Jump to ratings and reviews

Twin #1

Ana Fadhl Real Angel

“Menguasai hidup dengan impian dan tujuan yang jitu!”

Nur Fadhila dan Nur Faiza.

Mereka berdua adalah adik beradik kembar. Kendatipun mempunyai wajah yang sama, Nur Fadhila dan Nur Faiza mempunyai kriteria yang sangat berbeda. Nur Fadhila bagai bayang-bayang buat Nur Faiza.

Jika Nur Faiza seorang gadis yang bijak dan lihai, makanya Nur fadhila akan menjadi yang sebaliknya. Kerana rasa malu atas satu cerita, Tuan Yunus membuat keputusan yang besar. Nur Fadhila perlu duduk di Singapura!

Tengku Karl Rayden. Dia seorang jejaka yang sigap dan tampan. Ketinggiannya yang 182 sentimeter itu membuat aura lelaki itu terasa mengancam! Lagi-lagi, lelaki ini mempunyai latar belakang keluarga yang sangat dipandang tinggi.

Tengku Karl sangat mementingkan kesempurnaan. Kalau boleh. Semuanya perlu tampak elok. Walhal, kita sedia mafhum di dalam dunia ini tidak ada yang sempurna kerana semuanya bersifat sementara.

Tahun demi tahun,Nur Fadhila kembali ke Malaysia. Satu kejutan, Tengku Karl dan Nur Faiza bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Namun begitu, apa semuanya akan ternokhtah begitu sahaja?

“Dia bakal suami aku. Jauhi abang Karl!”- Faiza.

“Jangan pura-pura tak kenal! Sedangkan aku nih cinta pertama kau!”-Karl.

Sebuah tragedi berlaku, apa Nur Fadhila akan terus berjalan atau sebaliknya?

“Awak bukan untuk saya.” –Fadhila.

“Percayakan aku, kau memang untuk aku.”-Karl.

‘Setiap insan itu mempunyai perjalanan hidup yang perlu ditempuh. Kesilapan dan kegagalan memberi insan itu erti pengajaran. Belajar dari itu, maka kau akan mampu menjangkah ke depan untuk mengecapi sinar akan datang.’

532 pages, Paperback

First published May 1, 2024

Loading...
Loading...

About the author

Luce del Cielo

25 books11 followers
Nama pena AidanJannah atau Luce del Cielo. Seorang jurutera animasi, robotik, pemesinan industri dan soft yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun. Pengajian terakhir beliau adalah Diploma Mekatronik di Politeknik Port Dickson. Selain itu, beliau membuat kerja sampingan iaitu menerima tempahan melukis dan menulis. Malah beliau dahulu adalah pengasas semuah jenama doodlemuslimah.

Instagram :
https://www.instagram.com/lucedelciel...

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (55%)
4 stars
2 (22%)
3 stars
2 (22%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,337 reviews248 followers
October 11, 2024
Masa Aha released buku ini F taknak niat nak beli. Terdetik dalam diri F love story 2 benua kot. Dah lah buruk cover buku dia. Team grafik penerbit sangatlah tak pandai pilih cover buku yang lawa².

But itu la orang tua² cakap " dont judge book by its cover. Memang betullah.

Karya ni wow, bestnya sampai F tak sangka tahu² je dah habis.

Watak yang best Opah.. sebab dia tahu dan sedar kepandaian Fadhl yang dikatakan lembab.

Yes Fadhl mungkin lembab untuk hafal teori tapi bab practical dia pandai. Cuma parents Fadhl jenis utamakan Gred dari kebolehan.

Dikatakan liar, memalukan keluarga, bodoh, lembab.. Fadhl tidak diberi pilihan untuk continue SPm... dia dihantar ke Singapore duduk dengan Opah.

Opah lah yang membentuk Fadhl jadi diri sendiri.. tahu kebolehan diri. Hebat diri Fadhl setelah bekerja. Kalau orang tahu siapa sebenarnya Fadhl sure maknya tak bersikap kejam. Sampai ayah Fadhl ajak anaknya duduk sekali pun maknya degil taknak terima.

Jalan cerita memang panjang tapi korang takan boring. Fadhl difitnah oleh kembarnya Iza. Sedikit pun Fadhl tak melatah. Malah kena kahwin dengan tunang Iza pun Fadhl relax.

Karl kena ugut dengan Iza if tak kahwin dengan Iza. Karl nie jenis taknak aibkan Iza so dia buat plan untuk dajalkan diri dia dengan Fadhl. Ingat nak ugut je, sekali Tuan Yunus ayah Fadhl jumpa Karl tengah bercumbu dengan Fadhl, Fadhl pulak tak sedar diri.

