Suara aneh bergema dari langit ke pelosok bumi. Didengari oleh . setiap isi. Mungkin ini permulaan invasi. Barangkali pergerakan tapak-tapak bumi. Boleh jadi gelombang kosmik yang mengeluarkan bunyi. Tak mustahil juga suara penghuni semesta selain bumi. Atau sekadar kesan kemajuan teknologi menaik taraf kualiti komunikasi buat golongan yang sering sepi, rabun dalam visi. silau dalam misi, sesat dalam ruangan sendiri. Tidak pun makhluk ghaib mula menunjukkan taring cuba menampakkan diri. Tuhan sedang murka barangkali - isyarat kau bakal kembali ditelan tanah yang pernah kau ludahi.
Yang pasti, apabila mukasurat mula diselak baca difahami, setiap saat yang berjalan, kau semakin hampir malah terlalu hampir menuju mati!
2.5* untuk keseluruhan buku cerpen ini. 0.5* untuk cover dan blurb yang memang sangat menggoda sebagai seorang pembaca buku. (Pendapat peribadi). Jadi kesemuanya 3.0* untuk Suara Dari Langit ini!
Apa yang saya tahu dan dengar dari manusia yang berilmu, Suara Dari Langit adalah bermaksud ‘Wahyu’. Bermaksud apa yang telah disampaikan oleh Tuhan sewaktu dulu kepada para Rasul-Nya sudah termaktub di dalam kitab Al-Quran dan juga hadis pada waktu kini. Sebagai contoh maut itu pasti, hari kiamat itu juga pasti dan bermacam-macam lagi. Jadi terokailah kitab suci itu! Tapi di dalam naskah ini, ada versi lain iaitu bunyi kilat atau guruh di langit. Mungkin tema ini agak berat, jadi kelonggaran diberikan kepada para penulis. Mungkin?
Tapi ianya tidaklah menjadikan satu masalah bagi saya untuk menghabiskan naskah ini. Cumanya, hanya beberapa cerpen sahaja yang mampu melekat di dalam minda saya. Kebanyakan cerpen-cerpen yang berada di dalam koleksi ini tidak sepadu atau power seperti buku sebelum siri ini!
Ada cerpen yang buat saya rasa nak mencarut bila habis membacanya. Langsung saya tak faham dan saya rasa seperti cerpen itu memang ‘mengada-ngada’! Cewah! Maaf bukan saya mengatakan yang saya ni hebat, cuma sebagai seorang pembaca, kita dapat merasai apa yang kita baca. Terlalu banyak bunga-bunya ayatnya sehingga menenggelamkan fokus utama yang ingin disampaikan. Terlalu banyak menyebut ‘suara dari langit’ supaya menampakkan yang penulis itu sedang menulis untuk tema tersebut.
Ada juga cerpen yang dibuat seperti bersungguh-sungguh ingin mengangkat tema yang diberikan tapi tetap terasa seperti tak kesampaian. Berbanding dengan beberapa cerpen yang ditulis seperti biasa dan tak menyebut tema langsung tapi masih berkesan di dalam hati. Masih mampu memberikan point yang dia memang tulis berkaitan Suara dari Langit!
Dalam 19 cerpen yang saya baca kat dalam ni (buang sebuah cerpen tulisan budak hingusan), hanya lima yang terkesan di dalam minda.
