Kaki kelab, kaki minum, kaki perempuan. Itu yang Andria dengar tentang Fawwaz Hakim. Memang benar... bagi Fawwaz, perempuan untuk dia hanya teman berhibur.
Mereka ditemukan di bumi Cameron ketika masing-masing melarikan diri dari ‘perkahwinan paksa’. Saling tidak kenal tetapi ada sejarah yang tercipta.
“Mati hidup balik pun kau tak akan layak kahwin dengan aku!” - Andria Kata-kata Andria tatkala segalanya terbongkar buat Fawwaz rasa tercabar. Tunggulah, dia akan buat Andria tunduk di kakinya.
“Dah jadi macam ni baru nak kata tak layak? Masa kau peluk cium aku hari tu, tak rasa pulak tak layak?” - Fawwaz. “Jangan nak buat cerita lah!” - Andria. “Buat cerita? I’m telling the truth, babe. Nak aku cakap dekat mana tahi lalat kau? Ada berapa? Nak?”- Fawwaz. Putar belit Fawwaz berjaya mengaburi mata semua orang. Dan.. kerana bimbang kemungkinan yang satu itu, Andria terpaksa mengalah, menjadi isteri pada lelaki itu.
“Marriage will never tie me down. Kahwin atau tak, sama aje untuk aku. Bezanya cuma sekarang, katil aku tu sentiasa ada pemanasnya.” - Fawwaz
Sampai bila hati kering seorang Fawwaz boleh bertahan dengan pesona yang ada pada Andria? Mampukah Andria mengubah Fawwaz menjadi ‘manusia’?
Patutla ramai jer yang 'hangin' dengan Fawwaz ni. Memang panas hati jer dengan sikap dingin beku dia tu. Terlalu menjunjung ego yang dah tinggi melangit pun. Sanggup buat apa saja asal dia tak nampak lemah dan kalah. Malah dia cuba menafikan 'rasa' yang hadir dalam hatinya sehingga sanggup mempermainkan agama asal misinya berjaya (part ni macam blur sikit, adakah dia benar2 insaf tapi tak nak tunjuk ataupun semua tu memang lakonan semata-mata). Sesekali kita dihidangkan 'hero' sebegini, waaa...should be a reality check for us. Kena buka mata sikit...
Andria gadis Melayu tipikal, tapi more on the daring side. Berani giler hitch-hiked ke tea plantation tu, bukan jalan tu sunyi ke (ke plantation lain? yang tu jer saya pernah pergi...hehe). Lepas tu senang-senang jer ikut lelaki yang baru kenal. Tu nasib baik la si Fawwaz tu yang sedar, kalau tak memang free jer la kan. Dan dia memang bukan jenis lemah-lembut control ayu bagai, so no wonder la Fawwaz ni nak sangat cabar dia.
Dua orang tu satu hal la kan, tapi saya sebenarnya lagi tak puas hati dengan parents diorang especially Uncle Jalil dengan Ibu Andria. Masa nak jodohkan, pejam mata jer dengan perangai si Fawwaz tu, mentang-mentang la anak kawan baik. Bukannya Fawwaz tu pura-pura baik dan sopan pun kat depan diorang, malah kata-kata cacian pun pernah dikeluarkan. Tapi tahan pulak sabar. Bila Andria menangis-nangis mintak tak nak kawin dengan Fawwaz, siap pujuk lagi yang Ibu yakin Kakak mampu ubah Fawwaz. Sepatutnya, masa ni la tanggungjawab ibubapa nak carikan jodoh yang terbaik buat anak perempuan. Tapi, bila Fawwaz tu dah sedar, sanggup rendahkan ego mencari Andria, boleh pulak buat gaya samseng. Tumbuk, tendang, pijak. Malah siap nak pukul dengan pasu porselin lagi. Salah sendiri tak nak peduli, salah orang tahu pulak nak marah macam tu. Bukan dah terlambat ke pakcik dan makcik.... Sadly, this was our typical reactions kan.
I love the epilogue. Gembira sebab Fawwaz berjaya juga mendapat kebahagiaan yang dicarinya selama ni. Ketara perbezaannya dengan Fawwaz yang di awal cerita.
Smooth flow, and the descriptions feel realistic. Tak nampak yang cerita ni dibuat-buat. Paling suka, tak der alasan yang penulis gunakan hanya untuk melogikkan sesuatu yang dicipta untuk menambah perisa semata. Tapi tolak 0.5 bintang sebab rasa the ending agak abrupt dan tergesa-gesa. Tak sempat nak feel lebih-lebih bab-bab keinsafan Fawwaz tu.
So, 3 down and one more to go. Kita tunggu macam mana kisah Mike pula ye.
PS - kalau saya tak baca ISSS dulu, mesti confuse sebab apa Fawwaz gelar Fai sotong lembik. Memang tak nampak langsung la dalam citer ni. Salute la Fai! Haha..
