Jump to ratings and reviews
Rate this book

Titik Mula Cinta

Rate this book
Fazila... Menerima pertunangan yang diaturkan keluarganya. Mengharapkan tunangannya memulakan perhubungan menyemai rasa cinta hingga ke jinjang pelamin. Namun sikap dingin tunangannya buat dia rasa kecewa.
“... Dia asyik buat Ila sedih aje. Ila pun ada perasaan juga. Dah tak tahan rasanya dibuat tak endah selama ni...” – Fazila
Faris... Terlalu misteri. Kenangan lama membelenggu dirinya antara rasa cinta yang tersemai dan tanggungjawab yang sukar dilepaskan. Antara Fazila dan Auni. Siapakah keutamaannya? Membenarkan jiwa merintih demi mereka yang dikasihi.
“... Bila Ila dah dengar semuanya, abang tak akan rasa bersalah lagi. Dan abang akan terima keputusan Ila tanpa banyak soal. Biarlah kali ni, kita yang tentukan masa depan kita sendiri. Bukannya orang tua kita yang tentukan.” – Faris
Ruang kosong di hati benar-benar menguji kesetiaan dan kekuatan naluri Fazila. Sebuah perasaan yang sukar dimengertikan hadir menjentik rasa. Kehadiran Amir Hamzah dalam hidupnya cuba disangkal, namun ianya bagaikan semakin mendekat sehinggakan dia tidak mampu menipu rasa hati sendiri. Makin lama rasa yang wujud membenih tersemai subur.
“Habis... rasa happy yang aku nampak dalam mata kau tiap kali kita bersama tu apa? Cahaya yang aku dapat tengok masa aku cakap yang aku suka kat engkau tu apa? Kesedihan yang aku nampak pada muka kau masa tunang kau datang hari tu tu...apa?” – Amir Hamzah
Siapakah sebenarnya yang memiliki jiwa dan hati Fazila. Antara yang disayangi dan dicintai. Pilihan bukan mudah. Namun dia sedar hakikat hubungan suci itu bukan sekadar untuk melestarikan cinta, malah juga untuk menahan segenap dugaan. Di sinilah mereka menemui titik mula cinta. Namun mampukah bertahan hingga ke pengakhirannya?

439 pages, Paperback

First published January 1, 2014

1 person is currently reading
31 people want to read

About the author

Laila Hanni

4 books12 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
14 (28%)
4 stars
17 (34%)
3 stars
13 (26%)
2 stars
5 (10%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Rynna.
132 reviews
September 13, 2014
novel ni bergerak dengan pantas takde part yg boring, cume macam2 rase bila bace cite ni. ia mengisahkan Fazila dan Faris bertunang atas aturan keluarga mereka. Fazila Mengharapkan tunangannya Faris memulakan perhubungan menyemai rasa cinta hingga ke jinjang pelamin. Namun sikap dingin Faris buat dia rasa kecewa.

Ruang kosong di hati benar-benar menguji kesetiaan dan kekuatan naluri Fazila kepada tunangnye Faris. Sebuah perasaan yang sukar dimengertikan hadir menjentik rasa. Kehadiran Amir Hamzah( adik kepada pensyarah merangkap majikan Fazila) dalam hidupnya cuba disangkal, namun ianya bagaikan semakin mendekat sehinggakan dia tidak mampu menipu rasa hati sendiri. Makin lama rasa yang wujud membenih tersemai subur.sy geram dgn Fazila sebab merahsiakan statusnye sebagai tunang orang dan melayan Amir Hamzah.

Perhubungan antara Fazila dan Amir Hamzah dapat dihidu oleh keluarga Fazila dan mereka memutuskan ingin percepatkan pernikahan antara Fazila dan Faris. Siapakah sebenarnya yang memiliki jiwa dan hati Fazila. Antara yang disayangi dan dicintai. Pilihan bukan mudah. Tapi disebabkan tak nak melukakan hati ibu bapanye Fazila akur dgn pernikahan tersebut.

Faris memang watak yg misteri.semasa masih belajar Faris telah berkahwin dgn Auni. Tp diorang kena berpisah(memang tak boleh bersama) kerana Faris dan Auni sebenarnya adik beradik tp berlainan ibu. disebabkan kejadian ni dan kehilangan anak yg lahir tidak normal menjadikan Auni mentally unstable walaupun kejadian tu sudah 6 tahun berlaku.Kenangan lama membelenggu Faris, antara rasa cinta yang tersemai dan tanggungjawab yang sukar dilepaskan. Antara Fazila dan Auni. Siapakah keutamaannya? Membenarkan jiwa merintih demi mereka yang dikasihi.


Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
February 5, 2017
Spoiler overload..Tak suka spoiler kindly avoid reading. Cerita yg sarat dengan permainan emosi?? Like reading true story. Cerita begini pernah berlaku before around the world, keluar juga diakhbar. Salah siapa? Dalam cerita ni salah bapanya yg tak bertanggungjawab. Mmg betul, dulu system belum canggih jadi nak track sesuatu informasi mmg agak keterbelakang. Ini baru yg bapa letak nama yg kurang tepat..what about those children yg di Bin kan dengan nama lain or Abdullah? (Saya juga sokong system di Msia, ada check up for HIV sebelum perkahwinan boleh dijalankan. Rasa selamat bab ni. Spore shd have this system too..HIV nothing to do with this story. How I wish marriage system or software interface dengan system perkahwinan di pejabat sedunia juga. Rasa macam senang je pelajar yg berkahwinan tanpa kehadiran ibubapa di luar negara dan yg mana nak poligami ke Thailand, with or without izin.. Ada ke system begitu?? Dunia2.. hailah..alkisahnya..)

________*****________

Masalah yang dilanda oleh Faris dan Ila sebenarnya mudah nak diatasi tapi kerana TAKUT dan tidak dipedulikan, masing2 buat andaian dan menjauhkan diri. Asas sesuatu hubungan tu sudah pasti harus ada kejujuran tapi dalam cerita ni WAJIB ada. Easier said than done.

Cinta dahulu cinta terhalang. Becerai kerana terpaksa. Hukum tidak menghalalkan. Auni dan Faris nikah diluar negara sewaktu melanjutkan pelajaran mereka tanpa mengetahui bahawasanya mereka adalah adik beradik kandung. Sayangnya terlambat. Nasi sudah jadi bubur. Auni terkena gangguan jiwa or emosi dan keguguran apabila keyataan hubungan mereka dibongkarkan oleh Registry of Marriage di Msia. After 6 yrs past, Faris di jodohkan pula dengan Ila lalu bertunang tapi kerana kisah hiba di masa silam, masih menjerut rasa atas nama kasih sayang, tanggungjawab dan bersalah lantas Ila tidak dia pedulikan. Akhirnya, hati Ila beralih arah. Kesal akan kesilapannya, diburu kembali Ila. Nak kata tak cinta diakui itu cinta at first sight. Tapi yang mana satu? Nasib akhirnya selesai juga.

________*****________

Yg tak suka dalam novel ni :
1. Faris dah tahu nak bernikah biarlah suruh orang lain yang bantu mencari Auni yg hilang.
2. Bila dah ketemu, boleh pula layan Auni macam isteri lagi..bersayang bagai sehingga sanggup menemani tidur as requested by her. Diturutkan untuk tenangkan emosi Auni pula. Walaupun hukum halal still niat salah dude.
3. His marriage, replaced by Fauzi as his proxy. Siap skype lagi. I dont think he knows anything about Ila..Jika tak terdengar bicara pedas Nadia sampai bila2 pun tak tahu. Tapi demi meraih maaf si isteri, act like one. GRRRR!!!
4. Saya tahu tiada lagi cinta buat bekas isteri. Ya ke? Sekejap gini sekejap gitu..Confused. Yg tinggal mungkin hanyalah kasih sayang atas dasar tanggungjawab. But please, since hubungan pernah pergi jauh dahulu, dia sepatutnya jaga batasan..walaupun legally its not haram. He is a doctor, sepatutnya rujukan ke pakar untuk penyakit Auni diteruskan dan diselang seli dgn pembersihan rohani. He doesnt always have to be there..assign someone. Di layan jadi teruklah nanti. Isteri pula akan makan hati. Sometimes u have to be cruel in order to be kind.
5. Dan bila dia tahu hati si isteri lebih cenderung kepada Amir Hamzah, dia jadi cemburu dan hilang pertimbangan..I dont like what author wrote..its like dia inginkan tubuh isteri dengan membayangi kisah silam at the same time menuntut hak dengan cara memaksa. Dia ingin menakluki Ila agar she will always be his. As written, it has been five years dia melayari keindahan itu di dalam mimpinya saja..Well what a person like me think..jadi sekarang ni saya pun jadi celaru..Its likes minda dia berselang seli antara Auni dan Ila.

