Jump to ratings and reviews
Rate this book
Rate this book
Kalau mahu jadi DOKTOR sebab mahu:

1) Kaya
2) Bergaya
3) 'Glamour'
4) Rasa 'Superior'

Lupakan serta merta. Kuburkan cita-cita mahu jadi doktor segera. Masih banyak kerjaya lain yang dapat berikan kamu semua di atas, bukan kerjaya kedoktoran.

Ini kerjaya yang akan buat kamu rasa betapa dengkelnya ilmu manusia dan betapa hebatnya kuasa Dia. Ini kerjaya yang boleh buat kamu lebih hargai setiap degup jantung manusia kerana ia mampu berhenti tiba-tiba, pada bila-bila masa. Ini kerjaya yang boleh buat kamu terpaksa korbankan banyak perkara yang kamu mahu di dunia (antaranya cinta) kerana mahu menyelamatkan nyawa.

Maka kerana itu DIAgnosis tercipta untuk memberi inspirasi dan pengajaran bukan hanya pada doktor, bakal doktor atau semua yang berkerja dalam bidang perubatan tetapi juga disasarkan pada semua lapisan masyarakat.

Moga usaha kecil ini Dia terima sebagai saham Akhirat. InsyaaAllah.

"Setiap DIAgnosis itu hakikatnya datang dari DIA. Doktor hanya perantara."

Selamat membaca.

142 pages, Paperback

First published April 1, 2014

32 people are currently reading
505 people want to read

About the author

Anwar Fazal

13 books55 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
311 (35%)
4 stars
339 (38%)
3 stars
173 (19%)
2 stars
42 (4%)
1 star
21 (2%)
Displaying 1 - 30 of 168 reviews
Profile Image for Idayu  Mumtaz Iskandar.
5 reviews
February 19, 2015
This is probably for those who like to take lessons via stories. But it's just not for me. I bought the book being completely wrapped in plastic that I could judge the content in the first place. I read the first 30 pages in the car on my way back home & I must say I'm not really impressed.

I respect that there are truth between the lines but I think what makes it fail is its writing style, that the stories are too short & not deep & overly sarcastic instead of inspiring. The Malays today need inspiring books. The Malays have enough of books that are corny, not challenging the Malays' thinking, emotion & logic. I'm not a Malay but I understand Malay Language & I know that this book's readers are mostly Malays. It's just sad.

I appreciate the writers' effort to put in Islamic values & teaching but the stories (which are fictional which is my major turnoff) really don't go well together. In other words, it's better if they write it fully factually, thoughtfully & well-researched or well-said based on their real experiences as doctors. That kind of writing works as an advice much better.

At least, I've learned my lesson; never buy a book which you can't read what's inside it first. You're likely to waste your time & money. And that's the reason why they wrap the book in the first place.
Profile Image for Azizah.
385 reviews6 followers
October 2, 2015
4.75 star

Membaca buku nipis ini selepas hilangnya tunjang yang paling disayangi & dihormati, buat KakChik menerimanya dengan redha.

Nipis, ringan dan kecil tapi penuh isi, rasa, percaya kita tiada kuasa, wajib redha malah kebergantungan hanya pada DIA.

Profile Image for sy.nazurah.
38 reviews6 followers
June 17, 2021
Wow! aku rasa macam 'hebat' sebab dapat habiskan baca buku ni dalam masa 1 hari. Selalunya ambil masa 1 minggu, minimum, walaupun buku tu 200 muka surat je 😂

Kandungan buku ni terbahagi kepada 3 penulis, ceritanya memang jelas lagi bersuluh tentang situasi pekerjaan (doktor) menghadapi macam-macam ragam manusia, emotional complexity pada bad news terutamanya, exhausted, tak cukup tidur and ect.

Bila kita rasa tertipu dengan seseorang, kita mudah berdendam dan mahu membalasnya lebih teruk dari apa yang mereka lakukan, bukan kita bersabar dan berdoa biar Allah bukakan hatinya untuk insaf dan sedar dari kesalahan.

