Di Mahligai Gadang, Puan Insun mahukan emas untuk pakaiannya dan berlian untuk minumannya-permintaan yang mencetusk perjalanan berbahaya untuk Pacal Tua dan Tukang Emas. Mereka terpaksa menggeledah bandar dan pekan, mencari mutiara di sudut paling jauh, manakala Encik Aksan, suami Puan Insun, hanya mampu berdiam di belakang asap rokok kegemarannya.
Namun, apabila Puan Insun bermimpi tentang berlian yang diludahkan oleh naga dari perigi buta, pencarian mereka bertukar menjadi misi penuh misteri. Di bahagian bawah perigi buta, tersembunyi rahsia lama yang melibatkan Encik Rumbaka, seorang ahli sihir yang kejam, dan cerita politik yang telah lama terpendam. Di celah-celah sumpah senyap yang melanda, masa seakan terhenti berpuluh tahun atau mungkin berpuluh tahun berlalu tanpa kepastian. Mampukah hasrat Puan Insun yang tidak terhingga itu tertunai, atau semuanya akan hanyut dalam dunia magis yang gelap dan tidak menentu?
Hikayat Tanah Jauh membawa pembaca ke dunia realisme magis tentang masa dan takdir yang bertembung, dalam sebuah cerita yang membangkitkan imaginasi dan mempesonakan.
Zainal Rashid Ahmad (ZRA) mencipta nama pada tahun 1990-an dengan cerpen-cerpen bernuansa eksperimental yang menjurus kepada menggabungkan sastera Melayu moden dan sastera Melayu lama. Zainal memenangi deretan anugerah sastera terutamanya Hadiah Sastera Utusan, Hadiah Sastera Perdana, Hadiah Sastera Islam dan pelbagai anugerah peringkat kebangsaan. Sehingga kini Zainal telah menghasilkan dua buah kumpulan cerpen iaitu Alkisah (2012) dan Yang Tercinta (2012). Zainal mempunyai pengalaman luas sebagai wartawan; pernah bertugas di Utusan Melayu, Astro, NTV7 dan TV3. Zainal turut menerima Anugerah Seri Angkasa 2004, Anugerah Media Pertahanan 2009, Anugerah Dokumentari Terbaik 2010 dan pelbagai anugerah PPFM sebagai Pengarah dan Penulis Skrip Terbaik. Kini Zainal merupakan Pengurus Besar, Jabatan Penerbitan sosial, Politik & Ekonomi TV Al-Hijrah. (2014)
Premisnya pada mulanya kurasakan menarik namun lama-kelamaan macam tiada arah tuju. Pengakhirannya pun tak menggembirakan aku, malah banyak persoalan yang tak terjawab. Silap aku kot sebab terpengaruh dengan ilustrasi dan warna-warni pada kulitnya yang nampak menarik (tapi sebenarnya bila diamati lukisan pada kulit buku tak ada kaitan pun dengan isi. Kenapa ada helang dan bukan ikan duyung? Entahlah).
Pakar realisme magis sastera Melayu kontemporari mempamerkan kemahirannya bercerita untuk membongkar kebejatan politik dek sikap politikus yang mungkar.
Kulit buku Hikayat Tanah Jauh mengingatkan aku pada Howl's Moving Castle. Ingatkan ia menarik kisah yang adventurous. tetapi silap. sebab adik aku belikan buku ini untuk si adik bongsu yang berumur 9 tahun.
Hikayat ini tidak sesuai untuk bacaan kanak-kanak. kerana tajuknya aku ingatkan sebuah kisah yang santai. selepas si adik bongsu baca baru aku baca dan aku dapati buku ini bukan buku umum untuk semua peringkat umur. silap besar.
Gaya bahasa ia sangat berat. Kerana aku perlu ulang beberapa kali untuk setiap perenggan dan ambil masa untuk hadam. dan buku ini adalah buku serius. topik utama adalah tentang politik yang ditulis dengan penuh tersirat. Tersirat sampai aku malas nak fikir.
