“Perempuan itu kaum yang diciptakan Tuhan dengan memiliki jiwa yang halus dan lembut, memiliki persona kecantikan dan tarikan, memiliki kekuatan utuh tersendiri sehingga mampu menggoncangkan dunia. Perempuan juga akan dipandang tinggi apabila memiliki sifat-sifat yang mulia. Tergolong sebagai perempuan yang sempurna ini pasti dilimpahi keredhaan dan kasih sayang Allah.
Seakannya menjadi seorang perempuan yang diredhai Allah ini amat sukar. Tetapi ingatlah firman Allah, “Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.”
(Surah al-Baqarah, ayat 286)
Semua persoalan ini tercatat dalam Muslimah Limited Edition yang membawa kisah-kisah inspiratif serta pelbagai pesanan buat kita demi menjadi perempuan yang mahal dan diredhai Allah. Semoga kita sama-sama dapat manfaatnya.
Penulisan yg menarik, permulaan yg menyentap hati kerana kata2 yg on point. Tp sy terus membaca dan eventually dpt ilmu yg sgt bermanfaat. Byk juga cerita-cerita tentang muslimah yg hebat di zaman para nabi.