Saat kita berada ditimpa kesusahanlah keimanan kita benar-benar diuji namun tidak semua mampu untuk terus berbaik sangka dengan takdir. Saya antara yang tidak terkecuali.
Buku ini cuba untuk mengajak kita untuk terus bersangka baik dan menepis tanggapan buruk terhadap qada dan qadar Ilahi.
Saya suka sangat ilustrasi comel dan warna yang dipilih dalam buku ni. Tampak tenang dan nyaman ketika membaca. Sesuai untuk dijadikan bacaan santai dan ringan sebelum memulakan bacaan yang lebih berat atau berfalsafah tinggi.
Sedikit sebanyak buku ini membantu saya untuk cuba terus berbaik sangka dengan Allah yang merencanakan jalan hidup saya walau tidak seperti yang saya jangka mahupun pinta.
Sesungguhnya walau kita tak dapat apa yang kita inginkan, Allah berikan lebih daripada apa yang pernah kita terbayangkan. Kita cuma perlu bersangka baik dan sabar dengan ketentuan-Nya.
Saya suka ilustrasi pada buku ini yang bagi saya cantik (cover & isi). Buku ini merupakan catatan-catatan atau refleksi penulis mengenai kehidupan. Sesuai untuk bacaan santai kerana setiap bab hanya mengandungi beberapa helai muka surat yang secara tidak langsung sesuai untuk saya yang jenis cepat hilang fokus .Ianya juga sesuai dibaca sebagai peringatan kepada kita untuk memperbaiki hubungan kita dengan Allah dan dalam menjalani kehidupan seharian.