Jump to ratings and reviews
Rate this book

La Adri

Rate this book
Ilmu itu ada tiga bahagian:
Kitab yang berbicara, Sunah yang berdiri tegak dan la adri (aku tidak tahu).

122 pages, Paperback

First published March 1, 2014

15 people are currently reading
76 people want to read

About the author

Zahiruddin Zabidi

28 books45 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
14 (9%)
4 stars
58 (38%)
3 stars
67 (44%)
2 stars
10 (6%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 32 reviews
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
December 1, 2018
Buku apa yang kau baca ni?

Aku tidak tahu.

Itulah kau, apa yang kau baca pun kau tak tau...

...
Profile Image for Akmal A..
172 reviews9 followers
April 26, 2014
Permulaan yang bagus untuk dubook press yang menerbitkan buku scene agama. Aku tak tau adakah ini buku pertama mereka atau tak. 3 bintang aku bagi untuk karya Zahiruddin Zabidi ni. Terdapat jugak bab yang menarik seperti contoh bab yang dimana penulis kembali meneruskan pengajian walaupun terhenti seketika seolah-olah memberi semangat kepada pembaca bahawa proses mencari ilmu itu tidak pernah mengenal umur. Juga bab menarik yang dikongsikan oleh penulis dalam bab naratif teristimewa Valentine's Day . Sungguhpun begitu, pendapat aku dari segi susunan bab kelihatan agak terabur, dan bercampur baur. Kadang-kadang ada bab yang serius diikuti dengan bab yang terus agak ringan.
Profile Image for Ira Nadhirah.
600 reviews
June 11, 2014
Antara sebab aku suka buku buku Dubook adalah, ianya bermanfaat dan informative. Percubaan pertama Dubook hasilkan buku berbentuk keagamaan patut dipuji. Buku yang tidak terlampau berat dan tidak pula terlampau ringan. Kerana, isu isu yang dikupas adalah isu isu dalam kehidupan seharian kita. Misalnya, pentingnya ilmu, ikhlas beribadah dan lakukan aktiviti seharian kerana Allah, sedekah yang bermanfaat, rindu yang seharusnya rindu yang membawa kepada ketenangan dan bukan keserabutan, redha Allah datangnya dari redha ibubapa, sunnah Rasulullah dan sebagainya. Saya paling tertarik dengan kupasan berkenaan angin yang disertakan dengan autoriti Al Quran yang lengkap. Mirip buku buku Harun Yahya. Ada juga diselitkan catatan peribadi penulis dan masih diselitkan nilai nilai. Dan, kupasan berkenaan Valentine's Day yang menarik. Betul lah kata dia, kita tak ada pasangan bukan sebab orang tak nak kita, tapi sebab Allah nak protect kita dari segala dosa yang berkemungkinan datang dari kita berpasang-pasangan. Kesimpulannya, cubaan yang baik dari Dubook, tidak mengecewakan dan typo pun kurang.
Profile Image for Syed Shahrom Wafa.
273 reviews16 followers
October 26, 2018
Buku pertama dari penulis yang membuatkan saya ingin meneroka buku-buku lain hasil tangan beliau selepas ini. Menarik.

Secara ringkasnya buku ini membahaskan secara ringkas pelbagai isu yang dihadapi oleh umat Islam sedunia dan di dalam negara.

Setiap isu ini disampaikan oleh penulis dengan cara yang penuh hikmah dan ringkas di setiap bab, yang selalunya akan membuatkan para pembaca dahagakan huraian yang lebih terperinci berkenaan isu tersebut. Namun dapat dilihat dari setiap olahan beliau, penulis lebih suka sekiranya para pembaca meneroka sendiri akan segala perihal berkaitan isu-isu itu. Inilah kerana beliau gemar memaklumkan sekali kitab & buku rujukan asal beliau dari ulama, agamawan, serta tokoh yang berkaitan. Satu pendekatan penulisan yang sememangnya membuktikan penulis adalah seorang yang bijak, berilmu dan suka membaca.

Antara artikel yang menarik perhatian saya seperti;

1. Kisah minggu konvokesyen di IPTA/IPTS Malaysia. Persoalan adakah dengan diadakan ekspo dan jemputan persembahan artis dan sebagainya boleh dikira sesuai untuk meraikan majlis ilmu ini? Adakah ianya sesuai sebenarnya?