PPS - seperti Dyh, saya pun akan lari pecut la kalau jumpa spesies Fawwaz ni. Tapi kalau bad boy yang dah insaf macam Joe (Sweet Sour) tu, dialu-alukan ;P hehehehe
Kalau sesiapa baca novel ni mesti panas hati dengan Fawwaz. Mawas ker haper. Kurang ajar dengan mak bapa, minum arak macam minum air mineral, kaki pompuan dan menghina institusi perkahwinan. Hati biji sawi. Berkahwin dengan Andria disebabkan dia rasa terhina dengan kata-kata Ria, ada misi yang dia lancarkan dalam diam demi untuk melangsaikan dendam yang sendiri bikin. Al-kisahnya mereka bertemu dikala masing-masing dalam pelarian ke Cameron Highland kerana bakal ditunangkan dengan pilihan keluarga. Dalam pelarian itu, Ria mengenali Hakim, lelaki yang dia tumpangi untuk naik ke Cameron. Malangnya, sesuatu telah terjadi dan difitnah Fawwaz menyebabkan Ria terpaksa menerima jodoh yang ditakdirkan. Rupa-rupanya Hakim adalah Fawwaz lelaki yang cuba Ria hindari kerana sisi gelap lelaki itu sememangnya tidak layak dibuat suami. Dalam citer ni dok citer kesedapan Ria menguyah scone.
Jom sejukkan hati, kita pekena scone dulu. Resepi diambil dari blog Che Mat Gebu gambar ehsan google
BAHAN-BAHANNYA :-) 100 gm mentega, dadu kecil dan sejukkan 2 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour) 90 gram telur (guna 2 biji telur gred B, kacau dan timbang) 100 ml susu segar (kurang lebih) 1 camca teh esen vanilla 1/4 cawan gula kastor 1/2 cawan raisin atau kismis hitam Sedikit tepung untuk ditabur Mentega dan jem pilihan anda untuk dimakan bersama scones
CARA MEMBUATNYA :-) Panaskan oven pada suhu 190C. Masukkan tepung, gula kastor dan mentega sejuk dalam satu bekas, kemudian gaul ramas dengan hujung jari sehingga mendapat teksture seakan2 serbuk roti. Tuangkan ke atas meja kerja, tambah kismis hitam atau raisin dan gaul rata Buat lubang ditengah2 bancuhan. Masukkan telur dan esen vanilla, gaul rata. Kemudian masuk susu segar sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang lembut (jangan uli lama, setakat bersatu sudah memadai). Tabur sedikit tepung dan canai doh setebal 2 cm dan terap dengan acuan pilihan anda (biasanya untuk scone, acuan yang digunakan jenis bulat dan bersaiz agak besar kurang lebih 3 inci). Alih atas dulang pembakar. Buat hingga siap. Bancuh baki telur dengan sedikit susu segar, kemudian gliskan atas scone tadi. Bakar hingga kuning keemasan dan permuakaan scone kelihatan merekah2. Sejukkan atas jaringan dan hidangkan bersama mentega dan jem pilihan anda..
tolak (-) 3* disebabkan perangai lepas laku yang maha lepas Fawwaz
campur (+) 3* kerana kejujuran Fawwaz
tolak (-) 2* untuk mukasurat 439 [tenkiu Hajar tolong check]
campur (+) ½* untuk ending.
Sejujur2nya…. Saya SUKA FAWWAZ. Dia tau dia jahat, dia buat jahat. Dia tau dia kurang hajar, memang dia tidak menjaga tingkahlaku dia. Dia tau dia playboy, perempuan umpama barang mainan dia. Jadi? Kenapa saya suka dia? Kerana bagi saya, dia seorang yang sangat jujur. Tidak hipokrit. Tidak berjalan tertunduk-tunduk depan bakal mertua semata-mata nak tackle anak. Tidak mengeluarkan kata-kata manis bergula untuk memikat perempuan. Tidak menggunakan kedudukan dia di pejabat untuk memikat mana-mana perempuan. Pendek kata, perempuan-perempuan murah itu yang menaiktarafkan Fawwaz ini ke level playboy. Waah… backing Fawwaz kah? Owh tidakkk…. Saya cuma suka pada kejujuran dia dan Ketidakhipokritan dia sahaja. Andai kata kalau saya jumpa dia tengah jalan, saya tidak akan teragak-agak nak sound direct ke dia. Maklum la… Old School. Lepas laku yang menjulingkan mata ini memang dah lama di strike off dalam kamus dewan saya ni. :D
Andria pula bagi saya, adalah seorang yang sedikit hipokrit. Dia terang dan nyata mengata Fawwaz tanpa mengenali siapa pun Fawwaz itu. Andria merasakan diri dia tidak sesuai digandingkan dengan Fawwaz hanya kerana dia MENDENGAR cerita yang kesahihannya belum dapat ditentukan. Bagi dia, dia lebih baik dari Fawwaz. Well, I got news for you babe… Gadis yang baik tak hitch hike sorang2 naik cameron and suka suki berdua2an dengan lelaki yang baru dikenali hokay. Tinggal di hotel budget and suka suki masuk bilik lelaki minum air. So… it’s like “The pot calling the kettle black” okay… Muhasabah diri sket ya Cik Adik.
In a way, Fawwaz ni sebenarnya ada baiknya dan ada penyebabnya why he turned out the way that he did. Kalau diteliti, Fawwaz sebenarnya memang suka dengan Andria sedari awal pertemuan lagi. Kalau tak suka, he wouldn’t have treated her the way that he did tapi itulah… sibuk menjunjung ego. To me, sikap parents Fawwaz menyumbang kepada tingkahlaku sumbang Fawwaz ini. Ibu tiri yang terlalu memanjakan. Ayah yang sentiasa memandang negative kepada setiap perbuatannya. Kurang kasih sayang, I think that would be the right word to define him. Seperkara lagi yang menjadikan saya blur adalah penghijrahan Fawwaz itu. Apakah itu sebenarnya lakonan di dalam misi membalas dendam? Mohon pencerahan.
