Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kalau Sudah Berkenan

Rate this book
Pulangnya Zafry Tan Sri Hamzah ke Malaysia kerana satu alasan, dia layak mendapatkan semua harta sebagai bayaran sebuah kasih sayang yang tak pernah dia dapat dari ayahnya.

Pun begitu, ianya tidak semudah yang dibayangkan. Syarat untuk mendapat harta tersebut mesti diambil bersama pakej seorang isteri. Calon isteri pula bukan siapa-siapa, hanya anak seorang pemandu. Dia rasa tercabar tapi diikutkan juga kehendak ayahnya. Sudahnya, Adra Afeefa yang tak bersalah menjadi mangsa satu percaturan.

“Adra kena tidur bilik yang sama dengan abang ke, atau Adra kena guna bilik lain?” - Adra

“Kau jangan nak mengada boleh? Kalau kau tidur bilik lain pun, tak adanya kau jadi anak dara balik.” - Zafry.

Tapi Zafry tak tahu, Adra tu bukan jenis yang mudah mengalah. Apa yang Zafry tak suka, itulah yang dia buat.

“Abang nak join Adra tak?” Kepala dijengul disebalik pintu bilik air. Niat hati mahu mengusik si suami. Tapi kalau Zafry bersetuju, mati lah dia!

“Tak hingin aku…” Zafry menjeling tajam. Ingat dengan buat wajah macam kangaroo comel tersepit celah pintu dia nak tergoda ke? Boleh blah la!

“Jangan lupa ambil air sembahyang tau. Kita kumpul pahala sama-sama.” Adra kenyit mata sebelum pintu bilik air ditutup rapat.

“Arghhhhh..” Mukanya ditekap pada bantal dan kuat dia menjerit. Sakit hati melihat gelagat Adra. Malam ini apa jadi sekalipun dia mahu meneruskan agenda berpeleseran dengan Nafiz. Tidak boleh tidak!

Lama-lama, Zafry tergoda juga. Namun, konflik bermula apabila Adra disahkan hamil sedangkan anak adalah perkara terakhir yang Zafry mahukan dalam hidup. Kenapa Zafry mahukan begitu dan apa akan jadi pada perkahwinan mereka selepas itu? Semuanya akan terjawab di dalam naskah ini.

556 pages, Mass Market Paperback

First published April 1, 2014

12 people are currently reading
142 people want to read

About the author

Cempaka Rembulan

1 book7 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
89 (43%)
4 stars
66 (32%)
3 stars
38 (18%)
2 stars
11 (5%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 32 reviews
286 reviews52 followers
April 29, 2014
Kerana satu perjanjian adra afeefa dan umar zafry telah disatukan dalam satu dalam satu lafaz ijab dan kabul…adra seorang gadis berumur 19 thn, gadis yang lurus dan naïf menerima dengan buruk baik zafry dengan seadanya…walau pun pasti cinta si suami bukan milik nya, adra tetap tidak jemu menagih cinta si suami…pada nya cukup sekadar rasa sayang jika benar cinta zafry bukan milik nya…setiap hari kata2 cinta adra ucapkan ke telinga zafry sehingga suatu hari adra yang manja dan petah berkata2 menjadi beku dan bisu….rahsia yang tersimpan sebelum perkahwinan mereka terbongkar jua akhirnya…hancur luluh hati adra apabila dia dapat tahu bahawa selama ini dia hanyalah sekadar bahan dagangan antara si suami dan ayah mentua nya. Tambahan pula saat rahsia itu terbongkar, adra mendapat khabar bahawa kedua ibu bapanya telah pergi meninggalkan dirinya buat selama2nya….kuat kah adra untuk menghadapi hakikat itu??? Pada siapa harus dia bergantung harap??? Adakah masih ada rasa cinta yang bersisa buat si suami yang tegar menghancurkan sekeping hati miliknya???

