Jump to ratings and reviews
Rate this book

[Rockestra] Cinta Mat & Minah

Rate this book
Mula-mula tengok dia:

Perempuan bengong, jenis bodoh piang, bingai. Perempuan macam ni bagi saja pun aku tak dak mahu eh. Amboi mulut, duk diam tak boleh ke?

Tapi pada pandangan kedua:

Matanya yang teduh dengan bebola mata berwarna coklat muda itu seperti meminta aku untuk berkampung di situ, alisnya lentik seraut jatuh, hidungnya mancung seperti seludang, kulitnya bersih seperti jerawat pun tak berani nak tumbuh di situ... semuanya cantik dan sempurna.

Lalu hati telah berkata:

Cinta hanyalah sepatah perkataan tanpa sebarang rasa, hinggalah seseorang datang bermukim di hati dan memberi makna pada perkataan cinta itu.

Aku sangkut mimpiku di puncak nyala mentari, kau letak cita-citamu di pucuk indah rembulan, lalu di titik manakah kita akan bertemu?


Tapi:

Ujian apakah ini hingga dia yang aku pilih. Mengapa bukan pada stok gadis usrah? Tak salah pun kalau pada stok gadis tudung belit-belit. Atau paling-paling pun pada yang rambut karat saja? Mengapa memilih haprak; memilih yang berbeza? Ya, kuda padi tak patut jatuh cinta pada kuda belang walau sama-sama spesies kuda!

383 pages, Paperback

First published May 1, 2014

8 people are currently reading
45 people want to read

About the author

Imaen

15 books63 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
32 (41%)
4 stars
35 (44%)
3 stars
9 (11%)
2 stars
1 (1%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 23 of 23 reviews
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews63 followers
May 15, 2016
Best.
Sangat best sebenarnya.

Tak tau nak tulis macam mana. Cuma nak kata, kisah ini sangat tersendiri. Kisah yang sangat jauh bezanya jika hendak dibandingkan dengan kebanyakan novel yang ada sekarang.

Dan kisah ini juga berjaya menggugurkan beberapa titis air mata aku. Sungguh, aku terharu! Sangat tragis!

Penulis baru, eloklah baca kisah ini. Ambil sedikit ilmu hasil dari garapan penulis ini. Janganlah asyik baca kisah yang klise sahaja kerana akhirnya, kisah sebegitu jugak yang akan ditulis. Baca dulu, baru tau. Dan lepas tu, buatlah penilaian sendiri.

p/s: Reading a good book is like taking a journey.

----

Aku boleh geng dengan Mat sebab akupun takde Twitter dan Whatsapp. Aku cuma ada FB dan blog sahaja. Ehh..! Haha.
Profile Image for Nusrah.
25 reviews26 followers
May 9, 2014
Bismillah

Aku membuat ulasan tanpa ada bukunya di tangan, konon-konon baru baca semalam dan ayat-ayat penulis masih berlegar-legar dalam neuron aku. heh :P

Buku yang aku beli gara-gara pengaruh rakan sebaya dan hasutan seorang teman sejiwa. Katanya karya Imaen memang kena dengan jiwa. Gigih juga cari pada hari terakhir Pesta Buku sampai dijumpakan Tuhan dengan penulisnya sendiri. (Hingga terlupa sudah bayar buku atau belum juga gara-gara sangat teruja berjumpa penulis depan mata. Kahkah. Malu!)

Asalnya aku letak 3 bintang, tetapi disebabkan aku terlalu suka idea Rejimen-10, peribadi Mat dan falsafah seni yang penulis ungkapkan, maka ya aku tambah lagi satu.

Kisah Mat si penjual nasi lemak murah yang pandai main instrumen dan Minah si penulis antikapitalis yang memang langsung tidak pandang harta billion abahnya.

Cerita cinta jenis ini memang aku boleh terima sebab dia matang dan macam konsep 'soul-mate' (sila rujuk definisi soul-mate oleh penulis lang leav) -- yang kau tidak perlu cakap banyak sebab aku sudah faham kau sebelum aku jumpa kau lagi atau pun kau tenang-tenang sahaja menjadi diri kau sendiri sebab kita sedia ada sejiwa. Tidak perlu seperti cerita tipikal main tarik tali, drama merajuk-merajuk masam muka, cemburu buta segala bagai.

