Jodoh dan ajal merupakan lukisan takdir buat setiap hambaNya. Di saat Uthman Firdaus kehilangan bidadarinya yang berjuang melahirkan tanda cinta mereka, Nailah Jannah pula diberikan nafas baharu tatkala Allah memberikan peluang kedua kepadanya untuk meneruskan hidup.
Lima tahun berlalu, majlis ulang tahun kelahiran si kembar tanda cinta Uthman dan Hikmah telah menjadi titik pertemuan dua insan sehingga membibitkan perkenalan di antara mereka. Pada awal pertemuan saja Uthman sudah tertarik dengan peribadi Nailah yang begitu akrab dengan anak-anaknya.
“Aku percaya kau boleh jaga anak-anak aku bila aku bekerja nanti.” - Uthman
“Awak kerja apa sebenarnya sampai berbulan tak balik?” - Nailah
“Nelayan.” - Uthman
Setiap kali Uthman menitipkan Qaisah dan Qailah di bawah jagaannya, Nailah sering tertanya tentang Uthman. Bahkan, sikap penyayang si ayah tunggal membuatkan jantung Nailah sering berdegup kencang tanpa alasan yang kukuh. Seakan, ada isyarat istimewa tentang Uthman dalam diri Nailah.
Hingga suatu saat… sang jejaka mulakan langkahnya…
“Sekali aku lafazkan aku terima nikahnya… aku bersumpah yang aku akan selalu melindungi dan membahagiakan kau hingga akhir hayat aku.” - Uthman
Sesungguhnya, Uthman tulus dengan niatnya menikahi Nailah. Dia mengalah dengan kehendak hati demi kebahagiaan zuriatnya meskipun tiada cinta buat si gadis. Tapi, apalah ertinya sebuah perkahwinan jika hanya Nailah yang berjuang demi mahligainya bersama Uthman? Hakikatnya, dia bukanlah pilihan hati suami yang mula bertakhta di ruang hatinya.
“Keterlaluankah kalau saya nak awak cintakan saya? Walau hanya sedikit cuma?” - Nailah
Permintaan Nailah membuatkan Uthman seakan terperangkap dengan niatnya sendiri. Namun, ruang hatinya juga bisa berbolak-balik dengan setiap perjuangan cinta Nailah buatnya. Lantas, bisakah Uthman membuka cinta baharu buat Nailah demi kebahagiaan mereka?
1. Nailah Jannah, I rasa dia kuat sangat despite being ill. 2. Fuadi. Dekat sini kita tahu yang orang jahat tak selamanya jahat. Mungkin di pandangan kita dia jahat tapi sebenarnya niat dia baik. 3. I rasa buku ni kalau jadikan action as the main genre mesti I lagi enjoy sebab the action scenes are all well executed. Bila baca babak2 Uthman lawan and detail pasal kapal dan pembelot negara, buat I teringat dekat cerita PASKAL! I boleh bayang every scene action tu macam dalam movie. Buat I lagi bertambah rasa eager nak tahu pasal misi2 yang dijalankan Uthman rather than their romance life. 4. I applaud the author for making the twins petah berkata2 sebab selalunya dalam novel budak2 mesti pelat. Kids nowadays ramai yang dah pandai sebut simple words even umur diorang 2-3 tahun okie? Sila berpijak pada bumi realiti. 5. Humour Fatimah. Walaupun minah ni gedik miang walaupun dah ada partner, ada dialog dia yang buat i tergelak baca. Cara dia protect Nailah dari asyik kena herdik dengan Syida pun nampaklah yang she truly cares about her friend. 6. Author pandai buat watak jahat, betul2 jahat. Syida tu, ending dia cukup. That’s how an antagonist’s life should end. Takde proper closure sangat tapi cukup tahu yang dia terseksa. 7. Bonding between Tuan Muhammad & Nailah walaupun diorang bukan keluarga kandung i can feel the pure love Tuan Muhammad bagi dekat Nailah.