Aku faham apa yang Dr. Anwar Fazal nak sampaikan melalui ayat quote atas ni dalam bab DOKTOR SEGALA DOKTOR, aku tak setuju untuk kita berdendam kerana DENDAM TAK LAYAK DIPELIHARA. Cuma, kalau boleh cuba jelaskan SABAR yang macam mana yang perlu kita apply. Takut sesetengah orang/pembaca menggangap BERSABAR itu tak ubah seperti orang dungu.

Mungkin ayat ni, "Yakinlah, berkat ikhtiar yang bermula dari Dia ke perantara, InshaAllah kita akan jumpa penawarnya", boleh diterangkan bagaimana dan apa yang perlu diselesaikan antara manusia dengan masalahnya.

Tulisan Dr. Azah mengajar kita erti bersyukur dan yakin di sebalik apa yang berlaku ada hikmah tersembunyi yang akal manusia tak dapat nak figure out.

Bab last penulisan Dr. Azah ada memberi jawapan/penjelasan kepada persoalan yang timbul dalam masyarakat kita terutamanya Melayu-Islam. Sebelum ni aku memang tertanya-tanya tapi tak pernah pulak aku curious sangat nak cari jawapannya. Dan apa yang watak Dr. Ayesha bagitahu tu sebenarnya sangat-sangat make sense!

In a nutshell.... Banyak sangat terma sains level-up yang Dr. Aizzat gunakan pada 4 bab terakhir dia. Ohhh blurrrr.. Sebab baru first time nak hadam 😅

"...At the end of day, being ego will not bring you anywhere. In medicine, you need to stay humble, respect your fellow colleagues and staffs, be nice to your juniors and trust me, God will be nice to you and help you with your daily chores.">

ATTITUDE. MANNER MAKETH MAN. Hargai lah orang yang kita ada dan perkara yang dapat kita miliki yang mungkin orang lain takde. Hari esok takde siapa yang tahu, conquer lah masa yang ada hari ini/ketika ini/saat ini sebaiknya. Everyday is a good day! 😊
Profile Image for Barukisu (Balqis).
131 reviews10 followers
January 1, 2015
Aku beli buku ini sebab aku pun bekerja di bidang yang sama. Jadi aku teruja nak tahu macam mana orang yang bekerja di bidang aku menulis dan bagaimana mereka menulis. Juga apakah yang ditulis oleh mereka? Aku tahu ramai doktor-doktor yang menulis tetapi mereka tidak terhad memilih untuk menulis dalam
lingkungan perubatan sahaja, malahan merangkumi bidang-bidang lainnya dan ilmu-ilmu am lainnya yang membuatkan aku kagum.

Tetapi buku ini jelas ditulis tentang doktor dan kerja doktor - merawat orang. Mereka menulis dengan baik dan jelas. Dr Anwar Fazal menulis tentang kerjayanya sebagai doktor yang menuntut agar doktor perlu ikhlas dan banyak bersabar dalam menjalankan tugas serta tidak melupakan tanggungjawab sebagai hamba Allah. Beliau juga banyak menulis sinis dan pedas terhadap kerenah pesakit yang dihadapinya saban hari.

Manakala Dr Azah, seorang MO Pediatriks barangkali, menulis tentang kerjanya di bahagian perubatan kanak-kanak yang mana amat menarik dan sangat membuat aku mengimbau kenangan sewaktu bertugas sebagai houseman di wad kanak-kanak. Ada beberapa isu menarik diangkat seperti dalam O&G vs Pediatrik dan umur 15 Anak 1.

Sama juga dengan suaminya Dr Aizzat yang menulis tentang kerjanya di bahagian neurosurgery.

Mereka menulis dengan ringkas berdasarkan pengalaman mereka. Tidak terlalu 'perubatan' untuk tidak difahami orang lain tetapi bagaimanapun, agak lompong emosi dan perwatakan.

Tetapi tidak mengapa. Mereka adalah doktor. Bukan penulis professional.

Tahniah dari saya kerana berusaha untuk menulis.

