Jump to ratings and reviews
Rate this book

Republik Kutu

Rate this book
Diceritakan bahawa setiap 5 tahun penduduk akan memilih 7 teruna untuk disembahkan kepada dewata kreatif. Tapi dalam sikal ini 9 teruna telah dipilih, oleh kerana telah berlakunya aktiviti titik matahari yang berlebihan.

196 pages, Paperback

First published January 1, 2011

5 people are currently reading
44 people want to read

About the author

Shafiq Halim

7 books28 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (10%)
4 stars
30 (45%)
3 stars
22 (33%)
2 stars
3 (4%)
1 star
4 (6%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for Iman Danial Hakim.
Author 9 books384 followers
February 4, 2021
Paling suka Pasar & Estetika: kalau citarasa buruk jadi arus perdana, kenapa tidak kita kerah tenaga, bina pasar baru & penulis pun tak perlu berebut ruang tetapi boleh menjual ramuan baru. Bak kata lejen, nak bina citarasa masyarakat memang lama, buat saja.
Profile Image for hans.
1,160 reviews152 followers
March 14, 2017
Buku yang menarik pada aku lebih-lebih lagi tulisan cerita pendek dari Azzief Khaliq dan Stam Mustapha. Paling suka cerita pendek 'Pindah' dari Stam yang aku harap ada sambungan - dalam bentuk novel, mungkin.
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
November 12, 2015
Susah nak bagi bintang kalau dah antologi banyak penulis macam ni. Tapi antara yang best cerkonnya ialah; Ridhwan Saidi, Amaluddin Zharif, Azzief Khaliq, Fadli al-Akiti dan Hafiz Hamzah.
48 reviews6 followers
December 1, 2015
Satu sebab kenapa saya mahukan buku ni: Paranoia Semalam! Ketika Republik Kutu berada di tangan, saya menjadi agak kecewa sedikit apabila belek punya belek, ada tiga sahaja karya oleh Paranoia Semalam. Tetapi kekecewaan ditebus dengan karya-karya dari penulis lain. Secara kasar, cerita/puisinya adalah biasa-biasa sahaja; maksud saya ia terdiri dari realiti yang dekat dengan kita. Akan tetapi, saya harus beri pujian dengan pengolahan cerita yang cukup cantik. Republik Kutu boleh diibaratkan sebagai kedai makan yang menyediakan hidangan biasa-biasa sahaja, namun ia dihidangkan cukup rasa, cukup sedap. Adakalanya ia membuatkan saya mahu bercinta dengan penulis pula, haha!
Profile Image for Fairuz.
202 reviews
February 10, 2013
Sedap! Itu yang aku pekikkan dalam hati sambil bibir bersenyum simpul gaya pengantin silu ketika tamat pembacaan. Halaman 140, Pasar Dan Estetika tulisan Hafiz Hamzah buat aku mahu berdiri 90 darjah terpasak di bumi dan menggemuruhkan tepukan padu bersama jeritan syabas buatnya. Oh, bintang tak cukup satu kerana ada cerita yang buat aku menguap. Selebihnya memang lazat, lemak berkrim, disukai aku.
Profile Image for Anna Matt Cobb.
14 reviews1 follower
March 11, 2012
Agak sangat teruja waktu sampai ke tangan. Seperti biasa, melalui pos. Kisah-kisah yang dipendam kumpul dalam ini tidak berapa menepati citarasa aku sebenarnya. Tapi masih, aku cuba untuk baca sikit-sikit kerana bimbang habis pula bacaan yang menarik tahun lalu.
Profile Image for Ira Nadhirah.
602 reviews
June 24, 2014
Bila kita baca buku yang ada banyak penulis, ada pro and cons nya. Pro nya, tak akan bosan sebab semua cerita lain lain dan takkan ada pun satu gaya penulisan yang sama. Cons nya, kita ada tendency untuk banding beza mana yang best dan mana yang tidak. And it is unfair to do that. Lagi lagi kalau kita memang dah ada senarai favourite kita. Lagi parah. Sebab memang dah suka. Jadi, makin suka. Tapi, aku tak expect ending dia akan ditutup dengan perbahasan sastera. Terus rasa bagusnya diorang ni betul betul cintakan apa yang diorang kerjakan. Ok lah, aku paling suka Sehelai Sehari. Roslan Jomel pun suka. Semua cerita dia aku suka. Sebab cara dia cerita kot? Stam Mustapha aku suka yang Gadis Hampir Sempurna. Cuma aku nak bagitahu lah, tak ada rasanya orang macam tu. Hampir Sempurna sama dengan Hampir Mustahil. Dan, sebab peribadi, aku suka Untuk Yang Terlepas. Tak payah ulas. Hafiz Hamzah punya deep sangat. Aku not in a mood for deep thoughts. Mungkin boleh baca balik lagi sekali nanti. Tu je lah.
Profile Image for amandaRogayah.
18 reviews35 followers
June 11, 2014
Kemain lama aku nak habiskan buku ni. Mungkin tak cukup masa. Lepas baca zoul tweet pasal buku ni aku terus beli dan aku tak rugi. tak rugi. Tapi macam biasa susah aku nak hadam tulisan Ridhwan Saidi.
Profile Image for Akuismeudy.
60 reviews2 followers
May 5, 2016
Aku amik masa la nak khatam buku ni. Sebab nak hadam betul -betul. Aku beli kerana Ridhwan Saidi dan Stam ternyata naskah ini tak mendukacitakan dan paling jelas Tulisan Hafiz Hamzah bab last Pasar dan estetika masing terngiang-ngiang. Kita terlalu takut dengan nyata kerananyata itu benar. kan?
Displaying 1 - 12 of 12 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.