Himpunan Cerpen Magis Kota mengandungi 12 buah cerpen Zainal Rashid Ahmad yang dipenuhi dengan peristiwa luar biasa, iaitu perkara yang kelihatan biasa berubah menjadi sesuatu yang misteri dan menarik. Dengan gaya penceritaan yang menggabungkan unsur realisme magis dan naratif kontemporari, Zainal Rashid Ahmad menggambarkan betapa kehidupan di kota bukan sahaja dipenuhi dengan hiruk-pikuk kemodenan, malah mempunyai lapisan tersembunyi yang memyentuh dunia mitos dan yang tidak kelihatan.
Setiap cerpen dalam buku ini mengajak pembaca memikirkan semula kehidupan seharian yang mereka anggap biasa dan mendedahkan keajaiban di sebaliknya. Tema misteri, alam ghaib dan hubungan manusia dengan dunia ghaib menjadi pusat cerita. Zainal Rashid Ahmad Berjaya menyampaikan suasana urban dengan rasa mistik yang mengandung rasa ingin tahu pembac, menjadikannya sebuah karja yang mantap dalam alam sastera realisme magis Malaysia
"Macam inilah buku magis realisme Malaysia. Ada cerpen yantg pernah baca, Penjaga Lif Bunuh Diri. Yang paling saya suka, Penunggu Jalan Mati Menuju Pintu Neraka."
Zainal Rashid Ahmad (ZRA) mencipta nama pada tahun 1990-an dengan cerpen-cerpen bernuansa eksperimental yang menjurus kepada menggabungkan sastera Melayu moden dan sastera Melayu lama. Zainal memenangi deretan anugerah sastera terutamanya Hadiah Sastera Utusan, Hadiah Sastera Perdana, Hadiah Sastera Islam dan pelbagai anugerah peringkat kebangsaan. Sehingga kini Zainal telah menghasilkan dua buah kumpulan cerpen iaitu Alkisah (2012) dan Yang Tercinta (2012). Zainal mempunyai pengalaman luas sebagai wartawan; pernah bertugas di Utusan Melayu, Astro, NTV7 dan TV3. Zainal turut menerima Anugerah Seri Angkasa 2004, Anugerah Media Pertahanan 2009, Anugerah Dokumentari Terbaik 2010 dan pelbagai anugerah PPFM sebagai Pengarah dan Penulis Skrip Terbaik. Kini Zainal merupakan Pengurus Besar, Jabatan Penerbitan sosial, Politik & Ekonomi TV Al-Hijrah. (2014)