Now, cerita the in laws pulak. Kalau orang kata nak tolong pukul Fawwaz masa Fawwaz buat Andria, myself plak oppose that! Reason being…. Kenapa dari awal DIKAHWINKAN ANAK PEREMPUAN AWAK DENGAN LELAKI SEPERTI ITU? Kenapa bila Andria refused, mereka paksa???? Itu yang saya tak faham. Lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik. Fullstop! So, if they think that their daughter is good, then leave her be. Tak payah laaaaa nak pukul-pukul bagai cam mereka tu tak bersalah langsung. Masih TIDAK MENYOKONG FAWWAZ ye. Cuma melahirkan rasa yang tidak puas di hati. Gituuuuu……
Ada hikmah di setiap sesuatu yang berlaku. Their union changes many things positively. The father and brother look at Fawwaz differently. Fawwaz changed for the better but thank Allah he REMAINS THE SAME. Takde nak romantik with cheezy nicknames bagai and of course LOVE THE ENDING! Absolutely adored the epilogue. Hey… Fairy tale comes true okay….. ai kan suka ending ala2 cinderella "and they live happily ever after". Love the book! I think this book is the best from the author... Congratz!!!
Agak berbeza kerana ini karya penulis lelaki. Dialog antara lelaki n lelaki.. SUPERB. Perempuan n perempuan, masih boleh diperbaiki.
CUMA....
Kenapa 1/3 terakhir naskah ini seolah-olah tergesa-gesa ditamatkan? Mainan jiwa dan gelodak rasa si Fawwaz kurang menyentuh. Aku sendiri tertanya-tanya, adegan mimpi tu betul2 ke atau hanya sekadar lakonan? Mula solat (malah menjadi Imam) tu suka2/main2 atau betul2 dah bertaubat? Hebat sangat ke sandiwara sampai menangis2 masa berdoa?
Mungkin... itu bukan lakonan. Mungkin... itu phasa Fawwaz yang dah insaf dan seikhlasnya cuba menjadi yang terbaik untuk Andria. Mungkin... itu salah satu rancangannya untuk mendapatkan (meniduri) Andria Mungkin... Fawwaz sudah betul2 insaf (pada Tuhan) tapi bab Andria, Fawwaz ditewaskan oleh ego...lantas meninggalkan Andria selepas digauli
Malangnya.... penulis kabur untuk menjelaskan kemungkinan2 seperti diatas..
Kalaulah..... penulis dapat memberatkan dan menfokuskan Fawwaz dalam plot2 terakhir ini, pasti naskah ini lebih sempurna....
Penambahan 16.6.2014
Tergerak hati nak mengulas mengenai 'cakap lepas' Fawwaz mengenai aurat si Irdina dan kesempurnaan (kononnya) si Andria:
Terbaca dialog seorang pemuda dan seorang pengemis;
Pemuda : Berhentilah daripada menjadi pengemis. Kau masih kuat dan sihat. Pengemis : Kamu rasa kerja pengemis tidak memerlukan tenaga? Saya perlu sihat dan kuat untuk berjalan ke sana ke mari dalam apa juga cuaca.
Pemuda : Mengemis itu hina. Hilang maruah diri. Pengemis : Siapa kata hina? Ini adalah kerja mulia. Banyak pahala; i. Sebab saya menjadi pengemis, orang lain mendapat pahala. ii. Pahala sabar bila orang mencaci saya. iii. Pahala syukur, apabila orang memberi sedekah. Hinakah itu? Saya juga berdoa untuk orang yang memberi sedekah kepada saya. Hinakah?
Terdiam pemuda. Rupa-rupanya pengemis itu bukan hanya miskin harta, tetapi MISKIN JIWA. Alasan untuk malas sentiasa ada.
Terkenang Fawwaz yang sentiasa menyalahkan pihak lain atas kecacatan jati dirinya.
Maaf, hero yang miskin jiwa (seperti Fawwaz- to be exact) takan lepas dalam mana2 pencalonan.
Kepada sesiapa yang sudah pernah membaca kisah Fai&Din pasti tertunggu-tunggu si Bad Boy ini.(termasuklah diriku)
Teruja juga sebenarnya untuk mengenali sedingin manakah lelaki ini,kerana kehidupan yg terlampau bebas dia dipaksa berkahwin dengan gadis pilihan Ayahnya.Pada hari pertunangan dia melarikan diri ke Cameron Highlands.Bertemu dengan seorang gadis yg polos dan naif,pertemuan itu membuahkan satu rasa yang lain dihati dia. Kisah mereka rupanya tidak tamat disitu......
Fawwaz,rasanya untuk 300 muka surat pertama,saya sangat menyampah dan meluat dengan mamat ni,tapi makin lama baca okey lah boleh dimaafkan sikit,tapi lepas tu dibuatnya lagi aiseyyyy rasa nak tolong plak masa Uncle Jalil tu belasah dia.
Secara keseluruhan kisah yg menarik cuma ada adengan-adengan yg menerbitkan rasa kurang senang dihati saya sendiri.Tapi yg baik dijadikan teladan yg buruk dijadikan sempadan.
