Jump to ratings and reviews
Rate this book

Encik Sayang Dan Miss Sweetheart

Rate this book
Kata orang, kerana mulut badan binasa. Rasanya peribahasa itu memang sangat kena untuk aku, sebiji menempek di atas dahi!

“Macam inilah, encik… encik sayang. Sebelum I naik hantu kat sini…”
Kerana mulut, aku dicap sebagai miss sweetheart oleh encik sayang yang semestinya aku tak sayang langsung. Semuanya gara-gara cik gincu merah yang sangat gedik menggeletis macam ulat bulu!

“Kalau macam tu, emak ajelah cari calon untuk kakak. Senang cerita.”
Kerana mulut aku sendiri, emak dan ayah tiba-tiba membawa calon suami untuk aku. Atau lebih spesifik, dia orang bawa encik sayang! Dalam aku baru sahaja mahu reda dan menerima nasib jadi heroin novel kahwin paksa, kenapa pula mamat sengal itu yang jadi heronya? Sudah tidak wujudkah makhluk berkromosom XY yang lain? Kenapa mesti dia?!

“Ya, ya… Saya janji. Kalau… Kalau awak selamat, kalau kita dapat keluar dari sini, saya akan kahwin dengan awak. Just… Just be safe, please…”

Kerana mulut, ‘operasi memutuskan pertunangan’ aku tiba-tiba sahaja berubah menjadi ‘operasi persiapan perkahwinan’. Sedar-sedar sahaja, aku sudah pun duduk di atas pelamin yang pengantin lelakinya ialah tidak lain dan tidak bukan… encik sayang!

Oh, jangan fikir cerita ini berhenti takat itu saja. Kerana dalam kisah pelik ini, terselit juga si dia yang digelar ‘the most dashing, hottest eligible bachelor on earth’. Ya, aku tahu.
Gelaran ni memang sangatlah melebih-lebih. Tapi hakikatnya, dia memang berkali-kali ganda kacak, bergaya dan kaya berbanding encik sayang. Dan yang paling seronok… encik dashing ini ialah bekas kekasih aku! Cinta pertama zaman muda remaja dulu yang rupa-rupanya masih cintakan aku setengah mati. Aduh… Haru, haru.

Itu belum lagi termasuk kes cik gincu merah yang tiba-tiba mengumumkan diri sebagai musuh ketat aku.

Lalu perjalanan hidup aku yang selama ini landai, normal dan bebas daripada anasir-anasir konflik tiba-tiba sahaja berubah menjadi roller-coaster!

619 pages, Paperback

First published June 1, 2014

25 people are currently reading
306 people want to read

About the author

Sara Aisha

18 books469 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
85 (34%)
4 stars
73 (29%)
3 stars
66 (26%)
2 stars
16 (6%)
1 star
5 (2%)
Displaying 1 - 30 of 39 reviews
Profile Image for Don ツ .
248 reviews37 followers
September 19, 2017
Bolehlah~~ Kinda getting used to Sara's thriller romantic writing. Tak sangka amik dua tahun nak habis baca. Nampak tak, berapa susah daaa...
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
March 7, 2015
Oooo my... Finally I managed to finish my reading.... :)

I started this book long time ago. First few chapters was great.. It was fast n catchy and I enjoyed it but as it progress, it becomes draggy... too draggy till I have to put it down. I guess the timing is not right.

Then... few months after, I picked it up n force myself to finish. And I'm glad that I did. When I continued, it was still draggy but getting n by the time I reached few last chapters, I enjoyed my reading.

I like both characters equally. Tho Syamil is younger than Orked, he is matured for his age and balance lah dgn Orked.

