Ellani dan Ellana, kembar seiras yang tinggal bersama mak ngahnya selepas kematian ibu bapa mereka. Mak Ngah Gayah membezakan kasih sayangnya. Ellana dilayan bagaikan puteri. Sedangkan Ellani diperlakukan tidak ubah seperti hamba abdi.
"Kenapalah kau tak mati ikut mak kau! Kau ni memang menyusahkan aku! Dahlah hidup merempat! Buat tak sedar diri pulak! Kau berani lagi melawan aku. Aku sagat-sagat muka kau dengan berus dawai. Biar jadi hodoh! Dasar budak tak guna!" hamun Mak Ngah Gayah.
Sedih. Menangis. Tak setitis pun air mata Ellani keluar. Untuk apa? Itulah rutin hidupnya. Maki hamun, pukul dah sebati dalam dirinya. Nak menangis? Berbaloi ke? Dapat raih simpati mak ngah? Jangan harap!
Zarul Zafran lelaki tampan yang bekerjaya sebagai seorang pensyarah. Cinta pandang pertama pada Ellana membawa mereka hampir ke gerbang perkahwinan. Takdir menentukan segalanya. Zarul ditimpa kemalangan. Ellana bolehkan mati dalam hatinya.
Dalam Ellani melalui kemelut hidupnya. Kasih lelaki ini bolehkan beralih padanya. Adoi! Serasa nak gugur jantung Ellani dibuatnya. Cinta? Kasih? Apa semuanya ini? Ellani sukar untuk menerimanya. Lelaki yang hampir menjadi abang iparnya bolehkan jatuh hati dengannya. Pelik!
Namun, demi kebahagiaan seorang yang telah dianggap seperti ibu. Ellani akur dengan ketentuan jodohnya. Zarul Zafran akhirnya menjadi suaminya. Berbagai onak dan duri dilalui.
Dendam yang berlingkar dalam hati mak ngah dan Ellana menambahkan derita dalam hidup Ellani. Kasih Zarul kembali beralih pada cinta pertamanya. Pengorbanan Ellani tidak dihargai. Ellani diseksa. Jiwanya merana.
"Ellani binti Rashdan, aku Zarul Zafran bin Dato' Azli ceraikan kau dengan talak satu! Kau keluar dari rumah aku. Hak penjagaan anak-anak aku serahkan sepenuhnya pada kau!"
Hebat lelaki ini! Hanya melalui SMS dia menjatuhkan talak pada Ellani. Menggigil Ellani membacanya.
"Allahuakbar! Mak kenapadia buat Lani macam ni mak! Kenapa dia hina Lani sampai macam ni sekali! Apa salah Lani mak? Apa dosa Lani? Ya Allah! Kuatkan aku Ya Allah! Kuatkan imanku menghadapi dugaan-Mu ini!Raungnya.
Ellani...cukup derita itu! Cukup derita itu! Dia bagaikan terdengar-dengar suara arwah emaknya dan itulah juga kata-kata yang dijerit dalam hatinya.
Saya yang menderita membacanya. Nak dihentikan di tengah jalan itu bukan cara saya. Nak tak nak dengan penuh derita menghabiskan bacaan ini. Hehe
Actually not that bad sebenarnya. Cuma too much drama antara Zarul ( hero) dan Ellani (heroin) buatkan letih membacanya. Kalau sesiapa pengikut setia penulisan puan SR sebenarnya kita dapat mengagak bagaimana jalan ceritanya :)
Yet, masih boleh dibaca kisahnya. Cuma saya rasa kalau Zarul tu memang wujud alam nyata..izinkan saya pergi lempang dia. Maka dengan itu tamatlah derita saya. :)
Cerita ini dah menjejaskan emosi Cik Pah. Sakit hati dengan watak Zarul yang baran, kuat cemburu, hati cepat goyah, mulut laser, kuat merajuk dan paling tak suka dia 'rogol' bini sendiri sebelum diceraikan dengan hanya sms.
Cik Pah dah tak sudi nak display kat rak Cik Pah, makanya berapa yaaa nak let go?
