Adam Fawwaz, seorang jejaka yang dianugerahkan tuhan satu kelebihan—dia mampu melihat trauma dan rahsia terpendam seseorang hanya dengan menatap mata mereka. Bagi Adam, ini bukanlah keistimewaan, tetapi satu sumpahan yang menenggelamkannya ke dalam lautan kesakitan.
Segala-galanya berubah apabila dia bertemu dengan Qayla Elina, seorang gadis yang dikenali daripada perjodohan aturan keluarga, dia berasa seperti Qayla ditakdirkan tuhan untuknya kerana saat pertama kali mata mereka bertaut, Adam tidak dapat melihat kisah silam gadis itu. Setiap kali dia dekat dengan Qayla, sumpahannya lenyap. Di samping gadis ini, Adam nyaman.
“Why are you different Qayla?”
Namun di sebalik keajaiban ini, ada kisah yang masing-masing rahsiakan. Ada cerita yang kedua-duanya tidak mahu luahkan.
“Adam tidak sebaik yang kau sangka, Qayla”
Setiap detik yang mereka luangkan bersama, membawa mereka lebih dekat pada kebenaran dan pada akhirnya, kebenaran mencari jalannya sendiri.
Mampukah mereka untuk saling menerima setelah kebenaran merungkai segalanya?
The cover is sooo pretty, color pastel tones that are just so soft and calming
The story not bad lah to read... Adam ni macam kena curse... dia boleh nampak kisah silam orang. Tapi peliknya, bila dia jumpa Qayla, dia tak nampak apa² langsung!
Turns out, there’s an unexpected twist! 😱 Arrgghh F memang rasa nak menyumpah bila Adam tumpahkan maggi panas kat Qayla. Like, bro... ko dah kenapa? Benci betul scene tu
Cam psycho lak si Adam.. Rupanya Adam tu sebenarnya Idris! 😵💫
Watak Idris muncul tiba²... macam teleport terus masuk scene. And the ending? Pun tiba²
Tak sempat nak feel sad tahu² habis. This is probably the first time F baca sad ending tapi tak menangis langsung. Sorry
Jalan cerita yang menarik cuma penyampaian perlu dibaiki… maaf ini pada pandangan saya sahaja.
Part kemunculan idris tu rasa macam tergesa-gesa…tiba-tiba dah habis part idris. Dah la muncul secara tiba-tiba..jika part idris dikembangkan dengan baik ia akan menjadikan naskah ini semakin menarik.
unexpected ending :,( all good! this is my first Malay novel, and the plot twist left me ‘too stunned to speak’ 😔 i highly recommend it—no spoilers! for me, it’s a 10/10! 💓
Sejujurnya i banyak skim through dari baca betul2 hahahah
This is just a personal opinion of mine. You can agree to disagree
— Plotline takde wow factor — This is a me problem. I ick sikit dengan insta love. Takleh click. Apa pasai laju beno si Adam ni dah jatuh sayang dekat Qayla??? Macam takde valid reason — Semua watak dalam cerita ni ✨BODOH✨, even Adam himself yang doctor pun — Author macam tak buat character study sebab i rasa macam i kenal surface of their essence sahaja — Umur 29 tak act macam 29. Umur 21 tak act macam 21. Kalau umur diorang ni 17 i boleh tolerate lagi kot sebab perangai / monolog / conversation sesama watak childish gila — There’s always a room for improvement. Harap author boleh asah penulisan lagi. Slowly but surely. — Cerita ni islamic romance kan??? Nape i rasa terselit magical realism eh???? Part mata biru adam tu. LOL — Orang cakap sedih tapi akunya tergelak lepas baca perkataan ‘tamat’. sebab…. LAH GITU JE CERITANYA??? 😀 — Ending tiba2 sangat. Macam takde sebab, Qayla tiba2 kiok. Faham kot nak buat ajal menjemput tak kira masa. Ke aku yang salah interpret hahahahah — Konflik Adam dengan Idris tu macam tak elaborate fully. Banyak benda tak terjawab sebenarnya dalam cerita ni. — Adam ni doctor surgeon, tapi umur 29. Setahu i, paling cepat umur 29 pun ada cert MO. Tak sampai specialist lagi. Surgeon tu selalunya bila dah 35-40. Pathway medical journey ni i rasa kena recheck sebab tak kena umur Adam nak jadi surgeon.