I also like the ending....
Profile Image for Fatini Zulkifli.
432 reviews41 followers
June 18, 2017
Ada masalah dengan bahasa penulis. Ingatkan ditulis oleh remaja perempuan, mungkin baru nak masuk 20-an. Tapi rupa-rupanya, (dari biografi penulis di belakang novel) penulis pelajar sarjana. Lulusan penulis ialah dalam bidang bioteknologi dari UM , pernah jadi pembantu penyelidik dan eksekutif standard saintifik. Gempak juga resume dia. Tapi bahasa yang digunakan oleh penulis (yang tinggi juga tahap akademik dia) dalam novel ini agak gedik (maaflah kasar, tapi aku kena jujur). Dan sebagai bekas penyelidik, mungkin penulis perlu buat lebih kajian tentang bagaimana lelaki bercakap sebab dalam tulisan beliau, watak lelaki bercakap macam perempuan; banyak cakap - emosional - suka buat assumption - dramatik.

Tema dia okay. Walaupun terkeluar jugak lah "Cerita kahwin paksa lagi... baru semalam habis baca Dia Cinta Yang Kucari yang juga kahwin atas dasar mak ayah pilih". Tak logik juga sebenarnya tak tengok langsung muka bakal suami sampai hari bertunang. Serius lah kau, kawan jiran sepupu atuk nenek tak tanya ka kau bertunang dengan siapa dan nama tunang kau? Tak ambil tahu langsung dah macam Orked ini alim sangat paras rupa tak penting. Tapi tak apalah aku butakan mata bahagian tu sebab teruja kali pertama baca tentang hero lelaki bekerja sebagai pereka fesyen yang baru nak naik. Dan bab mendaki dekat Dabong itu macam ada kelainan. Aku tak tahu pun Gunung Ayam wujud. Kena Google rupa Gunung Ayam. Okaylah tema cuma bahasa tu. Lagi satu, banyaknya lahai tanda seru "!!!" dan tanda soal "?" yang digunakan.
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,023 reviews377 followers
August 30, 2014
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM14. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Cerita yang santai dan agak conflict-free. Cuma ada a few parts yang N rasa macam nyibuk and melalut jer. Mungkin sebab N baca time tengah busy, so that's why N tak nak buang masa baca part yang tak penting...
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews74 followers
February 22, 2015
Best! Ada humor dan fast-paced. Syamil Imran sebagai 'Encik Sayang' dan Orked Imani sebagai 'Miss Sweetheart'. Satu perlanggaran di traffic light telah mempertemukan mereka berdua. Kerana mulutnya yang lancang, kini mereka telah ditunangkan. Orked cuba berkali-kali cuba untuk melepaskan diri dari pertunangan itu tetapi tidak menjadi. Encik Sayang makin mendekat. Sunggup haru hidupnya. Selepas kejadian di Gunung Ayam, mereka terus dikahwinkan. Hidup bersama Encik Sayang sungguh mencabar tetapi ada 'sweetnya'. Lama-kelamaan hati Miss Sweetheart telah terpaut dan yakin akan keikhlasan cinta Encik Sayang. Dia sanggup berbuat apa saja untuk melindungi Miss Sweetheartnya; even her dreams. Tetapi adanya Amril Syahran aka 'the most dashing, hottest available bachelor on earth' serba-sedikit menggugat hati Encik Sayang. Begitu juga dengan adanya 'miss gincu merah'. Miss Sweetheart bersungguh-sungguh mempertahankan her 'Encik Sayang's dreams' demi cinta yang baru dia sedar dia ada untuk sang suami selama ini. Encik Sayang pula sanggup merestui kehadiran 'the most dashing, hottest available bachelor on earth' dalam hidup Miss Sweetheartnya kerana rasa sayangnya kepada si isteri. Dia juga sanggup mengalami apa saja untuk si isteri termasuk 'morning sickness'. Cinta mereka sungguh sweet!
Profile Image for Yuni.
257 reviews81 followers
May 10, 2016
Permulaan yang lawak. Tak perlu dipaksa, yuni dah gelak sendiri. Cara penyampai hampir sama macam Zuraidah Othman. Tp part lawak lah. Part sedih, serius tu normal lah macam novel melayu yang lain.

Beli buku ini disebabkan penulisnya. Ni sume gara2 Salju Kyoto lah ni. Lepas ni kita try Chan Rak Ter pula yek. Yang Jodoh Itu Milik Kita, maybe tak baca kot sebab dah tengok drama. Spoilt je tertengok drama dulu.