Yg PALING menyebalkan :
6. Ila, kerana tidak dipedulikan, dia mula jatuh cinta dengan Amir Hamzah pelajar PHD di university yg sama.
7. Tak mahu berterus terang ttg status tunang tu satu hal, bila dah ketahuan pun masih nak berselindung..Macam nak bedalkan dia je..boleh pula kata dia tak pernah beri harapan..
8. Selepas itu dia beri harapan palsu pula..suruh Amir menunggu dia selesaikan dgn keluarga..at last dia teruskan juga perkahwinan itu..then didiamkan tanpa khabar dan dibiarkan Amir terkapai2..tapi dikhabarkan dgn kakak Amir.
9. Bila dah ketahuan sekali lagi..boleh pula dia kata like dah tahu kan, apa lagi yg harus diterangkan..Well, people nak penjelasan dari mulut sendiri bukan fact yg kau dah kahwin..terangkan and move on..nak tunggu right timing sampai bila2 tak akan jumpa punya..sebab rasa bersalah dah gam mulut untuk berterus terang. Kerja asyik nak membohong je..Chilli kang!
10. In short, walaupun niat tak nak kecewakan dua buah keluarga yg berharap sangat tentang penyatuan dua hati tu saya salute, saya menyampah dgn sikap Ila seorang yg tidak jujur dan kurang ikhlas. Hati yg tidak tetap. Mudah beralih arah asal digula2 sikit..nampak macam murahkan perempuan ni tapi sebenarnya tidak..dia hanya tersepit saja.
11. Sepatutnya setelah bergelar tunang, act like one. Bukan pasang satu lagi just in case ini tak jadi lari kepada yg sedia ada pula..Spare tyre? No sebab hati dia mmg dah memilih siapa yg diinginkan. Tapi kerana menghormati perasaan dan kehendak keluarga terpaksa dia melakukan pengorbanan.

Yg Saya Suka :
1. Fairuz. Dia suka amat dgn Ila. Tapi sebab dah direject banyak kali, dia kenenkan abangnya Faris pula. Asalkan persahabatan mereka kekal. Dan dia jenis yg ceriadan matang. Unlike Ila's perception of him.
2. Ila ingin orang yg lebih berumur kerana baginya lebih dewasa lebih matang..I think Faris lack in that department compared to Fairuz yg boleh berfikir between right and wrong better walaupun sudah berumur.
3. Amir Hamzah, walaupun nada percakapan agak kasar dan rasa agak mendesak at times, dia juga amat prihatin dan seorang yang periang. Sekurang2nya dia tak lari dari masalah dan dgn mudah dia beralah setelah diberi penjelasan. Unlike Faris, menghukum terlebih dahulu.

Ending cerita, mudah sekali penerimaan Ila. Okay tu okay tapi macam ada yg tak lengkap. Haruslah juga dia beri pendapat dan bertegas dgn Faris dalam hubungan suaminya dan Auni cos hubungan ini bukan hubungan biasa. Tapi luar biasa.

Nak cakap banyak2 pun mmg dah terlebih dah. Eventhough saya emphatised with their situation, saya tetap tak ambil mudah dalam menyelesaikan masalah. Dah diberi akal untuk berfikir, pandanglah dari beberapa sudut dan pandulah dengan bimbingan yg Maha Mendengar, Maha Melihat dan Maha Mengetahui segalanya. Bagi saya dalam setiap kepahitan ada ubatnya. Like what I said earlier, it is easier said than done. I think Ila and Faris shd know where their priorities in life lies then weigh the consequences heavily before making decision. Life is simple dont make it complicated. Jika dah terlalu banyak kejelekan dari kebaikan, tinggalkanlah. Tak nafikan yg dalam setiap kejelekan ada juga kebaikan..jadi fikir2kanlah.
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,023 reviews377 followers
September 13, 2014
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM13. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Best, i like! Tapi kalau compare dengan novel-novel lain dari Laila Hanni, Titik Mula Cinta agak slow. Mainly because watak Ila sangat kayu dan pasif. Boring jer N nak layan cerita ni part awal-awal. Tapi tadah jer lah. Kalau ni bukan cerita Laila Hanni, N rasa N dah kibar bendera putih...

Bila dah setengah jalan, baru lah N rasa best citer ni sebab N tertanya-tanya, siapa akan jadi pilihan Ila. Faris, lelaki dingin pilihan keluarganya, atau Amir Hamzah, jejaka pertama yang berjaya menawan hatinya?
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
May 14, 2014
Selamat mengkhatamkan buku ke4 pbakl... ngeeeee....

mendalami perasaan faris dan auni, amir dan fazila.. it's too devastated... sesungguhnya rasa down teramat dan keciwa... uwaaaa.... mmg menjadi part2 yg memerlukan mainan emosi disitu..