And the ones that doesn’t suit my criteria…
1. Perwatakan Uthman. Ko nak apa sebenarnya bang??? Tak faham. Dia macam takde pendirian tetap dan kemahuan sebenar. Apa yang dia cakap selalu tak tally dengan suara hati. Till now I still question his love to Nailah sebab ada monolog dia yang buat I rasa dia sebenarnya tengah cintakan 2 orang perempuan dalam 1 masa yang sama walaupun the other woman tu dah berbeza alam. His characteristic doesn’t portray he’s a 36 years old man and a TLDM. 2. The writing style. Apparently, it wasn’t for me. Sorry. Ada cakap buku ni pain, buat I rasa nak tahu I akan menangis ke tak baca. One of the reasons I beli, sebab I memang penggemar cerita angst😂 and I guess that’s my fault for putting expectations on this book. I didn’t cry nor feel the pain at all. Sebak tu ada la dekat epilog part Fuadi & Nailah. I think it’s because of her writing yang banyak sangat guna repetitive words yang buat emosi yang nak disampaikan tu tak resap dalam hati I. Mungkin I je rasa macam ni, taste orang kan lain2. 3. Dynamic ml guna aku-kau fl guna saya-awak. It’s giving wattpad cringe. 4. Dialog yang agak baku. ‘Gadis berhati nurani seperti kau’ in a dialog buat i terkelip2 jap baca. Kalau ada laki cakap gitu dekat i irl, i persoalkan—ko nak ngorat aku ke nak ajar aku tatabahasa😔 5. I ick sikit dengan Nailah yang macam overreact lepas dapat tahu dalam badan dia ada jantung Hikmah. Okay i faham dia rasa tertipu lepas setahun kahwin dapat tahu from mulut puaka kakak ipar sendiri pulak tu but if i were her la kan i tau yang kakak ipar i jenis suka melaga2kan i should trust my husband first. Nailah patut dengar penjelasan Uthman dulu. He hurt you, i got that. But that doesn’t give you the ticket to be harsh with your own husband. Dia patut tenangkan diri dia and cakap elok2 dengan Uthman that she needs time untuk proses semua benda, bukan terus minta cerai. 6. Fatimah yang asyik menggedik bila nampak laki hensem nak kenenkan dengan Nailah. GIRL CAN YOU CHILL? You don’t look like a 24 year old woman fgs😭 7. The conflict wasn’t well executed. Macam ada yang kurang tapi tak tahu nak point out dekat mana.
Okay sekian hahah. There’s always a room for an improvement, harap author dapat terima kritikan dengan hati yang terbuka.
P/rating: 3.75/5 ⭐ Trope(s): She fell first he fell harder, cafe owner X navy, age gap, tragic romance
Jodoh dan ajal merupakan lukisan takdir buat setiap hamba-Nya. Di saat Uthman Firdaus kehilangan bidadarinya yang berjuang disat melahirkan tanda cinta mereka, Nailah Hannah pula diberikan nafas baharu untuk meneruskan hidup.
Sesuatu yang berharga milik Nailah membuatkan Uthman ingin menjadikannya sebagai isteri untuk menjaga anak kembarnya. Adakah Uthman ikhlas memperisterikan Nailah, atau dia masih dibelenggu isteri pertamanya?
Baca je prolog, dah rasa sebak, belum lagi baca isinya. Bagi kita buku ni boleh tahan pain, apatah lagi bila baca tentang kisah hidup Nailah. 🥲
Nailah ni sangatlah kuat & cekal orangnya. Walaupun banyak sangat ujian yang menimpanya, dia tetap bersabar je. Masuk je part dia dengan Uthman dah kahwin, lagilah banyak ujian dugaan datang. Sebak bila kita baca kisah Nailah ni yang berusaha untuk mendapatkan cinta pertamanya- Uthman. Sedangkan Uthman pula, masih tidak dapat melupakan cinta pertamanya.
Kita faham, untuk melupakan cinta pertama itu memang susah, namun dia pun kenelah jaga hati dan perasaan orang yang benar-benar tulus & ikhlas mencintainya dan anak kembarnya.
Tbh, kita (agak) turn off sikit dengan Uthman.First ii lagi dia dah ber "kau-aku" dengan Nailah sedangkan umur dia dah 30an. Lagi satu, dia ni selalu janji macam ii dekat Nailah, but ended up, apa yang dia buat tu tak macam apa yang dia tuturkan pun.
Lepas je kejadian Nailah merajuk dekat Uthman, barulah nampak character's development Uthman. When he fell in love, he'll fell even harder. Nampaklah yang kalini dia betul-betul ikhlas sayang dekat Nailah. 🥺
Dari segi storyline, buku ni memang penuh dengan emosi. RASA macam naik roller coaster bila baca buku ni. Kadang rasa geram especially lagi dekat si Syida tu, kadang rasa happy, and most of the time rasa sedih of course. 😭
Since Uthman ni bekerja sebagai anggota TLDM, kita tengok scene dia dalam buku ni agak detail la jugak, not just in the surface at all. Dia punya action scene tu pun gempak. ❤️🔥 - Overall, kalau korang suka baca buku yang bertemakan unit beruniform, with a lil bit of pain, korang bacalah buku ni. Buku ni bukan sahaja tentang cinta, juga tentang keluarga, dendam, kasih sayang dan kemaafan. ✨ - #Inkloaf #keranaakubukanpilihan #syafasriqa
Pada awalnya Uthman kahwin dengan Nailah sebab jantung Hikmah dalam diri Nailah. Tapi tanpa Uthman sedari, dia mula suka pada Nailah. Nailah yang pandai mengambil hati anak² Uthman.
