Jump to ratings and reviews
Rate this book

Rasa

Rate this book
3 Ceritera penuh RASA oleh 3 penulis popular Jemari Seni

Ceritera 1: Kimbap Si Kurung Firus – Amany
Sepuluh tahun, DG menyukai Izzat Hafeez. Sepuluh tahun, di mata dan di hati DG hanyalah dia. Sepuluh tahun, DG jadi stalker terulung dia. Dan sepuluh tahun hanya mendengar cerita tentang Izzat Hafeez dari jauh, kini lelaki itu muncul di depan mata.

Adakah ini petanda pada sebuah khabar gembira atau kehadiran lelaki itu hanya untuk menduga hatinya?

Ceritera 2: Ice – Nirrosette
Kerana abang sulungnya Kyle lebih bijak, Ice sering dipinggirkan oleh mama dan papanya. Lebih-lebih lagi setelah pemergian Abang Iq kesayangannya. Mujur ada Ahmad Zaim atau AZ yang jadi teman suka dukanya.

Berjayakah hubungan Ice dan Kyle dipulihkan sedangkan Kyle masih berahsia tentang dirinya? Dan apa yang menyebabkan AZ jadi lebih ‘baik’ di mata Ice?

Ceritera 3: Tapai Pulut Daun Getah – Faziela
Tiga kali pertemuan yang tidak sengaja membuatkan Aza dan EE bersahabat baik. Dan mereka tidak pernah terfikir untuk lebih serius kerana pengalaman silam masing-masing.

Apabila EE bakal ditugaskan ke luar negara, dia mula resah untuk meninggalkan ‘teman baiknya’ itu. Perlukah dia bertindak seperti saranan temannya, Pijie? Tetapi Aza sendiri bagaimana?

First published April 1, 2014

1 person is currently reading
36 people want to read

About the author

Amany

5 books30 followers
an awkward turtle | an accidental author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
19 (27%)
4 stars
29 (42%)
3 stars
17 (25%)
2 stars
2 (2%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 19 of 19 reviews
Profile Image for Hajar.
284 reviews
August 31, 2016
05-05-2014

Ceritera 1 : Kimbap Si Kurung Firus - Amany

Memang sakit bila menyimpan rasa dalam diam. Lagi sakit bila perasaan itu diketahui oleh pihak satu lagi tapi tak diendahkan. Adoi!

Sepuluh tahun Dayang Nuramalia (DG) menyimpan rasa terhadap Izzat Hafeez (Izzat) sampai dicop sebagai stalker terulung oleh teman-teman mereka. Apa tidaknya, memang nampak ketara sangat DG ni jadi stalker sampai Izzat sendiri tahu hakikat kewujudan DG.

Kemunculan Izzat sebagai penyelamat mama DG yang nyaris rebah di lapangan terbang menemukan mereka kembali. Bukan mudah DG nak berpura-pura yang dia sudah tiada ‘rasa’ terhadap Izzat lebih-lebih lagi bila hubungan Izzat dan mama DG bertambah erat disebabkan peristiwa itu.

Teman-teman rapat DG pula memang tak menggalakkan DG menyimpan harapan terhadap Izzat setelah Mimi, salah seorang teman rapat DG (yang juga merupakan rakan kongsi di firma guaman Izzat) bercerita yang Izzat mungkin sudah menemui seseorang selepas dia ternampak seorang perempuan menunggu di dalam kereta Izzat. Sebenarnya kejadian tu berlaku pada hari Izzat membantu mama DG dan Izzat pula singgah ke pejabat untuk melunaskan tugasnya dalam perjalanan menghantar DG pulang ke rumah. Haha. Kesian DG. Taman dalam hati terus kuncup lepas dengar cerita Mimi.

Izzat pula makin tertarik setelah mengenali peribadi DG tapi silapnya dia hanya berani memberi petunjuk tanpa berterus terang tentang perasaannya terhadap DG. Dia fikir dengan segala petunjuk tu DG boleh faham apa yang ada dalam hati dia agaknya? Haish...

Komen saya:
Suka dengan sorrounding kisah ni. Ada elemen kekeluargaan dan persahabatan. Diselitkan juga tentang kerjaya guaman yang juga turut menyelitkan Dania dari kisah Si Mata Bundar. Kisahnya pun mudah, manis (tanpa gula tambahan tentunya) dan santai.

Ceritera 2 : Ice - Nirrosette

Disebabkan elemen favouritism dalam keluarga mereka, Nuraisyah (Ice) dan Iqbal sentiasa tersisih daripada perhatian kedua ibu bapa mereka. Apa sahaja yang dilakukan mereka sentiasa dapat tentangan lebih-lebih lagi bila Khairul Izwan (Kyle) sentiasa memainkan peranan utama dalam setiap penentangan itu. Huish, memang menyakitkan hati! Tapi Iqbal tak pernah berputus asa untuk dapatkan apa yang dia mahu dan itu juga yang menjadi pegangan Ice walaupun Iqbal telah lama meninggal dunia. Sobs.

Kepulangan Kyle setelah bertahun melanjutkan pelajaran di luar negara mengejutkan Ice. Lebih-lebih lagi bila Kyle sudah banyak berubah malah telah mula mahu menunjukkan kemesraan yang tak pernah wujud di antara mereka sebelum ini. Ice yang masih menyimpan dendam dengan apa yang telah dilaluinya bertahun dulu hanya memandang sepi perlakuan Kyle. Tanpa pengetahuan Ice, kepulangan Kyle sebenarnya dengan misi untuk merapatkan hubungan kekeluargaan mereka kerana Kyle merasakan tempoh hayatnya sudah tidak lama. Haish. Persoalannya, mampukah Kyle untuk menawan kembali hati Ice yang telah lama menjauh itu?

Komen saya:
Cerita ni sangatla huwaaaa :(( Memang boleh buat hujan dan ribut petir. Haha. Saya tak tahulah untuk orang lain tapi bagi saya hal-hal kekeluargaan sebegini tak pernah gagal untuk mengundang emosi. Point penting untuk dipateri dalam pemikiran; jangan suka junjung ego sebab kita sendiri tak tahu entah bila ajal kita bakal menjemput. Entahkan sempat atau tidak untuk mohon maaf dengan pihak yang lagi satu tu. Kisah yang ringkas tapi sangat menusuk ke hati. Phew..

Ceritera 3: Tapai Pulut Daun Getah - Faziela

Aza dan Reza Azhari (EE) dipertemukan di kala masing-masing sedang bergelut mengubati kelukaan hati masing-masing. Jika EE dikecewakan teman wanitanya, Aza pula kematian kekasihnya. Teman-teman yang maklum dengan cerita disebalik kekecewaan EE sudah mula menjalankan misi untuk mencari jodoh untuknya. Haha. Pijie, teman serumah EE pula dah pakat nak kenalkan EE dengan jiran sebelah rumahnya tanpa menyedari yang EE sudah pun mengenali Aza. Bila dah tahu hakikat sebenarnya memang jenuhlah EE kena usik.

Hari demi hari hubungan mereka makin erat tapi EE masih belum mahu berterus terang tentang perasaannya hinggalah dia mendapat arahan untuk ditugaskan ke Timur Tengah. Ha, masa ni baru gelabah nak confess. Agak-agaknya apa reaksi Aza? Terima atau tolak?

Komen saya:
Kisah ni pun mudah je. Manis. Buat saya tergelak-gelak dengan kesengalan EE ni. Ditambah pula dengan kehadiran watak Felix si kucing gemuk dan Fattah, anak buah EE. Haha. Pendek kata memang pengubat kekecewaan saya terhadap Sandal Bunga-bunga. Walaupun dah pernah baca versi blog berulang kali, kisah ini masih tak jemu diulang baca. :)

Memang saya akui, buku ini beri ‘rasa’ yang berbeza untuk setiap kisah yang dilakarkan oleh penulis. Dimulai dengan rasa manis. Kemudian diadun dengan rasa pahit dan kelat dan pengakhirnya kita dijamu dengan masam-masam manis ala ramuan tapai. Hehe. Cukup rasa. Tapi jangan bimbang, anda boleh memilih untuk merasa yang mana satu dulu. Memang pilihan terbaik untuk orang (macam saya) yang suka baca kisah pendek dan tanpa konflik tahap pecah kepala. :D Sekalung tahniah untuk penerbit dan penulis atas usaha menerbitkan karya ini. :)

P/s: Ubat demam saya ni. Hehe. Terima kasih Mai. :)
Profile Image for SORA.
183 reviews7 followers
April 5, 2023
Kimbap Si Kurung Firus--Amany
🍽️ Usai membaca kisah DG-Izzat yang manis lalu membuatkan pembaca tersengih sorang-sorang. Nampaknya penulisan si penulis berjaya memikat jiwa aku. Boleh la selongkar almari cari buku pasal Dona dan Banie pula.

Ice--Nirrosette
🍽️ Ice, gadis yang terlalu ikutkan perasaan dan dalam fasa memberontak. Permulaan cerita yang berjaya menimbulkan tanda tanya kepada diri aku, kenapa Kyle yang sekarang lain daripada dulu. Kyle yang dulu sangat kasar dan tidak peduli orang sekeliling dan Kyle yang sekarang lebih keabangan?

Tapai Pulut Daun Getah--Faziela
🍽️ Kisah Aza dan EE ni mendapat tempat pertama dalam hati. Aku suka bila Aza dan EE membuat keputusan untuk move on daripada kisah silam masing-masing. Konflik daripada pihak ketiga cuma muncul sekejap. Itu pun sipi-sipi je. Jadi, cerita cinta yang santai.
Profile Image for Ririn Aziz.
791 reviews106 followers
May 17, 2015
3.5 bintang untuk keseluruhan buku.

Ceritera I : Kimbap Si Kurung Firus - Amany

Dibaca pada 11 - 14 Mei 2014
2.5 bintang

Pertama kali membaca karya penulis ini.

DG (Dayang Nuramalia) sukakan Izzat (yang diberi code name Neo oleh rakan-rakannya) sejak di zaman universiti hinggalah sekarang, 10 tahun kemudian. Pintu hatinya seolah-olah tertutup untuk lelaki lain walaupun dah ramai calon dikenalkan padanya. Dia cuma meminati Izzat dari jauh, tak pernah berbual apatah lagi berterus-terang, lebih-lebih lagi bila dapat tahu Izzat ada gf bakal doktor. Tapi, hal DG sukakan Izzat memang bukan rahsia. Agaknya satu batch tahu. DG, si secret admire yang tak berapa nak secret.

Tapi, peristiwa Izzat menolong mama DG di airport membuka harapan baru dalam kisah statik mereka. Izzat seolah-olah baru nampak akan kehadiran DG. Dan semakin lama dia semakin menyukai gadis itu, terasa bahagia bila dapat berjumpa dan berbual. Malahan sikapnya turut berubah, dari seorang yang sangat serius menjadi seorang yang selalu tersenyum, suka ketawa malahan pandai mengusik. Perubahan yang sangat ketara sehingga keluarga dan teman rapatnya nampak semua itu. Masa bercinta dengan Najiha dulu, Izzat tak begini, tetap serius.

DG pula, kecewa bila diberitakan Izzat ada gf baru (khabar yang disebarkan temannya Mimi walaupun dia tak tahu pun benda sebenar). Tapi dia tetap tak boleh nak lepaskan rasa pada Izzat tu, dah 10 tahun dah dia berangan dan mengharap. Bila tiba-tiba Izzat nak dekat, dia pulak jual mahal. Hati kata lain, mulut kata lain.

