Jump to ratings and reviews
Rate this book

Redha : Memaknai Rasa Berserah Kepada Tuhan Tatkala Takdir Di Luar Kawalan

Rate this book
Kita tahu, ada hikmah di sebalik setiap kejadian.

Kita tahu, Tuhan mahu yang terbaik untuk kita.

Tapi mengapa hati kita masih remuk tatkala diuji dengan sebuah musibah?

Mengapa kita masih bersedih dan patah hati, walau telah cuba memahami dan menerima semua yang berlaku?

Tidak bolehkah hidup ini bahagia dan baik-baik saja buat kita?

Atau mungkin sebenarnya, Tuhan sudah tidak sayang kita?

*

Menerusi buku ini, Irfhan Fitri ingin kita benar-benar memahami mengapa Tuhan menguji hamba-Nya. Melalui kisah dan pedoman yang dikongsinya, penulis menjemput kita untuk memaknai erti sebenar redha tanpa menafikan emosi-emosi yang bergelumang dalam diri.

*

Abdul Rahman bin Auf bertanya kepada Nabi SAW, “Engkau juga menangis, wahai Rasulullah?”

Baginda menjawab, “Wahai Ibnu Auf, ini ialah rahmat. Sesungguhnya mata ini menangis, hati ini bersedih, namun kami tidak akan mengucapkan sesuatu kecuali yang diredhai oleh Rabb kami. Sungguh, kami sangat bersedih dengan perpisahanmu, wahai Ibrahim.”

(Riwayat Bukhari)

Paperback

Published September 25, 2024

4 people are currently reading
22 people want to read

About the author

Irfhan Fitri

1 book2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
19 (36%)
4 stars
22 (42%)
3 stars
10 (19%)
2 stars
1 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
November 15, 2024
Buku ni ditulis dengan cara penulisan yang ‘emotionally driven.”

So bila author drag kau ke bawah, dia betul-betul drag sampai jatuh ke dalam. Bila jatuh tu macam, ‘the only way is up.’

So nak kena baca buku ni kena get through the hard part, triggering stuffs dulu untuk faham makna redha yang dimaksudkan.

Memorable quote: “Redha ni bila ujian itu tidak lagi menyakiti kita, dan kita boleh berdamai dengannya.”

Redha juga bukan bermaksud putus asa.

Ketika diuji, yang bagusnya time tulah pengharapan kita tinggi pada Allah. Allah akan bagi ujian sesuai dengan kemampuan. Tak ada apa yang Allah bagi pada kita sia-sia. Dia Maha Tahu, bukan seperti kita manusia.
Profile Image for Hasliza Rajab.
174 reviews8 followers
November 7, 2024
Setiap hari yang dilalui, kita tidak akan terlepas daripada bergelumang dengan pelbagai aspek emosi negatif yang ada ketikanya akan menjejaskan prestasi hidup kita ke arah yang lebih baik. Di saat ujian melanda, kita akan melalui episod kesedihan, meratap nasib, kemurungan, depresi, kekecewaan dan sebagainya. Dan itu adalah perkara biasa untuk seorang manusia, mengalami perasaan yang pelbagai selain daripada kebahagiaan, kegembiraan pada waktu-waktu tertentu.

Namun, di saat kita berada di titik paling bawah dalam hidup kita, kita akan mempersoalkan diri..."Kenapa aku?" "Kenapa sesukar ini yang perlu aku lalui?". Dunia berakhir!
Iya, semudah itu kita menyerah kerana kita tidak memahami tujuan dunia ini diciptakan, dan yang lebih utama, kenapa kita diciptakan.

Saya tertarik dengan satu persoalan di dalam buku ini,
"Kalau semua yang dirasakan di dunia itu sebuah kenikmatan, maka untuk apakah Tuhan menciptakan Syurga?".

Refleksi diri kita kembali, andai kita sudah merasakan semua nikmat kebahagiaan dan kegembiraan di dunia, untuk apa kita kembali ke Syurga? Seolah-olah Syurga itu tidak lagi bererti buat kita kerana semuanya telah kita nikmati di dunia. Maka, untuk apa Syurga?

Buku ini akan membawa kita untuk mengenal dan memahami dengan lebih mendalam makna redha, bukan sahaja melalui firman-Nya dan hadis-hadis Nabi SAW, malah melalui pengalaman penulis melalui setiap detik dan episod hidup yang mencabar dengan ujian dan kesedihan. Pengalaman penceritaan daripada orang-orang sekeliling juga membantu penulis untuk bangkit kembali menguruskan takdir hidup beliau.

Ada satu kisah yang penulis coretkan dalam buku, yang mana memberi satu kefahaman yang baru untuk saya mengenai konsep usaha dan konsep takdir. Kisah Saidina Umar al-Khattab RA saat berdepan dengan penyakit yang melanda Kota Syam saat itu.

Dalam hidup, kita diberikan dan 'dihidangkan' dengan banyak pilihan yang boleh kita putuskan, dan kita adalah makhluk-Nya yang telah diberikan akal dan kemampuan untuk kita berfikir. Dan apa yang perlu kita fikirkan dipandu oleh wahyu dan hadis yang Nabi SAW tinggalkan untuk pedoman kita. Dan buku ini, adalah terbaik untuk kita mengenal konsep redha yang sebenar.
Profile Image for NUR HIDAYAH ABDUL HAMID (aya_booskboutique).
89 reviews7 followers
January 3, 2025
Semakin tinggi dunia dalam jiwa kita, semakin pedih rasa sakit yang menjelma saat kita kehilangannya. 🥺

Buku yang baik daripada seorang penulis baru dan muda, ustaz @irfhanfitri_ Digarap dengan baik ; lunak susunan kata memujuk, sampai rasa sebak saat menyedari luasnya kasih sayang Tuhan melalui penulisan beliau. Namun begitu, tetap tegas membahas tentang konsep hamba dan adab selaku manusia yang juga hamba dalam melihat ujian yang hadir dalam hidup.

Membaca buku ini, membawa kita memahami kenapa Allah datangkan ujian dalam hidup kita. Tidak lain dan tidak bukan kerana sayangnya Dia dan rindunya Dia pada kita. Tanpa ujian, kita tidak merintih dan merayu padaNya. Kena baca untuk tahu banyak lagi seba lain yang sebenarnya Allah dah cerita dalam AlQuran.

Membaca buku ini, membuat kita memahami ada takdir yang boleh kita usahakan dan ada takdir yang harus kita lepaskan. Agar kita lebih tenang dan bahagia. Kadang yang membuatkan beban berat dalam hati dan fikiran kita, kerana kita mahukan apa yang kita mahukan tanpa bertanya pada Allah, adakah itu yang Dia mahukan buat kita. Lepaskan lah. Percayalah pada susunan Nya.

Tidak melampau jika saya katakan, buku ini agak lengkap sebagai bacaan asas dalam memahami konsep takdir yang complicated. Ada contoh kisah benar daripada kehidupan penulis dan orang sekelilingnya, membantu kita memahami aplikasi konsep redha ini. Dan kerana bentuk penyampaiannya yang mudah, saya kira sesuai dibaca oleh remaja sehinggalah dewasa.

Ilustrasi dan kulit buka yang sangatlah comel, buat pengalaman membaca lagi mengujakan. 🥰 Terima kasih dan tahniah para editor buku ini. @imanpublication

Jemput dapatkan dan selamat membaca kawan. Sedikit demi sedikit, kita belajar redha ya dan moga kita capai puncak keimanan ini.

#redha #takdir #bukuagama #imanpublication
Profile Image for Aina Mazlin.
10 reviews
June 3, 2025
Apa yang buat kita susah nak Redha?
Apa yang buat kita susah nak melepaskan?
Boleh ke kalau rasa nak marah, nak nangis atas semua takdir yang berlaku pada diri kita?
Kenapa sakit sangat ya Allah?
Adakah ujian ini berlaku sebab dosa aku ya Allah?

REDHA;
Ya, semua jawapan saya dapat daripada buku ni.
Gabungan antara kisah nyata dan ayat-ayat agung daripada Alquran dan Hadis. Buat saya rasa sangat dekat dan terikat secara peribadi dengan setiap bait susun kata dalam buku ni.

Memaknai erti berdamai dengan takdir dan kembali memahami seni menjadi hamba, memahami tujuan hidup di dunia.
Kembali memahami dan diingatkan bahawa ujian adalah bahasa cinta Dia untuk hambaNya.

Banyak masa, kita rasa berhak atas kehidupan kita sampai kita lupa ada kuasa lebih besar, lebih mengetahui ala yang tidak kita ketahui.
Maka kerana itu, biarkan kuasa itu yang mentadbir kehidupan ini. Dalam masa yang sama, jangan berhenti usaha dan doanya.

Aina mazlin, jangan berhenti berusaha dan berdoa ye.
Allah lihat semuanya, Dia tidak menyusun sesuatu perkara melainkan hanya untuk kebaikan kita💖

Kholas satu hari baca sebab memang tgh memerlukan tulisan yang mampu menuturkan rasa yang terbuku dalam hati.
Profile Image for Qayiem Razali.
891 reviews85 followers
October 19, 2024
55-2024

-Redha
-Irfhan Fitri

Kita sering menganggap sesuatu ujian itu sebagai beban dan kita mempersoalkan tentang takdir Tuhan? Tidakkah kita sedar barangkali sesebuah ujian itu sebenarnya rahmat bagi kita? Dan adakah kita redha jika ujian itu hadir dalam hidup kita?

Sebagai seorang Muslim, putus asa bukanlah jalan yang dipilih andai ujian itu sedang kita hadapi, namun memilih redha dalam diri akan menjadikan kita bersifat tenang dalam menghadapi segala ujian dan dugaan yang datang melanda.

Dalam buku ini, penulis juga menyelitkan kisah kisah umat terdahulu bagaimana mereka semua redha dalam mendepani ujian yang mendatang. Menyebutnya mudah, melaksanakannya susah. Tapi, perlahan lahanlah memujuk hati dengan sifat redha. Dalam menjadi seorang Muslim yang hidupnya akan sentiasa didampingi rahmat, membaja hati dengan sifat redha juga antara langkahnya.

Tahniah buat Irfhan Fitri untuk naskah ini. Semoga terus menghasilkan karya berkualiti.
Profile Image for Hidayah Fauzi.
177 reviews3 followers
November 19, 2024
Buku yang sangattttt best. Habiskan dalam masa sehari. Walaupun tajuknya nampak berat tetapi enjoy baca kerana ia seakan satu penceritaan yang santai tetapi memberi kesan dalam hati.

Banyak kata2 dalam buku ni buatkan aku terpukul. Kadang2 kita dah merasakan kita cukup redha tapi sebenarnya tak. Tanda redha apabila kita sudah tidak merasai kesakitan itu lagi. Dan ianya satu martabat di atas sabar.

Suka belek buku ni sebab ringan dan floppy. Susun atur dalamannya pun tak rapat dan tak padat. Nampak tebal tapi memang boleh habiskan bacaan dalam masa 3, 4 jam. Berbaloi sangat.

Tahniah dan terima kasih kepada penulis atas karyanya ini.
Profile Image for asmaatj_.
36 reviews
November 25, 2024
First time baca buku yang ditulis oleh orang yang lagi muda dari diri sendiri 😄

Peringatan tentang hakikat kita hidup di dunia hanya untuk kembali kepada Dia dalam sebaik-sebaik keadaan. Ujian yang diberi ialah sunnatullah dalam kehidupan seorang manusia.

Kita telah berada dalam phase “Redha” bila kesakitan akibat satu peristiwa itu tidak lagi menyakiti kita.

“Sabar” is the process, “Redha” is the result.

Profile Image for Nur Umairah.
47 reviews
October 27, 2024
Ujian yang datang kepada kita untuk buatkan kita lebih dekat dengan tuhan.

Kata-kata penulis di dalam buku ini mengajak kita untuk terus kuat dan memandang ujian sebagai satu tanda sayang Allah kepada kita.

"Kalau semua perkara yang kita lalui adalah kebahagian, maka untuk apa syurga diwujudkan?"

Terima kasih penulis untuk buku ini.
Profile Image for Syeraho.
Author 7 books68 followers
December 26, 2024
Buku yang baik, bawa kita hayati keadaan dan fasa untuk redha itu ketika diuji di samping ambil iktibar daripada kisah-kisah sirah anbiya dan sahabat.

Santai, cozy reading, tidak meleret / melewah sangat.
Profile Image for Shafiqahsamin.
209 reviews4 followers
December 30, 2025
Disebabkan aku senang je nak terima nasib, takdir, kesalahan aku, jadi buku ni tak ada lah memberikan aku inspirasi sangat. Saat jatuh aku pun, aku masih lagi boleh terima dengan tenang. Aku setuju dengan semua yang buku ni highlight. Cuma, untuk orang yang tak susah nak terima kenyataan macam aku, benda ni semua aku dah tahu, dan tak susah untuk aku praktikkan.

Tapi aku recommend buku ni untuk orang yang baru nak kenal erti Redha, orang yang susah nak redha, orang yang masih sakit dengan masa silam. Silakan baca buku ni. Semoga kita semua boleh memaknai erti redha yang sebenar.
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.