Diselitkan jugak watak Ikram yang obses dengan Nailah sampai nak rogol. Kisah ayah kandung Nailah yang kembali untuk tuntu Nailah.
Kisah paling menyampah kisah Syida yang sibuk nak kenen dengan Akma kawan baiknya. Kisah Syida ni F dah boleh agaknya. Dok sibuk hal adiknya sampai laki sendiri jadi menyampah. Endup kawan makan kawan. Syida ni F rasa anak angkat kot.. parents dia punyalah baik..acuan dia ni ntah mana genetik la dia dapat.
F suka watak Fatimah kawan baik Nailah. Dia sentiasa support Nailah dan berikan nasihat yang baik.. nie baru betul kawan sejati.
Pertamanya, ilustrasi muka depan novel ini merupakan antara yang terindah yang pernah saya ada dalam koleksi pembacaan saya setakat ini. Dah lama saya menanti KABP dalam bentuk fizikal, sanggup tahan diri dari baca dulu 😆
Jalan cerita & plot yang menarik, penceritaan yang agak terperinci lebih lagi ketika babak aksi cuma beberapa pengulangan ayat dalam setiap mukasurat agak menganggu pembacaan. Mungkin boleh perbanyakkan dan lebih variasikan penggunaan kosa kata agar tak terlalu berulang pada masa depan. (Also, baca cerita ni tetiba teringat movie paskal 😂)
Apa pun, sebuah karya yang baik dan saya seronok membacanya. Terus terbang tinggi, cik penulis 😇👏🏼
Buku ni boleh pergi jauh kalau ada beberapa point penulis atau penerbit perbaiki untuk next print.
- Penggunaan kata ganti nama atau diri “Kau orang” yang sangatlah tak sesuai. Tak ke pelik bila cikgu dan doktor panggil Uthman & Nailah “kau orang” bila bercakap? .
- Pengulangan perkataan yg sama hampir setiap bab, iaitu Sontak & beberapa lagi.
- Kesalahan huruf kecil/ besar
- Dialog Uthman yang agak kasar bila bercakap dengan Nailah. Macam tak sesuai dengan umur 30an bercakap aku & kau dengan isteri, tak kisahlah atas alasan apa sekali pun awak kahwin dengan dia. Dan ada masa, agak baku sikit dialog dia.
- Babak misi Uthman tu, tak tahulah i sorang je ke yang rasa macam tu tapi, terasa macam ada persamaan dengan cerita Paskal. Mungkin - inspirasi kan.
- Tak rasa sangat emosi watak jahat lain kecuali Syida.
Tapi, ada juga yang boleh kita puji. Antaranya:-
- Watak Nailah yang kuat. Walaupun ujian dia silih berganti tapi dia tetap cekal. Nampak matang watak ni walaupun baru 24 tahun. Rasanya dia lebih matang berbanding Uthman.
- Emosi Nailah sebagai ibu boleh kita rasai.
- Babak misi atau aksi ditulis sangat details ye. Especially part Uthman kena serang seorang diri tu. Yang ini boleh puji penulis.
- Watak Syida. Yang ini memang boleh bagi tepukan..dia punya karakter jahat tu sangat-sangat boleh dirasai ye. Boleh rasa emosi jahat dia tu.
Jujurnya, i rasa buku ni patut fokus pada action berbanding romance sebab i tak rasa sangat romance tu.
Teracun beli buku ni sebab cover dan salah faham dengan review Tiktok kata ML seorang nelayan, berkahwin dengan gadis yang menerima jantung arwah isterinya. Ternyata mudah sungguh aku kena scam...hahaha
Review ni kalau author ada baca, mohon ambil yang positif untuk perbaiki karya-karya seterusnya di masa hadapan. For me, awak ada talent, cuma kurang pengalaman. InsyaAllah, you can be better in future.