*Aku Bukan Izrail – Cerpen ini memang padu. Penuh dengan kontroversi. Saya suka. Ianya berkaitan seorang penjenayah yang datang ke gereja dan minta pengampunan daripada seorang Father. Dia sudah berjumpa dengan orang Islam yang berlagak sebagai Tuhan dengan mengatakan yang dosa yang dia lakukan kerana membunuh itu tidak akan diampunkan. Jadi apabila dia berjumpa Father tersebut lain pula jawapan yang diberikan. Then dia pening dan BAM! BAM! BAM! *Gema Dari Bintang – Terbayang encik penulis sedang masak dan potong sayur kubis dengan muka dan jiwa yang penuh kesedihan. Terasa apa yang dirasai watak itu walaupun ceritanya hanya simple sahaja. Kemudian apabila dia terlibat dalam kemalangan, isterinya datang dengan gaun putih. Kalau bukan fiksyen mesti malaikat maut yang datang dengan muka bengis! Hakakaka… *Dia Akan Datang – Cerita budak U yang buat assignment untuk projek filem mereka. Rupa-rupanya dia hanya bermimpi yang dia ditegur satu suara. Suara dari kitab Quran yang telah lama ditinggalkannya. Cuma cerpen ini tak sepower cerpen-cerpen yang sebelum ini yang pernah saya baca dari encik penulis. Dan cerpen ini hanya pendek sahaja. *Hadiah Hari Jadi – Ini pun boleh tahan. Kisah ahli politik yang ingin membuat memerondum dengan membenarkan perkahwinan sejenis boleh dilakukan jika dia menang pilihan raya kelak. Namun watak utama yang datang ke perhimpunan ahli politik tersebut membunuh ahli politik tersebut yang merupakan ayahnya sendiri. Dia tak mahu apa yang telah diutuskan oleh Allah sewaktu dulu yang mana lelaki adalah pasangannya perempuan diubah sewenang-wenangnya. Bam! Mampus! *Ini Kisah Nyata – Ini hanya simple sahaja. Tapi berkesan. Orang kampung yang asyik ingatkan dunia dengan bermain sabung ayam, ikut pertandingan ratu kebaya pinggang kecik dan bermacam-macam lagi berubah apabila pak Lebai itu masuk ke dalam kawasan perkampungan yang berdekatan dengan Istana di raja. Semua semakin berubah sedikit demi sedikit. Tapi ianya penuh dengan mesej! ‘Laa Tahzan, Innallaha Ma’ana – Janganlah bersedih, sesungguhnya Allah ada bersama kita!’
Yang lain bukan tak best, cuma tak kena dengan jiwa. Jadi saya tak nak komen cerpen yang lain. takut nanti tahu mana cerpen yang saya tak berkenan. Jadi, biarlah rahsia heeee… Owh ya ada cerpen penulis yang sebelum ini memang power, tapi di dalam ini, langsung tak menarik!
Apa-apapun jangan takut membeli atau membaca naskah ini. Sebab apa yang saya perkatakan itu hanya mengikut rasa dan hati semata-mata. Ianya tidak semestinya akan memberikan rasa yang sama pada anda yang belum membacanya. Lain orang lain rasanya. Lain orang, berbeza pemikirannya.
Jadi jangan takut, jangan segan, rasailah apa yang ada di dalam naskah ini. Mungkin anda akan suka?
1) Aku Bukan Izrail – Afiq Abrar (3/5) Kisah sang algojo yang dilatarkan di sebuah tempat bernama Chaoscity ini sangat menarik. Watak Hoffman digerakkan dengan baik meski tidak sempurna dan hamba suka laras bahasa penulis.
2) Angkasa Penuh Dunia – Shahrul Akmal (3.5/5) Permulaan yang sebiasanya tetapi kemudian diputar cantik di pertengahan dan diakhiri dengan dramatik berunsur saspen. Kejutan yang menjadi. Sungguh-sungguh hamba fikir cerpen ini berbetuk imbas kembali/muka. Dan ya, Myo terlalu sinis.
3) Diorama Dua Dunia – Hasnizal Ehsan (2/5) Bukankah fail merah jambu berisi ubatan itu sudah diletakkan Farah di atas katil? Bagaimana pula ia terjatuh mencumbu lantai kemudiannya tanpa diberitahu ia diambil semula? Konti larikah? Kesuluruhan cerita sebiasanya saja.
4) Berakhirnya Satu Permulaan – Azhar Ibrahim (4/5) Penceritaan yang detail dan berkesan dari segi visual. Bagaikan terbayang-bayang apa yang terjadi dan ya... hamba sempat merasa gerun. Syabas penulis.
5) Ini Kisah Nyata – Dalila Dahri (2.5/5) Kisah penduduk Kampung Durian Runtuh (bukan kampung Upin Ipin ya - haha) yang bermacam kerenah dan hamba fikir itu kelaziman biasa. Keseluruhannya lebih kepada hikmah bulan Ramadan, bulan terpaling indah :).
6) Bukan Cinta Sempurna – Hafizah Sukamat (2/5) Mesejnya okey. Perjalanan cerita sahaja perlu lebih ‘believable’ seiring medium (media sosial) yang digunakan.
7) Pang Pang Pang – Raden Azwan (3/5) Mengesankan untuk diri sendiri dan sangat releven dengan dunia masa kini. Syabas, penulis.
8) Buru Memburu Dibura – Hajar Zainal (2.5/5) Ini tentang urusan balas dendam. Hendak disalahkan siapa agaknya? Kisah yang menarik dalam seadanya.