2. Kisah Raja Saud dan pemerintahan kerabatnya di Arab Saudi sejak awal 1900an hingga kini, iaitu sistem pemerintahan monarki feudal ataupun sistem beraja secara umumnya. Dengan segala isu membabitkan lambakan harta & hubungan mereka dengan Amerika Syarikat dan sebagainya, adakah masih relevan atau tidak lagi mereka ini hingga kini?

3. Kisah angin. Ciptaan Allah yang tiada bentuk tiada jasad, namun tetap penting buat manusia & alam.

4. Perihal hadis dan sunnah Rasulullah SAW, adakah ianya sama atau tidak. Dan adakah semua sunnah itu wajib untuk diikuti ataupun ianya hanya berhukum sunat sahaja. Dan jangan terkejut ada juga sunnah yang haram rupanya untuk kita ikuti kini.

5. Perihal keutamaan dalam beragama. Sedang anda ke masjid untuk berjemaah solat wajib, anda terserempak dengan kemalangan tragis di tengah jalan. Jadi yang mana perlu anda dahulukan, jemaah di masjid atau nyawa insan lain?

6. Bersederhana dalam beribadat & beragama. Mana yang lebih elok di sisi Allah, beribadah sebanyak mungkin ataupun beribadah yang sedikit namun konsisten?

7. Dan juga kisah dari Hikayat Abdullah Munsyi berkenaan kritikan pedas beliau kepada institusi beraja di Melaka suatu masa dahulu. Antara buku yang bakal saya cari setelah penulis huraikan dengan begitu menarik di dalam buku beliau ini.

Dicadangkan untuk umat Islam yang inginkan bacaan segar kini, terutamanya buat yang masih muda remaja. Mungkin ada sesetengah bab yang kurang menarik, namun pasti ada juga bab yang dihuraikan penulis yang membuatkan anda berminat untuk meneliti di tempat lain mencari jawapannya selepas ini.
Profile Image for Azwa MN.
9 reviews16 followers
May 13, 2014
jawapan kepada persoalan yang tidak mampu dijawab. dengan hanya mengatakan "la adri" tidak akan menjatuhkan martabat dan mencabar ego seseorang. menyelami hal kepincangan masyarakat Islam (terutamanya Islam Melayu di Malaysia) dalam berbagai soal dan permasalahan yang melanda. persoalan tentang jodoh, kepentingan menimba ilmu sepanjang hayat, dan berbagai isu lain lagi antaranya penyakit kronik masyarakat iaitu gemar menghukum sesama sendiri. memberi pencerahan bahawa Islam bukanlah agama penghukum semata-mata, tetapi Islam menganjurkan budaya membaca dan berfikir (kayu ukur kepada pembangunan sesebuah tamadun atau kemajuan sesebuah negara bergantung kepada jumlah buku yang diterbitkan), dan Islam adalah agama yang menyebarkan kasih sayang, belas kasihan dan pengampunan (sesama manusia, haiwan dan alam). sepatutnya kita mencontohi gaya dakwah Rasulullah Muhamad SAW iaitu dakwah melalui akhlak, bukan sikap menggunakan agama Islam dan syariatnya bagi menjatuhkan hukuman yang membuatkan penganut agama lain hairan dan bertanya "Apakah mereka ini wakil Tuhan di muka bumi bagi menjatuhkan hukuman dan mencari kesalahan sahaja?"

kenapa tidak lima bintang? kerana saya mengharapkan buku ini lebih tebal dan mengandungi lebih banyak pengisian.
Profile Image for Ku Nurasyiqin.
51 reviews16 followers
March 29, 2017
La Adri
Saya masih ingat, buku terbitan Dubook ini dibeli semasa jualan buku di Pocket D UTP sekitar tahun 2014. Hanya sekarang baru berkesempatan menghabiskan bacaan hasil tulisan Ust. Zahiruddin Zabidi ini. Buku ini merupakan himpunan anekdot beliau berkenaan pelbagai topik, termasuk kisah pencarian ilmu beliau yang saya kira perlu dicontohi semangatnya. Meskipun bergenre santai, banyak juga buah fikiran yang dikutip dari tulisan penulis yang mengajak kita untuk berfikir. Antaranya berkenaan relevansi monarki feudal di zaman ini, kepentingan angin dari sudut Al-Quran dan sains juga penutup berkenaan hadis 'Ilmu itu ada tiga bahagian: Kitab yang berbicara, Sunah yang berdiri tegak dan la adri (aku tidak tahu)'.
Sesungguhnya, kalau tidak tahu mengenai sesuatu perkara, jawab sahaja tidak tahu. Teguran yang baik buat kita, naqib naqibah usrah terutamanya, juga pengulas isu freelance di laman sosial
Profile Image for Imran Mustafa.
17 reviews6 followers
October 16, 2017
Buku ini merupakan satu himpunan makalah. Permasalahan utama dengan buku ini ada 2:

1. Tajuknya tiada kaitan dengan kebanyakan isinya (mungkin ada 3 bab sahaja yang berkaitan). Tajuknya menggambarkan sesuatu yang berkaitan dengan ilmu, tetapi isinya lebih berupa tazkirah.
2. Susun atur dan 'aliran' idea antara makalah-makalah itu amat sedikit. Hanya ada beberapa yang betul-betul berkait.

Secara amnya, makalah-makalahnya ditulis dengan baik jika dinilai sebagai karya yang berdiri sendiri, tetapi mereka ketiadaan unsur kesatuan yang membolehkan ianya dijilidkan bersama. Tambahan lagi dengan suntingan yang kurang kemas, menyebabkan saya sendiri sedikit terpinga-pinga apabila membacanya.

Pendapat saya, ianya sesuai dibaca dalam 'setting' semacam usrah, dan dibaca satu bab pada satu masa. Mungkin format sebegitu lebih sesuai dengan karya ini. Dan saya mengharapkan karya yang lebih mapan daripada penulis pada masa akan datang (kerana isinya agak baik sebagai tazkirah).
Profile Image for Atiahanis.
1 review
August 12, 2014
Di harap penulis terus terusan menulis untuk dubook press. membawakan lagi buku yang berunsurkan islamik:) amat berpuas hati.

Go Dubook !
Profile Image for Saharulnazri.
52 reviews3 followers
July 5, 2014
Ada seperti berbaur Kamar Sutera. Bacaan keislaman yang ringan dan terus.
Profile Image for Syed Muhammad Danial.
153 reviews9 followers
July 24, 2020
Antara buku Dubook yang best aku baca. Awal-awalnya aku agak skeptik dengan isi kandungan buku ini kedana cover buku yang menunjukkan Tuan Ibrahim sedang memberi ceramah/campaign untuk parti Pas. Bukan ingin menjadi prejudis, tetapi kebiasaannya karya karya penyokong pas adalah karya yang membuang masa dan tidak berbaloi untuk dibaca. Aku pun tak tahu apa maksud penulis untuk letak cover buku sebegini sama ada beliau penyokong pas afau mahu memberi kritikan kepada pas. Isi kandungan buku ini menarik kerana penulis meloncat dari satu tema ke tema yang lain jadi pembaca tidak bosan. Dari tema agama kepada tema motivasi kepada tema sejarah kepada tema sosial. Benda macam ini ramai yang cuba buat tapi tidak sampai “kick”nya. Syabas untuk penulis.
Profile Image for Fairuz.
202 reviews
December 23, 2014
La Adri ditampilkan dengan sulaman kesantunan melayu dalam setiap intipati dakwah yang dibentangkan. Bertindak dengan cara memangkin pembaca supaya bermuhasabah diri, Ustaz Zahiruddin kadang-kadang seakan memujuk lembut hati yang gundah tentang persoalan kehidupan. Ranapkan kubu ego, jangan malu untuk berkata, "La adri."
Profile Image for Maisarah Mohd.
Author 1 book42 followers
December 3, 2016
Agak jarang nak baca pendapat ustaz macam dalam buku ni. Walaupun penulis lebih banyak menceritakan pengalaman dan refleksi diri, tapi bab seperti sejarah Syeikh Abdul Wahab & kerajaan Ibnu Saud, Hikayat Abdullah, dan ada lagi kritikan yang disampaikan agak segar semasa proses pembacaanku. Mungkin aku kurang membaca perihal sejarah umat kot. Haha.
Profile Image for M. Farid.
7 reviews1 follower
May 8, 2014
Sangat baik. Buku yang membincangkan tentang masalah negara Islam (yang keseluruhannya bukan Islam) politik, "cinta" (sikit jelah). Sangat baik untuk golongan muda, yang dahagakan ilmu. Baik untuk mereka yang mindanya berfikiran kehadapan dan tidak sempit.
Profile Image for Minn Edina.
6 reviews20 followers
August 13, 2014
Buku yang membincangkan tentang pelbagai skop topik yang sesuai untuk dibaca oleh golongan muda dan tua. Cara penyampaiannya agak santai dan mudah difahami. A book worth reading!
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
August 6, 2014
Ya. Berdiam diri bukan bermakna bodoh. Tetapi ia lebih selamat dari berkata2 yang tidak bermanfaat dan boleh mengundang cela pada diri sendiri.
Profile Image for Syafiqah.
38 reviews4 followers
April 11, 2019
Saya pilih buku ini kerana penulisnya, iaitu Ustaz Zahiruddin Zabidi. Saya mengikuti tulisan beliau di fb dan pernah mengikuti program bersama beliau.