1. Aku suka story dia but not the plot. Plot dia adalah masalah kebanyakan novel romance di Malaysia yang mana tak ada graf yang cantik dan impactful. Ni secara amnya. (Baca terus untuk kupasan yang lebih dalam.)
2. Penulis ada effort untuk buat research. Nampaklah apa kerja ML buat. Aku sukalah ada babak aksi masa ML dalam misi. Btw, ML ni kerja TLDM. (Tak guna betul aku kena tipu Abang Nelayan Fake).
Tapi sedikit kecewa sebab author tak tulis dengan jelas kerjaya FL dalam bidang kulinary dan ada cafe. Cerita hanya surface. Pada usia 24 tahun dia boleh buat semua tu, aku curious juga apa capability dia untuk manage cafe sendiri. Siapa invest bisnes tu. Siapa masak dan macam mana dia uruskan cafe? Yelah, part TLDM dah tulis hampir sempurna, tak acilah abaikan bahagian FL kan.
3. Aku perasan ada babak macam dalam movie PASKAL masa misi ML. Takpelah, itu dikira inspirasi. Okey saja.
4. Aku sangat sensitif bab karakter. Memang aku akan scan habis. Pembinaan karakter dalam novel ni bagi aku tak cukup solid. Nampak terlalu disusun peranannya. ML kadang2 jadi hero yang tak pijak bumi. Kadang begitu, kadang begini. FL macam banyak betul dark history tapi cara watak tu membangun tak cukup traumatize pun.
Ada seperkara yang aku musykil, ibu kalau tak mampu jaga anak sekalipun, kalau dia betul2 sayang, dia takkan buang anak dekat tong sampah. Dia takkan letak baby tu di tempat yang bahaya. Dia mesti akan letak di tempat selamat yang orang boleh nampak untik selamatkan baby tu. Jadi pelik ya, sebab husnuzon betul FL ni yang mak dia sayangkan dia, sedangkan dia tak pernah pun dibesarkan perempuan tu. Dari kecik dia dijaga keluarga angkat. Secara logiknyalah, bila kau tahu yang kau ni anak yang dikutip dekat tong sampah, kau mesti ada rasa kecewa dan bencikan mak kau atas nasib kau. Pastu celah mana pula tiber sangat bapak tak sah taraf dia muncul dalam citer ni. (back story FL pada aku lemah dan tak berapa jelas)
5. Aku boleh katakan naratif penulis banyak tekankan emosi tapi tak berapa masak. Jadi emosi tu dry dan tak sampai pada aku yang membaca. Sedih tak nangis, kelakar tak ketawa. Bercinta pun tak sweet. Pendek kata takdak kupu-kupu dalam perut. Yang aku perasan naratif yang ditulis tu bagus saja, cuma seperti point awal aku tulis tadi, author tak cukup kenal karakter dia. Dia macam kenal, tapi kenal layer pertama saja. Tak kenal dalaman jiwa watak tu, especially ML dan FL.
So, hopefully author boleh belajar lebih empati untuk memahami trauma yang dihadapi watak-wataknya. Saya percaya kalau author kenal luar dan dalam karakter dia, emosinya lebih berkesan dan meruntun hati pembaca.
6. Dialog agak monotone. Kadangkala dialognya berbunyi naratif, bukan dialog sembang.
Penggunaan wording untuk dialog budak 5 tahun dan orang dewasa sepatutnya tak sama. Dua kali saya rengsa baca dialog bapak ML yang tak mencerminkan peribadi seorang pakcik askar pencen. Hati-hati dengan suara watak. Kadang-kadang boleh tergelincir jadi suara penulis.
7. Maafkan saya yang rengsa dengan beberapa perkataan yang berulang banyak kali di novel ni. Terutama sekali perkataan KOKLEA, DINDING HATI dan SONTAK. It's okay, author boleh explore lagi perkataan yang sinonim dan variasikan lagi ayat dalam naratif tu.
8. No plot twist. Everything in this novel is so smooth, so tak sampai 2 hari aku habis baca. Biasanya aku lambat habis baca sebab kejap termenung, kejap stress, kejap mind blown dengan sesebuah cerita. Tapi untuk buku ni, dia kurang memberi rasa tersebut. Penulisannya pun straight forward dan mudah difahami. Jadi bacaan pun lancar sajalah.
9. FL asyik kena culik dan jadi tebusan. I'm not a fan for this kind of plot. Dah banyak kali jumpa so nothing special for me.