Setiap bab ia bercerita pada watak yang dijelaskan pada sinopsis buku. suasana dalam hikayat ini adalah sangat sunyi dan banyak aura negatif. Sang ayah yang tidak berguna. Mencari sang ayah yang korup.
Penulis tidak pun selesaikan masalah emas dan harta di perigi buta. tergantung. Pengakhiran yang aku rasa tiada kaitan pun. semua watak tergantung.
dan bila aku tutup buku, ayat yang keluar ada "itu je endingnya? mungkin ada sambungannya. tapi macam tiada...hmmm,"
dan hikayat yang bukan hikayat pada definisi aku. Fantasi yang kering dan kaku. bosan.
Keserakahan Puan Insun terhadap emas & berlian merungkai segala kisah. Pacal Tua terpaksa akur pada perintah Puan Insun untuk mencari berlian yg dimuntahkan oleh naga di sebuah perigi buta menambahkan pening kepalanya bersama Pandai Emas yg bertungkus lumus hendak menyiapkan jubah emas dan menyediakan berlian menjadi air minuman Puan Insun.
Novel ini menyatakan kisahnya dalam bentuk imbas kembali. Setiap watak hanya boleh difahami melalui kisah lampaunya. Saya agak 'lost' di pertengahan cerita, tetapi 'kembali semula' apabila watak Pacal Tua muncul semula setelah beberapa bab.
Darurat Sunyi yg melanda Kota Mahligai Gadang saya lihat sebagai simbolik pada senario politik yg berlaku di kota itu. Rakyat terpaksa akur & disekat hak kebebasan bersuara hingga menjadi takut untuk berkata-kata, bergaul, bekerja, malah takut untuk hidup. Ada juga sindiran terhadap sikap ahli-ahli politik yg mengambil kesempatan & melampaui batas. Lantas, membinasakan diri sendiri serta rakyat dari semua lapisan masyarakat.
Cuma, saya agak bingung & kurang faham mengenai watak perempuan duyung. Apa yg berlaku kepada perempuan duyung & Waris di akhirnya? 🤔
Novel yang amat menarik pada permulaannya, tetapi kemudian makin mengendur daya tarikannya bila semakin menghampiri penghujungnya.
Ia kisah politik yang bergumpal-gumpal dan akhirnya terbelit mati dalam simpulannya sendiri.
Jujurmya, Zainal Rashid Ahmad ni antara penulis kegemaran aku tapi untuk bacaan kali ni agak mengecewakan. Kenapa, wei! Kenapa?!
Gaya pemeriannya bagus, tapi penceritaan macam tak jelas arah tujunya. Beroleng ke sana, beroleng ke sini, Banyak soalan yang tak terjawab dan tak diikat kemas di hujungnya. Dibiarkan saja terburai.
Novel ini mungkin sesuai untuk selera orang lain tapi tak kena pula dengan selera aku kali ini. Maaf!
Buku yang sangat sesuai Di baca pada tahun 2021 Di saat “darurat “ Dan pergolakan politik yang tidak berkesudahan Buku ini bukan untuk hiburan semata, ianya dipenuhi sindiran untuk pembaca berfikir dan lebih peka dengan situasi di sekeliling...sindiran dan plot yang samar2 mampu menguji kecekapan minda pembaca...
Saya nak cabar semua yg berlagak pandai baca novel ni
Bermula dengan hikayat Puan Insun dan suaminya Encik Aksan, yang dikisahkan hidup mahakaya di Mahligai Gadang, punyai hamba yang tidak sedikit, antaranya Pacal Tua dan Tukang Emas yang sedia berbuat apa sahaja yang diminta.
Kemudian dikisahkan pula perihal seorang Sheikh Dahi, yang mahu menolong si Pacal Tua untuk memasuki Perigi Buta dek mahu mencari emas nan banyak, wang berkodi-kodi. Sheikh Dahi sebelum terbuang, di masa mudanya seorang ulama yang disegani sebelum masuk ke kancah politik dan kemudiannya terbuang.
Kemudian, penulis membawa kita undur ke belakang, kisah demi kisah, zaman entah bila, kebanyakannya ke belakang dan belakang.
Rumbaka & Marwah keduanya politikus yang selalu melakukan hal mungkar demi kuasa.
Asmira gadis miskin dari desa yang kemudiannya menjadi gadis piala pak politikus sebelum disumpah menjadi ikan duyung.
Sehinggalah plot pengembaraan Waris, anak si Marwah yang mahu mencari jejak bapaknya Marwah yang hilang misteri.
Kemudian disambung dengan cerita awal perihal Pacal Tua & Pandai Emas di babak babak akhir.
Satu kisah magis.
Mesejnya jelas, tamak & sepak terajang orang politik.
Baca buku ini anda perlu kamus dewan di sisi, terlalu banyak kosa kata & perkataan yang langka digunakan penulis. Luar biasa.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Hanya dari pencarian emas & berlian 𝗽𝗲𝗿𝗶𝗴𝗶 𝗯𝘂𝘁𝗮 oleh Pacal Tua merobek segala kisah lampau yang menggugat kestabilan politik Bandar dan Kota.
Novel ini kalau dibaca seperti menyusun puzzle bergambar. Tapi saya mula dapat mengatur, bila muncul 𝙈𝙖𝙧𝙬𝙖𝙝 yang tamak harta dan kotor politik.
Dari watak Pacal Tua, Tuan Aksan hinggalah Puan Insun ada berkait cerita yang tidak disangka-sangka. Jadi kena sabar sebab setiap 𝗸𝗶𝘀𝗮𝗵 𝗹𝗮𝗺𝗽𝗮𝘂 watak akan dirungkai secara satu persatu mengikut susunan bab.
𝗗𝗮𝗿𝘂𝗿𝗮𝘁 𝗦𝘂𝗻𝘆𝗶 yang dicipta dalam novel ini memang tajam menikam kalau kita fahami. Bukan sahaja pada rakyat tapi khususnya untuk kerajaan yang menyekat kebebasan bersuara dan ahli politik yang tak serupa bikin.
Sedar tak sedar dalam kemarau sunyi politik itu, akhirnya 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘪𝘯𝘢𝘴𝘢𝘬𝘢𝘯 rakyat yang bukan sahaja semiskin-miskin Pacal Tua tapi hinggalah si kaya raya 'kapitalis' Puan Insun.
Kalau nak baca novel ini, saya cadangkan wajib ada sedikit pengetahuan dan selok-belok dunia 𝙥𝙤𝙡𝙞𝙩𝙞𝙠 𝙣𝙚𝙜𝙖𝙧𝙖. Kalau tak..memang awak akan cakap 'bosan' dan 'rumit'.
Cuma apa yang saya tak setuju dengan novel ini ialah illustrasi kulit novel yang langsung tiada kaitan dan..bab Waris dan duyung yang ehmm??
Membaca hasil karya Zainal Rasyid Ahmad memerlukan pembaca mempunyai persediaan mental yang kuat untuk menghadapi dunia magis yang mengujakan dan sedikit memeningkan. Namun penulis membawa idea yang cukup kuat dalam soal politik. Rumbaka yang digelar si tukang sihir yang berusaha merampas jawatan Tuan Wakil dengan bantuan Marwah. Perancangan mereka berdua telah berjaya dengan bantuan seorang wabita bernama Asmida yang dahulunya wanita simpanan Marwah dan dalam senyap sebagai kekasih Rumbaka. Konspirasi mereka telah berjaya memperolehi wang dan emas berkodi-kodi milik Tuan Wakil yang disembunyikan di dalam perigi buta.
Kisah politik di tanah mana sekalipun menurut penulis adalah sama, iaitu tidak lari dari perebutan kuasa, harta, wanita penggoda, pak turut yang melutut sampai tua serta wanita-wanita isteri pembesar yang tamakkan harta memerintah suami yang punya kuasa untuk memperoleh apa sahaja.
Hikayat Tanah Jauh ini sepertinya ada di depan mata.