Cuma aku mengharapkan bahagian Rejimen-10 atau falsafah seni yang Imaen letak diperkembang lagi sebab bagi aku itu penguat cerita. Aku boleh baca laju-laju bahagian cinta Mat Minah, tetapi bahagian seni-seni aku sengaja perlahankan dan ulang-ulang. Obses! :P

Mungkin orang yang tidak suka seni-seni dan segala yang terkait dengan otak kanan tidak sependapat dengan aku, terserah. Aku rasa macam mahu duduk semeja dengan Encik Penulis bersama-sama teman Champak yang lain dan sama-sama diskusi tentang falsafah seni yang cuba diterjemahkan penulis.

Eh, kenapa ulasan aku panjang sangat? Okay, sudah habis membebel.

ps : I always wonder how the male version of me would be like. If one day I meet him, I will force him to marry me. (Haha, kidding!) Dear Mat, please stand in front of me because i think you are the one. -_-
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews105 followers
November 6, 2014
Naskah untuk dilepaskan; RM15.00. Pm je....

Ini karya seorang pengkarya lulusan ekonomi yang hidup dalam dunia sastera. Kisah cinta yang ditonjolkan hanyalah picisan a.k.a penambah perisa dalam juadahnya. Resepi utamanya tentulah isu-isu yang berdasarkan ruang lingkup utama; politik-ekonomi-sosial masyarakat Malaysia. Dan rasanya kali ini perbincangan mengenai ekonomi lebih mendominasi.

Apapun, rasa yang ditinggalkan oleh Mat dan Hannah manis sekali.. :)

********

Soalan untuk dijawab oleh diri sendiri:

Adakah aku akan membaca naskah ini jika tiada plot picisan tersebut?

Jawapan jujur oleh diri sendiri:

TIDAK...
kerana aku hanya akan menghabiskan sepinggan Char Keteow HANYA jika ada cili jeruknya...
Profile Image for Ika.
Author 14 books54 followers
June 14, 2014
Sangat berpuas hati dengan Rockestra Mat & Minah. Membaca novel ini walaupun dalam tahap kura-kura buat seorang hantu buku tapi menghadam setiap paragraf dalam novel ini penting. Adakala terasa seperti terkena batang hidung sendiri :p

Sesuai dibaca untuk mereka yang mahukan kelainan. Cerita dari penulis yang bagus bermula dengan sesi warmup, build up the emotion, heartfelt climax and an expected ending.

Still, a super good read & banyak pelajaran untuk kita semua.
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
September 1, 2016
tersendiri kisah cinta mat & minah ni..

tapi, entah mengapa saya lagi tertarik membaca fakta2 berkaitan ekonomi, sejarah tamadun Islam, kesenian & lain2 berbanding kisah cinta mat & minah.. masuk park dato mohsin cuba memisahkan mereka memang saya baca sekali imbas jer..

tahniah untuk Imaen!
Profile Image for Ummu Auni.
664 reviews
September 23, 2014
Setelah lama menyepikan diri dari dunia pembacaan, saya akhirnya memilih untuk membaca buku ini. Seperti biasa, Imaen merupakan antara seorang penulis yang saya suka garapannya. Tidak terawang-awang hingga tidak menjejak tanah.

Mat & Minah adalah dua orang yang mempunyai karakter berbeza. Bukan sahaja berbeza malahan penampilan yang sangat berbeza. Sofwan yang lebih dikenali dengan nama Mat merupakan seorang graduan dari universiti tempatan yang meneruskan perniagaan ayahnya dan seorang anak yang baik, beriman (itulah telahan saya dari pembacaan). Minah atau Hannah pula merupakan seorang anak jutawan yang lebih senang berbotak, membawa beg galas, membenci dunia materialistik ayahnya, merupakan graduan universiti luar negara yang berfikiran kritis, juga lupa kepada Tuhan. Dan di dalam pelbagai wanita yang wujud atau pernah Mat ketemu, Mat jatuh hati pada Hannah.