Selesai baca.
Profile Image for Fairuz.
202 reviews
October 23, 2014
Manusia mana yang lebih arif tentang dunia perubatan jika bukan pasukan perubatan itu sendiri. DIAgnosis adalah medium yang berjaya mencelikkan aku mengenai usaha keras serta pengorbanan mereka yang jarang-jarang dirai. Mereka ini sebenarnya menyimpan 1001 kisah tugas yang tidak dijaja keperwiraannya jauh sekali menuntut pujian, mendabik dada.

Dr. Anwar Fazal banyak berkongsi cerpen berbentuk dakwah yang mengingatkan supaya dalam apa jua keadaan sulit yang menimpa, sebaiknya mansuia harus berbalik kepada Pencipta. Penyampaian yang ringan, mudah difahami itu sesekali menghiris halus sikap diri. Dr. Azah dan Dr. Aizzat selesa mengisi padat cerita mereka dengan pengetahuan perubatan dalam bidang masing-masing. Aku tertarik sekali cara Dr. Azah membawa pembaca melihat isu aurat wanita muslim ketika bersalin. Mungkin selama ini sudut pandang itu tidak terlihat oleh orang lain. DIAgnosis harus dibaca oleh siapa saja untuk difahami akan batas kemampuan seorang manusia bernama doktor agar timbul kesedaran untuk menghargai wira-wira sepi ini.
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books104 followers
September 16, 2014
Bismillahirrahmanirrahim.

DIAgnosis ditulis oleh tiga orang doktor perubatan yang pakar dalam bidang masing-masing. Ya, seperti yang saya pernah sebut di sini, peluang untuk berdakwah sebenarnya ada di mana-mana tidak kira siapa pun kita. Seorang guru, pekebun, jurukamera, doktor, ustaz, ustazah semuanya mampu untuk berdakwah jika ada kesungguhan dan peluang.

21 bab merangkumi pengalaman mereka di bidang perubatan mencuit hati tatkala berhadapan dengan pelbagai ragam manusia sehari-hari. Sempat merasai pelbagai emosi doktor. Bertuah dapat membaca dan mengambil iktibar dari pengalaman mereka menghadapi pesakit. Tabik dengan doktor-doktor ini yang dapat meluangkan masa menulis sesuatu buat tatapan masyarakat. (Ramai juga doktor yang aktif berblog, kan? :))

Semoga DIAgnosis 2 dan seterusnya akan cepat dihasilkan dan diterbitkan. Sabar menunggu! :)
Profile Image for Siti Salha.
76 reviews8 followers
August 31, 2015
Susunan ayat untuk membentuk sebuah cerita oleh tiga orang doktor, kagum!

Memahami istilah kehidupan dan penciptaan dari sudut pandang seorang doktor. Allahuakhbar, agungnya ciptaan Tuhan. Membaca buku ini menjadikan saya kaku untuk beberapa ketika. Mengira denyut nadi di leher, merasa degupan jantung, menikmati setiap helaan nafas, menikmati penglihatan, pendengaran lantas seluruh pergerakan anggota tubuh. Belum cuku syukur lagikan aku?

Cadangan saya, bacalah!
Profile Image for Dyh Usen.
Author 7 books49 followers
October 19, 2014
Pertama, tahniah buat penulis-penulisnya.
Siapa cakap yang budak sains dan teknikal tak pandai bersastera?
Pergi periksa latar belakang kebanyakan penulis, dan kau sendiri akan ternganga.
Dan soalan seperti, eh ada masa pula depa ni menulis?
Menulis ni kena banyak berangan.
Kau silap! Masa, itu kau sendiri yang aturkan. On the way balik kerja pun kau boleh menulis.
Berangan? Walau sedang memegang scapel blade sekalipun, otak kau boleh cetuskan sesuatu.
Tunggu masa nak muntahkan atas kertas saja.

Jadi sila padam semua tanggapan negatif kau terhadap penulis, okey;) (eh! terbebel pula)

Nota kaki 1:
Gamak malas nak buka buku perubatan tapi nak tahu juga serba sedikit dunia perubatan, kau patut baca buku ni. Ditulis gaya yang senang kau nak faham.