But i applaud for the plot twist part, i sendiri pun tak expect. Tu je la sebab mata i membulat jugak time tahu. Aku punya la fikir Adam ni kena santau ke sampai tiba2 berubah perangai jadi baran 24 jam hahahaha rupanya….. 😌 and i suka elaboration pasal career yang Qayla pursue. Sikit2 ada juga lah pengetahuan masuk pasal course Fashion Design ni.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Jalan cerita tersusun, ada bahagian yang sangat tidak dijangka akan ada. Dalam ayat yang ditulis ada maksud tersendiri, ayatnya bukan sekadar ayat. Novel yang sangat disyorkan untuk dibaca. Kulit buku sangat-sangat cantik. (Sedang menanti buku akan datang)
Tak sampai sehari pun dah boleh settle baca buku ni..BEST GILA AKAK! Saya harap saya dapat buat karya macam akak sofia..Saya betul betul nak jadi penulis one day..the plot twist!!! Nak cabut jantung saya tau..The best book i read for 2025 (for now hehe)
Hi! kita dah baca novel ni. My first impression novel ni maybe open ending ? because tajuk dia for me double meaning. So kita take a risk membaca novel yang ending nya tidak happy haha. kita suka watak dalam novel ni. Adam Fawwaz ni penyayang, lemah lembut, tutur bicara pun lemah lembut dan yang paling penting tak pernah bercinta so dia tak mengharapkan apa-apa pada perkahwinan. Lain pendirian dia bila umi dia tunjuk gambar seorang gadis, Qayla Elina. gadis yang di mata kasar nampak macam happy go lucky tapi dia menyimpan banyak luka dalam hidup dia, masing-masing ada rahsia yang diorang simpan. Kita ingatkan bahagia sampai tamat tapi tidak... bila kita inginkan bahagia bersama dengan orang yang kita sayang, kita perlu mengambil risiko untuk lalui keperitan sebelum kebahagian itu. Itu lah Adam lalui, mungkin antara mereka berdua akan kehilangan salah seorang?
Rate: 10/10
Ikhlas dari saya, nampak ada spoiler ke kita kasi? takkan hehe
Buku ni ok best tapi takde la best gila. Bagi aku plot jalan cerita dia quite nice cuma ada yang tiba-tiba. Macam part idris tu, kalau dapat dikembangkan lagi mungkin ok. Lagi satu cerita ni memang kena fokus baca sebab kadang² senang keliru tiba tiba flashback takde warning apa² eh tiba tengah scene flashback masuk balik scene 'kini'. Confusing sikit la. Dan ending agak macam rushing.
untuk first novel fiction kira okay. Penulisan dah baik cuma kalau dapat buat ayat tu tak mendatar sangat lagi better. Bila baca rasa macam takde emosi ayat tu . Keep it up
Kisah Dr. Adam dan Qayla, anak anak T20. Berkahwin dengan pilihan keluarga, tapi masing masing terbuka hati untuk terima antara satu sama lain. So tak ada drama kahwin paksa, kahwin kontrak.
Adam ada sixth sense, dia boleh tengok trauma orang lain bila bertentang mata. Tapi bila dengan Qayla, dia jadi normal. Dia tak nampak atau rasa trauma orang lain. Kdrama vibe sangat!
Trope: He fell first, and she fell harder. Halal romance 🤵🏻👰🏻♀️
Nampak islamic value yang dia cuba sampaikan. Tak preachy, just nice. Segala islamic value ni dia sampaikan dengan naratif yang sangat ringkas. Which is kita tak perasan pun. Bukan jenis info dump.
Banyak scene potong kaki (sweet).
Aku suka bila penulis tak try hard nak tunjuk watak watak dia kaya dari awal sampai habis. Satu dua jenama tu ada, tapi most of the time tak perasan pun kekayaan tu. Mungkin sebab sekufu? So tak nampaklah perbezaan kasta ada dan tak ada duit.
Aku suka juga bila dia ketengahkan logic berfikir secara matang, tanpa mengikut emosi mata mata. Which is sangat jarang aku jumpa dalam novel. Contohnya adalah satu watak ni dia mengidap penyakit mental, so apa yang keluar dari mulut dia adalah something yang hurtful. Of course watak satu lagi rasa marah, tapi instead of dia menjerit dekat yang tak sihat mentalnya ni, dia cuba faham yang orang tu DIA TAK SIHAT. KAU MARAH MACAM MANA PUN DIA TAK AKAN FAHAM. DIA LAGI SUKA.