Btw, memang salah satu cara untuk mempromote novel sendiri ye penulis novel Melayu di Malaysia ini? Masukkan watak tu x kisahlah. Ini siap cakap tentang tajuk. Hmm...Gitu yek
Profile Image for Jessica.
171 reviews
March 11, 2015
2015 - Novel #9

TAMAT! Ohman cerita ni sangat kelakar & menghiburkan. Ku ketawa sorang-sorang bagai orang gila bila baca kisah Orked & Syamil.

Sengal diaorg berdua ni. Orked yg ego taknak ngaku sayang Syamil & Syamil pula agak keanak-anakan. But I like very much. Seronok sangat. Laju jek baca.

Kali ni ringan saja cerita Sara Aisha. Tak payah konflik berat. Recommended!!
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
December 20, 2018
Done!

Fuh memang mood membaca masih kelaut ni..slow sangat membaca..kalau dulu 2 3 hari boleh dah habiskan sebuah novel. Tapi sekarang dalam seminggu baru habis.

Ini merupakan novel ke 6 yang aku baca karya SA. Sebenarnya aku lagi suka dengan genre aksi thriller daripada SA. Its more enjoyable. Bukan nak kata genre romantik ni tak ok, ianya ok. Tapi aku rasa its more better SA fokus genre aksi. Itu makanan sebenar SA😄

Berbalik kepada Encik Sayang Dan Miss Sweetheart. It totally romantic story. Aku suak dengan watak2 yang ada dalam ni. Orked Imani & Syamil Imran. How sweet they are.

Novel ni serius memang banyak adegan sweet je. Aku suka cara Syamil mengusik Orked. Nakal.

Lagi satu yang aku suka dalam novel ni, part antagonis nya tidakla terlalu melampau. Hanya sekejap je masalah pihak ke3 ini muncul. Langau2 tu standardla. Kalau tak, takdelah penambah rasa dalam novel ni.

Novel ni dah lama. Tapi aku baru beli & baca. Gara 2 nak lengkapkan koleksi drpd SA.😉
Profile Image for Izzati Aisyah.
14 reviews7 followers
June 16, 2014
Berbeza dengan 2 buah novel yang telah ditulis oleh cik SA, kali nie novel ke-3 beliau, ESMS digarap dengan penuh santai. Kalau tengah stress tu bolehlah layan si Syamil(En sayang) yang sengal yang si Orked(Miss sweetheart) yang sukar untuk dijangka.

Siapa yang tak suka kalau dapat suami macam en sayang? tulah Orked...lain kali jangan bencikan orang sebenci-bencinya sbb realitinya dah terbalik jadi suka. Kalau sesiapa yang baca novel nie mesti nak seorang lelaki macam karakter en sayang nie. Walaupun die sengal dan suka perasan tak hengat tapi dia sangatlah memahami dan melindungi miss sweetheartnya.

Suka sangat dengan ayat En sayang yang nie:

"Sebab Syamil mahu melindungi dia. Bukan sahaja diri dia, tapi semuanya tentang Orked. Her dream,her passion... everything."

so touching, for me lah!(yang berjiwa halus yang tak berapa nak halus sangat pun)

Walaupun Syamil bukan pilihan Orked yang sebenarnya, ala2 kahwin paksa yang tak mcam kahwin paksa sbb Orked sendiri suruh mak ayah dia cari calon suami untuk dia kan? tapi akhirnya mereka dapat temui keserasian hidup berumahtangga dan mmg dah dapat agak En Sayang dah jatuh cinta dulu dgn Miss sweetheart tapi biasalah segala percakapan dia dianggap main2 oleh Orked. Nasiblah. hehehe

Btw, kalau korang nak tahu kenapa Syamil dan Orked guna gelaran Encik Sayang dan Miss Sweetheart? kenalah beli dan baca...tak rugi pun tau...

congrats to cik Sara Aisha yang comel untuk kelahiran novel ke-3 ini. Tak sabar nak tunggu novel seterusnya..sambungan JIMK. Kisah Syafiq psiko lak..semoga selamat menyiapkan mss tersebut...wink! wink!
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
May 14, 2014
#countless from PBAKL collections. Ngeeee...

Ngeeee.. dah khatam.

Kesimpulan nak cakap ia mmg sangat sangat sangat sangat best!!! I want to be Orked myself... how lucky to have husband wif shining armour. Ngeeee... lurve it mucho2...

Rasa super ohsem. Mmg terasa nak baca balik part part sengal tp sweet itu... ngeeeee...

Penggunaan nama yg blh dikatakan klasik... orked, melati, cempaka... hahaha.. saya suke... part describing every watak tue mmg berjaya membuatkan air liur terleleh hah.. ngangaaaaaa hah!! Apesal la ohsem sgt watak2 nyer yer dak.. hahaha..

Tp seyesly encik sayang mmg sangat sangat sangat sangat patut disayangi.. dia comey giler bab koyt. Romantik. Sweet. Kelakar.. haishhh byk laie la...

Miss sweetheart kite pula.. perghhhh... rame org minat tue.. sbb dia SENGAL, special dan saya setuju...ngeeee...

Sangat!!! Auwwww... ala.. baca wording sengal terus terasa nak repeat balik part2 en. Sayang kite ngan missus sweetheart.. x tahan part 2 minit.. ngeeee...

thanks Aisha Sara for the new masterpiece as i like it really much.. Congrats Aisha Sara! I lioke ur 3rd naskah too...
Profile Image for Naira2975.
1,076 reviews21 followers
December 15, 2014
Book #70 - 2014

I liked it! But personally this is not sara aisha's best.im sorry. It's nice that she's trying to pelbagaikan ceritanya. First novel, kekeluargaan, second, action romance and now agak santai. Shows how versatile she can be. I liked 'chan rak ter' more tho. Im hoping to read more action romance lah kalau boleh from this writer.
Profile Image for Aliza Nai.
148 reviews3 followers
June 11, 2014
If you searching for something yg sengal plus sweet then this is it. Both Syamil and Orked really sengal lah but I love the part when Syamil comfort his wife. Sara attempted on trying different genres memang menjadi dan tidak menghampakan. I love every single piece of her babies so far.
Profile Image for Mimi [heyitsmeme06].
102 reviews10 followers
August 25, 2019
Light, cool fun read. Memang as per cik SA said, buku ni dia tulis just utk santai. Memang santai je. Conflict pun dalam 1-2 camtu je. Dan bukan lah yg membuatkan hati, perasaan macam roller coaster. Memang smooth je.
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
April 12, 2016
Orked Imani - 29 yrs old kuat mengelamun, perangai kebudak2an, cepat melenting and very evasive..Adakalanya, matang. Quite egoistic especially towards Mr husband. Really, so immature. Just admit u are in love..kesian si suami.

Syamil Imran - 27 yrs old. Aspiring fashion designer for male clothing. Nakal, kuat menyakat, matang, perasan handsome tahap tak tahu apa nak cakap (tapi itu sebelum dia tahu siapa bekas kekasih Orked) dan a man with vision and mission. Tahap self confidence jatuh merundum hanya kerana isteri yg melayan dia dgn acuh tak acuh..dia tertanya2 dimana dia di hati sang isteri. Dan I like the way Syamil Imran retorted everytime wife dia accused him of something..very sweet.

Misha Edora - Ms Gedik si pisau cukur ex Syamil yg angkuh dan perasan cantik. Juga seorang pereka fashion yg berkaliber.

Amril Syahran - 1st love Orked. Most dashing, hottest eligible bachelor. Ceo of Ivory..He has everything that Syamil dont except Orked and humble but bertukar menjadi angkuh hanya kerana seorang Orked. But he is definitely not Misha..He has his own agenda.

Hazri - Pengurus di House of Syamil Imran, juga penasihat merangkap sahabat baik Syamil yg berpaksikan nasihat from novel2 cinta melayu like believing in arranged marriage ending with happily ever after..fairy talelah sangat..hahaha..