Nota kaki 2:
Menunggu edisi kedua DIAgnosis. Harap-harap.
Profile Image for #thereal ciksujaslin.
24 reviews
May 22, 2016
DIAnogsis-

Bukan senang untuk menjadi seorang khalifah berstatus doktor. Banyak kesabaran dan ketabahan yang perlu dilalui oleh mereka. 2 jam lamanya untuk menghabiskan buku karya Dr. Anwar Fazal, pabila membaca buku ini, Ya! Baru saya tahu, inilah sebenarnya seorang doktor lalui setiap hari, keringatnya menitis demi amanah yang untuk insan terpilih seperti mereka.

Pengalaman demi pengalaman yang pernah dilalui oleh mereka diabadikan di dalam buku ini sekaligus kita tahu bahawa pergorbanan mereka untuk insan yang kita sayang tanpa kita ketahui, kita hanya tahu insan yang kita sayang berada di dalam jagaan kasih sayang mereka, tetapi yang kita tidak tahu adalah cara dan bagaimana mereka mengendalikannya.

Bagi doktor, bakal doktor di luar sana | Carilah DIA, In sha allah jumpa SEMUA.

4/5 stars
Profile Image for Kushairi Zuradi.
Author 4 books5 followers
October 15, 2014
Cerita- cerita yang ringkas dan padat, ada yang lucu, sedih, dan mengingatkan diri tentang dakwah.

sebagai seseorang yang dalam bidang yang sama, saya hargai perincian perubatan yang ada dalam beberapa cerita; adrenalin etc. Mengharapkan lebih banyak cerpen/novel/drama tv yang memberikan perhatian kepada butiran perubatan seperti di dalam buku ini.

Harapnya diagnosis 2 akan memuatkan lebih banyak cerita.

Buku yang menghiburkan, mempunyai pengajaran, tetapi masih boleh dipertingkatkan kualitinya.
Profile Image for Juzlam Hanafi.
13 reviews
October 25, 2015
Don't take this personal, but I am not a big fan of this. The writer looked a little bit arrogant in putting the words. Especially the last one.. He keep putting that being a doctor should be looked as humble profession to Allah but I do feel deep down his heart, he really proud to be one. That is a total conflict. He wants to express the humbleness of being a doctor but that kind of write, I don't think he himself get the idea of being humble. Sorry.. 3 stars is the best from me
Profile Image for Plainqoma.
701 reviews17 followers
December 11, 2014
Simple tapi bawa banyak makna yang tersirat. Banyak juga pengajaran dan cerita dunia perubatan. Rasa macam tak cukup mahu lebih lagi cerita-cerita macam ini. Walaupun medical terms banyak dipakai tetapi ada nota kaki untuk rujukan di hujung page. Siapa kata doktor tak boleh nak masuk bidang sastera. Kan.
Profile Image for Intan.
85 reviews2 followers
August 11, 2014
Suka semua tulisan dr anwar fazal.lagi 2 writer errrrr agak tidak boleh dihadam. Rasa macam baca buku rujukan je. Maybe not my cup of tea. Lebih prefer cerita simple tapi mendalam maksudnya.
Profile Image for chanz.
5 reviews
May 13, 2014
Rasanya mereka perlukan editor untuk edit lines, paragraphs, spacing dan beberapa perkataan yang sangat obvious salah. All in all, it's a good read. I'm a dietitian, so I am able to comprehend most of the things they wrote. Sungguhpun begitu, penjelasan tentang beberapa aspek klinikal, keadaan pesakit dan terma medikal sangat dihargai, seperti yang dilakukan oleh Dr Aizzat. I really like your Adrenaline!

Anwar Fazal menulis dengan ringkas tetapi isinya padu. Mesej nyata. Sinis. Membuat kita terkedu. Terkesima. Kebanyakannya berkisarkan kisah-kisah ragam pesakit ketika shif doktor di klinik pesakit luar di bahagian kecemasan. Kisah pendek yang saya suka adalah Sakit Dada, Doktor Ketam dan Pakcik Kebal.