Saya keliru sepanjang cerita. Jadi emosi pembacaan saya memang tak berapa stabil. Saya sangat keliru dengan sikap DG. Sepanjang cerita dok main tarik tali. Kata suka sangat kat orang tu, sampai tertutup hati pada orang lain. Sanggup tunggu sampai 10 tahun, tak boleh lepaskan. Tapi bila si Izzat tu ajak berbual, tak nak layan. Lepas tu jual mahal. Malah rasanya kata-kata yang keluar pun macam nak marah jer orang tu, padahal biasa jer dia tegur, lagipun dia dah dengan baik hatinya tolong mama yang dia tak kenal pun kan, at least cakap la elok-elok sikit. Depan dingin, cakap pun kasar, tapi lain pulak bila dia bercerita dengan kawan-kawan dia. Nasib baik la Izzat tu dah jatuh suka, dia bersabar jer. Kalau tak, kan dah terlepas peluang, nak salahkan siapa lagi? DG pada saya agak immature, sikapnya tak berapa kena dengan umur dan kerjaya. Saya x nampak seorang Legal Advisor berumur 28 tahun. Yang saya nampak, seorang gadis belasan tahun yang gilakan K-Pop, menari dan menyanyi lagu2 pop Korea bila stress dan mencurahkan perasaan pada teman-teman pasal crushnya.

Supposed to be a very sweet love story when somebody that we have been waiting for 10 years finally realized our existance. But what I got was a very confused feeling throughout the whole story.


Ceritera II : Ice - Nirrosette

3.5 bintang

Bukan kisah cinta.

Ice tidak dapat menerima kehadiran kembali Kyle dalam hidupnya. Kyle, abang kandungnya. Mereka seolah-olah telah terputus hubungan sejak Kyle melanjutkan pelajaran ke UK sejak 7 tahun lepas. Dan Kyle tidak pernah sekalipun balik, walaupun ketika Iqbal kemalangan.

Jarak usia yang agak jauh antara Kyle dan Ice membuatkan hubungan mereka sangat renggang. Lagipun, sebelum bertolak ke UK, Kyle was a first class jerk! Memang hanya mementingkan diri dia sendiri saja. Tambah-tambah bila papa dan mama memang jelas menyebelahi dirinya. Mintalah apa saja, cakaplah apa saja, pasti akan dituruti. Memang seperti langit dan bumi layanan mereka terhadap dua lagi anak mereka, tetapi lebih-lebih lagi pada Iqbal. Segala apa yang dia buat dan minat, semuanya tak kena di mata papa.

Ice memang sangat rapat dengan Abang Iq. Itulah satu-satunya orang yang sudi melayan karenahnya. Jadi tak hairanlah bila apa saja yang Abang Iq suka, Ice turut menyukainya. Malah seperti kembar, semua dilakukan bersama. Pemergiannya 4 tahun yang lepas memberi kesan yang mendalam pada Ice.

Apabila Kyle kembali, Ice masih tidak dapat memaafkannya. Walaupun Kyle telah berubah 180 darjah, rasa benci tu tak dapat dikikis. Malahan, Ice menyalahkan Kyle atas kematian Iq. Tetapi, Kyle tetap bersabar melayan segala karenah Ice. Sikap mengambil beratnya kadang-kadang mencairkan juga hati Ice, tapi serentak dengan itu juga bayangan Abang Iq muncul, membekukan semula hatinya bila mengingatkan kisah mereka dahulu.

Memang hati Ice sangat dingin hingga tak mahu memberi peluang kedua buat Kyle untuk membetulkan kesilapannya dan merapatkan hubungan mereka. Walaupun pelbagai cara dilakukan, Ice tetap menentang dan Kyle tetap bersabar, kerana dia sedar, memang dia salah dahulu dan lagi masanya mungkin tak lama.

Hmm...sikap ibu bapa memang sangat memainkan peranan penting dalam pembentukan diri anak-anak. Kadang-kadang, sikap anak yang 'rebel' berpunca dari layanan ibu bapa itu sendiri. Mungkin mereka tak sedar, mungkin bagi mereka, apa yang dilakukan selama ni sudah cukup baik, tapi mereka juga tak sedar, layanan yang diberikan pada anak-anak terutamanya ketika peringkat kanak-kanak lagi akan mempengaruhi sikap mereka ketika remaja dan dewasa kelak :(

Dan...cubalah buka hati untuk memaafkan sekiranya diminta peluang kedua. Walaupun kesalahannya begitu membekas di hati, lebih baik bila jiwa kita tenang dengan kemaafan daripada menyesal di kemudian hari. Aturan Tuhan tidak kita ketahui.

Sedih.....


Ceritera III : Tapai Pulut Daun Getah - Faziela

Berbelah bagi nak bagi 3.5* ke 4*. Last-last settle dengan 3.8* ;P

Saya menyukai kedua-dua karya Faziela sebelum ni. Novel-novel beliau antara naskhah2 awal yang membawa saya kembali membaca novel Melayu. Jadi, bila nampak nama Faziela kat buku ni, excited sungguh. Terus order kat website JS tu.

Dapat buku, terus cari cerita ni. Tapi ... baca bab-bab awal tu...hmmm...rasa deja vu pulak. Terasa seperti sedang membaca bab-bab awal dalam Sandal Bunga-bunga. So, pembacaan terhenti seketika. Dah masuk beberapa bab, baru excited balik sebab dah nampak jalan ceritanya.

EE dan Aza masing-masing punya kisah silam yang pahit. EE kehilangan teman wanita sejak sekian lama bila si dia beralih arah menjalinkan hubungan dengan bosnya sendiri (mungkin lebih kaya, tapi telah tua dan beristeri). Aza pula masih dihantui oleh rasa bersalah bila kekasihnya meninggal kerana kemalangan dalam perjalanan untuk menemuinya. Jadi, kedua-duanya agak serik untuk mencari pengganti kerana pengalaman silam masih berbekas di hati.