Setelah segalanya terbongkar, adakah zafry tekad dengan keputusannya? Mampukah malang yang menimpa si isteri menyedarkan zafry dariapda khilafnya selama ini?? Mampukah zafry mendapatkn kembali cintanya yang semakin pudar?? Mampukah adra memaafkan dirinya??? Mahukah adra terus berada di sampingnya??? Berbagai cara yang dilakukan oleh zafry untuk kembalikan adra yang beku dan bisu kepada adra yang manja dan petah berkata2…. Tapi selama mana zafry mampu bertahan atau akhirnya zafry terpaksa juga melepaskan adra demi untuk kebahagiaan buat si isteri yang disayangi selama ini? Bolehkah zafry meneruskan hidup tanpa si isteri dan anak hasil perkahwinan mereka???

Apakah pula perjanjian sebenar antar zafry dan juga ayahnya? Semuanya ada di dalam KSB….semua kisah kasih sayang antara seorang anak dan ayah yang merobekkan hati seorg isteri dan menantu….berjayakah akhirnya keluarga ini bersatu dan bahagia sehingga ke akhirnya????
Profile Image for Azizah.
388 reviews6 followers
May 18, 2014
2.5 star

Kalau Sudah Berkenan - KakChik tidak ditemui signifikan tajuk buku ini dengan kisah Umar Zafry-Adra Afeefa (nama Umar Zafry tu macam nice,kan?)

Umar Zafry yang membesar jauh dari ayah sendiri, Tan Sri Hamzah. Dia dibesarkan oleh bapa saudara sebelah ibunya selepas kematian ibunya. Kerana tiada penjelasan kenapa mesti ayahnya selalu tidak ada dalam hidupnya telah menjadi dendam dalam hidup Zafry. Dia mula menjadi anak yang liar demi menyakitkan hati ayahnya sehingga dia memang sesat. Kerana desakan ayahnya dia kembali ke Malaysia. Sebab dia ini terlalu taksub dengan harta, jadi untuk mengikat dan mengubah Zafry, Tan Sri Hamzah telah putuskan untuk nikahkan Zafry dengan anak pemandunya, Adra.

Walaupun abah & umi Adra tahu perangai Zafry yang hilang pedoman, tapi risikan Tan Sri Hamzah tu mereka tak sampai hati nak tolak. Sudahnya kata putus dilepaskan terus ke tangan tuan punya diri, Adra. Memang la orang tua Adra terkejut bila Adra menyatakan persetujuan untuk menjadi isteri Zafry.

Pada awal perkahwinan mereka, memang nampak sangat Adra yang terhegeh-hegeh nak tagih kasih suami dia sebab dia dah pasang tekad untuk mengubah suaminya tu. Dia rajin buat sesuatu yang nampak comel di mata Zafry walaupun Zafry selalu saja berkasar dengan dia. Zafry nampak saja menolak Adra, tapi dia bukan tipikal lelaki yang tak sentuh ikan yang dah terhidang depan mata. Terus ,ngap aje.

Dalam menolak dan merangka strategi untuk menewaskan ayahnya, Zafry terhenyak dengan berita Adra hamil. Dia mula gelisah dan kerana kecuaian Adra hampir keguguran. Masa ni terjadi pula perjanjian yang seterusnya antara Zafry-Tan Sri Hamzah.

Walaupun Zafry tidak memberi perhatian ketika dia hamil tapi ada saja Nafiz, kawan baik Zafry yang suka melayan Adra. Nafiz yang memang ada hati terhadap Adra. Kehadiran Love pula memang jadi batu penghalang. Bertuahkan Adra, ramai orang sayang dia.

Ketika bahagia begitu mekar di hati Adra, dia dikejutkan dengan rahsia yang disimpan selama ini oleh suami dan bapa mertuanya. Dan dalam masa yang sama dia kehilangan orang tuanya. Dua perkara yang berat dan terbeban buat Adra menjadikan Adra yang pendiam.

Beribu sesalan Zafry bukan mudah untuk dia terima segala MoU perdagangan suami-bapa mertuanya. Walaupun romantik berkali ganda pun Zafry tetap meninggalkan titik hitam dalam hidup Adra. Kehadiran Mak Edah memang banyak membantu Adra ketika waktu sukar ini.