Banyak persoalan yang buat F tertanya².. apa jadi pada Iza bila kena cekup dengan Zul. Jadi ke Zul kahwin dengan Iffah? Hope dapat terbitkan kisah Iza secepat yang mungkin.
Profile Image for Akmal Zahrudin.
232 reviews25 followers
November 6, 2024
My thoughts?

1. 1st and foremost aku tak beli yang terbitan AHA because I despise the cover haha. Nasib baik dah pernah pre order yang self published dengan penulis sebelum ni. Ni baru sempat baca. Aku tak suka MC buku ni tapi aku suka buku ni haha.

2. Aku sangat2 suka dengan female character buku ni Fadhila. I think she suffered from Dyslexia? Kena hadap shitty parents dan adiknya si demon in disguise. Thank God ada penyelamat, Opah Shera. Thank you for existing Opah ! Memang inspired lah sebab dia dapat bangkit. From zero to hero. From nobody to somebody. She reminds me of Haisa a bit. Mungkin sebab parut kat muka kut.

3. Aku tak faham kenapa penulis suka sangat tulis male character yang perangai macam shibal haha. Red flag teruk. I hate hate hate Tengku Karl. Boleh dia betray best friend dia sendiri. Pastu guna cara tak clean nak dapatkan Dhila. Masalahnya si Dhila elok terima pulak. Sama je macam Haisa 🤣 Sorry tapi aku lagi suka Shahrin. True gentleman.

4. I love all the talks, debates, and quotes in this book. Inspirational as always. Kudos to author.

5. Tapi kan aku tertanya2 apa cerita dengan Iza? Lepas kahwin dengan Zul senyap je 🤔 bahagia ke tidak dia. Zul tu terima ke tidak dia. Banyak betul question mark dalam kepala aku haha

6. Cuma satu yang tak puas hati. Yang selalu aku sebut dalam mana2 review as always haha. Kenapa lepas kahwin ending mesti kena ada anak ramai? Bukan ke Dhila ada ketidaksempurnaan selepas injury tu? Aku lebih prefer kalau author buat marriage diorang perfect je walaupun tanpa anak. How about some inspiration untuk pasangan2 yang masih struggle dan belum dikurniakan rezeki di luar sana? 🥲

Nota : persoalan aku yang no 5 dah terjawab. Rupanya bersambung di next book - Ana Najah
Profile Image for Bay.
301 reviews6 followers
December 25, 2024
Aku suka dengan Fadhl sbb dia ada vibe Haisa. FL yg strong, kasar dan serius. Tengku Karl pulak sama dengan suami Haisa, Reid. ML yg show his emotions, clingy dan suka mengusik. Immature betul🤣🤣

Tapi part yg Karl kahwin dgn Fadhl tu bagi aku sangatla childish. You graduate overseas kot…

Aku pun tak faham la whats wrong dgn Faiza. Kembar bukan ke saling support each other? Tak sangka ada jugak kembar yang tak ngam.

Puan Amara pun satu sampai tak mengaku anak. Nak jeee aku cilikan mulut tu. Bila dah kebenaran terungkai, baru terhegeh nak minta maaf dgn Fadhl 😤
Profile Image for Cutie_pie28.
555 reviews12 followers
January 16, 2025
Best sangat cerita nie.. bile start bace tk bole stop yee… cerita tentang kakak kembar yg tk brape pandai dlm akademik tp pandai bende lain.. hanya Opah shj yg tau dan paham die macam mane..

Pernah ade crush.. tp crush die suke kt adik die.. ye laa, adik die yg paling pandai, baik segala nye laa.. padahal, perangai teruk.. tk di nafi kan, mmg adik die pandai dlm akademik..

Bile die balik ke pangkuan family, satu persatu terbongkar ttg fitnah yg die kene dulu menyebab kan family buang die kt singapore..

Time nie laa si Karl tu buat keputusan, die nk kawin ngn kakak kembar die tu..

Byk pengajaran kite dpt dlm cite nie.. tk pandai akademik, kite bole cari ape yg kite minat dan pandai..

