Sejarah adalah dunia yang gelap. Kita tidak tahu apa-apa mengenainya kecuali diberitahu. Sebarang maklumat sejarah, menuntut kita mencari dan berinteraksi dengannya. Sesungguhnya sejarah adalah sains forensik masa, membedah kegelapan pemberitahuan, untuk mencari ilmu pengetahuan, melalui sebuah pengembaraan ilmu yang penuh ujian, juga teladan.
Makna Diri: Kembara Menjejak Imam Birgivi adalah sebuah naskhah travelog yang merakam pengalaman Hasrizal Abdul Jamil mengembara untuk mencari dan menganalisa bahan rujukan bagi mengkaji pemikiran dan perjuangan seorang tokoh penting Dawlah Uthmaniyyah Abad ke-16, Muhammad bin Pir Ali al-Birkawi, atau lebih dikenali sebagai Imam Birgivi . Pengembaraan ini bukan sekadar pengembaraan akademik bagi menyempurnakan pengajian beliau dalam Sarjana Pengajian Islam (Pengajian Arab dan Tamadun Islam) di UKM, tetapi ia juga adalah pengembaraan ukhuwwah, tarbiyyah, mehnah, keringat dan air mata, pada memartabatkan disiplin sejarah, saat ia dipinggirkan oleh massa.
Perjalanan merentas gunung melintas benua, terhimpun padanya keseriusan amanah ilmu, namun terselit juga kelucuan persahabatan melangkau batas bangsa dan bahasa, Hasrizal Abdul Jamil mempersembahkan naskhah ini sebagai sumbangan beliau pada mempromosi bidang sejarah, kajian tokoh dan ilmu pengetahuan itu sendiri, sebagai dasar tempat berdirinya ummah zaman berzaman.
Pengembaraan ini bukan sekadar menemukan Hasrizal Abdul Jamil dengan Imam Birgivi yang dikaji, tetapi membantunya menalar usia di persimpangan 40'an, pada menemukan beliau dengan dirinya yang dicari, selama ini.
Hasrizal holds a Bachelor of Sharia (Honours) from Mu’tah University, Jordan (2001). He is the Director of Education at Khalifah Education Foundation which operates Khalifah Model Schools in Malaysia. An educator and learning designer, blogger, and author, advocate children-centered learning, parenting, and domestic policy.
Hasrizal succeeded in bookwriting after his AKU TERIMA NIKAHNYA (2008) became one of the National Best Sellers. He proceeded with many more books, such as BERCINTA SAMPAI KE SYURGA (2009), MURABBI CINTA (2010), RINDU BAU POHON TIN (2009), SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH (2010), TRANSFORMASI RAMADAN (2011), EDISI ISTIMEWA AKU TERIMA NIKAHNYA – Trilogy (2012), DI HAMPARAN SHAMROCK KUSERU NAMA-MU (2012), ERTI HIDUP PADA MEMBERI (2013), TAK KENAL MAKA TAK CINTA (2014), MENALAR MAKNA DIRI: KEMBARA MENJEJAK IMAM BIRGIVI (2014), SETIA DENGAN KEBENARAN (2017), REVIVING THE SPIRIT OF RAMADAN: BEYOND DO'S AND DON'TS (2017), HIKMAH & KARAKTER (2018), JALAN SEHALA (2019), RISALAH #MALAYSIA MEMBACA (2019 co-author), SENI BERFIKIR YANG HILANG (2020), TRANSFORMASI RAMADAN 2.0 (2020), DIARI ABAH (2020), MÄ OON RIZAL (2020), ERTI BERAGAMA YANG HILANG (2021), MENULIS DARI HATI BIAR SAMPAI KE HATI (2021), KAMAR-KAMAR BUDI (2021), KEMBARA MENALAR DIRI: LEGASI IMAM BIRGIVI (2021), SISI BERAKHLAK YANG HILANG (2022), BERAGAMA YANG KEHILANGAN TUHAN (2023) and PEDAGOGI RAMADAN (2023)
Mengulit karya terbaru Ustaz Hasrizal selama seminggu yang penuh dengan rencah ini memang memerlukan kekuatan yang jitu. Bukan senang untuk hadam naskhah yang penuh dengan sejarah dan juga nilai jati diri yang dicari.
Pada awal-awal bab (separuh dari buku ini) beliau lebih banyak berkongsi perjalanan buat sekian kalinya ke bumi Daulah Uthmaniyyah selepas 10 tahun. Kali ini dengan visi dan misi yang lebih jitu iaitu menyelami dan mengkaji berkenaan tokoh Islam yang hebat Imam Birgivi. Selain untuk menyelesaikan disertasi pengajian sarjana berkenaan tokoh tersebut, beliau sebenarnya sedang dalam kembara untuk mencari nilai diri yang dirasakan semakin jauh dari jalan dakwah yang sepatutnya. Beliau semakin rimas dengan kemasyhuran dan juga dakwah moden yang lebih melalaikan masyarakat Islam itu sendiri.