Konsep dia sama macam kita bercakap kuat atau menjerit dekat orang yang ada masalah pendengaran. Dia tak dengar, bila kita bercakap macam tu seolah olah kita marah dia. So samalah macam si tak betul ni tadi, dia provoke kita memang untuk buat kita marah. Kita jangan layan.
Sangatlah tak expect dia punya plot twist. At the same time rasa rushing juga. Ada few things yang jadi tak make sense.
finished in one day. baca cepat bcs nak nak kurangkan buku TBR. i think this book is a so-so for me. jalan cerita dia macam a bit rush? dia punya wow only dekat plot twist, itu pun macam.. tu je? i think can be better. :)
🖊️penulis: sofia roses 📓page: 325 💖 genre: halal romance
4.6 /5⭐️
Korang pernah tak jatuh cinta pandang pertama dengan strangers? Daripada prrtemuan singkat di FamilyMart, disusuli peristiwa di tepi pantai sehingga ibu jari Qayla terpaksa dijahit dan sewaktu Adam datang ke rumahnya untuk makan malam sekaligus menyelamatkan nyawa ayahnya.
Adakah ini jawapan dari Allah? Untuk mrmperlihatkan Adam adalah seseorang yang boleh menjaganya?
Ini kisah Adam Fawwaz & Qayla Elina yang sangat menyentuh hati.
Adam yang terlebih hijau, saya tak jumpa la sisi negatif dari Adam ni. Ouh ya mungkin ada satu : terlalu berlebihan mencintai Qayla Elina😩 Adam dengan segala usaha untuk dapatkan hati Qayla. Lelaki full effort💯💯💯
Sudahlah faham agama & mampu ubah Qayla jadi wanita solehah yang baik. Langsung tak pernah putus asa untuk wanitanya, lurve lurve lurve🫶🏻🫶🏻🫶🏻🦋🦋🦋
Last-last tu rasa macam dipermainkan ye, tertanya-tanya kenapa perangai Adam macam tu & then boom 🤯💥 rupanya ada plot twist yang tak dijangka🙂 dan scene dekat hospital tu😭😭, just whyy ?
Overall, buku ni sesuai utk semua sebab ada persahabatan, keluarga,nilai-nilai islam. So, bila baca ni sekali gus kita refleksi diri sendiri. Semua dah cukup lengkap.
Last-last, yang belum ada buku ni, tolong beli sekarang!!!
p/s: cover buku ni cantik cantik cantik💖🎀☁️ Jatuh cinta dengan design poskad & juga pc🫶🏻 Extra point⭐️✨
Plot kurang menarik. Daripada banyak kawan Qayla Abby je rasa macam ada character development. Cara kedua watak berkomunikasi pada awalnya okay cuma kalau boleh perbualan itu lebih berinput untuk buat pembaca mendalami pekerjaan doktor dan pelajar fesyen. Tapi buku ini kalau ditolak tepi cara penulisan, idea itu okay. Wow di plot twist. Dan untuk akhir bab agak sedih sebab kenapa Qayla pergi cepat sangat? Make sense lah kena tikam beberapa kali. Baca ini mula-mula okay, lepas itu terlalu manis, lepas itu terkejut, akhirnya sedih. Such a rollercoaster ride.
Kurang suka dengan watak parents Adam. Kenapa rahsiakan benda besar begitu? Siapa mereka untuk takut Adam jadi gila. Maybe Adam akan sedih berpanjangan tapi itulah proses untuk dia meratapi kesedihan dengan cara yang betul.
Ada banyak soalan yang masih tak terjawab. Ada font tulisan yang tiba-tiba lain. Perkataan salah eja. Dan penggunaan kata kata dalam bubble mesej sepatutnya align di kiri sahaja. Tak perlu kanan dan kiri. Apa-apapun itu hanyalah kesalahan yang boleh diperbaiki.
Tahniah Sofea Roses.
This entire review has been hidden because of spoilers.
first of all, trope dia halal romance guys. takde dating couple terus kahwin🥰 bercinta lepas kahwin ye mereka berdua ni, perkara yang buatkan lily tertarik nak baca buku ni🙌🏻
kita ada another hutan amazon bergerak dalam buku ni🌳 adam fawwaz, seorang surgeon yang diberikan kelebihan dapat lihat trauma orang yang bertentangan mata dengannya. atas sebab tersebut, Adam selalu pakai cermin mata hitam sebab nak elak lihat mata orang lain. orang selalu cakap dia nampak sombong but the truth is dia rasa tak it's something bad untuk tahu trauma orang without permission tuan punya badan🫂.
adam ni dia dah 29, tapi dia still tak berminat dengan mana-mana perempuan walaupun dah banyak yang parents dia cuba kenalkan🙂↔️ until dia tengok gambar qayla, dia dapat rasa tenang bak kata orang "cinta pandang pertama"💗 kalau sebelum ni, dia terus tolak semua yang mak ayah dia cuba kenenkan, tapi kali ni dia rancang satu kejadian untuk terserempak dengan qayla untuk lebih kenal gadis ni😩
qayla pulak dia ni baru fashion student baru umur 21, so at first dia terus tolak lamaran adam without fikir panjang sebab dia rasa terlalu muda and tak bersedia (adam tu dah lah herlok, mata biru pulak tu tapi kau reject gitu je qayla🥹) tapi parents adam & qayla ni bestfriend, so ayah qayla which is encik alias want a proper closure tak mau reject macam tu je so diorang pun makan malam dua keluarga sama-sama, but it turns out to be "sesi perkenalan adam kepada qayla" 🫰🏻BOOM after all the istikharah and doa, dia accept balik adam tu hshshshshs🙇🏻♀️
will they get their happy ending? pergi beli sekarang sebelum habis stok dan anda menyesal (pbakl haritu last reprint)🫵🏻
untuk jalan cerita, i think it's quite cliche for romance genre and for some scenes rasa macam okay je kalau tiada and tak ganggu pembacaan pun🤏🏻 ada juga dialog between ml and fl yang rasa macam awkward (rasa macam pelik suami isteri cakap baku antara satu sama lain) yang menyebabkan tak sampai connection between these two. macam mana diorang berdua boleh fall in love with each other juga nampak terlalu sudden (maybe because it's halal romance)😅
for both ml and fl family conflict, lily rasa macam banyak plot hole yang dot-dot dia tak dapat disambungkan hingga ke penghujung cerita buatkan lily rasa macam "ohh macam tu je ke?" bila dah habis baca buku tu😞
untuk buku pertama penulis, i would give an applause for her because it's good for her first novel👏🏻 ayat yang digunakan simple dan mudah difahami namun gaya penceritaan masih boleh dibaiki. ada ayat yang nampak kurang matang and kadang-kadang saya confuse waktu tengah baca tu, yang ni pov adam ke pov qayla🤝🏻
ada juga scene throwback yang saya lihat tiba-tiba jump in ke masa sekarang dimana saya kena stop kejap and ulang semula bacaan saya untuk fahamkan the timeline⌛️
satu perkara yang lily sangat suka and nak puji dalam buku ni ialah the ✨PLOT TWIST ✨ masa masuk bahagian dua tu. lily macam what's going on here?? apa benda jadi ni??🤯 it was beautifully written sampai bila perkara sebenar terbongkar, lily tercengang and was too stunned to speak. bila kita terlalu fokus pada karakter utama sampai lupa yang perkara di sekeliling💔
another one that i love is the family relationship💓 this book shows both of the situations which is happy family and broken family. kadang-kadang sebenarnya apa yang kita lihat bahagia tu banyak perkara sedih yang mereka sembunyikan agar sentiasa terlihat indah di luaran seperti keluarga adam🤧manakala yang sudah hilang serinya dalam keluarga, mungkin merupakan sebuah keluarga yang diidamkan ramai suatu masa dahulu☹️
I hope i can see much more of abby's character development because personally I really like his character and how adam and qayla never judge him🧸 sebab nowadays kita selalu ada kecenderungan untuk terus "menentukan pahala dan dosa" sesama manusia😣 tapi buku ni bukti bahawa seteruk manapun kisah silam kita, allah masih ada untuk mendakap kehadiran hambanya🤲🏻
apapun, sisakan aku waktu bukan sahaja bermain antara cinta namun juga mengajar kita agar lebih menghargai hubungan kekeluargaan yang kita punya supaya tiada penyesalan yang akan datang berulang kali🤜🏻🤛🏻
Bila buku tu halal romance (bercinta lepas kahwin) >>>😩🧎🏻♀️➡️🫶🏻
Buku ni tentang apa? Keluarga Adam dan Qayla ni nak jodohkan dorang berdua. Qayla tak nak sebab dia tak ready lagi nak kahwin since dia tengah belajar lagi.
Qayla baru 21 dan masih struggle nak habiskan study dia sebagai student fashion designer. Adam pula dah hampir 30 dan dia merupakan seorang doktor.