Part Akad tue mmg membuatkan perasaan menyampah giler kat si suami... baik pilih yg laie satu yg kompem2 mencintai..

Mengetahui cerita yang sebenarnya pula, membuatkan hati menjadi kesian... teramat2 sadis utk alami peristiwa seperti itu.. huhuhu... perkahwinan dan cinta terlarang, bukan senang nak dilupakan. takes them more than a years.

Sememangnya mmg tabah seorang Doktor pakar jantung itu... i do respect u for this.

bila masuk hal2 jealousy.. perghhh.. seyes ganas seyh... menakutkan.. x tunjukkan anda sayang, tp kecemburuan anda membuatkan Fazila hampir trauma koyt.

uhuks... i'm sad for them but am happy wif the ending.. dpt rasa perasaan celaru, keliru dan serba salah. bagus bile mereka dpt terima kenyataan. Dan mmg agree dgn closing "di sini titik mulanya..." Coz this is merely only a beginning of a love story... tahniah Laila Hanni...

pssst... if possible i would like to know more of their story.. ngeeee
Profile Image for Inn Auni.
1,086 reviews24 followers
May 28, 2017
Alkisahnya Fazila ditunangkan dengan Faris, pilihan keluarga. Fazila yang sudah terpikat pandang pertama pada Faris, walaupun was-was dengan penerimaan Faris terhadap dirinya, bersetuju membiarkan si ayah membuat keputusan untuk dirinya.

Andaian Fazila yang Faris akan menghubunginya untuk berkenalan lebih rapat lagi, ternyata meleset. Lelaki itu diam membisu membuatkan Fazila tertanya-tanya adakah lelaki itu dipaksa untuk menerima dirinya sebagaimana apa yang dirasakannya.

Perkenalan Fazila dengan Amir Hamzah, membenih satu rasa dalam hati gadis itu. Tahu akan kedudukannya sebagai tunangan orang, dipendamkan saja dalam hati. Baginya tidak salah untuk mencuri pandang asalkan hanya dia yang tahu isi hati sendiri.

Tatkala Faris muncul semula dalam hidupnya selepas berbulan-bulan mendiamkan diri, Amir Hamzah turut meluahkan rasa cinta. Fazila kini berada dalam dua persimpangan. Memilih Faris bermakna hatinya akan terluka dan memilih Amir Hamzah bermakna hati keluarganya yang terluka.

Janji Amir Hamzah untuk sentiasa ada bersamanya mengharungi segala dugaan membulatkan tekad Fazila untuk meluahkan kebenaran pada keluarganya. Tetapi belum sempat Fazila membuka mulut, dia telah disatukan dengan ikatan pernikahan dengan Faris.

Walaupun sedih, Fazila mahu membuka hatinya menerima Faris. Tetapi perkhabaran yang didengar tentang hubungan Faris dengan Auni, benar-benar mengoyakkan hati Fazila. Ditambah pula dengan Amir Hamzah yang tidak mengalah merayu dirinya.

Adakah doktor pakar sakit jantung atau bakal doktor falsafah yang akan bertakhta dalam hati Fazila?

* * *

Rasulullah bersabda bermaksud:
"Seorang lelaki tidak boleh meminang pinangan lelaki lain, sehinggalah lelaki pertama yang meminangnya membatalkannya atau mengizinkannya." (Hadis riwayat Bukhari).

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu ia berkata:
“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: ‘Siapa menipu dan merusak (hubungan) seorang hamba sahaya dari tuannya, maka ia bukanlah bagian dari (golongan) kami, dan siapa yang merusak (hubungan) seorang wanita dari suaminya, maka ia bukanlah dari (golongan) kami.'" (Hadits shahîh diriwayatkan oleh Ahmad, Al-Bazzar, Ibn Hibban, Al-Nasa-a dalam al-Kubra dan Al-Baihaqi).

Saja je letak dua hadits tu sebab geram sangat dengan sikap lelaki bernama Amir Hamzah. Sepatutnya lelaki itu mengundurkan diri dengan cara terhormat sejak awal dia tahu akan status Fazila, bukannya terus mengejar dan memaksa Fazila mengaku yang dia juga ada rasa cinta.