Buku ni pernah menjadi naskah yang harus masuk dalam list dan mesti dicari sewaktu dahulu. Sebab tajuknya, dan aku suka novelet penulis yang pernah aku baca. Jadi aku expect buku ini juga akan lebih menarik. Tapi diakibatkan baca review-review yang ada, aku hold. Cari buku lain dulu yang mungkin mampu menambat hati ini.
Ternyata, aku memang berada di dalam kelompok ramai pembaca yang membenci hero sebegini. Yes pada permulaan sehingga ke pertengahan cerita, aku sangat benci pada Fawwaz. Kalau ada manusia macam ni aku kenal, biarlah aku tak kenal. *Gelak* Tahniah tuan penulis. Awak berjaya hasilkan hero yang paling menjengkelkan. Kalau ada anugerah hero macam celaka dan berubah di hujung cerita, Fawwaz boleh dicalonkan.
Dah boleh diagak yang Fawwaz dan Andria sebenarnya di dalam masalah yang sama.
Owhh ya, sebenarnya aku kurang gemar teknik narasi cerita macam ini. Entah. Aku tak suka bila mana, banyak sangat bahasa inggeris, bahasa dialog dan bisik-bisik hati yang seolah-olah ianya kata hati penulis sendiri yang dicampur-adukkan di dalam naratif cerita. Ia mungkin menampakkan ianya lebih sempoi, tapi kadang-kala rasa macam tak best. Tapi buku Hanni Ramsul, Dhiya Zafira dan Nishah yang aku baca baru-baru ni, tak buat macam ni pun aku rasa seronok jugak. Tapi itu terpulang pada selera masing-masing kan. *Abaikan yang ini!*
Okay akhirnya, happy ending. Done!
Korang cubalah. Aku kurang gemar buku ni. Aku kurang gemar dengan sikap Fawwaz yang macam mawas.
Tamat! Kisah budak Fawwaz yang kuat rebel. Ada terselit kisah DinFai, VinaDamien. Masing-masing dah usung perut. Masing-masing happy ending.
Sungguhlah kalau budak Fawwaz ni wujud, dia memang tak masuk dalam carta pujaan hati. Heh! bunyi macam kerek kan? Tapi tak. Ekceli, saya orangnya yang tak sukakan cabaran. Jadi, kalau jumpa orang macam Fawwaz ni saya dah lari pecut 200 meter dah. Tak tunggu lama dah. Hensem tara mana pun :p
Tapi satu yang saya suka pada Fawwaz, sikap dia yang teratur. Lepas dah jadi baik, dia tetap Fawwaz dan bukan tetiba bertukar menjadi terlebih dos suami-konon romantik bagai. Fawwaz tetap Fawwaz.
Lelaki macam Fawwaz ni jenis kurang kasih sayang, sebab tu dia rebel lebih. Jadi, kalau jumpa mamat macam Fawwaz ni, janganlah dok buat perangai macam Andria tu. Tangani dengan cara sopan dan penuh tarbiah, nescaya dia akan lari beratus batu. Hahahaha. Kalau dok buat perangai macam Andria tu, ibarat menepah bala. Fawwaz tu macam magnet. Hang campak lagi dia melekat ;)
Buat A.B.U. Baca atas risiko sendiri. Hahahaha. (Apa aku mengarut ni).
Ps: sebab la ni tengah macam demam-deman big bang, so ku nampak Fawwaz ni ala TOP. lol
Pss: Ekceli, suka Daesung sebab kepoh.Minat tengok GD sebab comei. Jadi, TOP memang sesuai jadi Fawwaz :p LOL
Novel ni novel yg memang ML tunggu-tunggu. Selalu jugak desak encik penulis keluarkan kat blog dia. Dan en penulis ni nakal sikit. Dia bg secoit jer. Geram jer.... Sh
Namun begitu, ML kecewa sikit bila dapat naskah penuh LSD ni. Bukan sbb tajuknya dah tukar.... Tp novel agak "lucah" sedikit. X sesuai utk bacaan gadis2 di bawah 21 tahun dan juga belum kawen. Sorrylah en. Syah Shah, ML bukan nak mengata. Si Fawwaz mmg sweet. ML memang suka watak dia. Fawwaz yg nakal, Fawwaz yg hati batu dan Fawwaz romantik. I like him. Mula jatuh cinta dgn Fawwaz saat 1st time he meet Adria. And always like him. Tapi tulah... Sgt x sesuai utk bacaan remaja.
Honestly, novel ni ringan. Pujian boleh diberikan kpd en penulis sbb hasilkan karya yg berbeza dr AGP. Cuma, bila dah masuk alam perkahwinan, ML rasa jalan ceritnya sedikit Slow. Ah, mungkin perasaan ML sahaja. Mungkin sbb ML berada di dalam pengaruh ubat batuk dan selsema. Mungkin. Tapi ML memang rasa ianya memang sedikit Slow.
X tahu di mana silapnya, mcm terkurang perisa pula dlm naskah LSD ni. Bermula dengan cetusan idea yg baik namun sedikit hambar dipengakhirannya. Apapun, terdapat beberapa pengajaran yg blh dijadikan panduan. Finaly, good luck to u mr Syah Shah. Moga dpt hasilkan karya2 yg bermutu...
