“Aku dah penat menangis, tapi tak ada apa pun yang berubah.”
***
Sejak kecil, banyak kekecewaan yang dirasai kita simpan dan pendamkan saja. Biar makin sukar, kita tetap berjalan walau dalam kesakitan. Kerana ujian itu lumrah, bukan? Kita ingin terus kuat dan percaya kepada susunan takdir-Nya.
Namun saban hari, cabaran hidup dirasakan semakin sukar. Hati kita semakin lemah.
Ya, kita percaya kepada Allah, tetapi kita seperti sudah tidak percaya kepada diri sendiri. Sedikit demi sedikit, rasa sayang kepada diri terhakis. Kita lebih banyak mengabaikan apa yang kita rasa, dan melalui hari-hari kita sebagai manusia yang tidak ada cerita.
Mungkin sebenarnya, sudah sampai waktu untuk kita kembali memberi perhatian kepada diri dan setiap perasaan yang dialami, serta memenuhi keperluan kasih sayang untuk diri sendiri.
Melalui buku ini, Muzuza mengajak kita menikmati pengembaraan untuk kembali mencintai diri, dengan memahami ketinggian kasih Allah SWT kepada diri kita. Penulis berkongsi tentang cara memandang diri dengan penuh cinta dan rahmah — yang selayaknya kita terima.
Dalam hidup, terkadang kita sering mengutamakan orang lain sehingga kita terlupa tentang diri sendiri. Misalnya, menyempurnakan tugas orang lain daripada tugas sendiri. Impaknya? Kita akan berasa lelah dengan jalan hidup ini. Jadi, di manakah solusinya?
Cintailah diri sendiri. Utamakan diri sendiri. Bukanlah bermaksud kita mementingkan diri, akan tetapi dengan memberi fokus pada diri sendiri, kesihatan kita terutama kesihatan mental akan lebih terjaga.
Buku ini membawa kita mengenal tentang definisi cintai diri sendiri. Bagaimana dengan mencintai Tuhan, kita juga sebenarnya dapat mencintai diri sendiri. Untuk mereka yang terkadang keliru, sama ada benarkah dirinya perlu disayangi ataupun mengutamakan hal hal manusia lain, inilah naskah yang dapat membantu anda.
p/s: i forgot to mark my goodreads but i did finish this in just 4 hours.
very easy read. all said in layman and spoken gently and not easy to be overwhelmed with it at all. i think young people could benefit from this book, especially in ramadhan. it’s definitely a self-help book on self-love/self-compassion but only if you allow it to be.
you have to read this book with an open mind, willing to accept what it’s saying because honestly, this book feels like a friend coming to you telling to you gently that you can do this (whatever it is you’re trying to get through). it’s a relatable read, and depending on how far are you in your self-discovery/recovery journey, you might stumble upon the same concepts or analogies. however, it stings just the same to remind you of it.
what i particularly like about this book is that though it came from an ustaz, (in which advice from them are stigmatised) and the book is embedded with Quran verses, it in no way invalidates all the experiences you are experiencing. in fact, i felt even more at peace knowing someone so ‘alim is have gone through something so human. something i thought were immune from; the author even made it a point that zikir is not a measurement of someone’s happiness nor sadness, and it’s the journey/process we take to improve ourselves is what matters most in seeking His redha and rahmah.
a wonderful read without tarbiah sentap or try-hard savage quotes, would recommend.
💎 Menyedari hakikat kehidupan ini merupakan satu hadiah yang diamanahkan oleh Allah seharusnya membuat kita faham bahawa kita tidak hidup di dunia ini tanpa tujuan dan matlamatnya.
💎 Lebih indah, Allah hidupkan kita di dunia ini dengan penuh penjagaan dan dilengkapkan segala kebutuhan dan keperluan kita. Lantas, bukti apakah lagi kita cari untuk meyakini bahawa sungguh, Allah amat menyayangi kita dan tidak pernah meninggalkan kita.
💎 Menyayangi diri sendiri ternyata bukanlah satu bentuk sifat narsistik, melainkan satu petanda bahawa kita mensyukuri nikmat kehidupan yang Allah kurniakan dan menjadikan kita seorang hamba yang lebih baik.
💎 Sebaik-baik tanda menyayangi diri sendiri adalah dengan ketaatan dan ketaqwaan. Menjauhkan diri kita daripada kesakitan dan azab di hari akhirat.
💎 Rahmah membawa kita mengenal hakikat penciptaan dan mengenal Sang Pencipta yang mencintai kita sedalam itu. Maka, dengan luasnya rahmat dan kasih sayang Allah, semoga kita terus berusaha untuk menjadi hambaNya yang taat dan menjauhkan diri daripada kebinasaan dunia dan akhirat.