Terpaksa tangguh bce novel ni hampir sebulan sebb novel ni hilang muka surat n ada salah susunan. Stress jap! Then, pg tadi abang posto dtg bersama novel gantian CDI. Siap ade sign SR lagi. Tanpa berlengah, tamatlah pembacaan hari ni. Macam biasa karya SR masih menyengat di hati saya. (Cuma TIMA kureng sikit.) Komen pasal buku ni :-
1. Walau masih kekal dgn tema 'kahwin paksa', novelis aka peguam ini masih segar dengan idea luar biasanya itu. Jalan cerita yg tersusun n gaya bahasa yang santai, menjadikan buku ini tak susah untuk dihadam.
2. Suka dgn watak Ellani yg tidaklah secengeng watak Dian Zara (TIMA). N, I like SR punya tulisan coz dia takkan menjadikan watak heroin cengeng sampai ke hujung. Di tengah2 cerita pasti akan ada kebangkitan seorang perempuan tu. Eceh!
3. Macam biasa, kalau kita tak disakitkan dengan watak hero tu memang tak sah. Pada permulaan cerita, memanglah ada simpati sikit dekat Zarul ni sebab hilang ingatan n dia punya tahap cintan dengan Ellani memang gialalah. Merajuk je kerja. Then, bila masuk bab dia dah sedar dari tingtong dia punya lama tu, aiseh rasa nak campak jelah mamat ni dalam laut dalam. Dah rujuk balik dengan bini pun still buat perangai ego dia tu! (Apa2 pun part idea mati dengan Salwa tu terbaik!)
4. Watak2 lain dikembangkan dengan begitu baik. Suka dengan watak Datin Mahani. Sifat setia kawan dia dan keibuan jelas terserlah. Cumanya, kerana anak dia jadi mangsa. N, watak Mak Ngah Gayah memang rasa nak cili2 mulut tu. Dah kudung pun, bukan main mulut. Tapi, nasib baik insaf. Lastly, watak antagonis kita paling utama, Ellana. Pompuan ni gedik dia, aish... adik sendiri buat2 tak ngaku. Lepas tu hasut Zarul. Hujung2 nasib baik kau kena balasan setimpal. Watak Salwa teman baik Ellani memang terbaik. Dengan sengal2 dia tu, memang sesuailah dengan Ellani. (Kalau bab kawan baik heroin, lebih prefer bestfriend Aleya AIT. Lupa nama dah) Amirul n Fariz watak mereka turut merancakkan jalan cerita.
Secara keseluruhan, CUKUP DERITA ITU memang menderitakan hati saya. Ekeke. Sentuhan SR masih ada auranya. Cumanya naskah kali ini tidaklah sesedih AIT. Apa2 pun novel setebal 1170 ini memang menarik untuk dijadikan bahan bacaan.
paling menyampah dalam CDI bukan ellana, bukan Mak Ngah Gayah, bukan Amirul tapi semestinya Mr. Zarul Zafran tue.. sakit nyer hati kenangkan mamat tue... macam lalang ditiup angin hah.. suke suke datuk datin dia jer nak wat hal semborono x semboroni ngan si lani.. haishhhh..
lani pun sama!!! lembut sangat.. org dah pijak kepala tahap boombastik pun member tetap time.. haila nasib.. haila badan... haila nyawa... hailaaaaaa.... emo gak kekadang ngan keputusan yani tue. tp sib baek ada kawan nama si salwa tu.. ada gak nampak rasionalnyer.. ngeeee
tp pueh hati gak ngan balasan2 nyer.. lega baca bila org jahat dapat balasan jahat dan sebaliknya. baru pueh hah ati kite.. ngeee....
MEMANG!!! BILA MOMENT HABIS BACA JER... TERUS NAK CAKAP! CUKUP-CUKUPLAH DERITA ITU!!!!
CDI masih dgn kahwin paksa… ttp juga best sbb jln citer, bahasanya mudah nk faham!! ! masih juga dgn watak hero ‘kejam’… suka org lain dan sanggup sakitkan hati isteri!!! Kurang sedih kali ini tp ttp ada sayu dan terharu!!! heroin pula kali ini sedikit ‘kuat’ jiwanya! Baca buku ni mmg buat terasa ikut dgn watak2nya… CDI mmg 'menjadi' dan ia ttp pilihan yg baik utk dibaca!!!! ^_^
fuh, lega dapat habiskan buku setebal 1200+ ni. Sampai sakit kepala aku. hahaha. well, biasalah, zaman muda dulu, seronok la baca buku tebal. Sekarang ni, dah tak larat. .