Mereka bertemu secara tak sengaja bila kereta Aza yang diparkir bersebelahan dengan kereta EE bocor tayarnya. Dengan sikap yang sangat gentleman, EE membantu Aza menukar tayar. Ingatkan habis di situ saja pertemuan mereka, tapi takdir menemukan mereka beberapa kali.

Klise...kecilnya dunia...hehe. Rupanya Aza jiran merangkap saudara kepada Pijie, housemate EE. EE memang selalu juga bertandang ke kampung Pijie dan hubungannya dengan keluarga serta rakan-rakan Pijie kat kampung ni tersangat la baik. Tapi tak pernah pula terjumpa dengan Aza selama ni. Rancangan Pijie nak memperkenalkan EE dengan kakak Aliff jadi kejutan pula bila dua-dua dah saling mengenali.

Lepas tu, hubungan mereka menjadi rapat, tapi atas dasar 'kawan baik'. Tapi, apakah pula maksudnya bila hatinya begitu sedih bila diberitahu yang EE perlu memantau projek syarikat di luar negara?

Ending yang sweet :D.

Dan kisah ni dah jadi karya Faziela yang paling saya suka. Nampak ada peningkatan berbanding novel-novel terdahulu.

PS - baca cerita ni, rasa tu hampir sama dengan baca BMHS. So, sapa-sapa yang minat citer tu sila la baca yang ni pulak ye. ;P
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
March 29, 2016

1. Kimbap Si Kurung Firus
4*
saya suka dengan kesederhanaan cerita ini. dapat dihadam kekeliruan DG, sama ada itu crush or love?
sepanjang sepuluh tahun menjadi stalker, DG sendiri keliru dengan hati nya, maka saat Neo menghulurkan salam perkenalan berlaku adegan tarik tali, tambahan pula diketahui bahawa Neo mempunyai gf baru...

mungkin, sebab kesantaiannya ketika di baca time lunch our kt opis menyebab kan aku begitu menyenangi karya ini...ermmm

2. Ice
3*
sedingin ais, begitulah Ice dalam hubungan nya dengan kyle. kedegilan & keegoan ice memang menguji kesabaran kyle.

secara jujur, aku kurang gemar dengan naskhah ini. ok, fine jika kyle itu berpenyakit, tapi itu bukan tiket untuk berlaku kejam dengan adik2 nya. digambarkan dengan dialog2 jangan panggil aku abang, jangan kacau.. n event tak pulang ketika Abang Iq meninggal (walaupun ada reason, tapi perlu ke biadap?) for me, its too much! and, as a parents boleh biarkan anak2 berantakkan, event lepas kehilangan seorang anak? digambarkan macam tak terlalu terkesan, masih menyebelahi kyle bcos penyakit dia! apa pun alasan, sebagai ibu bapa patut lebih tolerate, bukan pengikut.

for me, naskhah ini lebih cantik andai lebih diberi penekanan dalam sikap ibu bapa ice yang terlampau pilih kasih,berubah bersama2 dalam memperbaiki hubungan anak2 mereka, berbanding kesengsaraan kyle & perubahan ice!

3. Tapai Pulut Daun Getah
4*
entah, suka dengan karya ini.
suka dengan EE yang tegas dengan ex nya, sweet dengan aza
suka dengan aza yang ebrani mempertahankan hak nya setelah berdiam sekian lama
suka couple EE-Aza yang malu2 tapi sweet...

pertama kali membaca karya penulis, saya berpuas hati.
permualaan diakui agak lamabt untuk menarik minat, tapi lama kelamaan makin menarik.

sesuai la baca ketika santai2... hehhe
Profile Image for Bell.
115 reviews3 followers
April 25, 2024
1) Kimbap Si Kurung Firus

– The girls friendship dalam ni sangat seronok dibaca.
Amany ada satu universe di mana buku2 dia semua ada cameo watak2 dia, ada Banie, ada Dona. Saya tunggu jugak cerita geng2 lain dalam ni 🥺

– Hahahahhaha saya suka watak DG!!!!!! Setia betul, sanggup tunggu. Tapi siapa je crush kat orang lain sampai orang tu tahu 😭 Hahahaahahhaha comel

– Izzat pulak. Nasib kau cepat bertindak. Dah suka cakap suka, kan senang. Watak Izzat ni unpredictable tapi bro romantik. Awwwww.

2) Saya skip reread cerita Ice sebab cerita ni sedih yang buat saya teresak2 sampai bengkak mata 🥹

3) Tapai Pulut Daun Getah

– Saya persembahkan watak lelaki paling selamba!!! Ni pun sama macam Izzat, nasib baik kau cepat sedar kau suka kat Aza tu EE.
Saya suka sangat perangai kuat menyakat si EE ni.
Fattah scene stealer tak berbayar!!!! Hahahahha comel sangat budak ni!

– Ya Allah saya suka sangat waktu Aza stand up to herself waktu kakak ex dia ambush dan tuduh dia macam2. Ni pun sama nasib cepat mengaku dah suka kt EE. Nak confess pun comel lahaiiiiiiii aku pun cair 🫠🫠

Final note:
– Ketiga2 cerita digarap dengan sangat baik. Tak ada loop hole yang buat saya tercengang atau terfikir apa jadi. Walaupun cerpen, tapi tak ada pun rasa kurang atau kena tambah apa2. Cukup baik dah. Writing style, tatabahasa, memang 💯 Typo nan hado. Rindu la wehhh nama watak2 yang marhaen macam ni takde berbelit lidah nak sebut. Saja lah nak cakap, tiga2 penulis ni memang auto buy saya. Bila nak menulis buku baru 🥹
Profile Image for Intan.
85 reviews2 followers
September 2, 2014
Kadang- kadang ku terfikir ada ke in real life cerita cinta sweet macam kebanyakan buku js- selalu jumpa kebetulan- jatuh cinta. Secret admire pun sebenarnya suka kat kita...fairy tales?