Seperti biasa, plot cerita ini tidaklah menjurus kepada cinta sehingga ke bulan & bintang ataupun ke arah lautan api sanggup ke renangi sehingga terbuai-buai pembaca berada di sebuah dunia khayalan. Imaen memberikan rencah buah pemikirannya di mana dunia Mat & Minah berkisar pada perdebatan politik, idea juga cerita-cerita kehidupan lain. Ada beberapa frasa yang saya pelajari tentang 'plutobrat' ataupun 'British Rail Sandwich'

Walau bagaimanapun, secara jujurnya, saya merasakan fasa kedua cerita ini seolah-olah banyak terbelit dengan kisah cinta yang tidak direstui oleh bapa Hannah sebagai seorang jutawan, yang bagi saya hampir-hampir klise dengan novel cinta lain yang berlambak di pasaran, dan sungguh saya agak tidak berpuas hati dengan betapa mudahnya sebuah pengakhiran di mana kisah pengakhiran bapa Hannah yang agak klise juga jalan cerita terus dipotong kepada 3 tahun kemudian seperti tenggelam apa yang terjadi semasa lompang 3 tahun itu walaupun digarap oleh Imaen dengan pertemuan semula Mat & Hannah.

Mungkin Imaen tidak mahu menambah halaman untuk menggarap tempoh 3 tahun itu.
Yang sedia ada pun, sudah cukup tebal untuk dihabiskan.

Apapun, saya masih berpuas hati dengan tulisan Imaen kali ini walaupun ya, hanya 3 bintang atau 3.5 bintang?
Profile Image for Sharmine.
80 reviews11 followers
July 22, 2018
Baru sahaja tahu tentang berita peninggalan arwah Imaen. Puas menangis sudah. Terima kasih Imaen, kerana menulis dan memberi ilmu. Kisah cinta Mat dan Minah yang seperti biasa digarap dengan kritikan ekonomi dan sosial oleh salah satu penulis Melayu kegemaran. Rehatlah dikau di negara abadi sana, al-Fatihah.
Profile Image for Siti.
Author 3 books18 followers
July 18, 2021
I miss Imaen’s writing.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,550 reviews41 followers
April 26, 2020
Buku ini saya baca back to back selepas buku Blues Retro. Kebetulan atau saya tak tahu sebenarnya tapi entah kenapa saya macam boleh agak, kedua-dua buku Cinta Mat & Minah dan Blues Retro, kisah lebih kurang sama. Leading character dia seorang lelaki tinggi lampai berlesumg pipit yang peribadinya kontras,; suka dengar lagu rock yang poetic / psikedelik, rambut panjang suka pakai seluar dungari lusuh dengan baju t-shirt tapi tutup surat sempurna dan baju sah bawa solat, bila sujud atau duduk antara sujud tak menampakkan seluar dalam 😁, bukan jenis suka berpoya-poya, pemalu dengan perempuan tapi dapat pula awek yang taraf ekonomi jauh lebih tinggi, umpama burung cenderawasih dengan siput (Iya ke siput, alamak saya terlupa perbandingan untuk Mat). Dua dua Ghazi dan Mat bekas budak UM. Ghazi buka gerai burger Wrap and Roll dengan partner dia Elyas. Mat mewarisi Kedai Nasi lemak ayahnya (veteran guitarist group rock Metalhead paling metal tanah air 'Gerapok-Geraden'. Mat pula lebih senang low profile, Facebook profile name Mat Nasi Lemak. Kalau dalam Blues Retro, cinta Ghazi-Tengku Farhana di tentang habis-habiskan oleh emak Farhana iaitu Tengku Maryam, siap dimaki hamunnya Si Ghazi. Dalam buku CM&M pula, cinta Mat & Minah di tentang Abah Hannah, emak dia dah meninggal.