Baca buku ni, buat aku hangin je satu badan. Dari awal sampai ke penutup. Takde satu perkara pun, yang membahagiakan aku. Jadi, maafkan aku kalau aku mencarut ya. .
Baca buku ni, buat aku membayangkan kisah si Samdol yang narcissistic tu. Sumpah sama. .
Watak Zarul Zafran ni memang mengundang makian. Sejenis red flag ya. Jenis manipulative. Bila dia cintakan Ellana, tak menyempat nak kahwin sampaikan dia dibutakan dengan perangai Ellana yang hipokrit tu. Dan bila dia kemalangan, amnesia, eh tetiba dia cintakan Ellani, kembar Ellana. Kemerepekan apakah ini? .
Dan bila Ellani tak nak kahwin dengan dia, si mangkuk tak guna ni, boleh la buat-buat meroyan, mengamuk, cakap condition dia makin teruk la, siap gunakan mak dia yang memang sayangkan Ellani ni. Bila Ellani dah setuju, eh nak gi solat pulak. .
Bila dah kahwin, aku tak tahu la macam mana Ellani deal ngan Zarul ni. Dia punya merajuk, play victim, cemburu, haih, menyampah betul. Lepas tu, dia gunakan agama pulak nak suruh Ellani taatkan dia. .
Dan bila Ellana muncul semula, eh tetiba cinta beralih arah. hurm. Aku sesungguhnya mengharapkan endingnya mereka tidak bahagia bersama. Kalau at least Ellani ni berharta, berpendidikan, dia mesti boleh fight si Zarul ni. Tapi hurm, gitulah. .
Jujurnya, dah lama tak baca buku SR. Dan setakat yang aku baca, sama je la plot nya. Tebalnya pun sama. Tapi jalan cerita agak meleret la. Bayangkan, dalam satu scene, boleh pulak dorang gaduh, eh tetiba dah memujuk rayu. And the cycle repeats sampailah buku ni tamat. Sebenarnya, aku tak rasa cinta pun lahir dari Zarul ni. Tak rasa berbunga-bunga pun baca. Tak rasa chemistry pun antara mereka berdua. .
Tapi, ni buku 2014 ya. Mungkin yang terbaru, dah banyak improvement. .
Kalau yang tahu stail hero yang aku suka, semestinya akan tahu yang aku ni jenis pemaaf. hahaha..hero tu, kalau jahat pun, tapi kalau aku suka, aku maafkan. Contohnya, despite of mostly people hate Han from Checkmate, tapi aku suka dia. But for this Zarul, totally unacceptable ya. Aku memang benci dia. hahaha .
Aku doakan, semoga yang masih belum bertemu jodoh, tidak bertemu dengan lelaki seperti Zarul. Dan buat yang menderita hidup dengan lelaki seperti Zarul, semoga dipermudahkan jalan keluar.
As soon as I saw the drama and realise is based on the book, i straight away went to find it. Within 24 hours I purchase, i straight away start reading.
I understand the plot of the story when Ellani have to stayed with her twin and her Aunt (Mak Ngah). The way she treatsd Ellani had get me so hooked as I was so determined to finish the book as soon as possible because I want to know the ending for this two character who had treated Ellani bad.
When Zarul come into the story, i try to understand the feeling that the author trying to send to readers. Having to deal with Mak Ngah mean attitude and Zarul emotions that can change 360 with just little things. My hand wont put the book down. I will literally find every free minutes to read the book no matter what.