Jadi perjalanan ini lebih kepada perjalanan untuk mengkaji tokoh Islam yang kebanyakan telah digelapkan sisi baik mereka dengan fakta-fakta dari sejarawan terdahulu tanpa fakta rujukan yang sahih. Kembara ini juga telah menjadi titian ukhuwah beliau dengan penuntut-penuntut Malaysia di Turki. Anak muda yang bersemangat juang yang tinggi berkelana di bumi asing.
Selain itu, turut dikongsi juga beberapa tip-tip berguna untuk panduan kita sebagai pembaca. Bukan setakat kita perlu menghadam semua apa yang dibaca tanpa kita membuat sebarang rujukan atau kajian yang lebih mendalam terhadap sesuatu fakta terutama berkenaan sejarah Islam yang telah disembunyikan dalam kebanyakan naskhah novel sejarah disebabkan tiada/kurangnya kajian yang dilakukan oleh penulis. Menyebabkan masyarakat Islam itu sendiri terpincang dari fakta yang sebenarnya. Kerana rakus dan mahu bersenang lenang sehingga kita menerima 'membabibuta' segala fakta tanpa rujukan yang sepatutnya.
Saya kira buku beliau ini adalah patut dijadikan rujukan pemula bagi yang mahu belajar berkenaan sejarah Islam terutama berkenaan Daulah Uthmaniyyah. Satu naskhah yang tegas dan pedas pada yang tersedar akan silap diri.
Juga dimuatkan sedikit perkongsian berkenaan insan yang dekat di hati beliau di bahagian terakhir buku ini. Kisah berkenaan Ahmad Ammar yang telah mencetuskan fenomena suatu ketika dulu.
Dan saya berharap medan ilmu tidak akan melenyap nama Ustaz Hasrizal untuk terus berkongsi ilmu dan kembara melalui tulisan-tulisan beliau yang akan datang.
Sebulan. Sebulan aku ambil masa untuk mengkhatamkan buku ini. Khatam, ya. Hadam? Mungkin tidak sepenuhnya.
Yang baik; 1) Buku UH sudah berwarna-warni. Gambar-gambar yang menarik. 2) Seperti biasa, UH tidak pernah gagal mengindahkan Turki dengan kata-kata. Indah secara literal. Indah dengan manusianya, bangunan-bangunannya, sejarahnya, kisah hayatnya. Aku mahu ke Turki! 3) Hampir setiap topik, akan disertakan dengan pemikiran/pandangan Imam Birgivi. Jadi, jika mahu tahu apa "ajaran" tokoh yang dikaji oleh UH ini, harus cakna dengan penceritaan dalam setiap tajuk. Mungkin sesuai untuk asasnya sahaja, pendedahan awal. 4) Perjalanan kembaranya itu penat. Tetapi membacanya sangat mengujakan. Lokasi yang indah, nama-nama yang janggal di telinga. Entah kenapa, aku seperti membaca kisah pengembaraan The Fellowship of The Ring. :)
Selainnya; 1) Aku setuju dengan cadangan isteri UH. UH patut fokus kepada bidang yang lebih dekat dengan hati beliau, yakni bidang sejarah. Dan aku sangat suka dengan cara UH ini. 2) Ustaz selebriti, usahawan air liur yang satu ketika menjadi bidang kerja beliau, ya, adalah pilihan beliau untuk meninggalkannya. Cuma, alasan-alasannya (yang dibaca oleh orang seperti aku, bukan mewakili sesiapa) seperti menidakkan sisi kelebihan bidang-bidang itu. 3) Kebetulan, ketika membaca buku ini kecoh di dunia media sosial perihal UH "berpatah arang" dengan PAS. Kecewa, lalu meninggalkan kelompok itu, ditambah pula dengan adegan mengoyakkan surat keahlian kerana ada rasa yang tidak gembira. Adegan ini, ditambah dengan peristiwa (2), sedikit demi sedikit membina persepsi negatif dalam diri ini. Maaf, aku ini manusia. Jadi, untuk membuang rasa itu, aku segera setuju dengan cadangan isteri UH.
Walaupun ada kekecewaan, ianya masih belum dapat melenyapkan rasa suka secara keseluruhan. Travelog UH sememangnya menginspirasi, lalu aku perlu bertanya, dengan inspirasi ini, aku mahu ke mana?
Saya sudah membaca beberapa buah buku daripada penulis yang sedang melanjutkan pelajaran peringkat doktor falsafah di Finland. Sedikit cemburu dengan penulis iaitu Ustaz Hasrizal kerana murahnya rezeki beliau untuk berkelana di negara orang tapi apakan daya, itulah rezeki yang dijanjikan bagi orang-orang yang berusaha semenjak kecil; tidak seperti saya yang banyak main-main. Huhuhu... Kaki beliau sudah ke merata dunia. Kaki saya baru jejak Indonesia dan Singapura. Itupun sebab melancong - tidak bertujuan untuk mendidik diri seperti yang penulis amalkan.
