“Tali raket aku putus, Kil,” laung Jett. Perlawanan masih berterusan.
“Takpe aku cover! Kau ambil raket baru!”
***
Akil dan Jett — asalnya seteru dalam dunia badminton. Namun demi memenangi Piala Cakerawala, mereka sanggup ketepikan ego masing-masing demi membentuk pasukan beregu.
Tanpa disangka, mereka menjadi pasukan terhebat di Kolej Angkasa. Sejak itu, mereka semakin rapat. Hanya dengan Jett, Akil boleh jadi diri sendiri. Bagi Jett pula, Akil ialah sahabatnya yang paling terpercaya.
Namun apabila Akil syak mereka menyukai orang yang sama, semesta mereka bergolak.
Keadaan semakin tegang apabila Jett enggan berterus terang. Alasannya, dia tak mahu persahabatan mereka terjejas. Ini Piala Cakerawala yang terakhir dan mereka perlu menang.
Terkilan, Akil mula ponteng latihan. “Jett, kau cuma kisah tentang Piala Cakerawala kau je kan?”
***
Ketika bahang Piala Cakerawala semakin terasa, sengketa Akil–Jett juga semakin membara.
Mampukah mereka menjulang pingat emas seperti yang dijanjikan? Atau mungkin sebenarnya, ada sesuatu yang lebih penting untuk diselamatkan?
loving the badminton sport as main premise, the brotherhood, the friendship, the conflict, the plot building, the execution, the emotional damage it gave💔
this book really said, 'let me ruin your peace for a while.' and yes it did.
Aku ada 1 masalah dengan novel yang berkaitan dengan sukan - kalau aku tak gemar sukan tersebut aku susah nak "masuk" dengan vibe dia.
Semua buku Ainul Farihah aku boleh masuk, but this one - sorry, it took me months to finish reading sebab aku tak gemar main badminton. Bayangkan badminton court pun... hmmm...
Sama kesnya dengan Zaid Akhtar, aku suka semua bukunya kecuali Justeru Impian Di Jaring, aku habiskan pun sebab novel tu pendek.
For me, antara ‘charms’ yang menarik when it comes to Ainul Farihah’s writing is the fact that it would left a lingering feeling untuk jangka masa yang lama. Saya tak menangis semasa membaca STUK—tapi setiap kali termenung teringatkan kisah dan karakter-karakter dalam novel ni, selalu rasa pijar di satu sudut.
Ainul Farihah is a good writer, kita tak boleh dangkal lagi. Alur cerita, plot penceritaan sangat baik sampaikan saya tak rasa pun macam tengah baca novel dengan 440+ muka surat.
Novel yang meletakkan tema persahabatan sebagai tema utama. It makes me rethink the whole thing about friendship—to what point does a friendship hits its boiling point? To what point does we can become a toxic friend to each other? :’)
Aku geram betul dengan Akil dan Jett buat keputusan yang terbaik pada bab-bab akhir cerita ini.
Dan satu lagi, suntingan untuk naskhah ini jauh lebih baik berbanding Yang Paling Patah Antara Kita walaupun ditulis oleh penulis yang sama. Barangkali faktor perbezaan rumah penerbitan.
Sebagai seorang “remaja purba” (🤣), saya gemar membaca buku-buku generasi milenial supaya saya mungkin jadi lebih faham tentang apa yang bermain di fikiran mereka, apatah lagi saya ialah ibu pada tiga orang anak yang sedang meniti usia remaja, selain dapat berkongsi buku dengan anak-anak. Paling penting, orang lebih tua kadang-kadang boleh belajar banyak perkara daripada bacaan seperti ini, supaya kita tidak selalu punyai minda “𝘩𝘰𝘭𝘪𝘦𝘳 𝘵𝘩𝘢𝘯 𝘵𝘩𝘰𝘶”.
Buku-buku fiksi terbitan Iman Publication jadi pilihan oleh kerana kandungannya yang meyakinkan. Saya sudah membaca dua buah buku penulis di bawah terbitan penerbit berbeza sebelum ini, jadi saya tidak teragak membaca nukilan yang seterusnya.