Awalnya Adam pun tak nak kahwin, tapi lepas terjumpa dengan Qayla dekat FamilyMart dia mula jatuh cinta. Sebenanrya bukan “terjumpa” memang Adam sengaja pergi FamilyMart tu untuk tengok Qayla🤭. Oooh ada lagi satu scene “terjumpa” yang Adam plan tapi ni korang baca sendiri hehe.
Lagi satu, buku ni ada sedikit elemen fantasi sebab Adam ada kelebihan untuk tengok trauma orang melalui mata dia, tapi bila dia jumpa Qayla, dia tak dapat tengok trauma Qayla.
Bayangkan eh Adam tu kerja sebagai doktor, hari-hari berurusan dengan manusia. Hari-hari dia kena hadap tengok trauma orang lain padahal dia pun ada trauma dia tersendiri.
Long story short, akhirnya Qayla terima Adam lepas dorang bertaaruf. Start lepas Qayla terima Adam, akan ada banyak scenes sweet. 🫠🫠
One of my favorite scenes waktu Adam tanya Qayla nak kahwin bila?
Tapi Qayla diam tak balas chat tu, Adam bagi dia pilihan jawapan ni sebab Adam tahu Qayla tengah malu nak jawab.🤭
“Saya tahu awak malu. Awak tak perlu balas panjang. Balas 'okey' kalau awak tak kisah kahwin bila-bila pun, lagi-lagi kalau kita kahwin secepat mungkin. Balas 'tak' kalau awak belum bersedia dan perlukan lebih banyak masa.”
Qayla: Okay
Tapi macam biasalah lah bila dah bahagia awal ni, get ready tissue. 😃 ————————— Review and thoughts 💭
- As this is a debut novel, I think the author did a really good job. I love how penulis tunjuk scenes medical dalam buku ni. Bukan sekadar cakap watak male lead dia “doktor”.
- Seperti kita tahu Qayla merupakan student fashion designer, dalam ni ada juga tunjuk struggles Qayla sebagai pelajar. Kita pun jadi tahu sikit-sikit macam mana course ni.
- Buku ni cliche ke? I would say some of the dialogue 10% cliche, tapi for the storyline, nope. Buku ni ada plot twist juga, bukan novel cinta lepas kahwin yang biasa-biasa tu.
- Lastly, I wish bahagian ending tu tak rushing sangat. Tak sempat nak nangis sangat sebab tiba-tiba dah habis TAPI saya termenung kejap lepas dah proses ending buku ni.😭😭😭😭
Now dah faham kenapa orang kata sedih. 🫠 Lagi-lagi waktu scene Adam langgar protokol perubatan untuk Qayla.😭
Adam Fawwaz memiliki kelebihan luar biasa. Dia mampu melihat trauma dan rahsia terpendam seseorang hanya dengan menatap mata mereka. Namun, kelebihan ini menjadi beban yang menghantui hidupnya. Segalanya berubah apabila dia bertemu dengan Qayla Elina, seorang gadis yang dikenali melalui perjodohan keluarga. Menariknya, Adam tidak dapat melihat kisah silam Qayla, menjadikan kehadiran gadis itu sebagai satu kelegaan dalam hidupnya. Namun, di sebalik ketenangan itu, kedua-duanya menyimpan rahsia yang enggan diluahkan. Pertemuan mereka membawa kepada penyingkapan kebenaran yang menguji kepercayaan dan penerimaan antara satu sama lain.
𝐐𝐀𝐘𝐋𝐀 𝐄𝐋𝐈𝐍𝐀 x 𝐀𝐃𝐀𝐌 𝐅𝐀𝐖𝐖𝐀𝐙
Satu lagi buku sedih yang aku sempat habiskan pada pukul 1:03 pagi. Memang cari pasal betul pergi baca dua buku sedih dalam sehari Ya Allah. Ending buku ni takdalah menyakitkan hati macam BCS but still aku menangis jugak ya. 😭
𝐐𝐀𝐘𝐋𝐀 𝐄𝐋𝐈𝐍𝐀- Seorang gadis yang merupakan pelajar di dalam bidang fesyen di universiti swasta. Beliau juga seorang yang lemah lembut dan sopan. Selain itu, Qayla berusaha menjadi hamba Allah yang lebih baik selepas mengenali Adam.
𝐀𝐃𝐀𝐌 𝐅𝐀𝐖𝐖𝐀𝐙 - Seorang jejaka yang merupakan doktor dan boleh nampak trauma orang apabila menentang mata dengan sesiapa sahaja. Adam mula dapat melihat trauma orang selepas tragedi dia hampir lemas di pantai waktu kecil. Tapi selepas jumpa dengan Qayla, Adam sudah tidak dapat melihat trauma orang lagi dan dia percaya bahawa Qayla ialah anugerah terbaik daripada Tuhan untuknya.