Buku ini dibahagikan kepada 40 buah bab. Ada bab yang saya langkau sebab pengisiannya berbentuk akademik dan begitu formal macam baca tesis rasanya. Bab kegemaran saya dalam buku ini ialah bab berkaitan pengalaman penulis seperti 'Taubat seorang televangelist Muslim', 'Pengkhianatan ilmu di meja ceramah', 'Cuaca dan ajal tamadun manusia', 'Arkeologi membekal' dan 'Mengapa belajar sejarah'.
Alhamdulillah. Selesai mengkhatami buku travelog nan tebal ini pada hari ketujuh berpantang anak kedua. Duduk di wad kerana anak demam kuning, selain menjaga amanah baru dari Allah ini, masa yang berlalu terasa rugi dibiarkan pergi. Suatu hari suami yang memahami membawa buku ini. Bacalah. Saya memang suka baca buku (sebab itulah saya ada goodreads kan? Ahah!) tetapi telah lama saya (terpaksa) ketepikan kesukaan yang satu ini lantaran hambatan tugas baru sebagai ibu. Umar Muawiyah sememangnya anak yang aktif - sungguh menuntut kesabaran menjaganya diselang seli sakit demam yang menyerang hingga berkali-kali keluar masuk hospital.
Dan buku ini? Menjadi yang pertama untuk tahun ini saya baca (dan habiskan). Buku-buku Ustaz Hasrizal memang jarang saya baca separuh-separuh. Selalunya akan saya habiskan. Kerana lontaran kata-kata beliau dalam bentuk tulisan adalah sesuatu. Sesuatu itu adalah adunan rencah pengalaman dan ilmu bersama langgam bahasa yang straight to the point tidak meleret dan berulang alik seperti ombak.
Itu cara ustaz Hasrizal menulis dan melalui tulisannya dapatlah disaksikan ilmu dan keperibadian beliau. Bagaimana beliau melontarkan idea atau menyatakan sesuatu kekesalan dan kekecewaannya atau berkongsi rasa keterujaannya - ia seperti dapat dikongsi pula oleh pembaca seperti saya yang tidak melalui malah tidak pernah merasa pun apa yang beliau rasa.
Dan di dalam buku ini, biarpun pada saya ringkas penerangannya tetapi kenyang untuk saya simpan dan ingat. Ia sebuah travelog kan? Maka apa yang ada pada sebuah travelog? Cerita. Cerita kembara dan pencarian. Kita mengembara kerana kita mencari. Terpulang apa yang dicari. Berharga atau tidak. Bernilai atau tidak. Itu yang menentukan betapa mahalnya kembara kita di sisi Allah. Ustaz Hasrizal mencari Imam Birgivi dan beliau memperolehnya. Untuk disertasi kesarjanaan beliau. Dan saya, yang entah siapa ini, mengenali Imam Birgivi melalui beliau. Terima kasih kerana berkongsi, walau tidak banyak tetapi serasa seperti ikut mengembara ke Belikesir, kemudian ke Birgi dan ke Ankara. Subhanallah untuk gambar-gambar yang ditampal.
Apa yang menarik adalah cuplikan-cuplikan perkongsian dari buku Tarekat Muhammadiyah karya Imam Birgivi ini. Begitulah baru benar-benar mengenali walau tidak banyak, sedikit pun amat berbaloi tenang Imam Birgivibuang yang dikaji beliau.
-- sampai sini dahulu -- ada banyak lagi mahu cerita berkenaan bab2 seterusnya.
buku yg sgt dekat dengan diri yg bergelar pelajar pengkhususan sejarah dan tamaddun Islam,terasa diri masih kerdil mengingatkan masih banyak cabang ilmu sejarah yang belum digali dan tentunya 3 tahun pengajian ijazah sarjana muda masih belum mencukupi..
Antara buku beliau yang berat. Bukan sahaja berat pada jisim, tetapi juga pada pengisian dan perkongsian. Sarat dengan fakta dan sejarah berkenaan Imam Birgivi dan lain-lain lagi.
Buku kedua dari penulis yang aku baca. Imam Birgivi (1523-1573) adalah merupakan subjek kajian penulis untuk disertasi Sarjana Pengajian Islam dalam Pengajian Arab dan Tamadun Islam. Birgivi merupakan tokoh berwibawa dalam sejarah Daulah Uthmaniyyah. Tindakan nekad Imam Birgivi meninggalkan kemasyhuran semasa berada di kemuncak kejayaan menjadi pendorong penulis dalam menghasilkan naskah travelog ini.
437 muka surat bukan fokus pada Imam Birgivi saja. Ia lebih kepada perjalanan penulis ke Turki selepas 10 tahun. Bagi aku macam ada yang tak kena. Entah aku pun tak tahu apa dia. Mungkin susunan tajuk kandungan atau fokus pada Imam Birgivi yang kurang menarik.
Bab yang aku suka Taubat Seorang Televangelist Muslim dan Merawat Kekeliruan Permasalahan Syiah Dengan Disiplin Sejarah. Secara peribadi aku beri 3 ⭐.
Sangkaan awal saya mengenai buku ini; ianya bakal menyajikan kajian tesis dari penulis yang dibukukan beliau untuk rujukan massa. Namun ianya tidak seperti itu.
Separuh bahagian pertama menceritakan kisah pengembaraan beliau di serata Turki untuk mencari maklumat berkenaan Imam Birgivi, subjek utama kajian tesis sarjana beliau. Manakala sebahagian lagi merupakan catatan penulis berkenaan pelbagai perihal seputar dengan Turki, kerajaan Uthmaniyah, dan segala isu berkaitan Islam. Di penghujungnya, penulis menggambarkan impian besar beliau untuk menyumbang kepada negara dengan berbekalkan minat mendalam beliau terhadap sejarah secara umumnya, dan kerajaan Uthmaniyah secara khususnya.
Jadi sekiranya anda ingin mendalami corak pemikiran Imam Birgivi yang mahsyur ini, anda perlu mendapatkan tesisnya di perpustakaan UKM nanti 😊
Namun ini tidak bermakna penulis tidak menerangkan mengenai tokoh ini di dalam buku ini. Tidak sama sekali. Malahan boleh dikatakan kita boleh mengenali Imam Birgivi secara terperinci, dan apakah sumbangan besar beliau untuk kerajaan Uthmaniyah ketika hayatnya & selepas kematiannya. Penulis cuma meringkaskan huraian kajiannya untuk memudahkan bacaan & kefahaman orang awam.
Perihal lain yang menarik untuk dibaca adalah mengenai sejarah gerakan Wahabi & Syiah berdasarkan susur masa sejarah kewujudannya, bukannya dari segi sejarah aliran akidah & pegangannya. Penulis berjaya mencatatkan secara ringkas garis masa kewujudan dua aliran ini, dari siapa ianya mula bercambah, tempat asalnya, apa peristiwa yang telah membuatkan ianya berkembang dan sebagainya. Kitab rujukan utama untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah gerakan ini juga ada disertakan oleh penulis. Sejarah kewujudan mereka seperti sedia ada, bukannya sejarah yang ditulis oleh sebelah pihak sahaja.
Namun perkara paling utama yang dapat saya teladani dari buku ini, adalah berkenaan teguran penulis berkenaan cara kita dalam memuktamadkan sesuatu maklumat itu adakah sama seperti yang terjadi seperti asalnya dalam sejarah, ataupun tidak. Disiplin dan adab dalam mencari ilmu. Kita boleh terus percaya dengan segala maklumat yang kita perolehi dari pelbagai sumber, namun untuk terus menetapkan itu adalah fakta yang sahih tidaklah digalakkan sama sekali. Selagi kita tidak dapat merujuk langsung kepada bukti nyatanya, selagi itu kita perlu berlapang dada bahawa mungkin maklumat itu tidak berapa tepat, berat sebelah, dari pihak yang menang sahaja, dan sebagainya.
Hatta dari sumber yang gah seperti kitab-kitab besar oleh ulama yang mahsyur, kita perlu berusaha untuk mencari sumber primernya berpandukan rujukan ini. Kerana itu perlunya untuk mengembara melawat bukti tinggalan sejarah itu di tempat asalnya, mahupun merujuk tinggalan artifak & dokumen asal yang terdapat di pelbagai muzium & perpustakaan di serata dunia.
Kesimpulannya, buku yang boleh dijadikan rujukan untuk pemula sekiranya anda berminat untuk mendalami sejarah jatuh bangun kerajaan Turki Uthmaniyah, untuk era Imam Birgivi ke atas, dan era sultan terakhir kerajaan agung Islam ini, iaitu Sultan Abdul Hamid II khususnya. Untuk yang ingin mengembara ilmu ke Turki nanti, buku ini dan buku Secangkir Teh Pengubat Letih dari penulis yang sama boleh dijadikan panduan.
Ustaz Hasrizal, the only Malay author, I salute with all my heart. After 'Di hamparan Shamrock ku Seru Nama-Mu', he came out with another travelog which in this book he is sharing his trials and tribulations in completing his Master degree; specialization in Islamic Civilization of Ottoman Empire (Imam Birgivi). A very knowledgeable book, if you're interested in history of Daulah Uthamaniyah and wanted to know who's Imam Birgivi, then this is the book. This book is just not about who's Imam Birgive but it's beyond that. Ustaz Hasrizal explained clearly why he quitted and silence himself in motivational arena and merge himself in academic world leaving behind all his popularity whom once known as a Dr. Love.