Ya, saya sangat suka dengan gagasan fikir beliau. Ternyata beliau seorang pemikir yang kritis.

Jadi, apabila melihat tajuk buku ini, saya mempunyai 'expectation' bahawa buku ini bakal mengupas sesuatu yang menarik dan mendalam. Falsafah di sebalik 'aku tidak tahu'.

Namun, apabila saya mula membaca buku ini, ia sebenarnya koleksi artikel-artikel yang tidak berkaitan antara satu sama lain.

Ia bukan buku yang membicarakan tentang sesuatu idea tertentu. Ia campuran antara pengalaman peribadi penulis (bersama pengajaran) dan pendapat beliau tentang beberapa isu berbeza.

Pun begitu, saya belajar perkara baru juga di dalamnya. Artikel-artikel pendek dan tidak meleret serta punya mesej tertentu menjadikan buku ini mudah dibaca.

Salah satu perspektif baru yang saya dapat dari buku ini adalah beza antara 'sunnah' dan 'sunat'. Bukan semua sunnah adalah sunat (baca: digalakkan untuk diikut). Ada sunnah yang haram buat kita, ada juga yang harus, di samping sunat hukumnya.

Entah kenapa, saya merasakan jika buku ini disusun dan diterbitkan oleh syarikat seperti @jejaktarbiah, mungkin impaknya lebih lagi.

Kesimpulan: buku yang mudah dibaca dengan peringatan-peringatan yang baik buat kita.
11 reviews
May 16, 2021
[La Adri]

Alhamdulillah, habis buku ke-12 tahun 2021.

Buku karangan Ustaz Zahiruddin Zabidi. Tertarik nak bacanya disebabkan tajuk tu sendiri "La Adri".

Berkata tidak tahu (la adri) sebahagian dari ilmu. Mana lagi sebahagiannya? Apabila kita bertanya kepada kepada yang tahu. Begitulah kata-kata Dr Abdul Malek yang lekat dalam kepalaku sehingga ke hari ini.

La Adri ni tanda orang yang tawadduk dengan ilmu. Tak memandai nak jawab bila ditanya sesuatu perkara yang tidak diketahuinya. Tapi, jangan disalah guna sebagai jalan untuk malas belajar. Tak tahu, ambil tahu. Belajar sehingga tahu.

#MalaysiaMembaca
Profile Image for Faiz • فائز.
359 reviews3 followers
June 19, 2022
Buku ini menghimpunkan anekdot atau kisah-kisah ringkas yang sarat dengan pengajaran; ringan dan sesuai untuk semua. Tajuk tidak menggambarkan keseluruhan kandungan buku, tapi saya terkesan dengan bahagian awal buku yang bercerita mengenai peri pentingnya ilmu. Selebihnya kisah-kisah atau perkongsian beliau sebagai seorang penulis.

Satu bab yang menarik, berkaitan pembudayaan ilmu dengan buku. Seharusnya budaya mempunyai perpustakaan yang kondusif mesti dititiberatkan sedari sekolah rendah lagi, mungkin juga tadika!
Profile Image for Affan Yunus.
104 reviews3 followers
April 3, 2020
Penulisannya mengetengahkan mesej-mesej yang baik untuk semua masyarakat aplikasikan dan tambah baik dalam kehidupan seharian . Namun , terdapat beberapa ralat seperti typo , ada ayat yang tidak diletakkan spacing dengan baik dan penceritaan ayat agak sukar untuk difahami (bagi saya sendiri) . Yang terakhir , saya kurang berminat dengan buku yang tiada isi kandungan.