Kisah dua orang sahabat, Akil dan Jett yang pertama kali berjumpa sebagai ‘musuh’ di gelanggang badminton untuk satu kejohanan di zaman persekolahan, bertemu semula apabila mereka menerima tawaran belajar di kolej yang sama. Namun “perseteruan” mereka yang terdahulu telah menjadikan mereka bukan sahaja sebagai pasangan beregu terhebat di kolej, namun sahabat karib.
Matlamat mereka ialah untuk memenangi Piala Cakerawala dalam kejohanan paling berprestij yang dianjurkan oleh kolej mereka selain melayakkan diri mereka menganggotai Kelab Asteroid - kelab sukan badminton elit kolej.
Aqil dan Jett, keduanya punyai kisah silam yang tragis. Perbezaannya ialah cara mereka menguruskan masalah mereka. Aqil jenis yang suka menyimpan dan “𝘰𝘷𝘦𝘳𝘵𝘩𝘪𝘯𝘬”, Jett pula lebih matang. Masalah semakin meruncing apabila Aqil berdepan masalah akademik dan apabila dia mengetahui Jett juga menyukai orang yang sama. Aqil menjauh. Namun Jett banyak mengalah demi memastikan matlamat mereka memenangi Piala Cakerawala tercapai kerana ia berkaitan dengan kisah hitam Jett. Impian Jett disalahertikan kerana bagi Aqil, Jett hanya mahu mempergunakannya.
Bagi saya, sukan badminton yang diketengahkan dalam cerita ini adalah medium untuk menyampaikan cerita yang sebenarnya - tentang persahabatan, pembelotan, kepercayaan, tanggungjawab, dan kemaafan. Kisah bagaimana di dalam sesebuah persahabatan itu, kita tidak seharusnya menjadi toksik yang meracuninya.
Persahabatan Aqil dan Jett tiba ke kemuncaknya apabila mereka semakin hampir ke kejohanan Piala Cakerawala. Aqil seperti acuh tak acuh dengan latihan dan ianya menjengkelkan Jett. Masing-masing buat rentak sendiri dalam permainan.
Kesilapan Aqil ialah apabila dia banyak menyimpan masalah walhal dia punya rakan-rakan terbaik di kampus. Latarbelakang hidupnya yang bukan berasal daripada keluarga berada berbanding rakan-rakannya membantutkan lagi hasrat untuk berterus-terang, apatah lagi tabiat Aqil yang suka membanding kehidupannya dengan orang lain. Namun, rakan-rakan yang lain juga sepatutnya tidak terus membiarkan Aqil memperlakukan sedemikian rupa - mereka seharusnya melakukan intervensi.
Dapatkah mereka meneruskan perjuangan merebut Piala Cakerawala? Apa akan jadi dengan persahabatan Aqil dan Jett?
Selain isu persahabatan, ada juga isu-isu lain yang diketengahkan : isu prestasi akademik, kerana sistem akademik di kolej dan universiti bukan lagi seperti di sekolah. Setiap tugasan yang diberi pensyarah menyumbang kepada markah yang bukan dinilai hanya melalui jumlah A, tetapi gred purata; isu keibubapaan, kerana anak-anak tidak seharusnya dianggap sebagai lubuk emas untuk ibubapa. Tugas ibubapa adalah membimbing anak-anak membuat keputusan yang baik; isu “𝘮𝘢𝘵𝘤𝘩-𝘧𝘪𝘹𝘪𝘯𝘨”, skandal yang sering menghantui mana-mana acara sukan besar yang melibatkan pasukan-pasukan kuat.
Saya tertarik juga dengan kata-kata nama yang digunakan dalam cerita; 𝘴𝘦𝘮𝘦𝘴𝘵𝘢, 𝘗𝘪𝘢𝘭𝘢 𝘊𝘢𝘬𝘦𝘳𝘢𝘸𝘢𝘭𝘢, 𝘒𝘰𝘭𝘦𝘫 𝘈𝘯𝘨𝘬𝘢𝘴𝘢, 𝘒𝘦𝘭𝘢𝘣 𝘈𝘴𝘵𝘦𝘳𝘰𝘪𝘥, 𝘒𝘦𝘫𝘰𝘩𝘢𝘯𝘢𝘯 𝘒𝘦𝘫𝘰𝘳𝘢, 𝘋𝘦𝘸𝘢𝘯 𝘚𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘎𝘢𝘭𝘢𝘬𝘴𝘪, 𝘔𝘦𝘯𝘢𝘳𝘢 𝘒𝘰𝘮𝘦𝘵 - semuanya berkisar tentang alam bima sakti dan tata surya, salah satu elemen kegemaran penulis. Mungkin ianya mainan kata berkisar kisah persahabatan yang merentas cakerawala. Dan juga latar tempat cerita yang masih lagi di Kuantan, bandar favorit penulis - semuanya mengingatkan saya pada nukilan penulis yang sebelumnya, “Bintang Tanpa Nama”.