Tulisan Azzah pula lebih cenderung pada gaya penulisan novel cinta romantis...yang mana...well, not my cup of tea. Panjang pulak tu! tl;dr. Memang penat saya nak habiskan. Tetapi ada watak nama sama dengan diri ini! hahaha

Anyway good one! Nanti selitkan watak dietitian sama eh...hehe
Profile Image for Deanne J.
25 reviews
March 29, 2015
Satu usaha yang wajar dipuji. Bukan mudah menulis sambil menitipkan tinta-tinta yang mengajak kepada kebaikan dan dakwah mengingati besarnya kuasa Tuhan, tambahan pula mereka ini , kebanyakan masa,diluangkan di kamar pesakit.

Sebagai seorang penonton dan peminat siri House MD dan siri siri perubatan yang lainnya, saya amat teruja dengan pembikinan naskhah ini. Cuma saya agak kecewa. Naskhah ini laju, pendekatan emosinya kurang sampai dek penstrukturan ayat yang kurang gramatis dan tiada mainan emosi karakter seperti yang saya sangkakan. Walaubagaimanapun, pendekatan yang digunakan amat mudah, penyampaian maklumat mengenai perubatan yang berkesan; saya kini sudah tahu apa maksud kidney dish sekurang-kurangnya.
Usaha yang hebat dan wajar dipuji. Saya menyokong karya ini, penulis-penulis ini, dan menanti peluang untuk membaca makalah yang ke-2 pula. Semoga ianya lebih baik!
Profile Image for Muhd Najmi.
1 review
June 7, 2020
The fact that it held its reputations being the bestseller in one of PBAKL that made me pick it up and read.

For me this is the most ‘Malay’ book you could read. Consist of too many too short stories that I’m convinced most of them are made up, poorly.

Too many shallow sarcastic statements and held upon it message by delivering Islamic teachings. Instead of the good Islamic sources cited here that can try to relate critically from my doctors are doing, it somehow shows the unprofessional doctors is protected in the name of religion.

Malay has been exposed a lot from religion teaching based on the model of punishment ( as seen a lot in typical Malay movies, dramas and song ), we need more inspiring model and book.

For me it’s worrying to see this kind of book really continuously got it place into Malaysian readers.
Profile Image for Fuka-chan.
146 reviews
February 13, 2015
Finished the book in 1hour ++. This is an example of well written doctor book. Satu permulaan, yes, but it is a good start. Aku rasa macam baca blog, a good quality one. Some things that you need to cut short, some thing are well understood by just one line. Permainan watak menarik, tapi aku lebih suka jika setiap cerita ada turun dan naiknya. Doctor's profession is 1/3 human interaction, dan aku seronok jika gelagat manusia diselitkan dalam cerita mereka.

Dan aku suka setiap nota kecil di bawah. Aku tak perlu untuk tahu segala terms dalam dunia doctor, cukup dengan catatan itu. Ringkas dan padat.

Cuma aku mahu lagi! Sikit benar tulisannya.

Overall, it's a good book. Recommended to others.

Profile Image for sajida.
85 reviews4 followers
October 16, 2014
Alhamdulillah selesai baca buku terlaris di PBAKL 2014 ni. worth buying worth reading. sedikit sebanyak beri gambaran ttg apa yg dihadapi doktor setiap hari dan apa kaitannya dgn kita yg bukan doktor. paling awesome sbb buku ni diakhiri dgn cerita penutup yg mmg for me sgt da bomb.
Profile Image for Faiz • فائز.
359 reviews3 followers
October 29, 2022
Kumpulan kisah ringkas (mungkin juga pengalaman) yang diadun bersama pengajaran dari sisi seorang manusia yang setiap hari berteman dengan tangisan dan kematian. Manusia yang digelar doktor, satu pekerjaan yang teramat mulia.

Buku ini mengubah sedikit sebanyak persepsi saya dalam memandang beberapa perkara, terutamanya berkenaan penglibatan wanita dalam bidang O&G (obstetrics and gynaecology). Paling gemar dengan sikap penyerahan manusia kepada Tuhan yang Maha Berkuasa, walau yang berjuang dalam bilik pembedahan itu mereka. Benar-benar menyedari hakikat seorang hamba.
60 reviews
June 11, 2018
Bagus sebab ada menceritakan mengenai bidang perubatan... mungkin.
Profile Image for MuuLee.
186 reviews6 followers
August 5, 2018
banyak pengajaran yang penting terutama untuk yang tiba masanya mengambil tanggungjawab sebagai doktor
Profile Image for Sha Mohamed.
2,521 reviews1 follower
July 10, 2022
Pengalaman doktor yang memberikan pelbagai rasa pada yang membaca..
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
May 9, 2014
Bagi yang pernah berangan nak jadi doktor 20 tahun lalu, memang sukalah saya baca buku macam ini. Maklumlah, mahu tonton Ampang Medik sudah tak bersiaran. Hasil perbandingan dengan drama Grey's Anatomy, sikit-sikit tahulah kita istilah perubatan yang digunakan di dalam dan luar negara tak semuanya sama. (Contoh: Operation Room vs Operation Theater. Tak tahulah kalau itu dalam fiksyen saja)

Ada cerita yang benar-benar menarik, ada yang biasa-biasa saja. Tapi mesej di sebalik setiap cerita boleh difahami dengan mudah. Saya dapat merasakan tulisan-tulisan ini diwakili oleh individu yang merendah diri. Amat menepati quote yang tertulis di belakang buku yang berbunyi 'Ini kerjaya yang akan buat kamu rasa betapa dengkelnya ilmu manusia dan betapa hebatnya kuasa Dia'.

Antara cerita kegemaran saya ialah Paediatrics Vs O&G yang membangkitkan isu doktor vs aurat dan Adrenaline, yang penuh elemen saspens dan drama.

Profile Image for Lyana A..
226 reviews14 followers
June 20, 2015
Aku beli buku ini dgn expectation content dia ala ala Yasmin Mogahed-ish. Rupanya-rupanya it is told in the form of short stories by the doctors through their experience. Mula-mula tu mcm fikir dua kali gak la, i'm i really going to enjoy this? It's hard to judge a book by 3 authors. But to me, each of them had their own impact through what they were trying to convey. My personal favourite would have to be by Dr Aizzat and his wife Dr Azah.

Doctors would appreciate this book more. Because it clearly shares the struggles they need to face everyday. I did feel a lil doctor-ish while reading it. Apa yg best, semua medical terms ada di explain as a footnote at the bottom of every page. So that's really nice. Bila tgh baca cerita part yg mcm tgh dkt OT, you kinda get what is going on, what procedures are being done.

So buku ni bukan utk doktor sahaja, tp utk semua, well if you are interested la ofcourse. My bestfriend is a doctor so ofcoz aku nak tau whats going on in her daily life at the hospital.

Anyway, impak tulisan dan mesej by Dr Aizzat for the last story made me tear up. Entahla, emo skit kot bulan Ramadhan ni. Very touching, very insaf. You would appreciate each of your body parts more. You would understand just how beautifully Allah has created us.

Book challenge #19 a book that made me cry
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
June 27, 2016
catatan tiga orang doktor di bahagian masing-masing. Dr Anwar Fazal lebih kepada awalan menjadi doktor dan kes-kes di hospital kerajaan. Macam-macam kisah menarik yang berlaku. Korang jangan main nak komplen jer.. Mungkin memang ada hospital kerajaan yang bermasalah tapi cuma fikir balik kapasiti yang perlu ditanggung dan lagi, doktor pun manusia.. Jangan harap 100% diaorang boleh serve semua patients dalam satu masa.. Bukan robot beb..

Dr Azah pula, kisahnya lebih cenderung pada kisah paediatrics. Kisah bayi yang baru dilahirkan. Kisah ibu yang bermasalah melahirkan bayi.. Weiihhh... Sayu baca.. Itu sebab masa bersalin dah niat siap2 dalam hati taknak banyak kerenah. Ikut jer apa saranan doktor sebab diaorang lebih memahami. Alhamdulillah 5 kali bersalin doktor semua baik2 baik yg muslim dan non-muslim..