Walaubagaimanapun, Cinta Mat & Minah saya lebih suka banyak kali berbanding dengan Blues Retro. Bukan saja sebab ending dia lebih menyenangkan dan suka duka masam manis perjalanan hidup Mat lebih menarik dengan kawan-kawan yang colorful, tetapi juga sebab watak buah hati Mat iaitu Hannah, jauh lebih cool dari watak Tengku Farhana. Perempuan botak 'number 1' dengan pakaian serabai, berlari tengah panas dari station lrt sebab tak mau lewat jumpa Mat, penulis articles bertema anti capitalism, berani cabar abah dia yang dah lebih bila dia dengan bangganya mengaku hantar orang mencederakan Mat, membunuh Pak Chong dan membakar rumah keluarga Mat. Minah juga lebih bercirikan wanita elit, mungkin juga sebab Minah dah grad dari London Economics School dan ada PR Engl8, Farhana masih belajar untuk jadi doktor di UM.

"Awak jangan takut beri pendapat dengan saya, cakap apa yang ada dalam hati awak. Jangan takut saya terluka atau tak setuju. Tak payah jaga hati saya, saya tak suka. Saya suka manusia yang suka berterus terang dan ada pendirian. Saya suka lelaki yang berani, sanggup berdiri sorang-sorang mempertahankan apa yang dia percaya benar".

👆Ini ayat Hannah berdepan - depan dengan Mat. Actually sifat Mat dengan sifat Ghazi dalam buku Blues Retro lebih kurang sungguh. Mungkin sebab Imaen cerita tentang lelaki yang sama, Dia? Dalam buku Blues Retro ada sebut Nama Noor Suraya. Nak tahu tang mana kena baca bukunya.

Nama panjang Minah = Amina Hannah Mohsin-Yazbeck (ada darah yahudi). Nama panjang Mat = Muhammad Safwan Qaidar bin Malik (ada darah Turki).

Best buku ni sila baca.
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
May 5, 2014
Siapa kata kisah cinta antara dua darjat sudah tak releven? (Ayat macam emo, sebenarnya tak hehe..)

Ini kisah cinta Mat, si penjual nasi lemak yang pendiam dan sedikit alim dengan Minah, gadis anti kapitalis yang gondol dan berpenampilan entah apa-apa, yang juga anak kepada seorang ahli perniagaan yang kaya-raya.

Dua watak yang berkontradiksi ini menarik. Bukanlah bermakna apabila mereka berlainan sikap, mereka perlu bermain tarik tali dalam hubungan cinta-benci. Mereka tidak membuang masa untuk membincangkan isu yang remeh seperti kenapa datang lambat, kenapa tak jawab called dsb. Mat & Minah bijak dan berprinsip, jadi dialog yang dituturkan selalunya berisi. Ia sarat dengan kritikan pelbagai isu serta trivia ini dan itu.

Mungkin juga itu yang membezakan cerita ini dengan cerita cinta antara dua darjat yang lain, dan mungkin itu juga yang membuatkan cerita ini releven.

Profile Image for Theplain.
98 reviews25 followers
July 12, 2014
best classic love story. i just love mat. he is the ideal type of man every women need (not want, but need. bcoz sometime we are too arrogant to choose only handsome plus rich guy).

mat, an unknown graduate with small job, but with broad thought and ideas, cool style and a high class akhlak.
minah, a unique lady, who want to be the one and only 'Minah' (means her lifestyle, attitude is something that no one can copycat). that's why mat love her..hehe.

i really like imaen style, he is a deep thinker guy but deliver it in a simple and humour.