Sangat sesuai dibaca oleh 𝘺𝘰𝘶𝘯𝘨𝘦𝘳 𝘳𝘦𝘢𝘥𝘦𝘳𝘴 atas tema 𝘤𝘰𝘮𝘪𝘯𝘨 𝘰𝘧 𝘢𝘨𝘦nya. Atau baca ini sekiranya anda gemar hasil nukilan penulis, dan suka cerita berlatarbelakang sukan kompetitif. Cerita ini mungkin lahir atas minat penulis pada sukannya dan juga di tengah-tengah kehangatan Piala Thomas tahun lalu.
SEMESTA TERAKHIR UNTUK KITA mengisahkan tentang 2 kawan yg bernama Jett and Akil yg diorang ni dua2 mulanya main badminton untuk single tapi bergabung jadi beregu atas sebab yg tak boleh dielakkan. So diorang ni memang kawan baik even waktu kali pertama diorang jumpa tu pun kau dapat rasa yg diorang ni akan vibe well with each other.
Tbh aku suka kelainan dalam buku ni yg jadikan badminton sebagai plot penting. Bagi aku penulis agak berani kerana aku tak rasa banyak buku lokal yg gunakan sukan sebagai plot utama. So kudos kepada penulis.
Bila kau baca buku ni kan, kau akan rasa macam awal2 tu macam ooohhh brotherhood tapi makin lama makin macam “ermmmmm what is going on?? Kenapa macam diorang tak vibe dah??” Dan aku rasa that is the saddest part. Watching someone yg kau anggao sebagai family, mula jauh dari kau.
Tapi ada benda yg aku kurang minat sikit which is dia punya dialog. Sebab sedikit cringe untuk conversation macam tu dituturkan oleh orang lelaki, but we moveeee.
Daripada lawan, menjadi kawan sehingga menjadi regu dalam sukan badminton untuk memenangi Piala Cakerawala di Kolej Angkasa, begitulah kisah Akil dan Jett.
Namun, saat mereka sedang mendaki tangga kemenangan Piala Cakerawala, persahabatan mereka mulai teruji dengan segala macam badai - masalah peribadi, hal akademik, sehinggalah dalam hal percintaan. Ya, Akil mengesyaki dia dan Jett menyukai gadis yang sama. (Stupid, Akil).
Sampaikah mereka ke puncak kemenangan Piala Cakerawala atau semuanya akan berantakan buat Akil dan Jett?
Pertamanya, suka gila dengan suasana badminton yang ditonjolkan dalam novel ini. Sebagai seorang peminat badminton dan kerap menyaksikan perlawanan badminton antarabangsa di ibu kota (seperti yang saya saksikan dalam IG nya), penulis menggambarkan perihal badminton dalam novel ini dengan begitu cemerlang.
Persahabatan Akil dan Jett diceritakan dengan bersahaja, mengalir dengan baik sekali. Dialognya, gaya kedua-duanya, dengan personaliti yang berbeza, membuatkan watak mereka begitu menjadi. Percintaan Akil dan Ilya juga - tipikal pelajar kolej bercinta, namun tetap mekar dikarang oleh penulis.
Kemuncak cerita, bagi saya, begitu mengejutkan, kerana hal itu sungguh di luar jangkaan saya. Siapa sangka Akil tergamak melakukannya. Menuju peleraian, banyak hal-hal yang menyedihkan.
Namun begitu, peleraian cerita kali ini, menurut saya, just as awesome as how it should be. As life evolves, we won't be in the same city as our best friends anymore. Heck yeah, we will not even meet each other frequently due to our own different life and commitments, but we will always miss each other.
Semoga Tuhan kekalkan memori indah bersama sahabat kita, tidak kisahlah, jika mereka sudah hilang atau masih kekal dalam hidup kita.