Rumahtangga Orked dan Syamil tunggang langgang jadinya kerana dua manusia. Yg satu rasa dirinya tercabar kerana kena 'dump' dengan Syamil yg memilih Orked hanya kerana rasa dirinya lebih hebat dari Orked. Yang satu hanya kerana cinta yg mendalam buat Orked. At the end of the day, u akan bertanya cinta ke tu?

Geram dgn Amril dan juga Misha yg tak sedar diri. Hal business become personal hanya sebab dendam. Kesian Syamil..rasa dirinya dihina dan kewibawaannya tercabar oleh dua mahluk ni. What did the wife know or do?

Still happy ending. Oh ya fav word author dlm cite ni 'sekonyong2'...☺ whatever it is I much prefer Chan Rak Ter than this kerana watak Orked yg menjengkelkan..I give consolation to the rest of the character in this novel (esms) as they are more honest in term of expressing emotions compared to Orked. I skipped chapter here and there as I found that something are just redundant..my apology.
Profile Image for khalida rashid.
28 reviews
June 2, 2014
cerita nie daebakkkk . sweetttt la sangat sangat . hihi . terima kasih laa kepada my sista beli kan dekat PBKL hari tu .
Profile Image for Azilah.
47 reviews4 followers
June 17, 2014
Novel yg santai xde konflik yg berat2 watak2 dlm novel ni pun di garap dgn baik especially watak encik sayang ni kalau nak tau nama sebenar encik sayang ni sila la baca ye...
Profile Image for シティ.
264 reviews
Read
October 29, 2022
Bacaan santai di PNM e-Reader.
Borrow from Perpustakaan Negara Malaysia Digital Library

Dialog/nukilan yang menarik...
Profile Image for Inn Auni.
1,086 reviews24 followers
May 28, 2017
Pertemuan Orked dan Syamil berlaku di luar dugaan. Kereta Orked telah dilanggar oleh kereta Syamil. Dalam nak berbincang dengan Syamil, kekasih lelaki itu, Misha, buat hal pula marah-marah Orked. Dah Misha asyik bersayang-sayang dengan Syamil, maka Orked pun tanpa segan silu panggil lelaki itu En Sayang. Dan Orked nak Encik Sayang bertanggungjawab ke atas kerosakan keretanya.

Pertemuan dengan Miss Sweetheart, gelaran yang diberikan oleh Syamil kepada Orked dek geram punya pasal, menumbuhkan satu rasa dalam jiwa Syamil. Dan dia mahu bertemu lagi dengan Orked. Proses memikat Miss Sweetheart berjalan dengan lancar dengan kecurangan Misha dan jodoh diaturkan keluarga Syamil dan Orked.

Misha yang geram ditinggalkan oleh Syamil, nekad membalas dendam. Nak pula dia malu kerana rekod tanpa kalah tidak pernah ditinggalkan sesiapa, kini cacat sebab Syamil yang memutuskan hubungan mereka dulu.

Ditambah pula Amril, sahabat Orked, yang pernah ada hubungan cinta dengan Orked 12 tahun dulu, pun nak menagih cinta lama. Syamil pun rasa tergugat dengan Amril ni sebab pakej lengkap - kaya dan tampan.

Mampukah Misha dan Amril memisahkan En Sayang dan Miss Sweetheart?

* * *

Menepati tajuk. Cover tak belek pun tapi nampak okey. Sabor je la jadi Orked yang nak kena melayan sikap Syamil yang nakal dan sengal ni. Ada juga benda yang Syamil buat membuatkan Orked antara percaya dengan tidak saja. Tak terfikir dek akal pun. Benda apa? Sila...sila baca.
Profile Image for Adila Adriana.
20 reviews
January 28, 2025
Pertemuan antara Orked Imani dengan Syamil Imran yang agak klise dimana kereta Syamil terlanggar kereta Orked. Tapi yang menjadi masalahnya bila Si gincu merah (kekasih hati Syamil) yang sibuk marah-marahkan Orked. Syamil pula hanya diam memerhati sambil tersenyum sumbing dengan gelagat Orked yang sedang menahan geram terhadap si gincu merah. Saya yang baca pun asyik gelak dengan perangai Orked.