recommend for those who love underground story with 100 sure of no sensored scene
Profile Image for Hidayah Arifin.
23 reviews1 follower
May 7, 2015
Adoi, setahun baru betul2 habis baca, buat malu je cikgu dayah wehh...!
Dalam semua buku Imaen,ini yang paling lama saya ambil masa untuk habiskan, bukan kerana tak menarik, tapi kekangan masa, tuntutan kerja dan minat membaca novel yang semakin hambar :(
Saya gagahkan untuk baca sampai habis, dan tak nak baca lompat-lompat sebab ini buku Imaen, saya rasa sayang nak tinggal walau sepatah perkataan, apatah lagi kalau seperenggan atau satu muka :p
Akan ulang baca lagi, mungkin, one fine day...
Profile Image for lylieizzryn.
12 reviews
December 11, 2023
Buku keenam yang telah saya baca dari karya Imaen. Agak terkilan dengan diri sendiri sebab mengambil masa yang lama untuk bertemu dengan hidden gem (untuk lenih perasa boleh rujuk maksud di google) ini. Tetapi ‘better late than never’ kan orang kata. Untuk semua bukunya saya memang akan beri 5 bintang tanpa ragu. Entah kenapa setiap kali saya membaca cerita dari penulis mesti goosebump. Terasa seperti sesuatu masuk dan tembus tepat ke dalam jiwa. Agak keterlaluan ke? Hahaha tetapi itulah kenyataannya.

Dari cerita ini dan novel-novel beliau yang lain saya belajar tentang Islam itu praktikal. Islam tanpa amal hanyalah tin kosong (bising tetapi tiada isi). Dari sekecil-kecil perkara hingga ke sebesar-besar perkara Islam ada panduannya. Cuma kita nak dan tak nak sahaja mendalami dan memahaminya dan langsung beramal. Penulis banyak ketengahkan isu ini dalam novel-novel beliau. Sampai saya tersedar ‘apa erti aku menganut Islam selama ini’. Ianya satu tamparan yang hebat buat diri ini. Sesungguhnya diri ini masih bertatih-tatih untuk mendalami agama Islam dengan lebih mendalam.
Profile Image for Nur Syazwani Binti Salleh.
16 reviews9 followers
September 8, 2018
Kurang satu bintang sebab tunggu jalan cerita untuk babak action agak lama. Selain tu, suka baca falsafah ekonomi, sosial dan politik dalam buku ni. Bukan sekadar buku cintan-cintun je.
Profile Image for Fatini Zulkifli.
434 reviews40 followers
October 5, 2016
"Islam tak berkembang melalui ceramah dan diskusi, tapi Islam berkembang melalui imej realiti kita umat Islam," (p. 184)

Tertipu dengan tajuk. This book is more than just a love story between a boy and a girl. It’s a love story between Mat and his nasi lemak business. It’s a love story between Minah and social equality. It’s a love story between Mat’s friends and theatre performance and arts. It’s a love story between Minah’s father and worldly life.

Minah nama sebenarnya ialah Amina Hannah Mohsin-Yazbeck, berdarah Arab Kristian Melayu dan Yahudi, graduan London School of Economics, penulis artikel berkaitan ekonomi dan sosial untuk majalah antarabangsa, dan mempunyai krisis dengan ayahnya Dato' Mohsin kerana ayahnya mementingkan harta. Hannah membesar dalam keluarga Islam (arwah ibunya dulu bukan Islam) yang tidak praktis ajaran Islam. Manakala Mat pula graduan ekonomi dari UM yang dipilih ayahnya (seorang bekas metalhead) untuk menguruskan bisnes nasi lemak. Mat mencintai seni dan boleh dipanggil sebagai rocker beriman.

Dalam proses perkenalan, Minah mengalami transition imej (daripada seorang perempuan botak berimej rugged dan jarang solat) kepada seorang yang lebih baik. Terima kasih kepada Mat. Dalam proses perkenalan, mereka meraikan perbezaan idea dari segi ekonomi, agama dan politik. Peranan Mat sebagai pemimpin patut dicontohi oleh kaum lelaki (dan wanita). Tidak judgemental. Sifat open-minded mereka merupakan kesan hasil pendidikan dan hobi membaca.

Banyak benda yang boleh dipelajari dalam novel ini. Beberapa kritikan terhadap masyarakat Melayu turut diutarakan seperti ke-terharu-an Pak Chong kerana "ada Melayu yang tidak rasis yang melayannya sebagai manusia bukan 'Cina makan babi' yang tidak layak ditolong, seperti mana-mana Melayu yang menolong Cina mati nanti masuk neraka".