Walaupun marah, Zafry itu tetap suaminya. Hormat tetap ada cuma untuk diberi bahagia, persoalannya hati Adra yang berhak memilih.

Komentar:

Sejujurnya, cuak juga nak review buku penulis ini sebab kebanyakan review yang lain semuanya rating tinggi. Tapi KakChik cuma meluah rasa apa yang dirasa ketika membelek buku ini. Nasib baik sampai khatam.

Apa yang kurang pada KakChik:

1. Terlalu banyak rasanya gaduh-gaduh manja antara Zafry-Adra yang berakhir dengan situasi suami-isteri. Mungkin kalau sekali dua masih boleh diterima lagi. Tambah-tambah kalau adegan itu terjadi depan anak-anak. Tak manis,kan? Anak-anak zaman sekarang mereka dah makin advance.

2. Kadang kala KakChik rasa macam tiada kesinambungan plot antara bab atau kisah yang digarap. Mungkin hanya pada KakChik,kot.

3. Dan mungkin selepas bab kelahiran Baby Jelly, jalan ceritanya makin meleret-leret kot.

4. Kisah Love-Nafiz yang digarap juga KakChik rasa longgar. Tiada kekuatan yang mahu dikongsi. Kadang kala kita bimbang kalau anak remaja yang membaca kisah ini akan menganggap kisah mereka boleh diselesaikan dengan cara yang mudah sebegitu.

5. Juga situasi-situasi anak-anak yang membesar juga sepatutnya tidak dibiarkan mereka berolah sebegitu. Mungkin pada kita mereka masih kecil tapi sepatutnya sedari kecil mereka sudah dibentuk dan difahami dengan panduan yang sepatutnya mereka boleh atau tidak boleh lakukan.

Buat penulis ini, teruskan menulis. Bahasa yang digunakan agak tersusun dan mudah untuk dihadam. Cuma mungkin boleh dikurangkan penggunaan tanda '....' untuk kebanyakan istilah yang mahu disampaikan secara simbolik.

^___^

Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
May 2, 2014
cerita ni pun sangat comel..suka akan watak Adra..

Zafry yang terpaksa berkahwin dengan Adra kerana harta ayahnya. Dia sedaya upaya menunjukkan riak tidak suka kat isterinya, tapi Adra memang bijak menggoda Zafry dengan telatah manja dan periangnya.

Zafry yang pada mulanya x suka dengan Adra, akhirnya mula melayan telatah isterinya yang agak manja. Macam2 Adra buat supaya suaminya ikut kehendaknya. Comel.

Zafry pula ada rasa sayang kat isterinya, tapi disebabkan ego terhadap ayahnya, membuatkan dia menjadikan Adra alat untuk ayahnya sakit hati. Sampai isterinya mengadung pun Zafry boleh berharap anak dalam kandungan Adra gugur. Tapi rupanya semua tu bersebab. Zafry rupanya x nak anaknya menerima nasib macam dia yang kurang kasih sayang. Lagi2 dengan perangai Zafry yang memang tak baik. Jadi dia masih belum boleh menjalankan tanggugjawab sebagai bapa.

Bila ayah Zafry tahu akan perkara tersebut, serta merta ayah Zafry menukar syarat wasiat yang menyebabkan Zafry bengang. Padahal cara tersebut adalah untuk menyelamatkan Adra dari terluka dengan sikap Zafry. Sebenarnya memang nampak Zafry ni sayang akan Adra. Cuma dia rasa Adra berhak dapat lelaki yang terbaik. Bila Adra mendapat tahu rahsia tersebut, semuanya telah terlambat.. Adra menjadi sedih dan marah terhadap suaminya kerana menjadikan dirinya sebagai alat dagangan dan harta. Dan dari situlah dia tahu tiada rasa sayang dan cinta dari suaminya untuk dirinya.