Walaupun ini cerita cinta, ada banyak Islamic reminders dan pengajaran yang boleh kita ambil. Selain itu, penulisan Sofea Roses sangat kemas dan tersusun. Semasa aku baca buku ni, aku tak perasan any typo or grammar mistakes at all. Itu menunjukkan bahawa fokusnya Sofea untuk menyempurnakan penulisannya untuk pembaca. For me, Sofea Rosee is a very poetic author. I will rate her writing 5/5.
Aku juga percaya yang kisah cerita ini hanya kisah cinta yang ringkas dan romantik. Aku suka hubungan Qayla dan Adam sebagai suami isteri. They have a very healthy relationship in their marriage. Kalaulah semua lelaki di dunia nyata ini seperti Adam, mesti semua perempuan berasa sentiasa bahagia. Moga kita dijauhi oleh orang seperti Abang Sos Cili tu dan dapat suami idaman yang kita mahu. Aamiin.
Sejujurnya novel ini tidak mencapai expectation saya. Review di TikTok & platform lain kebanyakannya positif tetapi hakikatnya tidak.
Penulis cuba untuk menyelitkan unsur Islamik di dalam novel. Satu usaha yang bagus, namun sesetengah input Islamik yang cuba diterapkan hanyalah terasa seperti spitting facts & tidak terasa meresap ke dalam hati dek kerana penulisan yang kurang kemas.
Dialog yang lemah, kurang menarik dan kadang-kadang terlalu emosi. Terdapat juga dialog yang tidak menyumbang kepada perkembangan jalan cerita dan terlalu banyak penggunaaan bahasa Inggeris di dalam dialog. Terasa seperti baca novel latar belakang luar negara pulak.
Pengakhiran cerita yang agak terburu-buru dan antiklimaks yang tak masuk akal. Kenapa perlu umi & abi Adam berahsia? Apa kebaikannya? Walaupun dah dijelaskan, terasa tak masuk akal & terlalu mudah untuk Adam menerima alasan tersebut. Pada penghujung novel, penulis tergesa-gesa dalam merungkaikan rahsia watak-watak di dalam novel ini. Satu per satu rahsia dibongkarkan tanpa sempat menghadam penjelasan untuk setiap rahsia.
Di samping plothole dan gaya penulisan yang kurang kemas, terdapat juga kesalahan ejaan & penggunaan perkataan. Contohnya, protactive (x), protective (✓). Terjegat (x), tercegat (✓). Mencebir (x), mencebik (✓). Selimut menyaluti tubuhnya (x), selimut membaluti tubuhnya (✓) & banyak lagi. Ini membuatkan saya tertanya, kesalahan seperti ini boleh lulus tapisan Editor & Pembaca Pruf ?
Kesimpulannya, masih banyak yang perlu diperbaiki. Tetapi mata harus diberikan untuk cover novel yang cantik & sinopsis yang menarik. Mata turut diberikan kepada usaha penulis untuk menerapkan nilai islamik di dalam novel & juga plot twist yg memang tidak dijangka. Selain itu, tahniah kepada penulis kerana tidak menyelitkan unsur 18 tahun ke atas walaupun latar belakang kisah rumah tangga & novel ini selamat dibaca oleh pelbagai peringkat umur.
Sekian dari saya. Harap maaf andai terkasar bahasa.
“Cinta itu yang menyembuhkan dan cinta itu yang melukakan.”
Sisakan Aku Waktu mengangkat kisah Adam Fawwaz seorang lelaki yang dikurniakan kemampuan aneh. Boleh melihat kisah silam dan trauma seseorang hanya melalui renungan mata. Bagi orang lain, itu mungkin kuasa. Tapi bagi Adam, ia satu sumpahan yang menyesakkan dada.
Qayla Elina seorang gadis manis yang lahir dari perjodohan keluarga. Namun bila Adam memandang matanya dia tak nampak apa-apa. Tiada luka, tiada bayangan hitam. Justeru, Qayla jadi satu-satunya tempat dia berasa aman. Tapi bukankah manusia itu penuh rahsia?