#review tak berkaitan buku hohoho
Profile Image for Aina Shukri.
527 reviews43 followers
July 1, 2017
Cerita 1: Kimbap Si Kurung Firuz-Amany

Cerita yg best. Sweet pon iya jugak. Cerita ni buat aku teringat balik kat crush2 lama. Mungkin betul apa yg orang kata. 'If you like someone for six months you either end up fall in love with him or you will find someone else.

Dalam kes ni, DG dah crush kat Neo aka Izzat Hafeez for 10 years! 10 tahun kau?! Ingat senang nak simpan rasa tu? But lucky her, she had her happy ending.

Jadi bila aku baca cerita ni, aku faham apa yg DG rasa. Suka pada yg lelaki yg tak pernah nampak kita. DG lagi malu bila si Neo tu sebenarnya tau perasaan dia.

Best baca sbb kita sendiri pernah rasa apa yg heroin tu rasa.Jadi bila baca tu, asyik nak anguk2 kepala saja. Tahniah buat penulis sbb berjaya tulis pasal legal department ni. Tak banyak buku sebegini. Jadi bole la tambah knowledge dlm law/attorney. Another rencah yg menarik aku sebab memang cita2 nak jadi lawyer. Jadi sambil baca sambil berangan la jawabnya.. XD

Cerita 2: Ice-Nirrosette

Mungkin betul apa yg dikata, 'you never miss your well until the water runs dry. You have to make the most of things at the time because sometimes when you lose it you may never get it back.'

Elemen favouritism yg diterapkan oleh ibu bapa mereka menyebabkan Aisyah aka Ice dan Iqbal sering menjeruk rasa. Tambah buruk, first child syndrome yg dialami Khairul aka Kyle. Sikap Kyle yg selalu dingin dgn adik2nya meyebabkan Ice membenci abangnya.

Kebencian Ice makin bertambah apabila Kyle langsung tak pulang ke rumah walaupun Iqbal meninggal akibat kemalangan. Jadi bila Kyle pulang kerumah setelah 7 tahun belajar di uk. Ice totally ignore dia. Macam2 cara yg Kyle buat utk tambat balik hati adik dia yg keras mcm diamond tu.

Sikap sejuk beku Ice akhirnya mencair bila dia mengetahui rahsia sebenar kenapa Kyle tak pulang waktu Iqbal meninggal. Waktu yg sangat2 lah terlambat..

Fuhh! Banjir waktu baca, banjir lagi sekali waktu nak tulis reviewnya. Konflik antara adik beradik ni memang tak boleh tidak akan leleh juga lah. Penulis berjaya mencoret rasa yg dialami Ice dgn baik sekali. Jadi waktu baca tu ada la jugak rasa, "hah, macam ni la yg aku rasa dulu!" Dan watak AZ tu memang bikin aku senyum. Sanggup tu berhenti merokok semata2 sukakan Ice. Harap ada ending yg lain utk kisah Ice-AZ maybe?

Cerita 3: Tapai Pulut Daun Getah -Faziela

Ermmm... macam mana nak describe ye? Rasa yg manis tapi tak la terlalu manis. Macam tapai. Manis tapi tak manis sangat. Sedang elok. Cerita biasa yg menghasilkan perasaan yg luar biasa bagi aku.

EE yg direjek oleh awek blondie yg dia dah couple selama 5 tahun hanya kerana perempuan tu dah jumpa dgn boss dia yg poketnya lebih tebal berbanding EE yg merupakan petroleum engineer. Dah la keturunan tengku. Entah apa lahi la yang tak cukup.

Berbeza dgn Aza (ya, nama dia cuma Aza. 3 huruf ja) yg boyfriendnya meninggal dlm kemalangan semasa dlm perjalanan nak jumpa dgn dia. Jadi, kakak arwah selalu ganggu Aza dan salahkan Aza dlm hal ni. Sampai Aza dah mcm give up nak bercinta balik.

Pertemuan demi pertemuan yg terjadi menyebabkan kawan Aza mengusik yg Aza dgn si lelaki mungkin ada jodoh. Jadi, selepas pertemuan terakhir mereka, Aza dengan yakinnya cakap yg dia takkan jumpa si EE tu lagi.

Jodoh mereka, bila mana EE merupakan best friend kepada jirannya, Pijie malah selalu bertandang ke rumahnya. Bermula dari situ, EE menghulurkan salam persahabatan.

Tapi lama2 sayang EE bukan sekadar sahabat. Tapi EE ni slow! Dah nak kena buang ke middle east baru nak sedar yg dia sukakan Aza. Mujur la Aza ni cepat respond. Kalau tak, mereput la EE dekat padang pasir tu. Haha.

Oh, oh! Dalam cerita ni penulis ada selitkan sedikit scene Amsyar (Si Mangkuk Tingkat) dan Zahran (Sandal Bunga Bunga). Suka cerita ni. Sweet. Tambah dgn sikap comel Fattah yang jadi penyeri cerita. Rasa mcm nak cubit2 ja.. XD
Profile Image for Along Norhamira.
85 reviews6 followers
Read
August 20, 2016
Bismillah…

Saya suka ketiga2 cerita yang ada dalam novel RASA.. sangat bersahaja dan berbaloi untuk dibaca 

1) Kimbap Si Kurung Firus.

I feel u DG. Being a stalker for 10 years and tetiba orang tu tunjukkan rasa suka, memanglaaa akan tersalah tingkah. Haha.. and sebab tulah saya rasa DG tunjukkan adegan tarik tali disitu, bukan sebab dia tak suka Neo, tapi sebab dia terlebih suka and tak tahu nak react macam mana..

And saya suka juga part DG bercerita pasal Neo dengan kawan2 baik dia. Kat sini, saya tak nampak pun DG sebagai watak yang tak mature. For me, it’s normal… Kita sebagai perempuan yang single semestinya, memang lah akan nampak kuat, berkarisma and professional di tempat kerja, tapi kita tetap akan ada kawan2 yang tahu kita punya childish character because at the end of the day, kita tetap akan contact kawan2 baik kita bercerita tentang crush, cerita apa yang jadi kat kita seharian, emosi dengan rakan sekerja and so on..