Zafry pula makin menyesal Macam2 cara dilakukan untuk memujuk isterinya. Dia inginkan kembali isterinya yang dulu yang sentiasa periang dan manja.
Profile Image for ωαη  ïzzαz.
56 reviews12 followers
March 26, 2017
Superbb !!
Cerita yg kelakar tapi bila sampai kat tengah2 cite ni jadi sedih sikit.Apa2pun novel ni dah berjaya memikat hati aku dengan sikap Zafry yang stonecold itu dan juga dengan sikap Adra yang naif,cute,tabah dan sabar untuk mengubah suaminya,Zafry....5 ☆
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews63 followers
May 11, 2014
Semalaman tak tidur baca kisah ni.. Kelakar ada.. Sedihpun ada jugak sampai tak sedar berjejer airmata mengalir..


Kisah biasa tapi bila kena dengan gaya penceritaan dan gaya bahasa, ianya menaikkan selera untuk terus membaca sampai ending.. Tahniah untuk penulis.. Moga terus diberi ilham untuk melahirkan karya yang baik..


p/s: Kan best kalau dapat baca buku yang susah nak lepas.. hehh..
Profile Image for Izzati Aisyah.
14 reviews7 followers
May 3, 2014
Kak Nor Aisyah Ismail Mj cakap: kena beli tau novel ini.

Saya nak cakap : saya tak rugi langsung beli novel ini. Tahniah kak Cempaka Rembulan atas kelahiran novel pertama yg sudah membuatkan saya jatuh cinta dgn penulisanmu. Suke dengan watak Adra, yang tabah mengharungi liku kehidupan bersama suami yang dulunya penuh dengan kisah silam yang "tidak menyeronokkan". Mula2 baca novel nie, asyik gelak je dengan telatah Adra. Nampak sngat dia memang bersungguh utk ubah Zafry jadi seorang yg baik. Kalau perempuan lain, harus dah lama Zafry kena tinggal. Bila masuk part rahsia terbongkar, saya menangis kesedihan. Betapa peritnya hati Adra bila tahu dia diibaratkan sbgai brang "dagangan". Tapi walau macam mana pun Zafry dah buat salah kat dia, still Adra bagi peluang kedua. Adra mmg baik. Sampailah lahirnya "baby jelly" yg cute! Memang sebijik perangai papa. Dan lepas jumpa perkataan tamat, saya still nak tersenyum lagi bila teringat kisah mereka. Boleh diulang bca bnyak kali lagi nie.

p/s : yang tak beli lagi, sila beli yer. Memang tak rugi baca KSB dan jadikan ia sebagai koleksi kesayangan anda.
Profile Image for Shamien A. Basit.
Author 4 books45 followers
May 18, 2014
a very unique presentation of a storyline, a cliche with a different kind of twist, and also some extra flavours in it.

fun, enjoyable, simple read.
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
August 30, 2014
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM14. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

I like, walaupun pada mulanya N rasa ia agak hambar. Tapi makin lama, N makin suka dengan Zafry dan Adra and cerita mereka menjadi semakin menarik.

Kalau ikutkan novel ni tiada keistimewaannya tapi kebiasaannya itulah yang dapat memikat minat N. Why fix it if it's not broken, right?

Kerana harta, Zafry dengan rasa terpaksa bersetuju untuk dikahwinkan dengan Adra. Perkahwinan pada usia muda bukanlah dalam perancangan hidupnya!

Bagi Adra pula, Zafry perlu diselamatkan. Hidup Zafry sudah tersimpang jauh dari landasan agama. Semakin kuat Zafry menolaknya, semakin dia bersungguh-sungguh untuk bermanja!

Berita kehamilam Adra menggugat perancangan Zafry. Dia tak mahu terikat dengan Adra. Walaupun ada rasa sayang, dia rasakan Adra berhak mendapat kebahagian daripada seorang lelaki yang jauh lebih baik dari dirinya.