Walaupun permulaan cerita agak tenang, konflik berkembang dengan baik. Ada elemen misteri, emosi berat, dan juga ketegangan yang perlahan-lahan terbuka. Qayla mungkin nampak ceria, tapi ada luka di sebaliknya. Adam pula ialah watak lelaki yang bukan klise tapi seorang yang menyimpan beban batin.
Kelebihan: • Bahasa yang mudah dan penuh emosi •Watak karakter berkembang dengan baik dan perlahan-lahan belajar menyembuhkan. • Ending yang menyentuh dan sedih. Terutama part surat dari Qayla. Menangis saya baca. • Plot twist tu agak saya tak jangka begitu rupanya.
Kekurangan: •Ada beberapa babak terasa cepat selesai terutamanya bahagian kemuncak konflik dan ending rushing. • Kuasa yang Adam ada tu mungkin perlukan lebih penjelasan yang rasional.
Sisakan Aku Waktu bukan sekadar kisah cinta. Ia adalah cerita tentang menyembuhkan diri, menerima seseorang bukan hanya waktu senang sahaja tetapi juga ketika luka terdalamnya terbongkar. Untuk peminat kisah romantik yang menyentuh hati dan healing novel ini sangat sesuai.
A heart warming story. Cerita yg ringan tapi pain. Saya tak sangka awal ceritanya yg sangat tenang boleh merobek hati sampai buatkan saya menangis. Why penulis..?😭 Okay tak nak emosi lebih sebab dah puas melayan emosi tadi. Cukuplah jadi kenangan.
Adam ni sangat green. Kalau minta cop lelaki budiman, terus approve! Watak Adam yg ada kelebihan istimewa juga menjadikan cerita menarik. Untung Qayla dapat Adam walau mulanya dia reject. Yela dia muda lagi tak pernah terfikir nak kahwin.
Kalau siapa baca novel ni mesti nak suami macam Adam. Sgt caring dan memahami. Betul kata orang, kalau jumpa pasangan yg tepat mesti kita selesa jadi diri sendiri tanpa segan. Adam kalau bercakap, aish tersengih2 juga dibuatnya. Apatah lagi si Qayla, bertambah2 sayang pada suaminya.
Tapi, jgn ingat manis je, konflik yg melanda sgt unexpected. Haa part ni saya pun jem. Tak habis tertanya kenapa dan macam mana boleh jadi? Mula berdebar2 nakkan jawapan. Macam tu je penulis twist feeling sampailah kita sendiri yg broken. Hmm sedih saya. Dalam kemanisan ada pahitnya rasa.
Saya love dgn tulisan penulis. Pace lancar tak terlalu laju atau slow. Yang penting tak draggy. Memang comfort. Siapa nak nangis? Try this one. Setiap ujian dah tertulis hikmahnya. Love Adam and Qayla💚.
"Sisakan Aku Waktu" by Sofia Roses An emotional roller coaster featuring Adam Fawwaz and Qayla Elina ✨
Truly a masterpiece if you like slow burn halal relationship. Bought the novel sebab nampak orang review2 and it looks interesting. Even though I've been warned about the ending, it still left me speechless giler 😭. Tapi kan, best actually baca buku about anak orang ada2, arranged marriage, and the sixth sense yang ada kat Adam. Rasa macam dalam fantasy movie gitu ✨. I really like the slow burn at first, but be prepared la, selalunya kalau banyak sangat gula awal2 memang habis la kemanisan gula tu kat ending. Like, after all that she went through, I think she deserve a better ending.. and it's not fair for her..for adam.. and for us jugak 😭. Remuk hati kita dibuatnya 💔. So overall buku ni best la untuk dibaca time boring ke, and please prepare tissue kalau you guys cengeng like Qayla, like me 💔 Hoping to read more novels like this but with a happy ending tho. Anyway, lurve angat Sisakan Aku Waktu ❤.
if you are here to look up for the sad review - DONT i bought this book impulsively since i'm in I-want-to-cry-without-any-reason season. i bookmark a review on this book, watching someone crying while reading, but i didnt. i thought at least i will feel 'sebak' but nahhhhh i'm just shock and too stun to speak. ok enough about my back story lets dive into the book
1. plot the plot is simple, straightforward, kinda predictable, easy read. i would suggest this book to anyone who wanted to get out from reading slump
2. input/lesson like other people said, buku ni dipenuhi nasihat yang tidak memaksa, lembut dalam menyampaikan hikmah dan iktibar menjalani kehidupan beragama.