10. Rengsa dengan tipikal side kick yang jadi bff FL. Tak tahulah kenapa novel melayu banyak buat watak macam ni. Jenis2 kepochi, annoying, acah caring, dan suka panggil bestie dia 'babe'. Watak camni memang selalu kena marking dengan aku...hahaha sorry
11. Watak yang paling bagus dan berkesan pada aku untuk cerita ni ialah Shida. Walaupun aku tak faham sangat apa masalah dalaman Shida yang perangai macam ahli sihir sangat, tapi aku suka bila dia muncul, rasa intense sikit babak-babak novel ni.
12. Hmm... Talk no jutsu. Watak bebel-bebel bagi ceramah pastu watak yang kena bebel tu sedar dan berubah. Life is not that easy, bro.
13. Peachy - Banyak sangat berceramah dan nasihat. Lebih cantik tekankan show without telling supaya babak lebih hidup. Btw novel ni memang banyak telling sebenarnya. Untuk yang tak terlalu critical thinking, boleh je kot terima.
14. Kebanyakan babak ditulis dari angle close up. Jadi agak susah pada mulanya saya nak visualkan babak. Author boleh gunakan suasana sekeliling sebagai prop untuk menghidupkan lagi babak. Semua ni boleh bagi peranan yang membantu cerita anda. Bagi wide angle sikit babak-babak tu supaya pembaca diberi peluang untuk melihat visual tu dari sudut pandang yang lebih besar.
15. Cukuplah setakat ini saja review saya. Saya mendoakan penulis sukses dan lebih maju dalam karya2 akan datang. terima kasih kerana beri peluang untuk saya explore buku anda selepas mengalami reading slump berpanjangan.
jujur pada awalnya aku rse buku ni akan a bit boring sbb aku rse buku ni maybe mcm romance manjang tapi rupanya tidakkk yeeee...
Nailah : aku menyirap ngan watak dia ni mula² tau. asyik melalak pastu pengsan. like mcm weyh, come on kuatlah sikitttt... nangis tu aku boleh terima lagi tpi smpai pengsan kerap sgt tuuu alahaiii...
tpi lepas je Nailah kahwin ngan Uthman, and kne tinggal kat lumut i dpat nmpak watak Nailah smakin matang. Semakin yakin and banyak berjuang utk diri dia. klau tak member redha je kne hina, heyy laaa boseeyyy aku😌😂 for me pengembangan watak dia oleh author bagus laa
Uthman : pada aku watak Uthman ni watak yg perfect for me sbb Uthman taklah perfect sgt hakikatnya, sbb ade je dlm buku ni yg Uthman marah² Nailah tak tentu pasal sbb trauma kehilangan arwah wife dia. basically si kembar warded sbb allergy udang and Nailah pun lupa nak cek. dia mcm that's how human should react. bukan sweetttttt manjang greeeflagggg saje. suka watak dia mcm sweet tak over and suka sbb tak logik utk greenflag melampau tapi Uthman is a nice blend tpi tak redflag haa gituw *chefkiss hahahahaha
tpi part yg tiber Nailah mintak cerai tu sumpah aku rse mmg nak tampar dia HAHAHAHAHA
and utk author i just harap lepasni klau conv antara ayah ngan anak abang ngah ngan Nailah ke atau awal² Uthman ngan Nailah ke, just don't use "aku" and "kau". rse mcm weird and agak tak sesuai. at least gunala "abang ngah" and "Nailah" instead of aku kau. Uthman ngan Nailah tu "saya" "awak" ke haa kan manis skett. mcm conv Tuan Nain ngan Uthman pun jgnla guna kau bila Tuan Nain borak ngan Uthman. boleh je guna nma panggilan mcm "Walid rse, Man kene...." haa guna nma manja. harap² faham laa hahaha
and paling i suka sbb bnyak scene Uthman bertugas dlm ni, buku ni bukanlah semata cerita pasal loveyy doveyy gituwhhh. mmg ade scene² paskal bertugas and cekup musuh bagaii. so yeah it's a 5🌟🌟🌟🌟🌟
🌷Memang x rugi langsung beli masa preorder haritu sbb apa? Sbb penulis mmg terbaik dlm menghasilkan karya yg best giler mcm ni!🫶 Masa baca buku ni bermcm-mcm perasaan yg hadir.. seronok, sedih, marah, blushing dll.
🌷Mengisahkan tntg Uthman si duda anak 2 (kembar) Qailah & Qaisah yg akhirnya membuat keputusan utk berkahwin dgn Nailah setelah 5 tahun dia menutup rapat pintu hati. Walaupun pada awalnya dia berkahwin dgn Nailah disbbkan dia mahu si kembar merasai keberadaan Hikmah rapat dgn kehadiran Nailah tetapi lama kelamaan cinta akhirnya berputik jua.
🩵PERSONAL OPINION🩵
🫀Mmglah awal tu geram jugak dgn Uthman sbb selfish bust pilihan nk kahwin dgn Nailah sbb jantung Hikmah ada dlm bdn Nailah tapi hati ni terubat jugaklah sbb Uthman cpt sedar tujuan sebenar dia kahwin dgn Nailah.
🫀Paling geram dgn Syida, kakak ipar Uthman yg x habis² nk jodohkan Uthman dgn Akma🙄 ditambah pula dgn mulut dia yg xde insurans langsung huh!
🫀Nailah pulak... Kuatnya dia berjuang utk kesihatan diri dia dgn cinta dia🥺 dahlah dia baik gilerrrr tapi saq juga puas hati bila dia mrh puas² si Syida tu🤣
🫀Oh ya, pasal PASKAL! DEJAVU gilerrr! Ni 1st time aq baca buku yg penulisnya describe dgn penuh aksi & emosi setiap scene Uthman bertugas sbg seorang askar. Ibarat lakonan Hairul Azreen dlm citer PASKAL tu hah. Syoklah seyes🫶
🫀🥺Ayah Nailah... Fuadi. Sedih ah. Xnk ckp bnyk tapi terima kasih utk kesedaran sbg seorang ayah walaupun x bnyk pengorbanan yg Fuadi buat....
🫀Overall, tahniah penulis utk karya yg sgtlah hebat ini! ✨ Semoga penulis teruskan berkarya ❤️ Saya sokongggg hehe..
Kisah ini mengangkat watak Uthman kematian isteri a.k.a pakcik 'nelayan' kita 🤭, yang membesarkan sepasang anak kembar yang kekurangan kasih sayang ayah ibu. Kehadiran Nailah yang sudi menjadi isteri dan ibu kepada anak-anaknya mengubah segalanya. Keluarga kebanyakannya menerima, kecuali Syida—si kaki dengki yang cepat benar meroyan. Serius, watak antagonis ini memang buat aku puas hati bila dia akhirnya menerima balasan setimpal. Jahat betul, adik sendiri koma pun sibuk halang suami isteri daripada bertemu. Eh, rumah tangga orang pun nak sibuk? Rasakanlah, Syida! 👌👏
Apa yang menarik dalam cerita ni? ✨ Plot twist tak ada sangat - straight to the point awal2 kita dah tahu Nailah dapat jantung arwah isteri Uthman tapi dia rahsiakan supaya Nailah tak salah sangka sebab perkhawinan mereka. ✨ Jalan cerita lebih bertemakan kekeluargaan, so straight je tak ada sangat buat kita berlama sangat hayut. ✨ Perkahwinan yang realistik – hubungan U dan N tak ada drama melampau. U terima N seadanya, malah menganggap N sebagai ibu terbaik untuk anak-anaknya, tanpa kisah statusnya. ✨ Cabaran utama – datang daripada si kakak, Syida. Manakala Akma pula taklah terlalu menyusahkan, malah ada sisi kelakar bila masuk bab “siapa bakal suami Akma”. ✨ Aksi ringan – ada terselit juga, tapi fokus utama tetap pada nilai kekeluargaan.
Yang paling aku suka, tajuk Kerana Aku Bukan Pilihan memang kena dengan jalan cerita. Hampir semua watak pernah rasa mereka bukan pilihan—termasuk jiran si N. Namun di sebalik itu, kisah ini lebih daripada sekadar cinta. Ia tentang keluarga, penerimaan, dan kebenaran yang tersembunyi dalam hidup Naila.
Uthman - mula2 tak faham why he nak rapat & nak kahwin dengan Nailah sampai satu tahap ingatkan sebab nak dengar jantung Hikmah. Tetapi setiap kali pengulangan untuk si kembar, faham jugak sebab mungkin berdekatan dengan Nailah secara tak langsung si kembar tahu jantung yg berdegup jantung si ibu. Sukar dijelaskan tetapi naluri tahu. Lepas kahwin & Uthman slowly realize his feeling, I want someone like him. Responsible for both work & family. Tugasan pada negara punya aksi sangat menarik.
Nailah - positif tetapi mungkin sebab dia menghargai peluang kedua dalam hidup. Menyampah jugakla part dia punya marah bodoh dia just because Uthman tak bagitahu itu jantung hukmah then overthinking sendiri. Pastu padan muka sendiri susah then menyesal. No worry, they happy ending.