Walaubagaimanapun , teruskan mengarang penulisan yang menghidupkan nilai-nilai Islam seperti buku ini 👍🏼.
Profile Image for Syawal Ameron.
202 reviews2 followers
July 22, 2021
La Adri
Zahiruddin Zabidi

Buku ni terbitan Dubook (rasanya dah takde kot sekarang, rasanyalah). Basically, buku ni himpunan artikel penulis yang ditulis dengan pelbagai topik yang berkisarkan keagamaan.
.
Bacaan yang baik untuk budak-budak sekolah.
.
Ilmu itu punya tiga bahagian, Kitab yang berbicara, Sunah yang berdiri tegak, dan la adri (aku tidak tahu). Berkata aku tidak tahu adalah sebahagian dari ilmu.
.
#Letsاقرأ #syawalbookreview
Profile Image for F. Hanim.
176 reviews
Read
March 21, 2020
“Dakwah itu adalah akhlak, antara sebab para sahabat awal Rasulullah masuk Islam adalah kerana keindahan akhlak yang ditunjukkan oleh Rasulullah dan bukan sikap menggunakan agama Islam dan syariatnya bagi menjatuhkan hukuman-hukuman yang kadang-kadang membuatkan kita tertanya, “Apakah mereka ini wakil Allah di muka bumi bagi menjatuhkan hukum dan mencari kesalahan sahaja!?,”
Profile Image for Fur Abid.
227 reviews8 followers
December 9, 2020
Bila diterjemahkan perkataan La Adri itu sendiri membawa kepada makna Tidak Tahu. Penulis menyentuh mengenai maqasid syariah dengan menampilkan barisan ulama salaf mahupun khalaf.

Konteks buku agak kurang menarik memandangkan terlampau banyak kesilapan ejaan yang menyebabkan kegusaran untuk pembaca membaca.
Profile Image for Nursyafiqah Wai.
112 reviews3 followers
April 20, 2020
Banyak nasihat dan tulisan yang membuka minda di dalam buku ini namun malangnya ia tidak mencukupi. Terasa seperti ada yang kurang, mungkin kerana saya mengharapkan satu kupasan yang mendalam mengenai tajuk buku tersebut. Apa pun usaha yang baik dan saya menikmatinya.
Profile Image for Noornuzula.
38 reviews1 follower
January 10, 2021
Kecewa dengan isi kandungan buku yang tidak menghuraikan tajuk . Buku ini memuatkan susunan pelbagai artikel yang bercampur aduk isu dan topik nya .Tentang "la Adri " hanya ditulis sebanyak dua helaian pada topik kedua terakhir.
Profile Image for siso.sofy.
254 reviews4 followers
January 31, 2021
Kalau dilihat dari sudut tajuk, nampak seperti satu bacaan yang berat, tapi pada saya buku ini sangat ringan dan mudah difahami. Ia bukan satu buku bersifat fakta, tapi lebih kepada refleksi penulis serta anecdote-anecdote kehidupan dan pengalaman penulis sendiri.
Profile Image for Azamuddin Alias.
1 review
August 21, 2015
Buku ini merupakan koleksi coretan-coretan penulis berkisar kehidupan dirinya serta pandangan dan buah fikir mengenai apa yang terlintas di benaknya.

La Adri- aku tertarik dengan tajuk buku ini dan frasa yang menjadi daya penariknya, "Ilmu itu ada tiga bahagian: Kitab yang berbicara, Sunah yang berdiri tegak dan la adri (aku tidak tahu)". Frasa ini, yang juga sebenarnya sebuah hadis Nabi (baru tahu selepas baca buku ini), bakal menjentik hati nurani seorang manusia, yang selama ini sering ego, seakan mengaku tahu semua perkara. Tidak salah untuk berkata "Aku tidak tahu" dan memang itupun yang seharusnya dikatakan, lebih-lebih lagi kepada yang cetek ilmunya, malas membaca, lemah berfikir dan tidak mempunyai perasaan untuk tahu!