Kalau dah jodoh tak kemana. Syamil Imran dan Orked Imani bertunang walaupun Orked cuba macam-macam cara untuk putuskan tunang tetapi Syamil tetaplah bijak menahan segala rancangan Orked. Saya suka dengan Syamil ni sebab dia kuat sakat Orked. Yang Orked ni pula kerja tak puas hati je dengan Syamil. Haha!

Novel Cik SA yang ini memang sangatlah santai cuma saya kurang berminat dengan gaya penulisan cik SA dalam novel ni. Penuh tanda seru dan tanda soal dalam dialog. Watak lelaki pula dah macam perempuan, penuh emosi, banyak monolog dan banyak bercakap. Setahu saya lelaki tak macam ni. Perempuan je terlebih semuanya. Hihi! Tapi buku action thriller cik SA best tau dan penulisan beliau tak macam dalam novel ni tu yang saya terkejut sikit bila baca.

Lagipun di halaman gerangan diva ada beritahu cik SA ingin mencuba menulis novel secara santai jadinya buku ini memang santai. Banyak scene yang kelakar dan telah menghiburkan hati saya dengan gelagat dua watak utama. Nak santai-santai sahaja tanpa konflik yang berat dan banyak drama boleh baca buku ini.
Profile Image for Diniy Qistina.
139 reviews5 followers
November 11, 2021
Saya suka kisah Orked dengan Syamil ni. Atau lebih tepat saya suka lelaki perangai macam Syamil 🤪. Sebab saya pun jenis suka angkat bakul sendiri dengan kawan-kawan rapat (in a good way). Orang macam Syamil ni mampu buat hari kita happy. Tapi tu lah, bila dah marah tu... Ya ampun! Kecut perut dibuatnya.

Awal-awal pembacaan memang agak slow sebab dah biasa baca garapan Cik SA yang melibatkan aksi. Ni tiber tukar genre ke romantik-komedi maka dia jadi culture shock sikit. Tapi bila dah masuk pertengahan cerita, dia dah jadi best! In love giler dengan karakter Syamil.

Overall, saya puas hati dengan jalan ceritanya. Ending dia pun bagus. Tak ada apa yang tergantung. Tapi tu lah, Amril single till the end. 😆
154 reviews2 followers
December 4, 2017
Antara penulis yang aku rasa boleh baca berulangkali - ulasan ni lepas baca kali kedua...

Solid: tak terlajak laju atau terlampau slow meleret-leret

Lawak: takdela sampai gelak terguling-guling, tapi aku rasa lagi best komedi dalam buku ni dibandingkan dengan... Maharaja Lawak dan apa-apa yang sekufu degannya, mangsa tentula miss sweetheart!

Romantik: takde grand wedding atau scene-scene meleleh, menyanyi atau print lirik lagu-lagu jiwang apalagi scene lari keluar negara atau gaduh-besar-sampai-macam-nak-bercerai-berai sampai hero kena buat grand gesture tahap gilababi, just a few simple scenes here and there pastu encik sayang sambung lagi kerja-kerja membuli awek/tunang/bini, haih...
Profile Image for Wan rohani harun.
180 reviews6 followers
June 2, 2017
Orked Imani yang biasa2 sahaja. Dipersembahkan dua pilihan: kekasih lama seorang ceo vs tunangan pilihan keluarga.

Pernikahan yg dibina atas pilihan keluarga menghadapi ombak kerna bekas kekasih lama, yang juga seorang ceo ingin "menyelamatkan" Orked daripada seksa bersama lelaki yg "tidak" dicintai.

Biasanya wang dan harta dan pakej lengkap yg dimiliki kekasih lama itu akan menyebabkan misi berjaya. Tapi berjaya kah ceo yg menjadi kegilaan gadis2 diluar sana?