Tk sabar nk tunggu cerita psl adik kembar die pulakk..
Profile Image for lily.
17 reviews
June 21, 2026
𝑨𝒏𝒂 𝑭𝒂𝒅𝒉𝒍 𝒃𝒚 𝑳𝒖𝒄𝒆 𝑫𝒆𝒍 𝑪𝒊𝒆𝒍𝒐🦁

"𝘈𝘬𝘶 𝘵𝘢𝘬 𝘣𝘢𝘪𝘬 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘪𝘬𝘢𝘵 𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘢𝘬𝘶 𝘵𝘢𝘬 𝘫𝘢𝘩𝘢𝘵 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪 𝘴𝘺𝘢𝘪𝘵𝘢𝘯."

mengisahkan kembar seiras fadhila dan faiza yang walaupun memiliki rupa paras yang sama tetapi memiliki bakat yang berlainan. jika faiza pandai dalam bidang akademik dengan sentiasa memperoleh keputusan cemerlang, fadhilah pula mahir dalam bidang teknikal dan hands-on⚙️

meskipun begitu, kelebihan fadhila tidak pernah dipandang malah dia sentiasa dimarahi oleh kedua ibu bapanya asbab kekurangannya dalam aspek teori. dia dikata telah memalukan keturunan juga dianggap liar kerana sering ke kelab malam. kurang dari sebulan peperiksaan spm, fadhila telah dihantar untuk tinggal bersama opah shera di singapura sebagai denda oleh ibu bapanya💔

fadhila hidup bertahun di singapura cuba mencari diri sendiri. dia malah sanggup membuat satu torehan panjang di wajah asbab untuk membezakan dia dan kembarnya☹️ berkat kesungguhan dan kesabaran fadhila, dia berjaya membuka banyak bisnes dalam bidang automotif dan seni. fadhila juga berbakat dalam online gaming dan merupakan penulis buku dalam pelbagai bahasa📚

buku ini mengangkat banyak tema seperti keagamaan, kekeluargaan dan persahabatan. banyak pengajaran dan iktibar yang boleh kita peroleh melalui peceritaan ini🫶🏻 cumanya ada perkara yang bagi lily boleh diperbaiki lagi dari sudut pembangunan karakter dan alur jalan cerita.

pertama, lily tak faham bagaimana encik yunus dan puan amara boleh percaya bulat-bulat tentang gambar bayangan fadhila berada di kelab malam yang tersebar di media sosial. mereka tak pernah melakukan soal siasat atau mengsahihkan perkara tersebut. sepatutnya sebagai 'orang dewasa yang berpendidikan tinggi dan bekerjaya', mereka patut lebih cakna dalam hal ini bukan semberono menuduh anak kandung mereka💆🏻‍♀️

*might contain some spoilers

kedua, lily sangat tak suka dengan watak karl. dia seolah-olah mengkhianati persahabatan dengan rakannya baiknya sendiri dan melepaskan kemarahan pada faiza dengan cara yang salah. sepatutnya karl perlu berani untuk speak up for his right dengan both parents. walaupun niatnya untuk menjaga rahsia faiza, tapi caranya tetap salah. dia telah pun menjatuhkan maruah fadhila sebagai wanita yang menjaga dirinya dan fadhila pun menonong setuju untuk kahwin dengan karl what?!!🤦🏻‍♀️ lily minta maaf sangat sangat, tapi those parts memang rasa sangat childish dan tak boleh diterima akal. dalam masa yang sama, dia merosakkan perancangan shaheen yang sudah mula berkenalan rapat dengan fadhila. seolah olah kau merampas kekasih kawan sendiri😦 lily juga kurang gemar dengan panggilan dear bie yang digunakan selepas fadhila dan karl berkahwin, kadang kadang terlampau banyak dalam satu muka surat yang membuatkan terasa terlalu cringe. at this point, lily memang tak setuju dengan perkahwinan karl dan fadhila.

seterusnya, pada pandangan lily ada sebahagian yang terasa terlalu panjang dan lily akan terus skip untuk next scene. contohnya, beberapa perbualan antara watak di mana penulis ingin menyelitkan nasihat dalamnya. bagi lily, ayatnya kadang kadang berputar pada perkara yang sama sahaja cuma hanya menggunakan frasa yang berbeza✍🏻

menuju penamat cerita, lily kasihan pada faiza sebenarnya. caranya untuk mensabotaj fadhila sangat salah asbab dia takut kasih sayang ibu bapanya akan kurang tertumpu pada dirinya. namun, hidupnya seolah olah mendapat balasan yang selayaknya. sudahlah kekasih hati berkahwin dengan kembarnya sendiri, kawan baik yang disangkakan susah senang bersama malah menikam belakang diri sendiri🫩

lily tak sabar ingin mengetahui kesinambungan kisah faiza pula. apakah perancangan zul dan iffah terhadap faiza juga adakah ego puan amara yang tinggi melangit itu akan runtuh juga akhirnya🤌🏻

apapun, buku ni mengajar kita bahawa setiap orang mempunyai keistimewaan yang berbeza, maka berilah mereka peluang untuk bersinar atas kaki mereka sendiri🫂

3🌟 reads for 2026! fly high kak jannah💞
Displaying 1 - 5 of 5 reviews