Fatimah - love sangat her. Supportive friend yg susah nak carik. Muncul tak banyak tapi babak2 penting dia ada. Teringin nak tahu kisah dia dan suami. Macam mana suami dia berjaya pikat dia yang sengal lagi logik
Syida - biasa novel2 mak2 yg watak kepochi teruk tp ni kakak si Uthman ni. Tak paham apa motif dia nak adik dia kahwin ngan perempuan pilihan dia. Tp padan muka, kena cerai laki sebab she tak jadi isteri seperti yg diharapkan sebab sebok jaga tepi kain Uthman. Paling plot twist, laki dia punya skandal & bakal wife baru ialah Akma, perempuan yg dia nak jodohkan dengan Uthman. Akma lagi logik daripada dia sebab she tak nak rosakkan rumahtangga Uthman. Paling epik dia trauma stress hampir nak bunuh diri sebab serangan asid
In overall, suka the plot & penyusunan
This entire review has been hidden because of spoilers.
In mood nak cerita sedih, yg pain2 gitu and jumpa org recommend novel ni terus kita grab.
Mengisahkan tentang kisah Naila yang dari kecil ada penyakit jantung and Uthman, duda anak 2 (twin).
Bagi Nene novel ni tak boring, penulis pandai bawa jalan cerita. Tak terlalu pantas, tak juga slow. Kita baca in one sitting je! Belek2 ada je dugaan and challenges yg Naila and Uthman kena harungi.
Part yg buat air mata kita jatuh is bila Uthman marah kt Naila sbb tktau twin ada allergy udang! Wei, sakit hati baca time tu. Datang2 pastu tengking Naila, sudahla Naila tu baru ju lepas trauma.
Yg best jugak pasal novel ni yg I suka, author selitkan part2 kerja Uthman in details! Lurve tau!! Yelah, cover book pun ada kapal navy so bila selitkan action part tu, suka betul!
Cuma maybe ada satu yg kurang skit bgi Nene adalah pengunaan 'aku-kau' tu. Turn off skit lahh bila Uthman gunakan panggilan tu awal nya. Ok tu je!! Good job, author!
𝒩𝒶𝒾𝓁𝒶𝒽 𝒥𝒶𝓃𝓃𝒶𝒽 - Kesian Nailah. Dari kecil diuji. Banyak betul ujian. Tak sangka ada harapan untuk hidup bila adanya orang sudi dermakan jantung untuk Nailah teruskan hidup. Bertemu jodoh dengan duda + anak dua (kembar). Sakitnya bila mencintai suami yang masih belum move on dan mencintai arwah isteri...
𝒰𝓉𝒽𝓂𝒶𝓃 𝐹𝒾𝓇𝒹𝒶𝓊𝓈 - Lima tahun membesarkan anak-anak kembarnya setelah kematian isteri. Berkahwin dengan Nailah kerana Qaisah dan Qailah suka dan selesa dengan wanita itu.
Perjalanan hidup mereka tidaklah mudah. Lebih-lebih lagi dengan Uthman yang sibuk dengan kerjanya sebagai seorang anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL). Dan juga adanya Syida iaitu kakak ipar Nailah yang tak habis-habis membuat masalah. Nak sangat jodohkan si Uthman dengan Akma. At last, puas hati sebab diri sendiri yang kena sondol dengan Akma tu. Padan muka! 🤣
Overall, walaupun geram juga dengan watak Uthman Firdaus yang belum move on pada awalnya, tetaplah suka sebab dia "green flag". Watak Nailah Jannah yang kuat, kita love. 🫶🏻
ps: Part Uthman marah Nailah pasal kembar masuk hospital buat saya terfikir, betul ke dia ni umur 36 tahun sebab macam takda akal. Senang betul terhasut dengan kata-kata Syida. 🙂↔️
This entire review has been hidden because of spoilers.
sy suka baca buku ni sbb ada unsur romance di situ. xsabar nk baca next novel hehe. cuma sy kurang part apa sesetengah perkataan rare ru diulang2. tapi tak mengganggu pembacaan saya. tahniah buat syaf asriqa🔥🔥
Nailah, seorang pejuang yang bertarung dengan penyakit jantung berlubang, satu hari dia menerima sinar semangatnya daripada seseorang. Uthman, seorang ayah kepada dua anak kembar dan Nailah menjadi nanny buat si kembar, kepercayaan Uthman buat Nailah membawa mereka ke sebuah perkahwinan. Tetapi tidak mudah buat Nailah untuk menjadi ‘pengganti’ Hikmah di hati Uthman.