Terpulang kepada pembaca untuk mengetahui kesudahan novel ini. Selamat membaca.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
April 18, 2018
Cerita yang unik.. Watak hero yang nakal, heroin yang garang.. Terjumpa disebabkan pelanggaran kereta.. Tanpa segaja heroin terpanggil hero encik sayang.. Dan hero pula memanggil heroin dengan panggilan miss sweetheart.. Ingatkan selesai urusan kereta dah tak jumpa lagi, rupanya jodoh panjang.. Ditunangkan.. Memang huru hara dibuatnya bila hero luah rasa suka pada heroin dan heroin pula ingat hero main-main.. Penulis berjaya menggarap satu cerita yang sweet, kelakar dan ada rasa sedih juga.. Bukan novel cinta biasa.. Memang sweet..
Profile Image for Nur Adlina.
24 reviews
May 31, 2018
I read 5 books already including this books. but i'm quite disappointed coz jalan cerita semua sama 100%. ex anda psycho? check! kahwin mula2 xberapa suka antara satu sama lain, check! romantis xhengat, check! i wonder y i bought this kind of book. no more full mode romance book next time, nak habiskan yg ada ni je lpstu nk bca buku ram
Profile Image for A Tiny Little Me.
22 reviews
Read
January 6, 2023
pinjam buku ni dekat library awam ja dulu and best sgt rasa mcm tknk pulangkan. #romcom
Profile Image for araasyafii_.
32 reviews
December 12, 2025
"𝒀𝒐𝒖 𝒑𝒓𝒐𝒕𝒆𝒄𝒕𝒆𝒅 𝒎𝒚 𝒅𝒓𝒆𝒂𝒎, 𝒔𝒐 𝑰 𝒘𝒂𝒏𝒕 𝒕𝒐 𝒑𝒓𝒐𝒕𝒆𝒄𝒕 𝒚𝒐𝒖𝒓𝒔."

First meeting antara Syamil Imran dan Orked Imani pun dah bergaduh. Tak pasal2 accident dan dari situ lagi dah dapat gelaran ‘Encik Sayang’. Guess what? He fell first.

Dah settle urusan kereta, Orked lega kononnya yang dia takkan bertemu lagi dengan Encik Sayang. Tapi, lain pulak yang jadi bila mulutnya yang lancang itulah yang jadi penyebab masa depannya berubah. Macam2 plan yang Miss Sweetheart rancang semata2 untuk lepaskan diri, tapi semuanya tak menjadi. Encik Sayang dah pun sediakan Counter-Attack List untuk lawan segala plan2 Miss Sweetheart.

"𝘒𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘥𝘢𝘩 𝘤𝘢𝘬𝘢𝘱, 𝘢𝘸𝘢𝘬 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘯𝘵𝘪𝘢𝘴𝘢 𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘮𝘪𝘴𝘴 𝘴𝘸𝘦𝘦𝘵𝘩𝘦𝘢𝘳𝘵 𝘴𝘢𝘺𝘢. 𝘋𝘢𝘯 𝘢𝘸𝘢𝘬 𝘵𝘢𝘬𝘬𝘢𝘯 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘭𝘢𝘳𝘪 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘴𝘢𝘺𝘢."

Dalam masa yang sama, kemunculan cinta pertama Orked, Amril Syahran sedikit sebanyak menggugat ketenteraman Syamil. Tambah2 lagi, bila dia adalah boss kepada Syamil. Tak cukup dengan itu, datang pula Misha si gincu merah dalam kehidupan mereka menambahkan lagi ujian. Tapi, mana mungkin hati Orked tak terpaut bila Syamil sentiasa ada di sisi Orked.

─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──

Kalau tak salah, ini satu2nya novel genre rom-com daripada Kak Sara. Actually, 1st time Ara kenal penulis yang bernama Sara Aisha adalah through this book walaupun ini novel ketiga Kak Sara. Wehh blushing matt baca buku ni 😚🫶🏻. First time Syamil panggil Orked dengan gelaran Miss Sweetheart pun dah sengih sorang2 🙈. Rasa macam rama2 penuh menari dalam perut tau 🦋