Dalam satu filem Thai, ada satu pasangan yang kejap bertekak kejap baik. Satu hari seorang kawan mereka tanya, kau tak letih ke selalu macam ni. Jawab si lelaki, bertekak pun merupakan bentuk komunikasi sebab bila bertekak baru yang terpendam dalam hati akan terluah. Dan kalau tak wujud pihak ketiga, kenapa perlu takut dengan pertelingkahan. Memang tepat sekali kata hero filem Thai tu, pada pendapat saya.

Tapi lain pula situasi Fazila dan Faris ni. Bila dapat hero dan heroin yang hati macam lalang, bukan kata pihak ketiga (Auni dan Amir Hamzah), letak kucing comel pun entah-entah boleh putus.

Letih sungguh nak menghabiskan bacaan. Sekejap rasa nak tumbuk Fazila, sekejap nak tumbuk Amir Hamzah dan sekejap nak tumbuk Faris. Tapi tak boleh tumbuk Auni. Kenapa? Kenalah baca sendiri.

Saya teruskan bacaan pun sebab Fauzi dan Nadia, dengan harapan mereka ni disatukan oleh penulis. Watak dua orang ni lagi menarik dari watak-watak lain.
Profile Image for Zurianita Manab.
76 reviews16 followers
May 21, 2014
Mmg tak boleh nak sangkal.. semua novel Laila Hanni buat saya menangis... cerita best.. watak semua best... dan ending pun best..
I like.
Profile Image for Eisya.
187 reviews4 followers
September 29, 2021
Jalan cerita menarik tp permulaan cerita agak slow...
Profile Image for Hajar.
284 reviews
September 12, 2014
12-09-2014:

Anis Fazila (Fazila) tak pernah fikir dia akan menamatkan zaman solonya secepat ini. Perkenalannya dengan keluarga Fauzi (teman sekuliah yang pernah menaruh hati padanya) rupanya menjadi penyambung tali silatulrahim buat 2 buah keluarga. Pertemuan kembali antara keluarga Fauzi dan keluarga Fazila membawa kepada ikatan pertunangan antara Fazila dan Faris (abang Fauzi).

Sungguh pun sudah tertarik dengan keperibadian Faris pada pertemuan pertama mereka, Fazila tidak yakin dengan kesungguhan Faris apatah lagi Faris seolah tidak mempedulikan kewujudan Fazila selepas mereka bertunang.

Perkenalan Fazila dengan Ameer Hamzah mula mengubah perasaan Fazila terhadap tunangnya. Walaupun Ameer Hamzah melayan Fazila dengan kasar pada mulanya, layanan sebegitulah yang telah berjaya menyentuh hati Fazila. Haish.

Namun, bila Faris mula menunjukkan sikap sebagaimana sepatutnya, Fazila buntu. Lebih-lebih lagi bila Ameer Hamzah turut mengakui perasaannya terhadap Fazila. Jadi, siapalah agaknya yang bakal jadi pilihan Fazila?

Komen saya:

1. Cerita ni mudah je sebenarnya tapi karakter Fazila ni buat saya geram. Jenis hati tak tetap. Dah bertunang tapi sebab tunang buat tak tahu, kemudian bila ada lelaki lain lebih ambil berat, cepat je cair. Haish. Kesian Ameer Hamzah.

2. Karakter Faris tu pun bikin orang geram juga. Kalau iya pun Fazila tu pilihan keluarga, sekurang-kurangnya tunjukkanlah kesungguhan sikit. Ini, buat assumptions sendiri sampai nyaris gigit jari. Sebenarnya kalau dari awal dia berterus terang kan lebih baik? Hmph!

3. Kisah ni memang agak perlahan pada permulaan. Itu sebab saya rasa agak 'lemau' bila baca kisah ini. Hihi.

4. Tapi, saya salute dengan pendirian Fazila yang tak sanggup melukakan kedua-dua buah keluarga sekiranya dia memilih untuk mengikut kata hatinya. :)

5. Sekali lagi penulis berjaya menulis kisah yang memancing emosi pembaca. Stress tapi tak meleret. Hihi. Tahniah buat penulis. Moga diberi ilham dan kesempatan untuk melakar kisah-kisah seterusnya. :)
Profile Image for Eeyta.
247 reviews23 followers
February 10, 2015
Cerita yg sgt menarik.. lain dr yg lain.. congrats Laila Hani.. karya awak x pernah mengecewakan saya..
Profile Image for Ctriko.
280 reviews6 followers
April 27, 2017
... Sesungguhnya tidak mudah untuk menggapai cinta sempurna ...


Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.