Jump to ratings and reviews
Rate this book

Usrah: Ini Semua Poyo!

Rate this book
Usrah? Apa yang anda fikir tentang usrah saat pertama kali mendengar tentangnya? Seram? Untuk orang bajet alim? Untuk orang baik-baik sahaja? Poyo? Skema? Tidak mengapa jika anda mempunyai persepsi seperti itu, kerana saya juga pernah mempunyai persepsi yang serupa saat pertama kali mula mendengar perkataan yang begitu asing sekali, USRAH!

Bagaimana pula jika, anda telah mengikuti usrah tetapi masih berasa kosong? Anda telah mengikuti usrah tetapi gagal menjaga hati daripada perkara melalaikan? Anda telah menjadi murabbi tetapi masih sukar mengambil hati mad'u? Buku ini bakal menghidangkan anda tip dan kaedah yang efektif untuk diamalkan sebagai seorang murabbi dan mutarabbi yang menyengat dalam jalan dakwah. Insya-Allah.

168 pages, Paperback

First published March 1, 2014

8 people are currently reading
44 people want to read

About the author

Asyraf Farique

7 books14 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
15 (31%)
4 stars
15 (31%)
3 stars
16 (33%)
2 stars
2 (4%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Nabila Azmi.
12 reviews45 followers
October 5, 2014
Mula mula masa baca buku ni ingatkan buku ni khas untuk orang yang baru join usroh or nak tahu anything tentang usroh; tapi rupa-rupanya ia lebih daripada itu! Banyak eksplenesyen tentang jalan dnt, permulaannya, cabarannya, masa depannya dan tips2 dalam mengharunginya diterangkan dalam analogi2 yang sangat menarik. Bahasa boleh tahan deep, lebih2 lagi masa second half buku ni banyak dituju kepada aktivis dakwah yang mula rasa jemu dan bosan dengan dnt, utk tarik semula pemuda yg penuh potensi ini kembali on track dan clear knp kita join dnt ni in the first place. Meh baca kalau belum baca. Worth it.
Profile Image for Nur  Raudhah.
87 reviews2 followers
September 2, 2016
Usrah ini semua poyo! Sepanjang pembacaan saya, saya cuba perkaitan perkataan poyo itu. Poyo dari sudut peranan naqib atau naqibah. Daie yang perasan terkenal, perlu sentiasa baik dihadapan mad'u, dan penulis tidak lupa untuk "highlightkan" bahawa Daie juga merupakan seorang manusia biasa, bukan robot yang tidak melakukan kesalahan. Perlu diingatkan jangan terlampau mengharap pada "first impression" bahawa naqib/naqibah itu hebat fizikalnya, punya aura, lengkap serba serbi kerana yang paling penting adalah tarbiyah ilmunya dan tidak perlu merasa tipah tertipu pada seawal pertemuan.

selain itu, buku ini juga mengupas mengenai Daie yang bersifat Dr Jeckyl dan Mr Hyde yang mana daie sendiri perlu mengubah diri mengikut suasana semasa, dan ia tiada kena mengena dengan sifat hipokrit. Daie perlu kenal potensi yang ada pada diri dan juga mad'u.

Bagi saya, buku ini ringan, tidak terlampau berat, bacaan santai dan berilmiah dengan penekanan pengajaran dari tokoh-tokoh terkenal Imam Hassan al-Banna, Sultan Abdul Hamid ll dan lain-lain. Paling penting "Ringlemann Effect" , iaitu kualiti lebih penting dari quantiti.
Profile Image for Ummu.
1 review
December 28, 2014
Alhamdulillah. Sangat bermanfaat. Selama ni selalu ingat usrah ni macam scarry. Setiap weekend mesti geng-geng usrah ni keluar pegi usrah diorang (kawan sekelas). Terwonder jugak diorang pegi sana buat ape.
Gaya penulisan sangat santai. Paling terkesan yang part penulis quote dari buah fikiran tokoh-tokoh penggerak Islam. Walaupun boleh dikatakan penulis agak muda. Muda setahun, tapi sudah banyak buku-buku fikrah yang beliau sudah khatam.
Anyway, buku ni boleh didapatkan di mana-mana kedai buku berhampiran. Boleh beli lagi satu bagi kat adik. =)
Profile Image for Nawfal Ahmad.
37 reviews2 followers
September 16, 2014
Ini adalah sebuah buku nasihat kepada para daie (dan para mahasiswa umumnya) tentang dakwah dan usrah. Menarik buku ini ianya sangat dekat dengan kehidupan seorang mahasiswa yang aktif berdakwah. Penulis bercerita tentang pengalaman sendiri yang ianya tipikal bagi daie-mahasiswa di Malaysia. Tulisannya juga ringan dan lucu.

Saya ingatkan poyo sepenuhnya(haha) tapi ianya sarat nasihat yang sangat realiti.
Profile Image for Faris Zulkifli.
1 review1 follower
October 19, 2015
Syukur pada ALLAH yang menggerakkan hati untuk membeli buku ini. Penyampaian yang cukup praktikal buat semua lapisan masyarakat baik yang sedang atau akan melibatkan diri dengan usrah. Yang paling penting, kandungannya cukup menyentuh hati.

Muhasabah.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.