I have to say the author had make a brilliant work on this book. She really knows how to not let the reader put the book down and continue reading till they feel satisfied.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Terlalu panjang untuk aku menghuraikan apa yang aku rasa sepanjang aku baca setiap helaian muka surat dalam novel ni. Satu-satu novel yang buatkan aku benci semua watak termasuk watak utama Ellani dan Zarul. Cuma satu watak saja aku suka, Datin Mahani. Mak mertua paling baik di dunia. Tapi watak lain hmm hampeh. Dan of course watak paling aku benci dalam novel ni Zarul la. Zarul ni pensyarah, Ellana pun sama tapi tahap kebudak-budakan dua ekor tu ya ampun, terlalu tak matang. Ellani bagus, memang dia jadi diri dia sendiri tapi sama jugak tak matang asyik buat perangai mungkin sebab karakter dia yang digambarkan kasar. Aku tak suka setiap karakter yang ada dalam novel ni langsung. Terutama boleh pulak Ellani terima balik Zarul dan happy ending macam derita yang dia hadap tu small matter? This is so ridiculous. Novel yang happy ending tapi aku langsung tak happy. Ellani dan Zarul. Yucks! They don’t deserve each other at all. Sorry to say but no to this novel. Never reread anymore.
Urggggh alaaaaa kenapa la lepas ape semua yg terjd dkt lani tu, lani bukan dengan Faris Mukhriz, abg si salwa tu jerr. Adoiii xke lagi puas hati, biar si zarul tu tengok bekas isteri dengan anak2 dia hidup bahagia dengan "suami/ayah baru" yg jauh lebih baik dan sukses dari dia. Aiigoo, chincha geramnyaaaaa!!!!!
Baru habis baca novel ni, agak klise tapi masih boleh layann. Karya Siti Rosmizah jarang mengecewakan. Apa-apa pun nak recommend kan semua readers yang lain boleh baca novel ni secara e-book dekat esentral je! nah lah aku share kan link https://www.e-sentral.com/book/info/3...
yosh...habis pun baca dalam masa kurang sehari. ok. not bad. buku penulis ni antara buku yang saya akan beli tanpa tengok sinopsis dulu. seperti biasa watak dia memang ada menyakitkan hati sampai ada yang bakal kena tendang. kali ni mak ngah gayah dan ellana jadi mangsa sumpahan saya. tapi ada lagi seorang yang menjuarai senarai watak dibenci iaitu heronya sendiri. tak lain dan tak bukan adalah encik zarul zafran. hilang ingatan bukan tiket untuk bersikap begitu. harap je anak sulung. Lani lagi muda pun lagi matang. dah kahwin...dah ada anak still panas baran, cepat merajuk, cembura buta dan selfish je memanjang. sampaikan satu tahap rasa bagus plak kalau memang betul dia mati kena sengat lebah tu. better lani dengan Fariz tu. heh...harap je belajar tinggi2 tapi otak letak kat kepala lutut.
alamak terover emo plak. walau apa pun...thank you puan penulis sebab berikan kami peluang untuk baca lagi hasil nukilanmu.
akhirnya abis juga baca buku nie. sambil boleh aku ingat perginya LKY dan negara berkabung dari 23 sampai petang nanti. Dia diberi penghormatan yg paling gah dlm sejarah Singapura. Dan bestie aku pun jadi isteri org pada hari yg sama. akhirnya sebuah kehidupan & mula perjalanan baru.
Bagi aku, Zarul & Lani adalah sebah character yg keliru tapi aku kagum dengan ketegasan Lani. Lani sangat menderita... walaupun penat baca novel nie, aku suka ah karya Siti Rosmizah. i just love it. cuma Zarul tak gamit perhatian aku seperti Tengku apa tu dalam her another novel.
baru jer habis baca novel ni. tak tau lah nak review dan nak komen mcm mna. cuma apa yg saya boleh bagitau. crita yg agak klise jgak, kahwin paksa.kalau ada babak sdih pun saya tak rasa sdih. hmm entahlah. mungkin x kena dngan wtak yg dimainkan atau plotnya kot. itu bgi pndapat sayalah rasanya novel sbelum ni lagi mnyedihkan dan lagi bagus.
This book makes me laugh and of course annoyed with Zafrul the main character of novel. Not like Takdir Itu Miliku where so much of emotions and I'm glad that Ellani not like crying baby. I like her strong character and as usual happy ending with lot of emotions, tears and laugh :)