Secara peribadi, tulisan buku ini baik dan bagus isinya. Saya akan suka buku ini jika saya dapat membacanya di umur yang lebih muda (selepas SPM dan sekitar awal 20-an).
Konsep rahmah dalam Islam ini tidak jauh dengan konsep "self-compassion" ditambah dengan penghayatan melalui lensa agama Islam. Hal ini diketengahkan dengan baik oleh penulis.
Cuma dari sudut penulisan, saya secara peribadi kurang gemar penulis ada tendency menulis cerita pengalaman diri dan perasaan itu secara melewah dan seperti memanjang-manjangkan perihal perasaan terlalu banyak (pada pandangan saya, ia boleh concise lagi tanpa hilang penghayatan dan perasaan). Ini walau bagaimanapun, lebih kepada pandangan peribadi tentang kecenderungan penulisan yang saya suka sahaja. Sekiranya ia membantu penulis untuk tambah baik kualiti penulisan, alhamdulillah :)
Buku kedua dari tn muzuza saya baca. Dan tak sangka ia berlainan skali dengan buku AUK. Buku ini lebih santai dengan cara bercerita sambil berkongsi ilmu.
Juga bagaimana penulis memberi nasihat secara lembut dan berhikmah dalam mengajar diri bersikap rahmah terhadap diri sendiri. Bukan bersikap rahmah secara membabi buta sehingga tersilap bersikap narsistik terhadap orang lain.
Penulis juga mentadabbur beberapa ayat AQ agar pembaca dapat memahami penjelasan berkenaan rahmaj dengan lebih mendalam.
Saya baca dalam sehari buku ni. dan buku ni sangat best dan sedap dibaca :) Terima kasih untuk karya ini tn muzuza.
Reading Rahmah was deeply comforting, a refreshing perspective on self-compassion grounded in God’s love for His creation. It’s clear that the author sincerely hopes readers will come to understand that in seeking to love God, we naturally learn to love ourselves because that, too, is what God wants for us.
The book redefines self-care through a responsible and realistic lens, steering away from the often individualistic and ego-driven Western narrative. Instead, it encourages caring for oneself as a form of gratitude to God, a sacred act of honoring the soul He entrusted us with.
First time baca buku tulisan Ustaz Muzuza. Kita selalu rasa beban dan sering menyalahkan diri sendiri atas apa yang terjadi. Menerusi buku ini, penulis menerangkan secara terperinci bagaimana untuk menyayangi diri sendiri, menerima segala ujian dengan rasa sabar, meraikan rasa sedih tapi pada masa yang sama tidak bersedih terlalu lama serta menjelaskan secara terperinci rasa 'rahmah' menerusi Al-Quran dan Hadith.
Untuk anda yang tercari-cari rasa 'rahmah' itu, buku ini ada jawapannya ☺️
Karya pertama daripada Ustaz Muzuza yang saya baca. Apabila saya membaca judul buku Rahmah, saya terbayangkan kasih sayang dan rahmat Allah SWT buat kita, hamba-Nya yang akan sentiasa mengharapkan secebis rahmat itu. Namun, adakah kita boleh memberikan kasih sayang untuk diri sendiri atau self-love? Apabila kita menyayangi diri sendiri atau self-love, adakah kita ini seorang yang pentingkan diri sendiri/selfish? Inilah antara persoalan yang akan dikupas di dalam buku ini.
Penulis telah mengungkapkan dengan baik bagaimana kita seharusnya menyayangi diri sendiri di sebalik segala kekurangan yang ada pada diri, di sebalik segala dugaan dan ujian yang menimpa, tidak seharusnya kita mengenepikan perasaan sendiri. Penulis turut berkongsikan beberapa tips bagaimana untuk menyayangi diri untuk ketahanan fizikal diri dan juga aspek spiritual.
"Hak diri kita merupakan suatu elemen yang penting dan perlu dipelihara; hak terhadap diri merupakan suatu nilai yang besar dalam agama".
Teroka dan kenalilah diri sendiri supaya kita dapat menghargai nilai kita sebagai hamba-Nya. Rahmat dan kasih sayangnya amatlah luas dan Nabi SAW berkata :
ﻟﻠﻪ ﺃﺭﺣﻢ ﺑﻌﺒﺎﺩﻩ ﻣﻦ ﻫﺬﻩ ﺑﻮﻟﺪﻫﺎ "Sungguh Allah lebih sayang kepada hamba-hamba-Nya daripada ibu ini kepada anaknya.” (HR. Bukhari dan Muslim)