Dr Muhammad Aizzat lebih kompleks lagi, berkenaan dengan otak.. Lagi menarik, lagi syahdu lagi pilu kisahnya.. Sebak dada ketika nak menghabiskan pembacaan.. Pengalaman doktor bila dikongsikan dalam pembacaan ini walaupun ada term yang kurang difahami tapi masih boleh faham gambaran keadaan yang berlaku... Suka, suka buku sebegini, banyak iktibar yang boleh diambil...
10 reviews3 followers
January 26, 2015
"Hidup ini penuh dengan kejutan. Mungkin pagi semalam kita sempat mengucup tangan ibu bapa kita dan pagi keesokannya pula mereka sudah tiada. Boleh jadi malam semalam adalah malam terakhir kita tidur di sebelah insan tersayang, siapa tahu malam keesokannya, kita tidur sendirian bertemankan bintang."

Penulisan yang bersekitarkan kehidupan pengamal perubatan dan bercampur baur emosi. Ada yang membuatkan pembaca tersenyum, dan ada yang menyesakkan dada.

Sedikit sebanyak pembaca mendapat gambaran tentang Si 'Kot Putih' dan dapat belajar beberapa istilah perubatan dengan penerangan melalui nota kaki di kebanyakan muka surat.

Kalau kali ini 'geng' kot putih menulis, saya mengharapkan kelak akan ada buku yang berkualiti juga daripada 'geng' hitam putih (peguam). :D

Apapun, buku ini 'best'! :)
Profile Image for Sarah Yasmin.
86 reviews31 followers
August 15, 2015
Tahniah buat para penulis buku ini iaitu para doktor sekalian. Jujur aku katakan bahawa buku Diagnosis merupakan sebuah bahan bacaan yang baik. Bukan sahaja tertumpu kepada pembaca di bidang perubatan, malah kesemua lapisan umur pembaca digalakkan membaca buku ini kerana terdapat sedikit sebanyak dapat mengambil pengajaran tentang perjalanan hidup seorang manusia di muka bumi ini. Tugas sebagai seorang doktor sememangnya bukannya mudah. Ia memerlukan pengorbanan dan usaha yang gigih demi menyelamatkan seseorang pesakit. Cerpen-cerpen yang sinis serta yang memberikan inspirasi hidup ada di dalam buku ini. Di akhir pembacaan, aku terkesan dengan penceritaan yang beremosi sedih untuk cerpen Sesingkat Waktu dan Adrenaline oleh Dr Aizzat. Tahniah!
Profile Image for Nabila Azureen.
6 reviews1 follower
February 19, 2015
Sejujurnya aku bukanlah peminat buku bergenre fiksyen. Penulisan Dr Anwar bagiku terlalu pendek untuk dijadikan tinta satira. Aku mengharapkan sesuatu yang lebih, bukan hanya sekadar analogi. Bagi aku penulisan Dr Azzah dan Dr Aizzat lebih bermakna. Adrenalin antara satu penulisan yang aku kira penuh teliti dan berkesan, sama berkesan seperti penulisan Ben Carson, Atul Gawande etc.

Aku berharap lebih ramai penulis penulis freelance dari pelbagai latar belakang untuk mengisi industri penulisan novel novel fiksyen Malaysia yang aku lihat semakin mengarut.
Profile Image for F. Hanim.
176 reviews
July 30, 2014
Tulisan Dr. Aizzat paling terkesan, terkejut pesakit eksiden parah dengan brain tissue bagai dan penamat berjaya juga buat aku menangis.

"Benar, hidup itu penuh dengan kejutan"

Yang Halal Itu Indah dari Dr. Anwar Fazal agak sweet juga yep haha.

Light reading tapi medical terms yang payah tu boleh letak tepi. Rajin-rajin nanti boleh kasi google buat bacaan tambahan.
Displaying 1 - 30 of 168 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.