Novel ketiga yang saya baca dari penulis dan sejujurnya, mungkin yang paling tidak gemar sekali (buat setakat ini). Maaf. Saya beli dengan harga promo di Sh****. Rezeki untuk beli pada harga RM 12 tak silap. Saya ada rasa yang saya perlu baca semua karya beliau sebab suka kan style penulisan beliau yang bersahaja. Faham je penulis Gen Z dan sangat menarik juga dibaca.
Kisah tentang dua orang sahabat, Akil dan Jett yang masing-masing sangat berbakat dan minat dengan sukan badminton. Mereka bermain sebagai pemain single pada awalnya dan menjadi pasangan beregu yang serasi kemudiannya. Awal-awal tu ok juga lah, bila plot cerita mengisahkan bagaimana mereka bertemu dan tidak sangka akan belajar di kolej yang sama. Kedua sahabat yang serasi di gelanggang tetapi mempunyai latar belakang keluarga yang berbeza. Seorang dari keluarga yang senang dan seorang lagi dari keluarga yang kurang berkemampuan.
Menjelang pertengahan novel, bacaan saya mula jadi perlahan kerana kekerapan mereka berselisihan faham. Mungkin ini perasaan saya sendiri sebab saya rasa sedikit annoyed dengan perangai kebudak-budakkan mereka. Tetapi tak boleh nak salahkan juga lah, mereka memang budak pun. Iaitu masih pelajar kolej kan. Saya pula dah jadi golongan mak-mak.
Sampai ke penghujung cerita, mereka masih lah nak bergaduh dengan perkara yang saya rasa tak patut digaduhkan. Salah faham dan terasa hati. Sampai ke sudah saya tak berpuas hati dengan perangai mereka berdua haha.
Apa-apa pun, pengalaman membaca yang menarik. Saya pun faham mungkin saya bukan target market untuk novel ni. Adik-adik mungkin boleh relate lebih lagi. Oh ya, juga menarik untuk para peminat sukan badminton. Banyak terma dan sejarah sukan badminton ada diselitkan.
Novel ni mengubat kekecewaan aku pada karya Ainul Farihah iaitu Bintang Tanpa Nama. Novel ni related sgt dgn kehidupan aku. Novel ni lebih kpd sakit hati dan sebak. Sakit hati dgn sikap Akil yg pentingkan diri. Kesian Jett. Sakit sgt bila dikhianati oleh sahabat sendiri. Sangat recommended utk korg baca 😊
Marahnyaa laa dengan Akil nih.Jett tu baik, bersabar dengan perangai Akil. Ya tuhanku I feel the pain, Jett.. Thanks Author sebab biarkan ending Jett tak dikelilingi oleh Akil anymore, biar dia rasa perbuatan dia tu tersangatlah selfish😭😭
4 stars for this book sebb begining dia for me a bit slow, but the ending is good 👍🏻
Buku kedua daripada penulis yang saya baca selepas Patah, walaupun tidaklah meninggalkan trauma yang sama macam Patah, tapi buku Semesta ni bagi sakit yang tersendiri. Membawakan tema persahabatan, kehidupan zaman belajar, dan sukan badminton terutamanya.
Berdasarkan daripada dua buku penulis yang sudah saya baca setakat ini, saya nampak yang Ainul Farihah sangat pintar cipta perwatakan, perbuatan, dan keadaan yang tidak ‘selesa’ daripada watak-watak utamanya. Itulah perasaan yang saya rasa masa baca buku ni. Mungkin sebab ia ialah hakikat yang banyak berlaku dalam dunia nyata — toleransi kepada ketidaktolerasian orang lain, yakni kepada awak utama dalam buku ini.
The ending tho bukan ending kebiasaan kita, salah satu ketidakselesaan yang saya sebagai pembaca kena hadap dan terima juga, yet again it’s something yang memang berlaku di dunia nyata kita, dalam sebuah dunia persahabatan kita.
Suka dengan penceritaannya sebab boleh relate, pernah hadap situasi putus kawan macam akil dan jett dan memang sangat minat dengan sukan badminton. Tapi sangat annoying dengan sikap akil, geram je baca macam mana dia layan kawan-kawan dia. Jett pula banyak sangat bersabar, salute lahh. Overall, saya sangat enjoy baca buku ni, plot dan konflik yang berlaku tu macam smooth je membuatkan saya sebagai pembaca tak sabar nak menghabiskan bacaan.