Teringat saya kepada Tazkirah keras yang di tegaskan oleh Imam Birgivi dalam Tariqah Muhammadiyah:
"Peraturan pertama untuk sifat malu yang mulia adalah berasa malu di hadapan TUHANMU tentang perbuatanmu yang di sisi- NYA, ia adalah keji dan dosa. Kemudian barulah rasa malu yang seterusnya pula muncul, terhadap kelakuan-kelakuan yang rendah, seperti kegagalan untuk peduli perasaan orang lain, hak mereka dan kehidupan yang mereka miliki. Demikian juga terhadap kecuaianmu memelihara penampilan diri, ucapan lisan, sifat kurang sopan, mementingkan diri sendiri, kasar dan lain-lain. Seseorang sepatutnya berasa malu ketika berada di khalayak, tanpa lupa untuk turut berasa malu semasa bersendirian di hadapan TUHANNYA.
Sifat tidak tahu malu, adalah petanda kepada keangkuhan, rohani yg lemah dan tercicirnya keseriusan dan kesedaran dalam beragama. Tanpa ragu, ia adalah petanda kepada kemunafikan terutamanya apabila seseorang meluahkan rasa kesal dan malunya di hadapan manusia, tetapi tidak di hadapan ALLAH SWT dan Rasul-NYA. Siapa lagi kalau bukan sang munafiq, tatkala dia menyuarakan kekesalannya kepada manusia atas khilaf yang terjadi, tetapi tidak pun bertaubat kepada ALLAH SWT? Sedang ALLAH SWT itulah Penciptanya, Pengurnia rezeki, Pengurnia akal untuk dia memahami, dan yang mengajarnya pelajaran tentang kehidupan.
Celakalah orang tergesa-gesa dalam hidupnya tetapi mengabaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH SWT dan sesama manusia. Dan celakalah sang munafik yang menunjukkan kekesalannya kepada manusia atas salah lakunya yg terjadi, berusaha meminta maaf dan pengiktirafan manusia, tetapi terlupa kepada KESAKSIAN TUHAN."
Mengambil masa hampir seminggu untuk mengkhatamkan buku ini. Menalar Makna Diri, tajuknya menggambarkan ibrah terpenting yang mahu disampaikan penulis. Tulisan travelog yang ilmiah penuh fakta sejarah, memerlukan kita turut sama berfikir bukan setakat merasa kemanisan pengalaman penulis berjihad meneruskan perjuangan beliau di bidang sejarah, khusus tentang Turki, Daulah Uthmaniyyah dan Imam Birgivi.
Buku ini membuka mata saya dengan artikel-artikel yang mengetuk kepala dan jiwa. Seperti artikel "Sunnah antara teknik dan fitrah", "Jangan berhalakan pemimpin dan parti","Jangan beragama sekadar dipinggiran", "Taubat seorang televangalist Muslim"dan "Pengkhianatan ilmu di Meja Ceramah". Artikel ini muhasabah buat para pendidik dan pendakwah.
Juga menambah pengetahuan dengan memahami ibrah daripada tokoh-tokoh yang tercatat dalam sejarah Islam dan baru mengenali mereka melalui buku ini. Seperti Imam Birgivi, sejarah negarawan Necmettin Erbakan, Suleyman Hilmii Tunahan, Sheikh Mustafa Sabri.
Perjalanan saya mengkhatamkan buku ini, memberikan semangat dan pencerahan kepada diri untuk terus istiqomah menuntut ilmu demi masa depan sebuah pendidikan.
"Saya berharap agar pendidikan sebagai jihad, terus kekal menjadi agenda hidup sehingga mati,Pendidikan memberikan sinar, Bahawa umat masih baik. Hanya perlu dibentuk dengan apa yang menyelamatkan umat yang terdahulu. Masyarakat berteraskan ILMU"- Ustaz Hasrizal Abd Jamil
Menalar Makna Diri ; bingkisan terbaru daripada Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Saya suka kulit hadapan buku. Nampak "selesa" dan matang.
Ia bukan sekadar travelog pengembaraan tetapi sarat dengan input sejarah, ukhwah, dakwah dan terselit perasaan gusar akan keadaan masyarakat di Malaysia dan ummah secara umum. Mungkin sesuai dengan status penulis yang kini dalam proses melengkapkan disertasi dalam bidang sejarah Uthmaniyyah.
Secara jujurnya, kebanyakan ilmu sejarah yang dicatat oleh penulis merupakan sesuatu yang baru bagi saya. Imam Birgivi, seorang tokoh ulama dan pemikiran yang sangat bagus diteladani dan dicontohi. Besar sumbangan penulis sekiranya dapat menyebarkan lagi ilmu daripada tokoh ini.
Dapat difahami Turki bukanlah sekadar tempat pelancongan semata-mata namun banyak sekali ibrah yang boleh diambil sekiranya kita benar-benar ingin memuhasabah kesilapan lalu dan sejarahnya yang panjang sangat memberi kesan kepada dunia Islam.
Kata-kata Imam Birgivi sangat bermakna dan mendalam untuk dihadam. Terima kasih penulis di atas usaha murni menggali dan mengkaji sejarah tokoh ini. Semoga menjadi ilmu yang bermanfaat. Ameen.
Perihal arwah Ahmad Ammar yang disebut di bahagian akhir buku ini turut menjentik rasa. Terima kasih atas perkongsian penulis.
Travelog penulis tidak pernah mengecewakan saya. Penuh dengan kembara samada dari aspek keilmuan mahupun sudut manusiawinya. Pada 10 bab pertama, penulis banyak menceritakan pengalaman dan kenangan ke turki selepas 10 tahun. Travelog ini agak berat untuk bab seterusnya untuk bukan peminat sejarah. Penulis juga mengajak kita mempelajari ilmu mengikut disiplin2 ilmu yang betul.
Petikan2 dari Imam Birgivi sedikit sebanyak membuat aku bermuhasabah diri.
Bagi aku, penulis tidak menulis dengan secara terperinci apakah hasil dari pencarian Makna Diri nya. (harapnya aku boleh faham).
Penulis juga turut melahirkan rasa kebanggaan akan ramainya anak muda Malaysia yang sedang mempelajari Daulah Uthmaniyyah di Turki sekarang.
Paling mencuit hati bila kawan2 baik penulis datang ke Malaysia. Pelbagai peristiwa menarik yang dinukilkan. Yang penting durian kena rasa..haha
Dan yang paling terkesan apabila, penulis bermimpi tentang arwah abahnya dan disampaikan pesan bahawa, Kubur itu gelap.
Cuma satu ja, tiada bibliografi. At least boleh la aku buat rujukan.
Alhamdulillah berjaya juga khatam buku ni. Dekat sebulan, nak kena tunggu pergi musafir baru dapat habiskan baca.
Bahan bacaan yang sedikit berat. Pengkhususan: Sejarah Turki; Imam Birgivi, Mehmet Kadizade, Gerakan Kadizadeli, Recep Tayyip Erdogan, Erbakan, AKP, etc.
Banyak perkara yang sebelum ni saya dengar dalam ceramah, tak dapat saya faham, tak jelas, confuse, kini dapat saya fahami sedikit demi sedikit urutan peristiwa yang berlaku di Turki selepas membaca buku ini. Di dalam buku ini juga ada saranan-saranan buku yang boleh dibaca untuk mengetahui dengan lebih detail tentang Sejarah Turki.
Antara perkongsian lain yang memberi makna buat saya adalah tentang ukhuwah dan yang paling penting: kepentingan menyatakan, membela serta mempertahankan kebenaran.
Membaca buku ni membuatkan saya mahu membaca kembali buku-buku travelog penulis.
Dalam buku ni, banyak pengajarannya dan kesungguhan penulis dalam mencari makna diri juga menuntut ilmu.
Saya tak kenal nama-nama tokoh yang ditulis dalam buku ni yang berkait rapat dalam Daulah Uthmaniyah dan juga keadaan Turki pasca kejatuhan daulah. Tapi apa yang memberi pelajaran buat saya adalah kekuatan ilmu dalam agama dan keteguhan iman.
Dalam buku ni juga menjentik hati saya untuk mengenali lebih dekat tentang Sultan Abdul Hamid II.
Selain daripada itu, sejarah dan bahasa adalah ilmu yang sangat berguna.
Mula membaca dengan pantas. kemudian berhenti alam di pertengahan jalan. mungkin kerana teruja dengan buku lain yang tiba melalui pos laju.. ataupun mungkin bosan dengan tajuk yang dikupas... kembali baca semula sehingga habis.
Saya bukanlah ahli akademik seperti penulis. Saya hanya bekerja di pejabat. Bagus juga buku ini kerana ada maklumat tokoh2 yang saya tidak pernah tahu, diperkenalkan dalam buku ini.
Popular vs Ilmu. Ada beberapa elemen yang saya setuju berkisar hal ini...
Buku penulis ini.. akhirnya masih akan menambah minatku terhadap turki! Dan juga ILMU...
Sebuah travelog yang saya nantikan semasa saya di Jepun lagi. Terus mendapatkannya sebaik sahaja tiba di Malaysia. Isinya sangat bertepatan dengan tajuk "Menalar Makna Diri". Biarpun sarat dengan penceritaan di bumi Turki, namun cukup banyak ibrah yang boleh diambil untuk setiap pengembara dunia. Allah meletakkan seseorang itu di sesuatu tempat bukan dengan sia-sia. Travelog ini mengajak setiap manusia, lebih-lebih lagi yang bergelar seorang Islam, daie, murabbi, mutarabbi mencari makna diri.
