Saat orang lain sibuk mengejar ilmu, Emili lebih suka melayan cinta monyetnya. Alangkah indah jika dapat menjadi isteri pada hero pujaan.
Namun, tidak bagi Fahim. Maruah keluarganya harus ditebus. Dia mesti belajar hingga ke peringkat tertinggi. Bab nikah kahwin ditolak ke tepi dulu.
Demi mencapai impiannya, Emili sanggup bertukar agama. Diketepikan keluarga pun tidak mengapa, asalkan hati Fahim berjaya dimiliki.
Di Newcastle, Fahim gelisah. Permintaan Nur Amili Abdullah sukar untuk ditunaikan. Tapi, demi agama suci, dia rela memikul tanggungjawab. Amili harus dinikahi!
Bahagia atau derita, kemudian boleh fikir. Kalau Amili benar-benar cinta, mesti dia sanggup tunggu. Jika tidak terserah.
ohsem!!!! part warkah terakhir saya menangis. part sengal2 si mili saya tertawa. part liti liti kompleks si Mat saya kesian. overall, semua perasaan ada. ngeeee
Karya kedua selepas novel Dinda Cinta Kanda. Dan, karya kali ini menampakkan sisi matang Nur Insyirah. Karya kali ini melibatkan watak Emili @ Amili dan Fahim. Pasangan yang sangat sweet dan romantik tak lupa jugak nakal. Memang sesuai dengan tajuknya yang catchy. Plot penceritaan yang tersusun dan bahasa yang digunakan sangat ringkas menjadikan karya ini tidak mengambil masa yang lama untuk dihadam. Membawa kisah convert agama agak sukar jika tidak kena pada caranya, tapi NI berjaya! Secara keseluruhannya, novel kali ini mengajak kita mengenal nilai kepercayaan dan penghormatan terhadap orang lain. Paling penting cerita ni kelakar. I like! Tahniah buat Nur Insyirah.
Tajuk yg mengundang saya untuk mencuba..Yalah, saya stress baca novel cinta heavy with emotional baggage dan perangai kebudak2an watak utama yg amat terserlah dan jarang berkembang kematangannya. Ingatkan ia berunsur romantic comedy rupanya sebaliknya. Kalau anda suka novel Akadku yg Terakhir, Jangan Jatuh Cinta dan My Sewel Guy, saya rasa kemungkinan anda akan juga jatuh cinta dgn novel ini. Persamaan semua adalah issue kekeluargaan dan sakit jiwa yg ditanggung individu. Bezanya di mana the triggering point is dan issue convert serta bimbingan saudara baru.
Author mengetengahkan cara Anak2 Makcik Dhia - Murni, Fahim & Maira, mengendalikan emosi dari hayat ayah mereka masih ada. This is the 1st triggering point. Akibat cemburu manusia, semakin teruk tekanan jiwa yg dihidapi Encik Syed. Dari kecil hingga dewasa, anak2nya menanggung beban cemuhan dari orang kampung yg tak pernah putus. Mereka bangkit jadi anak2 yg terpelajar dan baik budi. Tapi tahap kesabaran mereka semakin menipis apabila ada saja batu api yg menjaja cerita.
Yg teruk terkena tempias adalah Fahim. Sedari kecil sering mengikut ke mana sahaja ayah mereka pergi. Segala caci maki termasuk kekejaman yg dilakukan anak2 kampung ke atas Encik Syed disaksikan oleh Fahim sendiri. Tiada seorang pun dari keluarganya sedar akan penyakit yg dihidapi Fahim hingga Emili membongkar rahsia yg cuba Fahim sorokkan. Txs to Haziq, Ustaz Efiron, Doktor Harmainy dan rakan sekampusnya cepat menghulurkan bantuan initially.
Emili seorang mualaf yg membesar bersama keluarga Fahim ni pun aneh..nak kata tak matang, dia matang juga, ada juga terselit kenakalannya. Degil dan tidak mahu dengar penjelasan. Takut akan kegagalan dia lebih suka lari dari masalah daripada menempuhnya. Kalau tak cuba mana tahu kedudukan sebenar, bukan? Matlamat hidup orang ingin menjadi orang yg berjaya. Matlamat hidup dia hanya satu, menjadi isteri Fahim. Dialah tulang belakang buat Fahim.
Macam2 yg terjadi..Saya terfikir kenapalah mereka tak berpindah..habis cerita..ada sebabnya. Sempat lagi author promote supplements dan MLM in this novel. Dan mengingatkan kita tentang skim cepat kaya.
Kalau Fahim trauma dengan masa silam dia, boleh tak saya kata yg saya trauma nak baca novel2 yg masih wrap dengan plastic di rack saya. Saya stress nak mulakan pembacaan..takut hampa..hampeh betul minah ni sorang..hehehe..peace!!
Siapa tak sayang bini? – baca tajuk dpt rasa citer ni mesti kelakar! Ok..mmg ada lucunya dn mmg tersengih senyum jugak la membacanya! Isu dibawa agak berat , emili yg bertukar agama krn cintakan Fahim… satu pengorbanan yg tdk mudah! Ikatan kekeluargaan Fahim yg sgt baik dan kuat membuatkan hubungan emili & fahim terbina dgn baik dan ‘menjadi’! Tp ttp ada dugaannya, rupanya fahim berkahwin dgn emili ‘bersebab’… emili jd kecewa dn ‘lari’ dr fahim.…
Bertemu semula dlm keadaan mereka bergelar pelajar dan pensyarah! Walau sakit hati dan marah tp rasa sayang emili buat fahim tdk berubah! Penyakit yg dialami fahim berthn lama, diketahui Emili dan dia membantu fahim utk sembuh!
Keseluruhan? Citernya dgn bahasa mudah ni mmg sgt senang difahami! Ditambah perisa lawak menjd ia sgt santai dibaca…best dan dpt diterima dgn baik… tk rugi beli!!