"Tapi selepas hari ni, aku tak tahu apa akan jadi. Sahabat setia kalau pergi, Akil, boleh jadi takkan kembali."
Sayu hati bila persahabatan yang dibina menemui pengakhiran yang tidak dijangka.
Akil dan Jett, sama-sama minat dalam sukan badminton. Mereka bertemu kali pertama ketika Kejohanan Kejora. Bermain dalam perlawanan perseorangan, tekad Akil untuk menang dan sportmanship yang Jett tunjukkan jadi kenangan indah untuk pertemuan pertama itu.
Setelah beberapa tahun, mereka dipertemukan semula.
Kolej Angkasa tempat Akil dan Jett menyambung pengajian. Di kolej ini, sukan badminton antara yang popular dikalangan pelajarnya. Akil dengan misi untuk masuk ke kelab badminton kolej dan Jett pula dengan misi lebih besar, untuk menang Piala Carekawala.
Mereka gagal menempatkan diri sebagai pemain perseorangan dan akhirnya mereka bergabung menjadi pemain beregu. Dan kisah mereka baru saja bermula.
Novel ini membawakan tema persahabatan, kehidupan di kolej dan isu kekeluargaan.
Watak Akil, anak kedua yang dibebani dengan masalah kewangan, keluarganya yang kurang memberi sokongan terhadap minatnya dan tertekan dari segi mental dan emosi.
Watak Jett, seorang yang murah hati dan amat mementingkan persahabatan. Tidak sanggup melakukan sesuatu yang menguris hati kawan-kawannya. Tapi dia juga mempunyai tekanan emosi sejak kehilangan sahabat yang dianggap seperti abangnya.
Jett menyimpan dendam yang tidak kelihatan.
Naqi, Safura dan Ilya, kawan-kawan yang sering menjadi tulang belakang dan memberi sokongan kepada Jett dan Akil untuk terus berusaha demi minat mereka dalam sukan.
Watak Akil ni, masa awal-awal okay je tapi lama-lama aku rasa makin menyampah pulak 😅. Akil rasa seperti dia je yang paling malang, ada masalah. Dia rasa cemburu dengan kawan-kawan yang lain, kelihatan macam takde apa-apa beban.
Cerita ni beri pengajaran pada kita bahawa tak semestinya orang yang tak cerita masalah itu takde masalah. Kalau kita tertekan atau kusut sekali pun, tidak patut kita mengabaikan perasaan orang lain. Usah berkata tanpa memikirkan situasi orang lain.Akhirnya, membawa kepada penyesalan yang tidak tertanggung.
Selepas YPPAK, buku nukilan Ainul Farihah ini sekali lagi berjaya menambat hati saya. Kisah persahabatan yang sangat luar biasa. Ditambah lagi dengan memberi fokus kepada sukan badminton, menjadikan karya ini antara karya terbaik tahun 2024. Tidak dilupa kepada penerbitan Iman kerana benar benar memberikan karya yang terbaik untuk tahun 2024.
Sebenarnya menanti juga karya yang memberi fokus pada tema kesukanan, akhirnya Ainul Farihah berjaya merealisasikan impian saya sebagai pembaca. Kisah persahabatan, pengorbanan, kekeluargaan juga bagaimana konflik cerita dileraikan dengan baik membuatkan naskah ini selayaknya berada dalam buku wajib baca tahun ini.
Tahniah buat Ainul Farihah untuk penghasilan cerita STUK. Semoga diberi idea untuk terus mencipta karya karya yang bermutu pada masa depan.
This book have special space in my heart. Suka sangat the way Ainul Farihah pictured everything like the characters, the storylines, and semua lah. I finished this book in one sitting (about 4 hours) and still tak boleh move on! If you are reading my review, please pleaseee this is your sign to buy and read this book. Totally worth it and tak bazir every penny or time pun!
My favourite person is Jett/Zayed. Tak tau lah rasa macam boleh share the same pain and I literally cried while reading his story and Luqman's.
The ending is sooo good because I felt relieve as Jett finally chose himself over everyone. He had been too kind and this world doesn't deserve him.
cerita yang menarik, pengisian yang details from both side (Akim dan Jett). a fact that we can knew both struggles is good.
memang dah agak apa apa buku related to friendship mesti ill ugly crying, the sad ending make it worst HAHAHAHA. i enjoyed a lot from this book. it just maybe need to add more suspense scene to the story.
Banyak emosi aku bercampur baur baca novel ni. Suka, terharu, sedih, marah, menyampah, meluat macam-macam ada. Aku rasa penulis mampu berjaya bermain emosi pembaca.
Aku suka gaya penceritaan, dialog tak kaku walaupun banyak term badminton. Kadang rasa macam penulis macam penulis effortlessly je tulis dialog-dialog dalam ni. Ada humor antara watak-watak.
Aku rasa setting tempat kolej dekat dengan aku walaupun dah sepuluh tahun aku berhenti belajar kat U. Jadi, dia macam menggambit memori gituh.
Mulanya aku ingat Jett yang akan buat onar tentang Piala Cakerawala tapi rupanya sebaliknya. Aku sangka Akil akan tahu pasal Luq hujung cerita tapi kat tengah-tengah Jett dah berterus-terang, so aku dapat aku rasa okay buku ni pasal benda lain agaknya. Oh ye, aku jenis tak baca blurb/sinopsis sebelum beli novel haha
Pastu bila tahu salah satu punca friendship diaorang hambar sebabkan Ilya aku mula-mula rasa mehhh..boringnya nak bergaduh sebab perempuan. Tapi penulis bijak, ada hal lain juga yang jadikan faktor kenapa si Akil bertindak macam tu so aku rasa okaylah, nasib baik bukan semata sebab perempuan kalau tak aku rasa dah tak berapa best
Berbalik kepada Akil, aku rasa menyampah betul, dah macam perempuan emo-emo sikit-sikit melenting pasal benda kecik. Jett kemain lah setia dengan dia. Jett pula baik sangat, tapi banyak attitude Jett boleh ambil pengajaran terutamanya penyabar & tak berputus asa.
--
Pasal Jett pula aku ingat ada details lebih sikit kenapa ayah dia dah tak ada untuk hangatkan penceritaan. Sama juga dengan Naqi yang orang ingat dia tak ada masalah. Tapi penulis tak ada huraikan lebih lanjut.
Secara keseluruhannya, aku suka, tapi setakat ni tak boleh lawan Yang Paling Patah Antara Kita, yang tu lagi best. Apa apa pun tahniah untuk penulis Berjaya hasilkan karya yang banyak nilai murni! 👍🏻👏🏻
This entire review has been hidden because of spoilers.
Sekali lagi Ainul Farihah membuatkan aku tenggelam dalam sebuah kisah persahabatan yang jadikan aku berair-air mata. Aku kira novel Semesta Terakhir Untuk Kita sebuah buku semi-slowburn yang penuh dengan intipati jiwa sesiapa sahaja yang sedang, telah atau bakal bersahabat.
Secara ringkasnya, buku ini menguji persahabatan Jett dan Akil. Kedua-duanya terpaksa menghadapi ujian sepanjang menjadi pelajar di Kolej Angkasa. Minat yang mendalam terhadap badminton rupa-rupanya menjadi penghuni dalam sebuah rasa yang lebih dari itu. Pertalian merela teruji. Cinta pada gadis yang sama menegangkan lagi keadaan.
Tapi STOP!
Ini bukan kisah cinta tiga segi ya. Itu cuma salah satu rencah dalam permainan penulis.
Pada awalnya, walaupun perjalanan plot agak perlahan, ada daya yang agak kuat menarik aku untuk terus membaca. Aura Jett and Akil kuat memanggil. Keputusa tepat yang aku buat!
OMG!
Rasa pedih, geram dan sedih bersilih ganti, tapi tidak semestinya sentiasa begitu "intense". Itu yang aku suka. Kadang-kala pengolahan emosi itu agak subtle, tapi impaknya kuat.
Satu lagi aku suka... Tiada adegan over the top. Bagi aku, agak logik semuanya. Dialog juga, termasuklah dialog konflik, terletak pada tempat yang sepatutnya. Perfect!
Bagi aku, jiwa Jett dan Akil sarat dengan kesakitan di hujung novel. But the ending was to die for! Gracefully done!
Aku amat rekomen novel ni. Suatu hidangan slice of life yang takkan dilupakan.
1.i baca novel ni kebetulan masa i tengah berada di fasa "friendship problem" . buku ni pasal breakup friendship . jadi sakit dia tu memang menusuk kalbu ye ☺️
2.suka sgt how it start and how it end . buku ni dia punya linestory ala" cerita memoir guru (flashback) like masa prolog the time,masa chap1 untill last chap kisah dorang then epilog back to this time . kalau tak faham xpe 🥲.
3.lets talk abt the char . actually dua" tersakiti , Jett sbb demi kawan lama,Aqil pula masalah ekonomi . Sakit jadi Aqil bcs i always berada di fasa dia,cuma idl bila Aqil ni agp dia je ad mslh yg lain tak . Jett pun sakit , dia dilema trauma dan janji .
4.im proud to Jett sbb dia berani keluar dari perkara yang menyakitkan dia . saya pun x skuat dan x smampu jett ye 🥲. Puas la dgn ending , Jett ni sabar jeee tapi Aqil !? em sampai hatii 🥹.
5. nothing to say,best. kalau suka sad" bacalahhh.
PUTUS KAWAN LAGI SAKIT DARI PUTUS CINTA . i agree,setiap kali tgk highlight stuk rasa sakit dia tu perh , mmg rasa 🫠.
so worth it or not ? WORTH IT !!!
This entire review has been hidden because of spoilers.
My 4th Ainul Farihah’s book. Awal-awal rasa agak slow juga, tapi tak taulah ke sebenarnya diri sendiri ni yang dalam reading slump.
Masa baca sinopsis, ingatkan Jett yang akan jadi someone who turned into “antagonist”, rupanya si Akil. Sangatlah sakit hati. Dahlah pentingkan diri, ego pula tu. Ingat kau sorang je ke yang ada hard times? Dahla tak pandai empathise dengan orang lain. At one point, memang aku berharaplah kau dapat balasan tak baik tu Akil 😭😭
Tak semua orang boleh ada kesabaran macam Jett. Kesian Jett. He has a lot of things to lose, and he did lose them all. At least, happy juga yang dia ada pengakhiran yang agak membahagiakan. To be honest kalau jadi in real life watak Jett ni, memang susah untuk kembali hidup.
Memang rant panjang. Sebab cerita ni fokus on their characters yang bawa plot ni jalan.
Tulah, what a loss. Apa yang hilang tu dah tak boleh datang dan ratib balik untuk kembali. Perasaannya takkan sama. Semoga kita semua tak jadi macam seorang Akil. Atau kalau kita sedar yang kita seorang Akil, semoga sempat lagi baiki yang sudah atau hampir retak tu 🥲🥲
This entire review has been hidden because of spoilers.
As once of badminton lover especially when I was a kid, selitan perihal lagenda DLCW, LD n the modern one. Really like because nostalgia zaman budak-budak dulu. Main character dia adalah Jett n Akil, men double yg passion gila-gila nak masuk kelab badminton Kolej.
Banyak struggle masing-masing termasuklah persahabatan dengan Ilya, Safura dan Naqi. This novel taught me how to understand the other's struggle. Jangan merendahkan struggle orang lain dan cuba memahami orang lain. Sikap Jett sangat gila-gila sabar ngan sahabat sendiri. Aku en, Ainulfarihah ni aku takut ending dia meninggal je karakter dalam novel dia. Sumpah aku boleh nangis sebab dia sangat menyentuh hati aku. Betapa gila Jett tu mampu tahan sabar, tak ego dan tak emosi.
For Akil, hurm no komen. Korang bacalah nanti kata aku spoil. Aku harap for the best tuk circle dorang. Tapi yah who know? Kayh la sila lah baca.
4/5 ⭐️ read ‘Semesta terakhir untuk kita’ This story follows a main character ‘Akil’ who misses his best friend, this story is told in third person. Although he is poor with parents who are not supportive of his dreams other than focusing in his academic, he still found a way to continue his passion in badminton which lead him to meeting ‘Jett’ who he will reunite with in the future again.
At the beginning of the story we understand why Akil is the way he is but then again his friends are also struggling with their own problems even though they are not struggling financially like him with stern parents, soon enough we will find out why his line in the beginning was not wanting to lose someone special because he already lost Jett.
The ending broke me but without spoiling anything all i want to say that is despite everything he still cares enough to know..