Molotov Koktel adalah himpunan tulisan-tulisan terpilih Adam Adli, salah seorang penggerak aktivisme mahasiswa pasca 2008.
Tulisan-tulisan yang dijilidkan di dalam Molotov Koktel ini kebanyakannya pernah disiarkan di dalam beberapa portal artikel dan berita internet seperti MerdekaReview, Prisma.com.my, dan Malaysian Insider. Terdapat juga tulisan yang pernah diterbitkan di dalam akhbar alternatif lain seperti Harakah dan Suara Keadilan. Turut diselitkan adalah tulisan berbentuk peribadi yang tidak pernah dibaca di mana-mana selain dari buku notanya sendiri.
Adam Adli menulis berdasarkan pandangan sekitar isu semasa terutama dalam landskap politik Negara. Beliau cuba untuk mengupas kembali permasalahan yang bukan hanya berligar dalam kalangan masyarakat, sebaliknya juga dirinya sendiri. Sebagai mahasiswa yang pernah menempuh beberapa episod lembaran politik Negara, pandangan beliau berkaitan pendidikan, bentuk dan identiti Negara, pendemokrasian masyarakat, serta isu kontemporari politik tempatan boleh dianggap provokatif dan tersasar dari pandangan yang lebih popular.
Jilid ini adalah percubaan pertama; maka kebanyakan tulisannya boleh dianggap muda dan naïf, namun menghampiri kejujuran dalam memberi pandangan melalui kaca matanya sendiri. Analisisnya lebih dari kaca mata peribadi; bukan dari kaca mata mana-mana teori akademia. Setiap tulisan yang dipilih dan dijilidkan di dalam Molotov Koktel ini boleh dijadikan cerminan kepada dirinya sendiri. Beliau tidak sekadar menulis, sebaliknya menzahirkan apa yang ditulis.
sebelum memulakan pembacaan, terlebih dahulu saya cuba google maksud 'molotov koktel' dan ia dari perkataan 'Molotov cocktail'. Ia adalah sejenis fire bomb atau petrol bomb yang digunakan sebagai senjata semasa perang.
Terlebih dahulu sebelum memulakan sedikit kkomentar saya, ingin saya nyatakan saya seorang pengkagum sosok Adam Adli yang begitu berani tampil kedepan bersama prinsipnya sedang saya yang seusia beliau dan seorang mahasiswa masih tiada apa-apa yang mampu ditonjolkan.
Apa yang boleh diperkatakan tentang penulisan adam ialah sebenarnya adam tidak meletakkan sebarang idea-idea baru didalam penulisannya, ia lebih kepada catatan bersama idea dan pandangan yang telah biasa didengari oleh pengkritik-pengkritik politik yang lain. Dalam penulisan ini juga , Adam banyak menyalahkan sistem yang ada berbanding menyalahkan golongan mahasiswa itu sendiri. Beliau banyak bermain dengan AUKU (modal utama mahasiswa untuk membantah)dan beberapa isu pendidikan. Adam juga gagal mengulas dengan baik idea pendidikan percuma dan ia kelihatan kurang meyakinkan. Salah satu faktor yang menyebabkan hujah-hujah penulis kelihatan lemah ialah kerana penulis tidak(gagal) menyatakan bersama pandangan-pandangan umun atau scholar-scholar atau bukti-bukti sejarah bagi menyokong pandangan-pandangannya. Ia kelihatan sedikit kosong. Bagi saya ia mencacatkan hujah, dan disini saya melihat Adam masih mengunakan idea-idea ahli politik yang sediada.
Walauagaimanapun saya tetap optimis yang penulis mampu menulis dengan lebih baik dari masa kesemasa dan tampil dengan idea yang lebih matang kerana bagi saya politik ini ialah proses kematangan dan Adam sedang melalui proses itu.
Tapi harus dipuji terhadap sifat optimis penulis dalam membakar semangat anak muda untuk keluar berjuang dan melakukan sesuatu untuk negara terutamanya mahasiswa.
dan diakhir pembacaan baru saya mengerti kenapa Molotov koktel dipilih sebagai tajuk.
Karya yang sangat jujur oleh seorang mahasiswa yang hanya mengeluarkan pendapat yang bagi aku sangat matang dan kadang-kadang amat mendalam maksud setiap ayat yang ditulisnya. Buku yang boleh membakar semangat mahasiswa yang lain untuk meneruskan perjuangan!
Antara buku catatan peribadi yang bagus. Pernah cuba untuk membaca buku ini ketika di waktu sekolah dahulu tetapi gagal kerana tampak bosan isinya ketika itu. Tetapi sekarang apabila diriku sedah digelar sebagai seorang mahasiswa, aku percaya buku ini adalah buku yang wajib dibaca kepada mereka semua yang menuntut di universiti dan juga yang minat kepada aktivism. Penulis adalah seorang bekas belajar UPSI yang dibuang kampus kerana ke'rebel'annya. Penulis bagi aku adalah seorang yang jujur dan matang dalam berpolitik. Penulis tidak bias kepada mana-mana parti dan kebanyakan esei di dalam buku ini amat menarik. Antara cerita yang menarik adalah apabila penulis mengatakan bahawa Dato' Onn Jaafar dan juga Tunku Abdul Rahman pernah memberi kata-kata yang kurang enak kepada mahasiswa melayu UPSI pra-merdeka.
Aku pilih untuk baca buku ni obviously sebab aku curious apa lah yang dijuangkan si Adam Adli ni. Lepas aku baca, ternyata aku tak dapat pun sepenuhnya apa yang dia juangkan. Tapi aku terfikir, apa je sumbangan aku kat masyarakat sebenarnya? Apa je yang aku buat masa belajar empat tahun dulu? Pergi kelas balik kelas. Pergi tutorial. Melepak. Cukup masa, exam (yang towards the end i hated it so much just because i thought it was crap to impress lecturers and the lecturers have the power to grade us based on our anwers yang masa kita jawab tu kita separuh sedar sebab tak cukup masa dan pada akhirnya kita tak ingat pun sampai sekarang). Lepas tu, pilihanraya kampus. Which i thought back then was full of crap. It was just kejadian full with bunch of people with their manifestos yang pada akhirnya, they didnt even realize that they didnt even walk their talk. Apa je yang aku belajar kat universiti sebenarnya? End up start kerja, nak buat correspondance bodoh pun terkial-kial apatah lagi cause papers. Realiti makan aku hidup-hidup. Tak belajar hard enough. Tak gain knowledge much enough, barangkali. At the end of it, mungkin sebenarnya bukan sistem pendidikan yang crap, bukan universiti yang crap, tapi mungkin aku seorang mahasiswa yang crap. Atau mahasiswi. Whatever you call it.
Saya sedikit terlewat mengenali sosok Adam Adli. Selepas membaca Molotov Koktel baru saya kenal serba sedikit mengenai anak muda yang berjiwa kental ini.
Catatan-catatan di dalam buku ini sama seperti catatan yang korang baca di blog-blog orang lain juga. Santai dan bersahaja.
Kata Adam Adli, mengapa beliau memilih jalan raya adalah kerana demonstrasi, protes dan himpunan jalanan di jalan raya terbukti sebagai medium terbaik dalam menyampaikan suara dan keringat masyarakat. Jalan raya adalah medium terbaik untuk menyampaikan mesej. Selepas berhimpun, barulah mesej tersebut keluar televisyen, radio dan akhbar harian. Barulah menteri-menteri nak buat kerja, barulah masyarakat lain sedar, barulah semua orang nak bertindak. Begitu katanya.