Novel yang ditunggu-tunggu dari penulis. Akhirnya keluar juga, dari tahun lepas asyik dengar jawapan kepada soalan, bila nak keluar?? -tunggu pertengahan tahun depan (2014). Paling seronok saya dapat yang ada tt masa beli di PBAKL.. :)
Pada saya novel ni dalam kategori novel agak 'matang', lebih sesuai bagi golongan dewasa. Siapa yang dah baca mungkin boleh tahu apa yang dimaksudkan. TAPI, dari sudut lain, setiap cerita ada kisahnya, ada penyebabnya mengapa dan kenapa..Begitu juga Fawwaz, dibesarkan dalam keluarga berada memungkinkan dia dilimpahi kemewahan dan dikelilingi wanita-wanita cantik bergaya. Tetapi jauh disudut hati Fawwaz sebenarnya kesunyian dan rasa tersisih. Segala yang dibuat selalu salah di mata si ayah. Berbeza dengan si abang (Fai) yang selalu betul dan dibandingkan dengan dirinya.
Tidak tahan dengan perangai si anak yang liar dan lepas laku, si ayah memberi kata putus agar Fawwaz mencari calon isteri yang baik atau dia akan dijodohkan dengan anak rakan baiknya iaitu Andria. Fawwaz tidak bersetuju tetapi untuk mencari calon isteri yang baik sangat mustahil baginya yang hanya kenal perempuan stok kelab malam yang hanya tahu berseronok. Sampai masa untuk bertunang dengan anak rakan baik si ayah, Fawwaz tekad membawa diri sebagai tanda protes pada perhubungan tersebut. Begitu juga dengan Andria yang tidak setuju dengan pertunangan yang dirancang, dia melarikan diri ke Cameron Highlands. Seperti kata pepatah, kalau jodoh tidak ke mana, Andria secara tidak sengaja bertemu Hakim (nama kedua Fawwaz yang diberi pada Andria) di sana dan sama-sama menghabiskan masa sebagai 'pelarian dari menjadi tunang masing-masing'. :)
Pertemuan kali kedua secara tidak sengaja telah menyebabkan identiti Fawwaz yang sebenar terbongkar dan menyebabkan Fawwaz tekad untuk menjadikan Andria yang lancang mengutuknya sebagai playboy,kaki minum dan kaki perempuan sebagai isteri. Fawwaz juga telah membuat cerita yang dia telah 'bersama' Andria semasa di Cameron Highlands. Walaupon Andria menafikan dan melakukan pelbagai cara untuk membatalkan perkahwinan tersebut tetapi tidak berhasil. Risau jika dirinya hamil, akhirnya Andria meneruskan perkahwinan tersebut. Fawwaz dengan egonya mengatakan 'marriege won't tie me down' tetapi selepas berkahwin, sedikit demi sedikit Fawwaz mula menjauhi air haram dan perempuan. Malah dia sanggup tidur di dalam kereta bagi menahan diri bagi menyentuh si isteri yang tidak rela. (part kelakar masa wedding night Andria keluarkan senjata rahsia,haha).
Andria berbelah bagi dalam tanggungjawab sebagai isteri dan memberi pengajaran kepada si suami. Walaupon terpaksa berkahwin dengan bad boy seperti Fawwaz, Andria menerima takdirnya dan berusaha untuk menyedarkan dan membawa Fawwaz ke pangkal jalan. Usaha Andria tidak sia-sia bila Fawwaz mula solat dan meminta ampun pada keluarga atas salah silapnya. Akibat dendam yang belum padam, setelah memiliki Andria zahir dan batin, Fawwaz bertindak bodoh menyatakan perubahannya selama ni hanya lakonan semata-mata. Andria yang terlalu kecewa membawa diri dari si suami. Namun, Fawwaz cepat sedar atas kesilapannya dan mencari Andria semula. So, endingnya agak kelakar bila Fawwaz hampir-hampir memberitahu Andria yang dia telah gugur padahal hanya berlaku sedikit pendarahan. Itulah 'gabra' sangat sampai tak habis dengar penerangan Dr..
Last but not least, Lelaki sedingin Fawwaz telah dihangatkan dengan cinta dan kasih sayang seorang wanita bernama Andria. :)
p/s: Damien sudah, Fawwaz sudah, adakah kisah Mike akan ada.. (rakan 3 sejoli,2 dah selamat)
First and foremost would like to highlight that readers can judge this UNUSUAL and ALMOST reality piece in 2 different ways;
1. Read and take it as purely entertainment suka suki (full stop)
2. Read with your mata hati, mata kepala and what ever mata that you have while reading this and fully with your soul and at the same time try to dive in and follow the flows. Most of all take it as “panduan hidup dunia and akhirat”.
Can see that writer been polish up his skills a bit, talented and bold enough to pick this type of genre and share thoughts, words and everything related to the story with readers. Just see the response and basically, he's really on the right track. Well done,bro!
1st time bumped to this author, was thru the compilation by publisher. Then moved to the blog and, wallllahhhh. Heart attack and alllll nonsense funny stupid things came out from my mouth (yeah, I knw that I’m a bit typical and conservative, but let’s not get into that coz I’m trying as much as possible to be fair and looks from different angle). Frankly, if I really judge this book according to my "typical" style, u might NOT SEE even A WORD here. Seriously!
I don’t define this as “bad boy” coz it’s waaayyyy wayyyyyy beyond that and take it as the latest version of “Anakku Sazali” by Syah Shah. What makes me say this coz there’s 1 scene that really snapped my heart (tp tak dakla tahap merambu air mata). No more words can say just, bravo bro! (Main lesson here).