Travelog menjejak Imam Birgivi di Turki ini sebenarnya menjejak diri penulis yang berada dipersimpangan. Antara menjadi selebriti jemputan mengisi program motivasi dan keagamaan di pentas atau beralih arah.
Seperi biasa, tulisan Ustaz Hasrizal sangat sedap dibaca, berbanding ceramah beliau.
Bukan sekadar travelog biasa. Travelog yang membuatkan pembaca seperti saya rasa nak mengembara ke Turki untuk belajar Sejarah Daulah Uthmaniyah. Buku ini menarik untuk diterokai. Setiap perjalanan itu mengajak kita untuk mencari erti diri.
Saya suka travelog, dan buku ini memuatkankan juga perjalanan pengembaraan penulis mencari Imam Birgivi yang dalam masa yang sama dia mencari diri nya sendiri. Pada saya, mengembara adalah proses mengenali diri. atau self reflect. Sepertinya tadabbur alam. Mengambil ibrah di setiap pengalaman. Sekali lagi, tulisan beliau menjadi buku teks kegemaran saya. yang mana sarat dengan ilmu. Buku mmg kadang tempat penulis mengekspresikan perasaan menceritkan pengalaman, namun tidak semua buku mampu menjadikan pembaca muntah dengan ilmu.
Pada pandangan saya, apabila seseorang itu mempunyai pengikutnya sendiri, walaupun bkan niat meraka untuk ada pengikut sendiri, tetapi di sini adalah cara yang sangat.... baik untuk icon itu berdakwah.
Maka pada saya, buku ini secara tidak lngsung membuatkan saya peduli akan isu isu yang ditimbulkan, tentang ulama yg di nyatakan, hadi yang di keluarkan, potongan ayat al-quran yang diguna, faktah dan penting sekali sejarah.
Dari sini, buku ini membawa saya untuk mencari apa yang di nyatakan yang saya tidak tahu. Macam further research lah.
Benar memang penulis adalah penulis kegemaran saya, namun bukan peminat yang dia cari, bukan pengikut yang dia harapkan, tapi orang yang sama sama mengorak langkah melakukan pembaharuan.
Alhamdulillah, buku ini antara buku terpantas dalam sejarah membaca saya habiskan.
Sebagai publication designer, susun atur dan reka bentuk dalam buku ini menarik, namun setiap orang mempunyai citarasa tersendiri, yang mana saya lebih sukakan minimalism, tidak sarat dengan illustrasi. Namun ia bukan lah kayu ukur pada saya dalam memilih bahan bacaan. Selagi ia sarat dengan ilmu tetap menjadi pilihan.
Bagi sesiapa yang mengikuti travelog hasil tulisan Ustaz Hasrizal akan dapat melihat beberapa perubahan pembawakan beliau dalam travelog yang terbaru ini. Walaupun nilai-nilai santai dalam menceritakan kembara beliau ke Turki seperti travelog beliau sebelum ini yang berkenaan Turkey iaitu Secangkir Teh Pengubat Letih masih dikekalkan, namun dalam naskhah terbaru ini kita dapat melihat pertambahan isi (content) yang sedikit berat bagi sesiapa yang tidak mendalami bidang sejarah. Namun, fakta-fakta sejarah yang disentuh dalam buku ini saya rasa merupakan satu ransangan yang baik bagi mempromosikan bidang sejarah kepada masyarakat umumnya bagi meramaikan orang yang akan menceburi bidang ini. Satu lagi perkara yang saya suka berkenaan buku ini adalah cetakannya yang cantik, berwarna dan tersusun berbanding buku Menuju Sejahtera Meraih Bahagia yang ditulis oleh Dr. Maszlee yang agak hambar dan kurang sistematik penyusunannya walaupun kedua-duanya dicetak oleh groupbuku Karangkraf, Karya Bestari. Saya menunggu travelog yang seterusnya daripada Ustaz Hasrizal.
Buku yang tidak saya mampu untuk dilepaskan dari pandangan setiap kali tiada aktiviti. Ramai yang berkata, semakin jauh kita berjalan sambil mengambil ibrah kehidupan, sambil kita bertemu diri kita yang sebenar. Saya tidak menyangka menyelami perjalanan individu lain turut memberi impak kepada pembaca sehingga tak mampu membayangkan impak perjalanan kepada penulisnya. Dada rasa dihunuskan pedang, seolah ditanya dengan tegas di mana jiwa kita dalam jihad ilmu dan kemana arah kita dengan butiran ilmu. Gelak, tersenyum, menangis seolah kita turut menyertai pengembaraan ilmu ini. Siapa kita dalam jalan ini. Buku ini memberi semangat kepada diri untuk menjadi pakar dalam bidang sendiri. Untuk masih mengenal sejarah dan tidak kira siapa kita dan dimana kita berada, sejarah mahu atau tidak mahu, sedar atau tidak sedar, tidak terpisah daripada jiwa kita.