So, saya sangat sangta berpuas hati dengan jalan cerita Kimbap Si Kurung Firus, well done cik penulis.

2) Ice

Bila baca kisah adik beradik atau keluarga, memang la akan terlebih emosi. Tq penulis sebab berjaya ketengahkan cerita macam ni untuk dijadikan iktibar.

Pada saya, sifirnya mudah. Keluarga adalah insan2 yang dipilih tuhan untuk bersama-sama dengan kita didunia ni. Jadi, jika ada persengketaan dan tak puas ati, sila tolak tepi semua rasa tu. Sebab mereka tetap orang2 yang akan bersama-sama dengan kita sampai lah ke akhir hanyat. Keluarga bukan macam kawan dan bukan macam kekasih, yang bila kita tak suka, kita ada pilihan untuk lari dan tinggalkan diorang. Jadi, once Allah dah pilih seseorang tu untuk jadi adik, abang atau kakak kita, ia akan tetap selamanya jadi sedara sedarah sedaging yang kita perlu sayang tanpa syarat.

Untuk ibu ayah, elakkan bersikap pilih kasih walau selebih mana pun seseorang anak itu berbanding adik-beradiknya yang lain. Sebab kita tak pernah tahu, mungkin anak yang paling kita tak sayang tulah yang akan lebih berjasa kepada kita. Mungkin dia yang lebih mendoakan kita apabila kita sudah tak ada kat dunia ni.

3) Tapai Pulut Daun Getah

Suka dengan kecomelan Fattah and Felix. Haha…

Cerita ni best, cerita dia smooth and santai je dari awal hingga akhir. Walau ada la jugak konflik yang dicetuskan oleh kisah2 lama EE dan Aza, tapi dia tak meleret sangat dan tak memenatkan pembacaan.

Benda yang saya belajar dari cerita ni adalah jodoh ada kat mana-mana dan mungkin datang tanpa disangka-sangka. Cerita yang membuatkan saya cakap kepada diri, tak payah risau sangat lah pasal jodoh, he will came at the right time and just follow the flow! Haha..

Benda yang paling saya suka dalam cerita ni adalah hubungan persahabatan antara PIjie and EE. Sangat akrab dan saling menjaga. Serius, saya ingatkan hanya orang perempuan je yang ada hubungan rapat macam ni dengan kawan. Lelaki pun ada rupanya.
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
March 30, 2015
1. Kimbap kurung firus
DG (Dayang Nuramalia) telah sepuluh tahun meminati Neo (Izzat Hafeez) tetapi dia tidak pernah meluahkan isi hatinya pada Neo. Bila DG rasa dia sudah sedia untuk melepaskan Neo, Neo kerap pula hadir dalam hidupnya. Neo ramah dengan mama DG dan selalu di jemput untuk makan bersama. Hati DG semakin terikat dengan Neo. Neo mula tertarik dengan peribadi DG yang selamba dan penyayang tetapi dia tidak yakin dengan perasaan DG kepadanya setelah sepuluh tahun dia diabaikan. Dia mula rasa bersalah. Bila DG akhirnya luahkan perasaannya, Neo rasa lega kerana akhirnya dia telah berjumpa dengan belahan hatinya. Sweet!
2. Ice
Ice (Nuraisyah) telah lama rasa seolah-olah ibu-bapanya tidak menyayangi dirinya dan Abang Iq. Dia rasakan mereka hanya menyayangi abang sulongnya, Kyle. Rasa dendam itu berlarutan dan bertambah teruk kerana Kyle tidak mahu pulang ke Malaysia untuk melawat. Suatu hari, Kyle pulang dari UK. Ice memberontak. Kyle cuba untuk berbaik-baik dengan Ice tetapi ego Ice sangat tebal. Kyle kecewa. Akhirnya Ice dapat tahu tentang penyakit Kyle, tetapi dia terlambat untuk minta maaf. Surat terakhir dari Kyle melembutkan hati Ice dan dia mula berubah. Dia hanya inginkan perhatian dari abang yang di sayang.
3. Pulut tapai daun getah.
EE (Tengku Muhammad Reza Azahari) telah putus cinta dengan Amaira, kekasihnya yang selama lima tahun kerana Amaira telah curang. Aza Azahari pula baru kehilangan teman lelakinya dalam satu kemalangan. Kakak teman lelakinya selalu mengugut dirinya dan menyalahkan dirinya atas kematian adiknya. EE dan Aza bertemu secara kebetulan beberapa kali. Ada keserasian. Kebetulan juga teman serumah EE, Pijie mahu mengenalkan mereka. Akhirnya Aza dikenalkan kepada keluarga EE di majlis perkahwinan abang Pijie. Setiap kali bertemu, hati EE semakin terpaut dengan Aza. Bila EE dapat tahu dia akan dihantar untuk bertugas ke Timur Tengah, EE akhirnya meluahkan perasaannya pada Aza. Aza mengambil masa untuk memberi jawapan. Tetapi akhirnya mereka disatukan selepas EE pulang dari Timur Tengah.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
February 3, 2019
[BOOK 6]

3 ceritera dalam sebuah RASA.
.

Haihhh... Dah lama sebenarnya habis baca buku ni. Tapi, kekangan masa dan mood yang buatkan baru sekarang, ku share tentang buku ni.
.

Dalam ni, ada 3 cerita. And definitely, at first, I was looking forward to read a good story from Nirrosette. Sebabnya, among those 3 writers, ku hanya pernah baca tulisan Nirrosette je. Tapi, bila dah habis baca, ku lebih tertarik dengan cerita Amany dan Faziela. 😅
.

Ceritera 1: Kimbap Si Kurung Firus by Amany.
.