Hero and heroine; Yes, both been describe as they normally do. Cool, macho, sweet and nice and bla… blaa blaaaa… and everything there. Somehow a bit crush plus more to sympathize w this “Anakku Sazali” coz even he’s been portrays in the “dark side” ala ala Darth Vader gitu (so sorry my mood for Star Wars dah “on”) as times goes by bit by bit you will see the “handsomeness” of him but in pathetic way, sedih kan? Coz do notice a few parts that he also has he’s sparkling hearts. And without us as a reader realize every person have their own dark side too. 1st lesson. Ooo ya almost forgot, there’s few parts here and there can see the “ustaz” version of Fawwaz. Funny kan….
So roughly the plot and conflict was about super-duper egoistic man as far as MARS falls to nice decent girl that been label as miss goodie two shoes by hero. The revenge started when the girl and her cute juicy mouth came out with “mati hidup balik pun kau tak layak kahwin dgn aku” thus this brought them to the stage of “aku terima nikahnya, blaa blaaa blaaaa…..”. yes do believed that each and everyone have their own egos but until to what extend only we can answer that. 2nd lesson.
Andria, sweet, nice and decent girl try to accept her “jodoh” after realized her previous mistake to others esp. with ibu and take it as a “payback” time and try to make the best out of it with hero.. Nowadays, basically semua org cakap “ Allah akan pay cash” so sort of like this la and take it as lesson supaya tak repeat and try to be better. 3nd lesson.
Theres a few more lesson to be learnt from other situation in this “Anakku Sazali” if we read and judge it as no.2 besides suka suki.
Luv the family and friends support system, always there no matter what neither Fawwaz nor Andria. 1) Fawwas has Mike and Fai Mike even dalam “gitu-gitu”, we can see the good side of him when he also pray for Fawwaz to change.
2) Andria with Vina, Eddy, Lily and at the same time her mum
Towards the end, we can see the unbelievable action form the father that willing to help and resolve problem after so many -ve actions and damages done. Father and son and Man to man, mutual understanding.
The best part of this story is, once u flips the conflict already started at the same, no “kona-kona” here and there. Climax when mission accomplished then later on can starts sees the “NEW” man in him. From beginning towards the end ur flows seriously almost tip top, but somehow ur wrapped up was a bit disappointing (ala-ala kes nak cepat cuci tangan). Something to ponder in future perhaps.
Your dialogue more smooth, your style of writing pun sounds wiser and more casual. Most of all, less monologue coz monologue ni utk writer yg jenis syiok sendiri… my personal opinion la ya.
Anyway, congrats.
### Footnote ### Im soo soo sorry MR. Writer, no heartfeelings wokey!:
My personal opinion, this LSD and APG should be under ISOLATE and CONTROL materials. So sooo not appropriate to read especially for teenagers. However, it's all depends to parent guidance.
Fawwaz Hakim (Fawwaz ): 1. Bad boy yang nakalnya memang tahap buat kita beristighfar dan mengucap berkali-kali. Dialah kaki kelab, kaki minum, kaki perempuan etc. dan segala kaki yang jahat tu memang serah pada dialah. Haha. 2. Si Iceberg tahap kutub. (Nasiblah tak jadi beruang kutub. :P) 3. Ego tahap langit 4. Biadap sampai tahap Anakku Sazali.
Bagaikan sudah tersurat, Fawwaz dan Andria bertemu kerana keengganan mereka untuk dijodohkan dengan pilihan keluarga masing-masing. Kedua-dua mereka bertembung semasa melarikan diri ke Cameron Highland di hari pertunangan mereka. Mereka jadi akrab di sepanjang percutian itu dan nyaris terlanjur. Fuh. Bagus juga pendirian Fawwaz ni. Katanya, dia takkan ambil kesempatan terhadap perempuan innocent macam Andria. Heh, ada ke lelaki nakal yang boleh fikir macam ni sekarang? *garu kening*
Pulang ke Kuala Lumpur mereka selalu bertembung secara kebetulan sehinggalah membawa kepada pertemuan Fawwaz dengan ibu Andria. Bila mengetahui hakikat yang Fawwaz adalah bakal tunangan 'tak jadi' nya, Andria kaget lalu tercetuslah kata-kata yang membuat Fawwaz rasa tercabar. Fitnah yang dicetuskan oleh Fawwaz pula membuat Andria jadi lelah untuk mempertahankan maruahnya di mata ibu dan bapa tirinya.
Keegoan seorang Fawwaz membuatnya tekad untuk memperisterikan Andria.
Katanya: I'll make you regret saying all those words you said, Andria. You just wait and see, you little miss goodie two-shoes... - m/s 159
Perkahwinan mereka tetap dilangsungkan atas dasar untuk menyelamatkan maruah keluarga Andria. Namun bagi Fawwaz, perkahwinan itu hanya untuk membalas dendam terhadap keangkuhan kata-kata Andria. Jadi, ke manakah arah tuju perkahwinan mereka berdua ini?
Komen saya: 1. Fawwaz ni memang ikon anak terpinggir yang suka jadikan alasan mereka jadi nakal dan jahat untuk raih perhatian ibu bapa.
