lama Melayu, dapat disimpulkan yang penulis mengambil masa untuk meneliti dan mengupas setiap topik yang beliau kongsikan.

Penulis juga berkongsi banyak contoh mantera dan jampi di dalam buku ini sehingga saya terpaksa melangkau beberapa darinya. Cuma untuk rujukan masa hadapan, saya rasa penulis tak perlu meletakkan gambar-gambar hantu dan jin sebagai selingan di dalam buku ini. Agak terkejut saya bila membelek muka surat seterusnya dan terpapar gambar sebegitu.
Displaying 1 of 1 review