Cerita ni comel gilerrrr. Kisah tentang DG yang ada crush dengan Neo. 10 tahun wehhh... Hahaha... I feel you, DG. Dahla, DG makes it so obvious sampaikan satu kampus termasuk Neo, tahu tentang DG yang suka kat Neo. Tapi, Neo buat tak tahu je. Selama 10 tahun, DG hanya mendengar cerita tentang Neo, dari jauh. Tup tup, sekarang, Neo muncul di depan mata. Kini, giliran Neo pulak yang memikat. Tapi, DG pulak yang dilema. Ku faham perasaan tu. Dulu, kita je yang sukakan dia, bila dia tetiba sukakan kita, mulalah gelabah.
.

Ceritera 2: Ice by Nirrosette.
.

Aduh, bagi aku, cerita ni sedih, but it's too cliché (for me). Macam yang ku cakap tadi, ku anticipate cerita yang best daripada Nirrosette. Dan bukanlah cerita ni tak best. Best je. Sedih kot. Ni cerita kekeluargaan. Tentang Ice yang bencikan abangnya, Kyle. Kerana Kyle, Ice dan arwah Iq sering dianaktirikan. Bila Iq meninggal pun, Kyle tak balik. Dan bila tetiba je Kyle berubah jadi baik, ku dah boleh agak apa sebab yang sebenarnya.
.

Ceritera 3: Tapai Pulut Daun Getah by Faziela.
.

Yeah, penamat yang baik untuk buku ni. Kisah cinta yang biasa-biasa, tapi ku rasa 'real'. Aza dan EE ni macam berjodoh. Pertemuan demi pertemuan akhirnya membuatkan mereka berkawan baik. Dorang selesa dengan satu sama lain. Dan bila EE perlu ke luar negara, dia mula resah untuk meninggalkan Aza. Dan apakah tindakan EE?
Profile Image for Aima.
8 reviews1 follower
May 11, 2015
3 rasa..

manis
sedih
tapai...

setiap cerita ada cerita tersendiri... antara novel yang dah lama aim.. br berkesempatan beli.. :)

good job Amany, Nirrosette dan Faziela..

p/s: novel Faziela dah complete jd koleksi peribadi :)

p/s/s: cerita amany dekat dihati.. cme ending je lain.. si dia dah kawennn... kekkeke
Profile Image for Am. Han.
107 reviews1 follower
March 13, 2023
Buku ini beri '𝗿𝗮𝘀𝗮' yang berbeza untuk setiap kisah yang ditulis. Mula dengan rasa '𝗺𝗮𝗻𝗶𝘀' yang macam gula-gula, manis sangat bila DG yang crush dekat Neo hampir 10 tahun tapi Neo tu baru perasan dia, kemudian rasa itu diadun dengan rasa '𝗽𝗮𝗵𝗶𝘁' dan '𝗸𝗲𝗹𝗮𝘁' seperti kelatnyaa hubungan Ice dan Kyle dan berakhir dengan rasa 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗺-𝗺𝗮𝘀𝗮𝗺 manis ramuan tapai pulut daun getah Aza favourite EE. Tapi kita boleh decide nak rasa yang mana dulu.

Ada orang lebih suka melalui rasa pahit dulu kemudian baru manis, ada juga sebaliknyaa. Buku ini sangat santai untuk pembaca yang santai macam saya 🤤

Psttt amaran pipi saya sakit menahan sengih sorang-sorang. I really love this book ✋🏻
Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
October 10, 2014
dr 3 kisah dlm RASA- baru baca Ceritera 2 : Ice - Nirrosette

Ini kisah keluarga…ibu bapa yg mengamalkan pilih kasih antara anak2!
Krn itu ada jiwa anak2 yg merana dan menyimpan dendam! Membacanya mmg menuntut airmata… bahasanya juga mudah ..diolah dgn baik hingga sama ikut beremosi!

Keseluruhan? menyentuh dgn isunya....menginsafkan dgn isinya....antara yg terbaik dr Nirrosette!! ^^

balik kpd buku RASA…

Ceritera 1 : Kimbap Si Kurung Firus – Amany

Kagum la dgn perasaan yg disimpan dan tersimpan dihati DG selama 10thn tu! bkn sesuatu yg mudah! Tak semua mampu buat dan mampu hadapi! Tapi DG mampu memendamkan rasanya kepada Neo dan sanggup menjadi pencinta setia dr jauh malah dia rela jd pengintip!

pd saya...citer ni gaya santai dgn bahasa mudah… seolah ianya berlaku pd kwn2 kita! ada senyum, ketawa dan sedih juga! oh ya? tajuknya Kimbap sbb DG suka dan pandai buat Kimbap...dpt adik ipar pun yg juga suka Kimbap..jdnya bakal suami dia kena lah sukakan Kimbap jugakan??? hehehe

Keseluruhan? Menarik pengkisahannya… suka pd kekuatan hubungan keluarga dan eratnya ikatan persahabatan. Terharu jdnya bila Neo sedar apa mau hatinya… akhirnya penantian ternoktah juga…^^

RASA yg akhir…

Ceritera 3: Tapai Pulut Daun Getah - Faziela

Ini juga kisah cinta…cinta tak kesampaian…Aza dan EE yg sama2 kehilangan cinta dlm 2 situasi berbeza!

Citer ni rasa manis..senyum2…sengih2 aje! Terharunya dgn semangat setiakawan dlm citer ni… bila kwn masing2 mula merancang utk mencarikan pasangan utk mereka! Bagusnya punya kwn2 sebegini kan?
Ada dimasa senang dan susah!!!

Klu Kimbap mengikat DG dan Neo… Aza dan EE pula diikat dgn Tapai pulut daun getah!!! Tengok tajuk pun dh blh agak yg salah sorang mesti suka dgn makanan yg ditajukkan… manisnya disitu!!!

Keseluruhan? Citer ni memikat dgn makanan..pd saya la…hehehe…tak lah..ada isu dan isi dlm citer ni…bahasa mudah yg santai dan buat kita rasa mesra dgn watak2!!! Tak rugi pun beli , jdnya…jom RASA!!!!