Rancangan untuk melepaskan Adra terbantut selepas satu tragedi yang menimpa keluarga Adra. Pada saat dia mahu mendekat, Adra pula yag menolak dirinya jauh.
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
May 14, 2014
i lurve adra so much... sangat positif dan senantiasa nampak dan tunjuk bahagia... suke bila Zafry dah x beku macam kutub utara, suke bila adra jadi gedik2 ngan suami sendiri... sedih sgt bile Adra down. bile hilang semua yg berharga... huhuhu... sib baek ada baby.. ngeee...

i hate zafry so so... sangat sentiasa nak marah2.. mengada! sakit hati kita tau awak tue stok 2nd 3rd 4th hundred of hands... si Adra tue fresh gitu.. awak?!! haip!!! mmg menyampah.. bile awak ngan perjanjian tue lagi la nak wat den marah! sib baek heroin dia Adra, DINA kalu, ikut tingkap jugak kasi campak ini orang.. haisshhhh...

overall, sangat suka.. hehehe..
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
April 13, 2018
[BOOK 19]

Done reading Kalau Sudah Berkenan by Cempaka Rembulan.

Best! Suka sangat!

Cerita ni pasal arranged marriage antara Adra dan Zafry. Sebabnya, Zafry ni sejenis yang agak 'tersasar dari landasanNya', so, ayahnya plan untuk kahwinkannya dengan Adra, anak bekas pemandunya.

Disebalik perkahwinan mereka, ada perjanjian termeterai antara Zafry dan ayahnya. Tujuannya adalah untuk menjaga kebajikan Adra. Perkahwinan mereka berjalan lancar walaupun Zafry terkadang baik, terkadang ego, tapi Adra sentiasa berusaha untuk memikat hati Zafry. Namun, di saat Adra mengandung, Zafry mula berubah laku. Anak tidak pernah termasuk dalam rancangannya untuk menentang si ayah. Dan di saat Adra mengetahui tentang perjanjiannya, mulalah Zafry duk terhegeh-hegeh memujuk Adra.

Cerita ni best! Di sebalik perangai Zafry yang keras dan ego, ada kisah silam yang pahit. Dan hadirnya Adra yang ceria sangat menyempurnakan hidup Zafry.

Biasanya, kalau dalam novel lain yang kupernah baca, bila perempuan plan nak tinggalkan suami yang dia sayang tu, mulalah dalam hati tu berbelah-bagi. Tapi, dalam ni, yang dilema tu ialah Zafry. Sebab dia dah mula sayang Adra dan baby, tapi dia rasa Adra deserves someone better. Haihhh...

Dan ku suka kisah Nafiz dan Love. Yang ni pon comel je.

Sesiapa yang nak baca cerita santai yang best, go for this.

P/s: penulis ni ada novel lain tak?
Profile Image for Puteri Novella.
56 reviews7 followers
July 14, 2014
Zafry Tan Sri Hamzah perlu berkahwin dengan Adra Afeefa, anak seorang driver untuk mendapatkan harta ayahnya.

Perjanjian antara Zafry dan ayahnya, Tan Sri Hamzah pun dipersetujui. Maka, ijab dan qabul terlafaz. Perkahwinan mereka bukan berdasarkan konsep kahwin paksa. Mereka hidup seperti pasangan suami isteri yang normal.

Adra suka mengena dan dikena, Zafry sering dikena dan mengena. Watak Adra yang comel membuatkan pembaca tak kering gusi. Pelbagai aksi yang dilakukan Adra untuk mengelakkan Zafry daripada keluar rumah dan menggalakkan Zafry untuk menunaikan solat.

Adra pregnant!!! Ini tidak dalam perancangan Zafry. Walaupun Adra preggy, Zafry buat dunno je. Layan Adra macam biasa. One day, Adra bleeding. Sebab perutnya terkena bucu meja. Zafry mengharapkan Adra selamat dan keguguran. Tetapi kedua-duanya selamat. Zafry sangat kecewa. Tan Sri Hamzah mengetahui bahawa Zafry tidak inginkan anak tersebut. Maka, perjanjian seterusnya dibuat.