Antara kritikan yang lain ialah orang Melayu, suka betul menghakimi budaya pergaulan orang Barat padahal orang Melayu sekarang pun ramai yang lebih teruk. Kebanyakan orang Barat tidak mengetahui halal-haram, sebab itulah mereka bertindak sedemikian kerana tiada guidance. Tetapi orang Melayu yang telah dibekalkan dengan Al-Qur'an dan Sunnah tidak mahu ikut pula (atau buat-buat tak tahu).

Banyak lagi perkongsian menarik (yang diterangkan secara umum) daripada Imaen dalam buku beliau seperti apa itu plutobrat, ant tribe, kapitalis-antikapitalis, falsafah Krav Maga, budaya merokok (duduk KL gaji kecil tak sampai dua ribu pun merokok), kisah Abdullah Al-Andalusi dan lain-lain.

Kalau jumpa buku ni, bacalah. Tak rugi. Sekian, terima kasih.
Profile Image for Sufiyyah Zulkifli.
59 reviews6 followers
June 15, 2014
there are quite a number of words, yeah. the Malay language words used in this piece are not in my personal vocabulary. :3 yet, i didn't find the meaning. i just tried to understand contextually based on the situation in the story. :3 or, i just let me be not understand. :3

as usual. IMAEN. economic-thingy.

anti-capitalism issue.

what is more, if you're kind of person who read only what you like, and you don't like politics and you'd rather be ignorant about politics (even in your own country), you won't be able to finish this piece. :)
thus, my statement is that the author wrote explicitly about politics in this book. ^_^

and cinta antara dua darjat as usual by Imaen. difference about politics and wealth.

but, they're meant to each other by knowledge. :)

k. happy sunday!
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
December 15, 2014
Lama betul saya pegang-letak-pegang-letak buku ini sebelum mula baca.

Bagi mereka yang sudah biasa dengan penulis Imaen akan tahu bagaimana cara beliau berkarya. Dan saya pula jenis pembaca yang cepat bosan bila bahan bacaan tak kena dengan selera dan mood saya... (sebab itu saya ambil masa agak lama untuk mula baca karya Imaen yang ini... saya perlukan 'mood' yang baik untuk dapat 'hasil' yang baik)

YA, tidak salah cara saya mengumpul 'mood' kerana bila saya sudah mula membaca, naskhah ini bagaikan berhantu. Selagi saya tidak tiba ke noktah terakhir, dia bagaikan menghantui fikiran saya, mengganggu konsentrasi saya hinggalah saya habis mengadapnya.

Dan apa yang boleh saya katakan. Saya suka!
Profile Image for MamaErra.
387 reviews1 follower
August 14, 2014
Thumbs up!

Memang tidak pernah serik membaca karya Imaen walaupun ianya penuh dengan sindiran sinis yang selalunya akan kena batang hidung sendiri... he he he. Walau banyak mana novel yang menunggu giliran, aku mesti nak baca novel beliau dulu. Tak nak miss & ketinggalan punya pasal la... Itulah kelebihan penulis ini, tak kiralah dalam novel genre apa sekali pun, aku tetap suka.
Profile Image for Hafizul Osman.
66 reviews3 followers
August 4, 2014
Hei, kerana cinta, mati hidup semula manusia sanggup. Tapi, tidak akan sesekali berundur sekalipun ditekan bertubi-tubi.

Walaupun permulaan cerita sedikit perlahan tapi mengikut hukum pencerekaan, di penghujungnya ada klimaks yang menarik.
Profile Image for Suhailah Iskandar.
347 reviews16 followers
October 17, 2014
Imaen.. You made me wanna find out more of your writing. I like this qoute from pg 382.
"Sebab naluri saya suruh saya tunggu awak... dan saya percaya awak pada say masih seperti dulu."
Cinta Mat & Minah.. Spellbinding with topic, i rarely read. I love it. Sincerely.
Profile Image for Qhist Ma.
96 reviews64 followers
September 7, 2014
Seumpama mendengar Dewa 19, Sedang Ingin Bercinta. Sarat...
Displaying 1 - 23 of 23 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.