3. ending again, like other people said, rush ending. after 90% of reading i thought maybe ada sequel cerita tentang pakcik alias, mak cik maria, pakcik ahmed, makcik syaza, idris, faris. tapi rupanya kisah mereka diceritakan juga di pengakhiran cerita. if this plot and backstory crafted a bit longer, i believe the scar of the ending would be deeper
Bila baca bad review, ingatkan orang cuba nak sabotage, rupanya, it’s not that good. Jalan penceritaan very lemah. But bonus point dapat kat plot twist dia lah. Tapi dari naratif cerita, gaya bahasa, rasa macam baca novel budak sekolah. Idk if this author memang author or just join the hype of becoming one. I put high expectations bcs buku ni best seller, but turns out, bila baca, lahai kecewanya. Jalan cerita ada potential, tapi gaya penceritaan, penulisan tu memang sangat out. Hopefully author improve lah yang ni. Maybe author should join some writing classes to improve your writing skills bcs seriously, memang macam baca penulisan budak sekolah. Or is she? Entahlah tak kenal pun author, just beli buku dia sebab ramai hype & best seller kat kedai buku. Tapi kalau betul budak sekolah, hopefully this review inspire you to improve your skills ya dik. Boleh refer hilal asyraf if you love islamic romance kinda of thing. He’s a good author. Dia pun start dari scratch.
Ini buku pertama daripada penulis yang aku baca. Cover buku cantik. Warna cantik. Beli pun sebab cover cantik, sinopsis dia best dan agak hype kat Tik Tok. Orang punya review pun kemain meyakinkan untuk aku cuba naskah ni.
Sambil baca aku tertanya-tanya..adakah penulis masih bersekolah menengah? Atau cerita ni ditulis masa dia masih bersekolah dulu? Sebab olahan ayat dia macm baca karangan SPM. Jalan cerita dia ok tapi cara penyampaian dia tak sampai ke hati. Sesetengah ayat tak perlu selit Bahasa Inggeris rasanya lebih baik.
Ending dia sedih tapi aku tak rasa pun sedih sampai menangis. Mungkin kalau aku pembaca yang berumur 22 tahun ke bawah aku akan rasa novel ni best dan akan menangis beria2 dengan ending dia macam review kat sosmed tu. Looking forward to try buku2 lain dari penulis. Harap2 lebih baik dari Sisakan Aku Waktu.
Sad ending but worth reading! siapa rasa lama tak nangis nak feel nangis teruk gila sila baca buku ni. I’ll definitely read it again bila rasa nak nangis nanti 💔 sebab to me jalan cerita light je baca sehari boleh habis tak draggy, light reading but few characters tu boleh develop lagi especially part Idris tu mcm tak logik 10 tahun taktau kewujudan dia hidup lagi ke tak?! like dia tu baya Adam je kot.
Another reason is because the chemistry from both male and female leads were too cute (terasa very very lonely) and lurve character Adam yang sangat menghormati perempuan dan matang dalam mandapatkan hubungan yang halal🫶🏻
I love dengan penulisan Sofia Roses. Tak sabar tunggu upcoming book release! Keep it up author! <3
This entire review has been hidden because of spoilers.
Awal-awal baca tu agak boring sikit sebab nak sampai klimaks cerita tu macam slow. Ending dia macam rushing sangat. Jadi, tak sempat nak rasa kesedihan tu walaupun ada part yang sedih. Yang pasti Adam Fawwaz sangat greenflag. Plot twist part Idris dan Adam tu sangatlah unexpected ya.
Kalau orang yang hati mudah tersentuh, mungkin akan menangis. Tapi buku ni tak mampu nak mengeluarkan air mata saya sebagai seorang yang suka baca buku-buku pain. Overall best ja. Nak tau worth it or not untuk baca buku ni, kena beli la.
sebagai pembaca yang minat akan genre halal romance dan juga seorang student, saya amat minat cara penulisan yang amat mudah difahami dan jalan cerita tidak cliche. Character yang mudah diingati dan setiap watak mempunyai keistimewaan dan moral yang tersendiri. Yang paling penting Adam sweet giler ye 🙈 (lah tiber) Also plot twist dia buat saya ternganga dan menangis ya 😭 dalam plot twist ada plot twist, ha gituw Korang wajib giler baca tauu 💕
This entire review has been hidden because of spoilers.
saya baca dkt wattpad hari tu. utk buku fizikal tak pasti kalau ada perbezaan ke apa. tapi overall, cerita ni best sangat. sweet yang buat saya blushing sendiri sehingga roommate saya pun hairan tengok saya asyik giggling je HAHAHAHHA. very recommended!