Walaupun Zafry tak nak anak terrsebut, dia menjaga Adra dengan penuh kasih sayang walaupun cuba menafikan perasaan tersebut. Jeng...jeng...jeng...perjanjian tersebut diketahui Adra. Dalam masa yang sama Adra menjadi anak yatim piatu.

Apa terjadi dengan Adra setelah mengetahui bahawa dirinya diperdagangkan oleh suami dan ayah mentuanya? Zafry mula mengambil langkah mengurat semula isterinya kerana dia yakin, dia sangat mencintai isterinya. Pelbagai kisah lucu menarik dalam novel ini. Dengan kehadiran Love dan Mak Edah, Nafiz, Sharlene dan Feeya menambahkan keceriaan jalan ceritanya.
Profile Image for Aylahusna Aily.
72 reviews16 followers
May 17, 2014
Kalau Sudah Berkenan karya pertama Cempaka Rembulan under IKP. Novel KSB mengisahkan tentang Adra Afeefa dan Umar Zafry. Kisah seorang gadis yang berusia 19 tahun berkahwin dengan pemuda 23 tahun. Imaging betapa mudanya dorang untuk hidup berumah tangga? Novel ni best. Kisah Adra yang naïf dan polos berkahwin dengan lelaki yang ego. Lepastu lelaki tu jauh dari landasan agama.
Adra jenis yang selamba,brutal dan pandai menggoda. Tapi bila encik suami goda, dia pulak yang kalut. Adra suka main tarik tali dengan Zafry. Mulut selalu menjawab bila dengan Zafry. So… she’s brave la lawan balik kata-kata Zafry. Pastu suka cakap benda yang menyentapkan Zafry. Zafry??? Suka gelak bila part dia gaduh dengan Adra. Ada je bini dia nak membalas. Bila kena batang hidung sendiri, adus, sentap wok.
Actually, dorang berkahwin sebab Zafry nak harta bapak dia je Tan Sri Hamzah. Dia jauh tersasar dari landasan agama sebab dia kurang kasih sayang dari ayah dia. Bertahun-tahun dia menagih kasih sayang dari ayah dia. Sampai satu tahap, bila dia dibawa ke London, dia terus tekad tak nak menagih kasih dari ayah sendiri. Dia jadi makin liar. Tapi untunglah ada Mak Edah, sekurang-kurangnya ada juga yang nak nasihatkan dia.
Bila Adra mengandung, Zafry rasa gelisah. Dia berkahwin dengan Adra sebab nak duit je. Tiba-tiba Adra mengandung. Walaupun jauh di sudut hati, dia sebenarnya dah mula sayangkan Adra. Bila Adra hampir kehilangan baby. Dia boleh selamba badak minta baby tu mati. That’s the day! Tan Sri Hamzah dengar Zafry cakap macam tu, so dia buat perjanjian baru. Eh susahlah nak cerita, kena baca sendiri. Haha!
Konflik? Tang ni sedih la kot. Bila rahsia terbongkar, Adra yang tengah sarat mengandung tu pulak kehilangan umi dengan abah. Bayangkan macam mana perasaan Adra? Bila dapat tahu dia kena tipu dengan suami sendiri. Kena terima kenyataan umi ayah dah tak ada. Susah okey. Masa nilah Zafry show off his love. So, read the book kalau nak tahu. Hehe.
Overall, cerita ni best. Bahasa yang Kak Cempaka Rembulan gunakan pun santai + sempoi. Give 4 bintang dari 5 bintang la. Saya tak pandai nak review. Tapi, saya ulas semampu yg boleh. Uhuk!
Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
June 5, 2014
Kalau Sudah Berkenan….jln citer yg kena dgn tajuk! Pengkisahan Zafry yg terhilang arah dr haluan hidup… dikahwinkan dgn Adra yang lembut dan agak naïf tp punya semangat dan kekuatan jiwa yg tinggi! Walau berkahwin diusia muda namun tanggungjawab ttp tanggungjawab! Bagusnya disini bila memasing ttp memberikan komitmen dlm hubungan yg terjalin walau tanpa cinta!

Egonya seorang Zafry krn cuba meletakkan sempadan dan merancang sesuatu utk dirinya dan perkahwinan mereka! Tahniah buat Adra yg telus dan penuh kasih sayang sehingga mampu meraih kasih suami! Hubungan mereka berjalan dgn baik walau memasing mempunyai misi tersendiri!

Apabila yg dirancang tdk menjadi dan dugaan dtg menguji, ada yg Terluka dan sakit hati! Ada kesal dan rasa bersalah! Apa tindakan terbaik?

Akhirannya baik dan ada manisnya! … satu disini..tiada yg lari bawa diri… tiada juga kata lafaz ‘pi-sah’…. Memasing Redha! Itulah yg terbaik! bkn hanya utk mereka tp seluruh keluarga!

Cerita yg mungkin biasa2 tapi cara pengkisahannya buat rasa sayang utk berhenti membaca! Buah tgn
sulung CR yg tdk menghampakan! tdk rugi memilikinya!
Profile Image for Syahirah.
4 reviews1 follower
May 20, 2014
Kalau Sudah Berkenan, si zafry yang beku boleh jadi mencair. Cerita yang biasa, tetapi digarap sehingga menjadi luar biasa. Novel ni boleh dijadikan pengajaran kepada ibu bapa, yang wang ringgit tak akan dapat membeli kasih sayang.

Cerita yang bagi saya tidak meleret, sweet yang x meloyakan. Plot juga lancar. Bila sampai part Jelly & cinta, terus sy terbayang kerenah anak-anak. Nakal yang buatkan kita tersenyum. Cuma tak puas hati sedikit utk watak Love dan Nafiz. Sayang bila watak tak dikembangkan dgn baik sedangkan watak itu setanding dengan watak utama.Apa yang unik, sy suka penggunaan mandarin. Pembaca belajar sesuatu yang baru. utk puan penulis, thanks untuk novel yang sangat bombastik!
5 reviews1 follower
August 31, 2014
Zafry! Ku geram sama kamu yah! STONECOLD skala sepuluh betul! Kesian Adra time pregnant..bets story line CR! Serious. Nak tahu tak ku tempuh beribu halangan utk beli bukumu..waktu maksud duit kat giant..deposit machine rosak then ku ke bank yg beribu btu jauhnya untuk cekau bapak singa ngan adra cute ni. And for Luth , kesian mama you. Asyik ngan papa singa u yg gdik tu je..pling tk thn wktu Adra bersenam tu , then pak cik singa gorilla ni selit , laughing non stop. Bape kali kuulang tak kubosan. Kiki good job CR! Tak sia-sia ku poie jauh tu mombli online . Teruskan menulis! Next , NAK EM pls!
Profile Image for mRs bOo ^_^.
234 reviews13 followers
July 2, 2014
salam..

hbs pn KSB to me la mula2 cite dia mmg best nmpk la motif adra tu btl2 nk pikat zafry n zafry yg mmg btl2 nk balas dendam kat ayah dia.

then konflik pn ok but kejap sgt mcm xde konflik je mudah jadi mcm laa y

pastu 10 bab terakhir rse mcm comel n just melengkapkn cerita je..

so still happy ending..


Profile Image for Syikin.
39 reviews7 followers
May 14, 2014
novel yang ada gaya sendiri..suka penulisan cempaka rembulan..tak sabar nak tunggu next novel..ape yang boleh diklasifikasikan pada novel nie..best..boleh dibaca..dan tak boleh nak letak..walaupun penulis baru..tahniah..saya suka♡♡♡
Profile Image for Naira2975.
1,076 reviews21 followers
December 14, 2014
Book #55 - 2014