Jazakallahu khayr Ustaz Hasrizal dengan wujudnya buku ini. Semoga sahabat lain peroleh manfaat meskipun dalam bentuk yang berbeza daripada buku ini.
Buku ini mengisahkan tentang perjalanan hidup Encik Hasrizal setelah beliau berhenti menjadi seorang motivator. Keinginan beliau untuk kembali bertafakur merenung kembali arah perjalanan hidup untuk fasa-fasa yang seterusnya telah membuahkan hasil yang mungkin beliau tidak jangka sama sekali. Kembali menjadi pelajar dan yang lebih penting menjadi manusia biasa akhirnya mampu menenangkan jiwa beliau dari arus populariti yang melanda.
Buku ini menceritakan serba sedikit kehidupan beliau sebagai seorang pelajar yang kembali menuntut ilmu dengan mengembara ke Turki buat keberapa kali entah. Banyak perkongsian yang saya rasa beliau pilih agar pembaca dapat berkongsi idea dengan apa yang beliau hadapi dan pada masa yang sama, mengubah persepsi manusia terhadap sesuatu perkara dengan lebih baik dengan menggunakan ilmu.
Insyaallah buku ini sangat bermanfaat buat pembaca sekalian.
Dek kerana perangai gemar melompat, menghabiskan satu buku tu lama tempohnya. Berbulan. Baca 1 bab, dan terpengaruh, saya akan mula membuka atlas dan google tentang isi kandungan bab 1 itu. Tapi perkara itu kurang terjadi untuk buku Menalar Makna Diri ni. Sebab, banyak kali penulis akan sertakan nota berkaitan perkara yang ditulisnya dalam bab itu. Ia tersangatlah membantu.
Isinya membuatkan saya sedar betapa kritikalnya subjek sejarah dan betapa lompongnya subjek ni di Malaysia. Saya sendiri selalu menyerahkan sesuatu ilmu sejarah itu bulat bulat kepada ahli sejarah dan buku teks. Ia membuat saya terfikir, adakah sebab saya berada di bidang sains, maka saya tak perlu berfikir dan beri pendapat tentang ilmu sejarah yang saya baca?
Saya amat gemar dengan travelog Ustaz Hasrizal yang penuh dengan pandang alam yang berbeza menerusi pengalaman merantau ke pelbagai negara. Pengembaraan ke Turki diiringi dengan pelbagai persoalan yang menarik umpamanya konflik mahu meneruskan kerjaya sebagai motivator atau tidak. Saya agak terkesan dengan pandangan Ustaz Hasrizal berkaitan kecenderungan masyarakat ke arah aliran motivasi yang saya kira agak melampau dan overrated. Cadangan membaca buku Steve Salerno berkaitan SHAM iaitu budaya Amerika yang menekankan self-help juga menarik untuk ditelaah dan mempunyai kaitan yang amat rapat dengan apa yang berlaku di Malaysia kini.
almost a year nak habiskan? bukan, buku yang mendidik bukan boleh dibacakhatam satu hari tanpa diulang2 hadam. buku ni padat. segalanya terasa. seperti pengakhiran buku ni yang menceritakan akan kematian yang menghidupkan, itulah doa saya utk ustdz dan pejuang sejarah utk menghidupkan semula api sejarah islam (terutamanya) dan beri sentuhan akal yang mendidik yg tak ramai mampu utk fikirkan. mashaAllah! ustadz dh berjuang dlm medan ustadz. dan saya akan berjuang dlm medan kepakaran saya inshaAllah.
A good book for all the young Malaysian, generally and specifically to young upcoming Malaysian historian. I am recommending this book for upcoming Malaysian Historian and you should buy this book not because of its popularity but as something that you can learn from this book.
Also, a good definition of travelogue genre because I have been traveling to some countries with my mother and I always hold my mother's sole advice, "We are traveling not for shopping branded items but we are learning the people and its culture,"
Kembara mencari Imam Birgivi ini berkait rapat dengan pengalaman diri penulis yang ibrah ke bumi Turki untuk melaksanakan tuntutan ilmu bagi menyempurnakan pengajiannya dalam bidang Daulah Uthmaniyyah. Bidang pengajian penulis memerlukan kajian dan penelitian bersifat empirikal dan perlu dilakukan secara bersungguh-sunggu kerana ia bukanlah satu bidang yang popular di sana. Ini adalah disebabkan wujudnya eksploitasi fahaman dan pegangan yang secara tidak langsung meragut jiwa dan spiritual penulis..