9) Teduh Langit Kelabu – Farha Jalila (2.5/5) Wait... what did I just read? Panggilan untuk bacaan kedua sedang bordering tapi hamba biarkan. Mungkin lain kali.
10) Setia Tanpa Lafaz – Izzul Faiz (2.5/5) Alamak, lepas ni tak bolehlah nyanyi lagu Pencuri Hati lagi. Nanti betul-betul kena curi pulak hati yang seketul ni. Haha. Cerita yang menarik dengan pengakhiran yang dramatik.
11) Kau Bunuh Dia – Asmirana Maspade (2.5/5) Secara keseluruhan, tidaklah luar biasa. Namun, ini pertama kali rasanya hamba mendengar/membaca tentang pengamal susuk yang perlu berpantang dari memakan daging kambing. Sebut tentang itu, tiba-tiba teringin hendak makan daging kambing masak lada hitam. Huhu.
12) Hadiah Hari Jadi – Muhammad Aneff (4/5) Penulisan yang sinis dan sombong tetapi punya isi – tidak kira sama ada anda hendak bersetuju atau tidak. Putaran cerita di akhir babak adalah proses peneutralan berjaya untuk keseluruhan cerpen. Nukilan kegemaran hamba dari buku ini.
13) Cebisan Kisah Kota – Hazizah Hussain (2.5/5) Hati hamba merasa tidak enak membaca pengakhiran kisah ini. Mungkin untuk seorang yang terbiasa neutral, hamba tidak suka drama masyarakat semacam itu. Marilah hidup saling menghormati. Peace. Oh ya, penulisan yang baik.
14) Momen Putaran Situasa – Munira Nabila (2/5) Mungkin mesej yang lebih kurang, kurang lebih sahaja dengan beberapa kisah lain membuat cerpen ini tidak terlalu istimewa. Namun ya, mesejnya itu jelma.
15) Pengecat Bintang Sana – Syahmi Fadzil (3/5) Perlu sedikit masa untuk hamba kunyah tetapi kisah ini menarik dengan caranya sendiri. Susah untuk hamba jelaskan tetapi hamba menyukainya. Dan ya, hendak tergelak juga apabila hamba sedar siapa sebenarnya raksasa yang dimaksudkan Sarah. Haha.
16) Dia Akan Datang – Taufiq Khadri (3/5) Mesejnya itu ada, nampak dan mengesankan tanpa penekanan. Hamba suka itu dan hamba menyukai plot ceritanya.
17) Sudah Terlambat Kawan – Asmar Shah (2.5/5) Jalan cerita sebiasanya tetapi gaya bahasa kemas. p.s Siapa Nico di muka surat 244? Salah cetakkah atau hamba yang kurang perhatian?
18) Juwita Hati Aku – Nurul Syahirah (3.5/5) Hamba suka humor yang disisipkan penulis. Jalan cerita yang bermula klise berakhir sinis dan sadis walaupun bahagian sadis itu agak mendadak dan sedikit tidak relevan. p.s Tak pasal-pasal hamba Google nak tengok rupa Suibhan Harrison dan kening dia. Haha.
19) Gema Dari Bintang – Lokman Hakim (3/5) Secara ringkasnya ini adalah 11 muka surat luahan kata-kata kesedihan dan kerinduan yang boleh dikategorikan sebagai melankolik terlampau kerana kebiasaannya 2.5 muka surat adalah nilai maksimum yang hamba boleh terima. Namun, ada sesuatu pada penulisan Lokman Hakim yang hamba sukai. Sesuatu itu hamba pertama kali ketemukan ketika membaca cerpennya dalam MF2014: Antologi Cerpen Ebook Fixi dan kemudian ini.
20) Dari Umat Terpilih – Fatin Nadhira (4/5) Biarpun watak utamanya agak selamba celupar (haha) tetapi hamba menyukai cerpen ini keseluruhannya. Cara penceritaan yang jelas dan mudah dibayangkan tanpa perlu penerangan meleret. Situasi ceritanya juga sangat menarik. Mungkin kehancuran yang dikisahkan tidak membuat hamba segerun seperti cerpen nombor 4 tetapi hamba tidak merasa cerpen ini layak untuk diturunkan bintang.
Naskah yang baik. Boleh dihadam akal. Banyak fahaman tentang tema SUARA DARI LANGIT. Ada yang best dan ada yang kurang best. Ada juga yang paling best. Over all okey. Suka cover buku.
3 bintang untuk SUARA DARI LANGIT. Sentiasa menyokong untuk BUKUHITAM!!