Not bad actually.storyline agak familiar kinda remind me of "projek memikat suami" but walaupun agak-agak sama, it's still entertaining.
3 reviews1 follower
July 11, 2014
sebuah kisah romantik-sweet-melting..saya suka saya suka..
Profile Image for Eeyta.
247 reviews23 followers
August 31, 2014
buku yg sgt menarik.. memang saya tunggu utk membaca apa pengakhirannya sejak membaca kisahnya di blog penulis..
Profile Image for Dkhadyza.
22 reviews
September 29, 2014
I loike this story about Zafry yang kena paksa kawen demi harta n Adra kawen demi membalas budi..konon2 both parties tak suke last2 cinta giler the end
Profile Image for Fhatyahmi.
8 reviews
April 23, 2020
Done baca buku ni . Mula2 mcm tak nak habiskan baca sbb tak suka dgn hero dia . Tapi lama2 sweet pulak n terbaca sampai habis . Thankyou CR sbb dah buat novel sweet berjuta2 semut mcm ni😍😂
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
June 24, 2015
zafry di ugut oleh ayahnya untuk berkahwin dengan adra demi mahu dia pulang ke malaysia dan menguruskan perniagaan keluarga jika tidak zafry tidak akan peroleh waima sesen dari hartanya. zafry yang punya sifat tamak itu terpaksa bersetuju. selain itu datuk hamzah juga punya tujuan supaya zafry akan kembali ke pangkal jalan kerana zafry sudah jauh terpesong dari kehidupan di jalan yang benar. bagi datuk hamzah adra dapat membantu anaknya itu. adra pula, sangat comel digambarkan bila selalu cuba menarik perhatian suaminya yang dia tahu memang tidak sukakannya. pelbagai cara dilakukan supaya zafry tidak dapat melebarkan langkah ke dalam kehidupannya yang tak betul dan adra juga seringkai mengingatkan bahawa pentingnya solat dalam kehidupan. disebabkan ;kecomelan' adra itu, hati zafry sedikit sebanyak terpaut cumanya dia ego untuk mengaku. adra mengandung tetapi tumpah darah.. di waktu itulah datuk hamzah terpaksa membuat perjanjian dengan zafry supaya adra dan kandungannya diterima oleh zafry. zafry yang mulanya mengharapkan kandungan adra gugur menerima perjanjian yang dibuat oleh datuk hamzah..... rahsia tidak akan bertahan lama, adra dapat tahu serenak dengan kematian orang tuanya. luluh hati adra.. dapatkah dia menerima kembali zafry?.. tertunaikah janji zafry kepada arwah abah adra yang dia akan menjaga adra walau apa pun yang terjadi?

suka dengan perjalanan dari awal kisah.. perkembangan dan olahan cerita yang cantik.. watak-watak sampingan yang diwujudkan di samping zafry dan adra juga memainkan peranan masing-masing dalam menghidupkan perjalanan cerita.. bahasa mandarin yang dialih ketulisan rumi juga diselitkan serba sedikit dalam novel ni.. pengkayaan bahasa tu.. hehe... so, kalau sudah berkenan apa lagi... cari la beb!...
Profile Image for Jessica.
171 reviews
February 7, 2016
2016 - #Novel12

Best sangat. Bahasa yang digunakan santai saja tak meleret. Walaupun cerita biasa tapi syiok giler baca. Laju saja den baca. hihihi...

Zafry yang sosial giler sebab rasa marah dan dendam terhadap ayah sendiri. Terpaksa kahwin dengan Adra yang polos, naif dan comel. Masa baca memang sangat terasa comel so Adra ni. I like. Pandai Adra menggoda.

Mula2 jual mahal giler Si Zafry dengan Adra. Bila Ada mula jual mahal gelabah habis.

Suka cerita ni. sangat! Sila laa baca. huhu...
Profile Image for Lindz.
66 reviews8 followers
June 18, 2016
buku ni dh duduk lama dlm list pending..tergerak hati nk baca sinopsis and i kinda like d sinopsis...so pembacaan pon bermula. diawal kisah sgt mengujakan. but the book would have been perfect if its end bila umar zafry menemui cahaya keinsafan sbb plot aft that dh dragging n irrelevant. apa2 pon kudos...moga penulis akan terus menulis...
Displaying 1 - 30 of 32 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.