2. Saya memang tak boleh tolerate lah dengan tahap biadap orang macam ni. Rasa nak kasi jurus serangan Laksamana Sunan (eh?) kat dia. Dan saya rasa nak bersorak bila dia kena belasah dengan Uncle Jalil, bapa tiri Andria tu. Huh. Rasakan! *ketawa jahat*
3. Ni pesanan khidmat masyarakat untuk adik-adik (untuk kakak-kakak pun applicable juga ni); tak payahlah nak jadi peramah sangat dengan strangers eh? Kang kalau kena bawa lari ke sempadan, naya je. Tengok macam si Andria ni, tak fasal kena paksa kahwin sebab kononnya dah terlanjur. Pfft!
4. Tak rasa terkesan sangat dengan turning point si mawas Fawwaz ni sebab bukan Fawwaz yang bercerita apa yang terjadi kepadanya sepanjang tempoh dia tak sedarkan diri tu. Kalau Fawwaz yang bercerita sendiri harus kita lagi rasa terkesan dengan perubahannya.
5. Ending yang agak rushing dan berkait dengan point no 4. :D
6. Keseluruhannya saya puas hati dengan kisah Fawwaz walaupun ada rasa tak selesa dengan beberapa adegan yang dipaparkan. Pesanan penaja untuk adik-adik; sila pastikan anda dapat bimbingan ibu bapa atau orang yang lebih dewasa semasa membaca buku ini. Jangan salah fahaman pula nanti :) Tahniah buat penulis. Moga dikurniakan lebih banyak ilham untuk menghasilkan karya yang lebih baik. :)
Aku belum pasti samada nak lahirkan pendapat aku tentang buku ni ataupun tidak.. Oleh sebab itu, aku bagi bintang penuh kat langit tu dulu untuk LSD ni..
Thumbs up untuk Syah Shah.. Ada improvement dalam setiap sudut penceritaan.. Tahniah sebab berjaya buat aku menangis dalam beberapa part samada part Andria ataupun Fawwaz... haha..
p/s: A good man is kinder to his enemy than bad men to their friends - Joseph Hall..
Second PBAKL novels yg berjaya dikhatamkan.. Hasil nukilan Syah Shah... ngeeee... antara novel yg sangat2 dinanti. mmg plg x sabar nak tau apa jd pada fawwaz ngan andria.. ngeeeee.. mmg super ohsem la lakonannyer... den yg baca pun tertipu gitu.. mmg tipah tertipu hah!!!! Fawwaz nie mmg cold giler.. dah macam ais kat kutub... seteresss jer melayan... blh plak jd pelakon handal cenggitu.. mmg blh menang anugerah la.. haip!!!! Andria... u r so lovely.. i heart u so mucho la.. ngeeee... gaya andria deal ngan everything tue mmg x menahan.. ngeeeee... tp saya suke watak awak. Hehehe. Gabungan Fawwaz ngan Andria mmg MELETOP!!!! Fai and Din, mmg cameo yg besh la.. hahahaha.. terhibur den baca.. depa 2 tue mmg foreverly romantika de amour hah.. hehehhe.. Imran Hadi!!!! Anda mmg kaki kipas paling besar hah.. suka jer awak yer.. hehehhee.. soooo cleverrrrrrr.. hehehe Habis2 jer baca terus rasa nak gie Decanter order Scone ngan iced lemon tea.. ngeeee.. drooling!!
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM13. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Tak suka betul dengan watak Fawwaz. Tiada yang lagi asshole, se-asshole-asshole-nya, daripada dia. Walaupun watak hero yang asshole bukanlah satu perkara yang luar biasa, ke-asshole-an watak Fawwaz ni lain daripada yang lain.
Buat pertama kalinya N rasa lebih baik kalau cerita ni takda happy ending. Sebabnya adalah kebiadaban Fawwaz tak boleh dimaafkan. Dalam hati N menjerit-jerit agar Andria biarkan dan tinggalkan saja Fawwaz sebab she deserves better, tapi malangnya N bukanlah pemilik kisah cinta mereka.
Personally, N lagi suka dengan novel pertama penulis. Lebih santai dan tidak menyakitkan hati.
Fawwaz Hakim dah musnahkan khayalan yang baik-baik semua karakter Fawwaz yang saya pernah temui[dalam novel]. Saya lebih suka Fawwaz Hussaini. Benci sampai sekarang kat Fawwaz Hakim ni. Tiada sekelumit rasa suka pun, boleh? hahaha
Hendak dijadikan cerita, I pick this book to occupy by time during my trips to the hospital (which is oh-so-banyak!!); honestly, it's the only book yang tak tebal diantara buku-buku yang telah dibeli but belum dibaca.
O-M-G
This.book.is.crazy.good!
It never ceased to amaze me that this book is written by a uhm man.sebab the voice of the book sebijik macam cara perempuan menulis (no offence, but i think it's a good thing). Siapa yang tak suka lelaki jenis "bad boy" kan? Now Fawwaz Hakim should be how a playboy is like. Banar. He's like beulah berabis! If you guys read cerita-cerita pendek from ideakreatif, you'd remember him if i'm not mistaken dalam "suami soleh, isteri solehah" - i think lah. Also, dalam cerita ni ada characters dari cerita "my slurpee slurp" (i think lah ini tajuknya). The first book - awek goreng pisang/pisang goreng wasn't really my favourite but this one----- omagerd!!! Baik beli and keep it as your collection! It's THAT good!
fawwaz oh fawwaz... badboy and asshole... bab2 kurang senonoh tu terpaksa pejam mata... lari ke cameron sama2... how sweet...
wed 17.09.2014
done reading this book within 2 days to be exact. what an accomplishment for me. tahun ni banyak sangat tak habis baca =_="
minus the part tak senonoh tu, overall it's a good book. the story is there. kalau boleh kembangkan lagi macam mana Fawwaz insaf and change for the better lagi bagus.