Bukan hanya cinta yang menjadi taruhan, malah nyawa juga. Pengorbanan, Keikhlasan, Sumpah Janji dan Penyesalan menguasai jiwa. - Pertama sekali, saya bukan seorang yang gemar dengan buku yang berkaitan dengan unit khas atau beruniform sebab susah untuk saya bayangkan mereka di dunia nyata.
Dan surprisingly saya sangat enjoy sepanjang perjalanan menyelam kisah Uthman dan Nailah. Boleh kata setiap bait yang dikongsi tidak berlebihan, semuanya seimbang dari segi kisah cinta, pekerjaan Uthman & Nailah, kekeluargaan dan emosi/konflik yang tidak henti sehingga ke penamat. - Saya sangat sukakan watak Nailah, kisah dia terlalu perit untuk ditelan. Seorang pejuang yang inginkan kebahagiaan tanpa mengusik tempat si pertama. Dan saya paling suka bila dia bukan sahaja berjuang untuk kesihatan malah perasaannya juga. Cuma part kebenaran terbongkar, keputusan yang dia buat terlalu melulu tanpa bagi peluang Uthman perjelaskan.
Untuk watak Uthman, actually saya terkejut dengan personaliti Uthman yang boleh dikatakan baik dengan tutur kata yang lembut walaupun macam kasar tapi sebenarnya hati ada taman (Qailah & Qaisah yang cipta kot). Dia gentleman TAPI! lembab juga, sebab dia sendiri confuse dengan perasaan dia. But at the same time yang keluar dari mulut dia manis belaka.
- Bagi saya, kisah mereka ni tidaklah terlalu pain tapi kebanyakkannya sedih yang menguasai diri. Dari segi emosi yang turun naik, walaupun perkara tu dah lepas tapi impak yang ditinggalkan memberi kesan yang besar. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan nyawa orang yang kita sayang. - Apa yang saya paling enjoy sepanjang baca? Masa part pekerjaan Uthman dihuraikan dengan terperinci, jadi senang nak bayangkan. Ayatnya juga sangat mudah untuk faham, lebih-lebih lagi ketika scene operasi dijalankan.
Kaitan antara konflik dan hubungan setiap watak yang predictable tapi masih mampu menaikkan bulu roma saya oleh kerana ia berkaitan dengan kegiatan yang unfamiliar - Pertama kali baca karya penulis dan sangat tak mengecewakan, dari segi penulisan yang straightforward dan tiada part yang tak penting. Segala mesej yang nak disampaikan pun menusuk terus ke hati.
KABP bukan sekadar cerita cinta antara main characters, tapi ada juga sentuhan isu kekeluargaan dan konflik dengan diri sendiri.
Nailah Jannah ni memang undeniable watak yang kuat. sepanjang cerita, macam tak habis-habis je masalah datang dekat dia. lepas satu, satu lagi muncul. and i totally understand her POV bila dapat tahu rahsia yang Uthman cuba sembunyikan.
as for Uthman, i have a love-hate relationship dengan dia. awal-awal tu dia suka bagi mixed signals dekat Nailah, buat aku rasa ‘🤨’ dengan dia. his words don’t match with how he feels, which honestly boleh buat aku sakit hati. benda tu memang affected my mood for him. apa-apa yang dia kata dekat Nailah pun terus rasa macam omongan kosong je. bila sampai part incident yang jadi dekat Uthman, barulah i started to grasp their relationship a bit, walaupun still tak cukup kuat nak buat i fully invested in them as a couple. there's no chemistry between them.
i do like the ending for Syida. she really deserves that. wallahi kalau boleh masuk dalam dunia KABP, memang dia lah watak pertama yang aku nak pergi one-on-one sebab she’s just too much!
and also, a big thanks sebab tak buat Qailah and Qaisah as toddlers yang overly pelat. maybe it’s a ME problem, but memang turn-off sikit kalau budak kecil dalam cerita dibagi pelat yang over.
sebak/pain-wise, i think it wasn’t fully conveyed, walaupun sepatutnya tu adalah scene yang boleh buat kita rasa sedih sama-sama dengan character. there was potential for us to really feel their emotions, but sebab execution kurang sampai.
this is my first book from this author, and i’d say gaya bahasa yang penulis cuba sampaikan memang senang nak faham, making it easy to get into the story. cuma, i do hope author aware that there are a few words that tend to repeat over and over.