𝑺𝒚𝒂𝒎𝒊𝒍 𝑰𝒎𝒓𝒂𝒏 ➺ A growing fashion designer. Tapi dia ni suka main2, tak serius, sengal, kuat perasan & gedik ye 🤣 He’s literally head over heels dekat Orked 🥰 Bab suka menyakat Orked, memang dia nombor satu. Sebabkan perangai dia lah, Orked susah nak percaya bila dia confess. Tapi, bila dia serius, nampak matang even he’s younger than Orked. Basically, he’s more to the word of affirmation punya guy la. Tapi bila ada scene dia portray act of services, WOW LURVEE 🫰🏻

𝑶𝒓𝒌𝒆𝒅 𝑰𝒎𝒂𝒏𝒊 ➺ Garang, suka buat aktiviti lasak. Matang dan agak egoistic jugak. Geram je Ara bila dia tak mengaku dia dah cintakan si Syamil tu. Kesian la si encik suami. Tapi, Orked punya love language is through her actions. Sebab tu, kita boleh tahu yang dia dah sayangkan Syamil. Cuma malu kot 🤭

Dan nak tambah sikit. Amril, whyy? Kenapa you campur adukkan hal peribadi dengan hal kerja? That's so unprofessional of you 😭 Misha, you've got good career, good talents.. Tapi kenapa you complicatedkan hidup you semata2 untuk lelaki 💆🏻‍♀️ Pening la dengan si gincu merah nii 💋

Personally, Ara paling suka dengan scene waktu hiking ramai2 dekat Gunung Ayam. Start dari mula hiking sampailah part mereka berdua terjatuh tu 🫶🏻 Haa tahu pulak Orked nak risau. Maybe Ara pun jenis suka hiking. So, Ara macam boleh imagine situation tu in real life macam mana. Ara lurvee jugak bila diselitkan pasal lakorn dan gelaran macam nang’ek, nang’rai etc. Ara memang peminat lakorn yer, so Ara boleh faham kenapa kak sara selitkan gelaran tu untuk several scenes 👀

Ara suka bila Kak Sara portray a normal life between the ML and FL. Lepas kahwin, mereka menyewa rumah. Lepas tu, FL pesan untuk berjimat duit for their future walaupun Syamil masih mampu. Because I think that's how it’s supposed to be. Save for the future 💸

Ara rasa yang certain chapters dalam ESMS ni were great. Tapi, ada jugak part yang terasa a bit draggy dan slow sikit 🤏🏻 Ending cerita ni pun quite predictable. Just like a cliché rom-com story. Dan ada jugak transition antara present dengan flashback scene yang agak tiberr2. Tapi, Ara tak rasa terganggu pun sebab maybe dah terbiasa dengan style penulisan macam ni. Personally, Ara suka cerita ni tapi, Ara lebih prefer novel2 genre action romance dari Kak Sara. No hate tau 🥹🫶🏻 Tapi still, I love the overall storyline 🥰

Ok so Ara boleh conclude yang cerita ni cute dan light reading je 🤗 Kalau nak release stress, you can try to read this. Watak antagonis dalam ESMS pun tak over. Jadinya kita tak stress baca. Dan jangan cepat sangat benci. Nanti tersuka 🤭 Tapi kan, buku ni memang dah tak ada dalam pasaran ke eh? 🤔
Profile Image for WaNie Jud.
77 reviews3 followers
May 6, 2016
first of all sy nk ckp..saya sgt annoying dgn ayat sekonyong2 tuhh...aduhh..bpe byk kali nak digunakan...

tp suka cerita ni comel,sweet,cute,kelakar smpai gelak terbahak2...sedih n sgt lite cerita dia...haaaa pendek x review kita...hahahaha... syamil soooo sweet n nakal! orked soooo cute n gile...amril soo kesian n misha soooo annoying! hahahaha...nk bg 4 tp sbb ayat tu aku jd hilang mood nak baca...hahahaha...
Profile Image for Aylahusna Aily.
72 reviews16 followers
March 8, 2015
Cerita yg sangat santai dan bila baca boleh jatuh suka dgn Encik Sayang. Scene mereka semuanya manis-manis belaka. Mengetengahkan karier sebagai fashion designer dan suka aktiviti sukan lasak. Apa-apa pun tahniah kepada penulis. Novel ni best! :D
Displaying 1 - 30 of 39 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.