Homai!! As been said he never failed to amuse me. Thumbs up Syah Shah! I love every single piece of it. Hmm...it's like having a strawberry smoothies during a hot sunny day.
Punya susah cari buku ni dekat kedai buku. Jenuh aku duk pusing2 Kota Kinabalu ni cari buku ni aja. Last last ~ beli online. Senang cerita. Hihi.
Okay back to review. Aku sangat berpuas hati dengan isi cerita LSD ni. At first, I thought that it was going to be cerita yang sangat complicated untuk difahami. But it was not. Sangat simple. Tak banyak drama. Drama pun mostly played by the main character saja which is Fawwaz. Fuhh, kembang kempis jugak hidung ni duk rungutkan perangai si Fawwaz ni.
And Andria ~ si cantik yang berjaya menjentik perasaan si iceberg Fawwaz. Uhuuuu ~ comel aja.
**Truthfully, mood pembacaan aku harini agak terganggu. Ni laaa rumah atas ni duk tungtang tungtang buat kerja bertukang di atas. Sampaikan wall bilik aku pun cracked. Memang intolerable betul la. Dah la pagi2 buta diorang dah start kerja bising tu. sudahnya aku pegi management office buat report. Ehhh, apa kes aku membebel dekat sini. Haha.
"Does it hurt, when you fall from heaven?" Hahaaha ayat Fawwaz memang tak boleh blah.
Pernah dulu.. Andria: Fawwaz, mamat kaki kelab, kaki minum, kaki perempuan. Satu Selangor dengan KL kenal dia!
"Memang tak layak! Mati hidup balik pun kau tak akan layak."
Fawwaz: "I'll make you regret saying those words you said, Andria. You just wait and see, you little miss goodie two-shoes."
Tapi, aturan dan perancangan Tuhan, hanyalah yang terbaik bagi makhluk-Nya.
Dan kini..
Kehadiran Andria sejak kali pertama bertemu sudah mampu merubah segalanya. Satu-satunya wanita yang mampu merubah pendiriannya. Yang mampu merobohkan tembok egonya. Yang mampu mencairkan lelaki sedingin dia. Cuma Andria. Hanya Andria. Satu-satunya.
p/s: tak ingat baca novel apa, nama hero Fawwaz gak.. sebab jahat sangat, sampai heroin tu bagi gelaran 'Mawas'!! Haaaaa kauuu!! Amekkk!!
Banyak sangat bahasa rojak. Setiap muka surat ada. If I wanna read an English novel I'll read one. But this isn't it. So stick to your gun. (Good English though).
95% novel bekisar tentang sikap buruk Fawwaz. Tu yg menyebabkan ending dia rushing. Tinggal 20+ mukasurat baru nak buat hero jadi baik. Maka yg pompuan pon dah kena main 2x pon hadap balik semula kat Fawwaz dengan mudahnya. Nyorok kejap, jumpa, boom! I accept you back in my life. Rasanya cete ni sesuai jadi cerpen dari novel.
Mr. Fawwaz Hakim is his own man. Siapa yg nak baca Lelaki Sedingin Dia, kena berlapang dada, tinggalkan segala memori indah bersama Firdaus - Awek Goreng Pisang, Faizal - Suami Soleh Isteri Solehah & Damien Hyde - My Slurpee Slurp. Tajuk yang sangat sesuai, he's so cold hearted & calculating man. Tapi cuba cari kebaikkan Fawwaz, if u look hard euff, u will find it.
Membaca kisah ini, hati mmg sakit hati dgn sikap Fawwaz. Fawwaz yg biadap, Fawwaz yg gila seks, Fawwaz yg mementingkan diri sendiri. . Namun bila sampai ke penghujung, mcm terlupa semua. sgt best... antara lelaki jahat yg mendapat tempat dihatiku utk tahun ni..
fawwaz or fawwaz...kenapa best sgt cerita kau ni? rasa sekejap ajer habiskan buku ni even saya cuba procrastinate. . hish...
ok..how to review ya? the hero is a alpha male with capital B attitude. ..means truly bad boy! memang la rasa nak kerat 24 ajer si fawwaz tu..but..as usual..bad boys always attractive kan??? That's y andria terpikat with him.
typical kahwin paksa but pengantin lelaki rela kahwin sebab nak membalas dendam terhadap pengantin perempuan. serius ketawa terbahak-bahak bila first night the bride dah keluarkan gunting kebun pada the groom..hahaha..padan muka hang la na fawwaz oiii...
tapi terpikat balik dgn si fawwaz yg caring bila dia kata bahaya tidur dengan gunting nanti tercedera andria..oh..sweeeet....
and..andria shows her back bone when she defend her husband depan bapak mertua and bro in law..go girl!
seriously the story memang saya suka. rasa xsabar nak habiskan buku tapi xmo habiskan cepat2. faham tak tu??? hahaha. .
marvellous job en writer kerana menghadiahkan good story. I just couldn't give 5 sebab...cepat sgt andria maafkan si mawwaz tu...hahaha.... but seriously a solid job by syah shah. u gotta have it!