Selain seakan 'tertipu' dengan tarikan tajuk 'La Adri' (yang mana artikelnya hanya dijumpai dibahagian akhir, sebagai artikel penutup di dalam buku ini, oh kecewanya), penulis bijak membawa pembacanya untuk mengupas pelbagai topik perbincangan. Antaranya "Apakah semua sunnah adalah Sunat?" , "Indahnya Kesederhanaan", "Hikayat Abdullah: Suatu Refleksi Kritikan Sosial" dan pelbagai lagi topik yang menarik untuk di-koreksi bersama.

Kritikannya terhadap program di universiti juga sangat menarik untuk dibahas. Ada benarnya apabila penulis membangkitkan mengenai program picisan dan 'haprak' yang berjalan semasa majlis graduasi seperti festival jualan 'megasale', konsert artis selebriti popular tanahair jemputan khas dan persembahan-persembahan mengasyikkan buat para penyembah hedonis. Majlis Graduasi yang dikatakan agung itu seakan tercemar dengan adanya program selingan seperti yang telah disebut.

Penulis juga (dengan nakalnya) sempat menyelit mengenai kisah awalnya ketika bertemu pasangan hidup. Antara yang memberi kesan adalah penulis dicabar oleh bakal jodohnya (sekarang sudah berkahwin) untuk menulis karangan mengenai perancangan hidupnya selepas perkahwinan. Ironinya, selepas menulis karangan tersebut, barulah penulis tersedar mengenai kebolehannya menulis dan mula menulis dengan lebih serius.

Aku pernah mengikuti sebuah seminar di Kuantan yang penulis turut sama menjadi pembentang di dalam seminar tersebut. Seorang peserta sempat bertanyakan kepada penulis perihal buku ini. Persoalan yang dibangkitkan adalah mengapa penulis menghantar karyanya yang satu ini kepada pencetak/penerbit indie sedangkan banyak lagi penerbit lain di luar sana.

Hal ini kerana, bertentangan dengan apa yang dibentang oleh penulis di dalam seminar tersebut perihal peri-pentingnya menjaga gaya bahasa di dalam penulisan, banyak buku-buku terbitan penerbit indie yang tidak menjaga bahasa, gemar menggunakan slanga terkini dan kurang tepat penggunaan kata dari sudut sasteranya.

Jawabnya mudah. "Siapa lagi yang mahu menukar kebiasaan itu kalau bukan kita?". Penulis mahu membuktikan bahawa buku berkisar tentang agama juga mampu menembusi pasaran indie.

Ringkas, mudah faham dan santai. Elok menjadi peneman di kala menaiki bas, sambil menghabiskan masa 6-7 jam perjalanan Seri Iskandar - Kuantan!
Profile Image for Ammar Ibnu ziyadi.
38 reviews4 followers
January 24, 2015
Melalui kulit bukunya, saya tak dapat gambaran kasar tentang buku ini. Ingatkan keseluruhan buku ini bawa isu 'La Adri,' rupanya artikel-artikel yang dimuatkan menyentuh pelbagai isu yang menarik dalam ruang lingkup kehidupan. Tahniah kepada penulis atas penghasilan buku ini, insyaAllah masih boleh diperbaiki lagi.
Profile Image for Aney Orenjes.
18 reviews3 followers
February 24, 2015
dakwah santai, tapi bahasa masih tinggi
(bg org2 yg mncari dakwah melalui bacaan ringan mcm aku ni).
mgkin sbb pnulis is academician.

fakta dia banyak since dia pakai hadis, dan riwayat2.
ok dah isi dia, tapi kalau tambah sket bab2 pengalaman dan penceritaan yang lebih rilek (org kabor) lg best dan lg cepat hadam kot.
inshaAllah.
Profile Image for Ibtihaj Saian.
24 reviews
May 6, 2016
Beberapa persoalan dikupas tepat dan agak padat. Ada bab yang saling berkait, ada yang tidak. Bahasa amat mudah difahami walaupun sebenarnya membawa mesej berat. Amat digalakkan untuk Ustaz Zahiruddin terua menulis!
Profile Image for Muiz .
60 reviews
September 6, 2014
Budak budak bukan rakan masjid macam aku ni elok baca buku ni. Baru berakal dan balance.
Displaying 1 - 30 of 32 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.