3 kisah dgn rasa berbeza…saya merasa RASA dgn rasa pedih, sayu kemudian yg manis santai dan akhiri dgn lemak manis…aiseh..dh mcm makanan pulak ya? Hehehe tp lain pembaca lain rasa kan? Jdnya pilihlah sendiri nak rasa yg mana dulu k! yg pasti kita kongsi satu rasa! Rasa ingin membaca…Kan? ^^



Profile Image for Yazlina Saduri.
1,548 reviews41 followers
February 3, 2020
Antara ketiga nya, rasa nya saya paling emo baca cerita Ice. Dua lagi cerita tu biasa saja, kisah sweet dua insan bercinta tanpa konflik sangat pun. Ice sejuk beku, rindu yang amat dengan Abang Iq, benci yang amat dengan Kyle. Mengaku abang pun tak mahu. Iya lah nak buat cerita, ada saja alasan tersirat dan tersurat Mama dan Papa lebih kan Kyle, anak tirikan Iq, dan abaikan perasaan Ice. Ada saja alasan sedih Kyle, selepas Dia puas herdik - fitnah - buat Papa belasah Iq, buat Papa kecil-kecil kan bakat Iq, tidak hiraukan kebajikan Iq, malukan Iq dan Ice. Ada saja alasan. Cuba bayangkan alasan itu semua cuma alasan. Dan walaupun Papa Mama boleh guna kan sebab tu semua sebagai justification untuk apa yang mereka buat dan tak buat untuk Iq dan Ice selama banyak tahun, adakah Ice bersalah berperasaan begitu?
Profile Image for Khaulah Zulkifli.
94 reviews3 followers
August 27, 2016
errrr...too hlovate.

cerita pertama.
ok, menarik. sbb setting dan suasananya dkat dgn sy. UIA. ha-ha.
as perempuan, mmg biasa ada orang yang kita minat atau kagum. tapi tidak la sampai si kurung firus ini. nam DG - izzat buat sy ingt seseorang. heh. tapi gaya penulisan sama komen di atas.

cerita kedua.
baca cerita ini buat saya kata versi 'secubit senada'- hlovate (gurindam jiwa) yg lain. jadi, saya baca dgn rasa kurang puas hati. adik beradik. sy suka. tapi perlukah setiap kali konflik adik beradik penyelesaiannya mati? kemudian insaf. tak boleh terima this kind of story. bad, sakit atas penyakit, insaf, mati.

cerita ketiga.
penulisnya dgn gaya cerita yang sama dlm cerita yg lain. saya rasa kurang umph.
Profile Image for Ainaa Akemi.
46 reviews4 followers
May 13, 2014
Kisah ditulis oleh penulis Js . sememangnya mengajar.

Dalam Rasa,mengenai ikatan dan jiwa. Pelbagai rasa bila baca novel ni. Part yang sampai sekarang tak boleh nak let go ialah Ice by Kak Nirosette, pilu bila baca.

Pengajaran dalam cerita ini berterus - teranglah bila perlu . dan tidak semua rasa di jiwa perlu di simpan seorang. Luahkan .
4 reviews1 follower
June 15, 2016
Suka karya faziela... i bought this book because of the story by faziela... but now i am hooked with Amany punya karya... sweeeetttttt....
Profile Image for Ixora Riana.
32 reviews
November 24, 2020
Semua cerita dalam ni best. Paling aku terkesan tentunya Ice oleh Nirrosette. Cerita tentang hubungan adik beradik yang renggang. Sikap si abang sulung yg dingin dan ego yang membuatkan adik2nya menjauh. Dan sikap pilih kasih ibu bapa Ice tu sendiri punca kenapa Ice digelar 'ice'.

Bagi aku, Kyle memang bukan seorang abang yang baik. Terlalu sombong dan ego. Memang bukan salah dia tak pulang ke Malaysia biarpun Ice merayu sakan. Ya, dia sakit. Tapi itu bukan alasan. Maksud aku bukan alasan utk biadap dgn Ice. Dia boleh je beri alasan dan cakap baik2; bukannya berkurang ajar tolak rayuan Ice utk dia balik jenguk Iq (abang Ice no.2) yg kemalangan. Sampai Iq meninggal pn Kyle langsung tak balik Malaysia.

Aku sangka ibu bapa Ice akan lebih menghargai anak2 yg masih hidup (Ice tentunya) tapi mereka seolah2 tak terkesan pn dgn kehilangan anak ke-2 mereka. Itukah contoh ibu bapa yg baik? Dah nampak hubungan anak2 tu renggang, kenapa tak cuba rapatkan mereka? Kenapa tak pernah berterus terang tentang penyakit Kyle biar Iq dan Ice faham kondisi abang mereka? Hanya lepas beberapa tahun baru Kyle kembali ke Malaysia dan cuba rapat dgn Ice. Kalau aku jadi Ice pn aku susah nak terima. Sejak kecil Kyle mmg selfish. Sanggup Kyle tengking arwah Iq yg minta dia hantar Ice ke klinik masa Ice demam. Iq terpaksa redah hujan lebat bawa Ice ke klinik sorang diri di malam hari. Mmg tersentuh sgt aku baca part ni. Jadi, tak mudah Ice lupa semua kenangan pahit tu dan terima Kyle sbg abang dgn mudah.

Ending yg sedih buat Ice. Juga buat aku yg membaca cerita ni. Apa yg terjadi pada Ice? kena baca 3 Ceritera Dalam 1 Rasa ni k. hehe. Aku tak ulas 2 lagi cerita sbb nanti lg panjang review aku. Aku review cerita paling aku minat jela. senang. ;)
Profile Image for Hasmidah.
129 reviews7 followers
Read
October 20, 2021
Sindrom Amany mana nak cari buku ni. Asbab baca buku Amany la datang semula mood nak baca novel melayu.
Displaying 1 - 19 of 19 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.