Jump to ratings and reviews

Tiga Tahun di Singapura: Memoir Kewartawanan Pak Sako 1937-194

Penghijrahan Pak Sako ke Singapura membuka lembaran baharu dalam kehidupan beliau dari segi kerjaya dan perjuangan kebangsaan Melayu. Beliau menimba pengalaman yang lebih luas kerana hidup di kota kosmopolitan seperti Singapura ketara berbeza berbanding tinggal di bandar biasa apatah lagi di desa.

Selepas ditawar bertugas di Warta Malaya selaku pengarang sekaligus wartawan, beliau mula berjinak-jinak dengan perjuangan kebangsaan Melayu menerusi Kesatuan Melayu Singapura (KMS). Perkara penting dan bersejarah dalam kehidupan Pak Sako dalam tempoh tiga tahun berada di Singapura adalah keterlibatan beliau dalam penubuhan akhbar Utusan Melayu pada tahun 1939. Utusan Melayu penting bagi orang Melayu sebagai wadah perjuangan bangsa ini, membangkitkan kesedaran dan menjadi lidah pembela nasib orang Melayu.

Apakah peranan Pak Sako di sebalik penubuhan Utusan Melayu dan apakah pendedahan yang diperlolehi beliau sepanjang tiga tahun tinggal di Singapura? Buku ini yang merupakan hasil air tangan Pak Sako sendiri mengungkapkan jawapan dari persoalan tersebut.

113 pages, Paperback

First published January 1, 2024

Loading...
Loading...

About the author

Ishak Haji Muhammad

29 books60 followers
Ishak Haji Muhammad (14 November 1909 - 7 November 1991) atau lebih dikenali sebagai Pak Sako merupakan seorang penulis yang giat menulis sekitar tahun 1930-an sehingga 1950-an. Ishak Haji Muhammad adalah seorang nasionalis negara. Kelibatnya bermula pada era sebelum kemerderkaan dan pascamerdeka. Gagasan yang ingin diperjuangkan oleh Pak Sako ialah penyatuan Melayu Raya yang mana Indonesia, Malaysia dan Brunei disatukan dalam satu serumpun.

Nama Pak Sako bukanlah satu nama asing bagi negara kita terutama dalam bidang kesusasteraan. Pak Sako sebenarnya adalah jolokan kepada nama Isako-san yang dipanggil orang-orang Jepun. Nama sebenar Pak Sako adalah Ishak Hj. Muhammad. Pak Sako juga dikenali juga dengan nama samaran seperti Anwar, Hantu Raya, Isako San dan Pandir Moden.

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (33%)
4 stars
1 (16%)
3 stars
3 (50%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for ' Syamil.
250 reviews6 followers
July 25, 2025
1928
sekolah Inggeris Kuala Lipis
surat khabar Warta Negeri

1931
Malay College Kuala Kangsar
suratkhabar Bahtera

1932
pelatih pegawai Melayu dalam Pejabat Tanah Temerloh, Pahang

Majlis
ditulis oleh “Abhi”
Ibrahim bin Haji Yaacob
guru sekolah yang mengajar di Sekolah Melayu Bentong
50 batu daripada Temerloh tempat saya bekerja

Kami telah bersumpah itu pada suatu masa kelak kami kedua akan berhenti daripada jawatan kerajaan dan akan mengeluarkan surat khabar ataupun majalah bersama.

1937
Kemaman
peguam

Pada masa itu saya sedang mengarangkan satu cerita untuk dijadikan buku yang saya namakan dia “Hilang di Mata” dan kemudian ditukarkan kepada nama “Putera Gunung Tahan”.

Abdul Rahim Kajai (pengarang)
Syed Hussein bin Ali al-Sagoff (pemilik)
Warta Malaya

Dalam bulan September 1937, saya telah tiba di Singapura dan mulai bekerja dalam pejabat surat khabar Melayu iaitu Warta Malaya

Abdullah Thani Raja Kechil yang dahulunya bekerja dengan Warta Kinta.

Majlis, Al-Hikmah dan Sahabat.
suratkhabar Utusan Melayu dan majalah Utusan Zaman.

"Saya cuma mahu katakan bahawasanya adat dunia memang begitu. Nasib bangsa melayu memang begitu. Apabila mahu bangun ditekan orang, apabila mahu bergerak disekat orang. Sudah empat ratus tahun lamanya mereka itu merasa tanggungan yang demikian itu didesak2, ditipu, dikecek, dibelit, diperdaya, disesatkan dan dianiayakan oleh orang2 yang bukan bangsa Melayu.

Tetapi bak kata seorang pendeta: Perasaan sesuatu bangsa itu berkeadaan seperti spring. Makin kuat ditindih atau ditekan akan dia, maka bertambah kuat ia akan melambung.

Sifat bangsa Melayu pula seperti emas. Makin dibakar, dilayur dan disepuh maka bertambah halus ia. Bahkan besi yang keras pejal itu tidak akan didapati melainkan setelah dititik dan kuat oleh tukul yang besar".
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Osman Deen.
Author 17 books151 followers
Read
November 10, 2025
Bila baca buku begini, ia menyedarkan aku yang pendek betul sejarah dunia penerbitan/perbukuan Malaysia/Tanah Melayu (yang mahsyurlah ya). Tak sampai 100 tahun yang lepas, baru ada pergerakan aktif (Kalau berbanding di Barat). Fahamlah aku kenapa latar industri buku kita sekarang pun masih baru nak bercambah dan menumbuh.
Profile Image for Izzat Isa.
431 reviews50 followers
January 10, 2026
Buku ini mendedahkan siapakah gerangan Pak Sako sebelum dikenali sebagai nama besar dalam dunia kesusasteraan dan politik tanah air. Dari awal coretan penulisan buku ini, kita sudah dapat 'melihat' faktor-faktor yang mempengaruhi pemikiran dan sikap Pak Sako seperti yang diketahui kemudian sebagai nasionalis sejati. Beliau telah diuji terhadap pendiriannya semasa bertugas sebagai pembantu pengawai daerah dan peguam. Lantas, beliau mengambil keputusan untuk terlibat dalam bidang kewartawanan. Saya dapati insan besar yang memainkan peranan penting untuk beliau terlibat dalam bidang ini ialah peranan Tuan Abdul Rahim Kajai - bapa kewartawanan Melayu.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews