Jump to ratings and reviews

Cerita Kembara Kita: Medan Mengenal Diri, Mempelajari Budaya

Cerita Kembara Kita ialah kisah-kisah si musafir mengembara ke pelbagai pelosok benua yang disulami dengan kenangan manis, lucu, mendebarkan dan membahagiakan.

Pengembaraan boleh jadi medan mengenal diri dan mempelajari budaya di negara asing mahupun negara sendiri.

216 pages, Paperback

Published January 1, 2024

Loading...
Loading...

About the author

Nilam Tang

13 books1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (30%)
4 stars
6 (60%)
3 stars
1 (10%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Edziani Nabila.
126 reviews9 followers
February 21, 2025
Tiga sebab kenapa saya seronok membaca Cerita Kembara Kita:

✅️ Perspektif kembara para penulis
Saya tertarik bagaimana setiap penulis dalam buku ini memberi perspektif yang menarik dan unik mengenai pengembaraan mereka.

Ada yang mengembara ke hospital untuk menjalani terapi, ada yang menjelajah demi menunaikan impian sahabat yang telah tiada, dan ada juga yang mengembara mencari buku dan perpustakaan serta menghayati sirah umat terdahulu. Tidak kurang juga yang merantau ke luar negara demi memulakan hidup baharu.

"Sesetengah orang mengembara jauh ke serata dunia untuk membuat matanya melihat keindahan dunia. Sementara sesetengah orang seperti aku, mengembara di tempat yang sama dan berusaha setiap kali melihat dengan suasana yang berbeza. Yang pasti, setiap orang berusaha menemukan keindahan di dunia ini."
(m/s 178)

✅️ Refleksi kehidupan
Ada beberapa kisah dalam buku ini seperti Mereguk Kesederhanaan di Pekan Aek Nabara, Luka di Tangan Kubawa ke Jogja, dan Jejak yang Kita Tinggalkan - Sebuah Kisah dari Laut Celebes menjurus kepada meningkatkan rasa syukur dan melahirkan rasa manusiawi.

Ia membuatkan saya merenung bahawa mengembara bukan hanya tertumpu kepada fizikal tetapi merangkumi perjalanan jiwa serta pertumbuhan diri.

"Kehidupan keraslah yang paling manis kerana kalian terselamat daripada menjadi seorang yang pemalas."
(m/s 215)

✅️ Info penting
Di samping itu, para penulis turut menyelitkan beberapa maklumat penting dan menarik seperti:
- Patuh kepada waktu jika ingan melawat Istana Nasrid
- Pastikan passport di cop pada setiap checkpoint dari Kota Kinabalu ke Brunei
- Menyimpan  salinan pasport, foto cop pasport imegresen serta foto hotel inapan di telefon bimbit.
- Perempuan wajib duduk dan tidak dibenarkan berdiri ketika menggunakan kemudahan awam di Kota Bitlis

Bagi sesiapa yang ingin 'melarikan diri' seketika daripada rutin harian, Cerita Kembara Kita adalah pilihan buku yang tepat! Tidak perlu melangkah jauh untuk mengembara. Hehe
Profile Image for Najibah Bakar.
Author 9 books355 followers
October 16, 2024
Adunan pelbagai kisah kembara yang amat menarik dan menghiburkan. Ramai antara penulisnya telah saya ikuti perkembangan mereka di pelbagai media sosial dan ini menambahkan keseronokan membaca kerana kita sedia tahu sedikit sebanyak tentang kehidupan mereka sebelum ini.

Antara kembara yang paling mengesankan ialah kembara melawat bekas kilang abad lalu di Jerman, pengalaman kehilangan pasport semasa kembara, kembara persuratan menjejak Jane Austen, kembara yang mengikat persahabatan merentas bangsa, kembara dengan lensa kamera yang turut meneroka jiwa manusia, kembara ke negeri yang amat memelihara budaya di sebalik arus kapitalisme menggila, kembara ke belahan dunia yang rumahnya selalu disinggahi merak, kembara di negara yang amat mesra kanak-kanak dan kembara ke tempat sama tetapi 'jauh' oleh perspektif yang sentiasa cuba diperluas.

Banyak pula perkara-perkara unik berlaku seperti yang dikongsikan, terutama sekali dalam kembara ke Brunei yang bagi saya paling mengejutkan dan tidak terjangka. Kembara yang membuat saya paling cemburu pula ialah kembara menjejak kedai buku di Cyprus – yang baru saya tahu ada bahagian Eropah dan Turkinya, malah kota pun punya nama berbeza bagi kedua-dua pihak.

Secara keseluruhan, antologi kembara ini sendiri sebuah usaha yang unik kerana meneroka banyak negara sekali gus seperti Jerman, Myanmar, Indonesia, Ireland, Sepanyol, Turki, Cyprus, Jordan dan beberapa lagi. Dalam konteks 'mengenal diri' dan 'mempelajari budaya', himpunan semua kisah menjadi adunan yang begitu mempesona.
Profile Image for Amani.
33 reviews
August 23, 2026
"setiap orang yang kutemui sebenarnya sedang melakukan kembara di dunia ini dengan cara tersendiri."

tentang 24 kisah pengembaraan ke serata dunia. Andalusia, Jogja, Uzbekistan, Jordan, dan banyak lagi.

when i read this book, it feels like Cerita Kembara Kita is telling me that the word "kembara" itself doesn't mean you have to travel far around the world to mengembara. enough by capturing moments through pictures. just like how in one cerpen tu, penulis tu mengembara through photography. Jalan Chow Kit? pembuatan mi kuning? and just like another cerpen, the author mengembara to the same place over and over again walaupun tempat tu cuma sebuah hospital.

daripada 24 kisah travelog ni jugak, ada some cerpen that tell the things you get when you travel, the ibrah. what travelling teaches you, what certain countries teach you, and what you can gain from their travel experiences. you can learn a lot!! eg. the experience of emergency cases in Ladang Ireland, places mentioned in this book such as Andalusia and Semporna, and what to do if you lose your passport when travelling.

the only downside i found from this book is probably the writing style. or maybe it's a me-problem since this is not my cup of tea. some stories got too much info instead of their travel experiences, and that's why my reading pace slowed down. i'd love it more if ada banyak lagi share pengalaman diorang. yk, like watching a vlog.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews