Jump to ratings and reviews
Rate this book

Aku Suka Kau Benci

Rate this book
BERMULA dari satu cabaran, Ikmal bertekad untuk memikat Mia Sarah. Niat asalnya sekadar main-main tetapi hatinya pula yang terpikat dengan gadis kampung tersebut. Namun, gadis itu cukup payah untuk dilembutkan hatinya sekaligus membuatkan Ikmal berusaha memenangi sekeping hati milik Mia sarah.

“Nak buat apa saya beri dekat orang lain? Saya tak suka orang lain, saya suka awak. Sebab tu saya nak bagi dekat orang yang saya suka. Orang yang saya sayang.” - IKMAL

“Hesy... Awak jangan merepek boleh tak? Siapa yang sukakan awak?” – MIA SARAH

“Awaklah, Cik Mia Sarah.” - IKMAL

“Perasan...” – MIA SARAH

“Saya memang perasan pun.” - IKMAL

Cinta tidak boleh dipaksa namun Ikmal sering kali memaksa. Penolakan cinta dan tragedi dia dimalukan oleh Mia Sarah membuatkan Ikmal sanggup melakukan tindakan di luar batas. Tindakan yang didorong atas rasa malu dan dendam. Namun, perasaan bersalah tiba-tiba terbit dalam hatinya dan perasaan sayang pula makin bercambah. Kesalahan besar yang dilakukan harus ditebus. Mia Sarah wajib dinikahinya walau dengan apa cara sekalipun.

“Abang cuma manusia biasa, Mia. Dan sebagai manusia biasa, abang tak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Maafkanlah abang. Sedangkan nabi pun ampunkan umatnya. Takkan Mia begitu keras hati tak ingin memaafkan abang? Abang akui kesilapan yang pernah abang buat tu. Please forgive me…”- IKMAL

“Saya pun manusia biasa juga. Dan sebagai manusia biasa, cukup susah untuk saya melafazkan maaf. Macam yang pernah awak cakapkan dulu, sorry seems to be the hardest word. Saya takkan maafkan awak sampai bila-bila. Awak telah menyakitkan saya. Saya takkan lupa apa yang awak pernah buat pada saya. Takkan pernah lupa...” – MIA SARAH

Keadaan menjadi lebih parah apabila Mia Sarah disahkan menghidap skizofrenia. Ikmal menjadi serba salah dan menyesal. Adakah semua yang berlaku ini berpunca daripadanya? Berjayakah Ikmal membuka pintu hati Mia Sarah? Dapatkah Mia Sarah memaafkan kesalahan besar yang dilakukan oleh Ikmal?

569 pages, Paperback

First published May 1, 2014

15 people are currently reading
85 people want to read

About the author

Tinta Biru

7 books8 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
19 (22%)
4 stars
18 (21%)
3 stars
21 (25%)
2 stars
18 (21%)
1 star
8 (9%)
Displaying 1 - 17 of 17 reviews
Profile Image for Rynna.
132 reviews
September 13, 2014
cerita bermula semasa di universiti. Biasa la cam novel melayu lain, watak ikmal digambarkan sebagai playboy, byk girlfren. Ia BERMULA dari satu cabaran drpd rakannye Hafiz, Ikmal bertekad untuk memikat Mia Sarah.
Niat asalnya sekadar main-main tetapi hatinya pula yang terpikat dengan gadis kampung tersebut. Namun, Mia cukup payah untuk dilembutkan hatinya. sekaligus membuatkan Ikmal berusaha memenangi sekeping hati milik Mia sarah.

Mia memang tak mempunyai ape-ape perasaan terhadap ikmal. Cinta tidak boleh dipaksa namun Ikmal sering kali memaksa. Penolakan cinta dan tragedi dia dimalukan oleh Mia Sarah membuatkan Ikmal sanggup melakukan tindakan di luar batas, Ikmal telah merogol Mia Sarah.

Tindakan yang didorong atas rasa malu dan dendam. Namun, perasaan bersalah tiba-tiba terbit dalam hatinya dan perasaan sayang pula makin bercambah. Kesalahan besar yang dilakukan harus ditebus. Mia Sarah wajib dinikahinya walau dengan apa cara sekalipun.

sy memang tak berape suke dengan ape yg ikmal buat dekat mia. tp kesungguhan ikmal menjaga Mia selepas diorang kahwin( masa mia mengalami kemalangan jln raya dan alahan mengandung)especially bila Mia Sarah disahkan menghidap skizofrenia membuatkan sy suke pulak dengan watak ikmal ni. jalan cerita tak boring dan happy ending.
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews104 followers
September 22, 2014
Naskah untuk dilepaskan; RM14.00. Pm je....

This is my edition of 'FULL-PACKAGE-COMPLETE-SET'.

24.6.2014

Dengan sukarelanya review sebelum ini didelete kerana aku terharu dengan penulisnya yang sudi memandang review itu dengan lapang dada. Teruskan menulis... satu hari nanti anda akan menjadi SOMEBODY (+) dengan etika sebegini.

Terima kasih



Profile Image for Inn Auni.
1,090 reviews24 followers
January 20, 2020
Hubungan Mak Bedah dan Mia Sarah menarik minat saya. Ada rahsia di situ. Tetapi dinamik hubungan mereka berakhir apabila munculnya plot Cinderella.

Munculnya watak Ikmal, saya berharap sebagai penyelamat jalan cerita. Tapi tindakan watak bernama Ikmal menyebabkan saya mual dengan satu lagi plot klise yang tidak diolah dengan baik. Di saat akhir penulis bertindak melemparkan beberapa lagi plot klise sebagai penambah rencah.

'Closure' diberikan kepada semua watak sebagai penamat cerita. Malahan penyakit Mia juga seolahnya habis di situ. Kenapa perlu disentuh topik itu sekiranya penulis tidak mampu mendalaminya lebih jauh?

'Indeed a light reading.'
Profile Image for Yuni.
257 reviews81 followers
March 18, 2017
Tak ingat bila beli buku ini. Tak ingat wujudnya buku ini dalam kawasan 'belum baca' Yuni.

Bosan. "Cepatlah habis. Cepatlah habis." Itu yg Yuni rasa sepanjang baca novel ini.

So Ikmal memang betul2 rogol Mia ke? WOW Dan tanpa segan silu, kau ajak mangsa kahwin? Dan Mia boleh jatuh cinta pada Ikmal? I just can't get it! Rogol tau bukan main pondok2. Macam mana penulis boleh buat perbuatan keji itu seperti tiada apa2? Di mana nilai murni yang boleh kita jadikan pengajaran? I don't think I can give this kind of novel to any kids in this world. Nope!

Dan atas sebab itu, Yuni cuma beri satu bintang. Kalau nak diikutkan hati, tiada bintang wajar diberi.
Profile Image for Mslvoe.
2,044 reviews199 followers
March 26, 2021
Boleh tahan best jugak novel ini. Lain dari yang lain.

Kerana dimalukan Ikmal didepan pelajar² lain, tambah pulak hasutan dari bff, Hafiz.. Ikmal bertindak menodai Mia.

Mia trauma & simpan dalam hati apa yang dia lalui. Sampai bila² dia benci Ikmal.

Rasa bersalah dan menyesal apa yang Ikmal buat, dia tetap mencari Mia. Ditakdirkan cerita, berjumpa jua Mia dan Ikmal di pasaraya.

Mia tetap benci. Ikmal tetap ikut cara salah untuk mengahwini Mia.

Dah la kena rogol, kahwin pun kena tangkap khalwat. Mana Mia itu tak membenci Ikmal.

Baca naskah ini teringat sinetron indonesia.. cerita begini jugak. Kena rogol dengan lelaki yang menyukainya & kahwin.

Mula² F tak suka sikap hero sebab sanggup ikut cara salah untuk dapatkan Mia. Tapi Ikmal memang sayang & cinta pada Mia. Dia cuba berlembut dengan Mia.

Mia menghidap penyakit, Ikmal bersungguh² menjaga , memujuk agar Mia berubat di hospital.

Masa scene dengan Sarah tu.. goose bump jugak sebab F membayangkannya.. cuak jugak masa tu. Bahaya hallucination.

Epilog.. kat hospital Tanjung Rambutan, F dah fikir yang bukan².. yelah sebab Ikmal tak sangka akan jejak jugak hospital mental itu. Nasib baik ada cerita lain.
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
May 18, 2014
not really to my liking.. uhuks... anyhow, writer has done their best and keep up the spirit.

as for my personal view, citer mia sarah ngan ikmal nie cam ada kekurangan something... just kurang kick. part julia buat hal. pasal azreen. pasal si norly ngan nora, pasal mak bedah.. datuk ngan datin terasa cam serabut plak... watak ada dan banyak. tp impak cam kurang. x faham apa motif2 dimunculkan watak2 semua. byk gak perenggan yang diglance thru. uhuks...

back to Ikmal, yeay, he is 1 of gud husband. so puji skit kat dia. other than that, cam x leh masuk jiwa.

i'm sorry ms writer. no heart feeling. make it as something to enhance ur writing skills.
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,029 reviews377 followers
August 30, 2014
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM13. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

N terkejut bila tengok rating novel ni dalam GR. Sikit sangat! Tapi sudah menjadi realiti yang citarasa masing-masing berbeza. Personally, I LOVE IT!

Membaca novel ni memerlukan kesabaran yang tinggi, terutamanya bila ada part Mak Medah. Memang menguji kesabaran!

Kalau ikutkan tajuk, N expect cerita ni berbentuk romantic comedy. Tapi tidak. Banyak juga cabaran hidup yang terpaksa ditelan oleh salah seorang watak utama novel ini.

Digelar gadis kampung, Mia Sarah menjadi mangsa buli Ikmal. Ikmal sangka dengan title 'playboy' dan anak orang kaya, Mia Sarah senang saja nak jatuh ke tangannya. Tapi tidak disangka, gadis ini berjaya memalukannya dan bersaksikan ramai warga kampus yang lain. Kerana ego, Ikmal menggunakan cara kotor untuk membalas dendam.

Bertahun-tahun berlalu. Tak disangka mereka ditemukan semula. Pertemuan yang tak diduga meyakinkan Ikmal yang Mia Sarah adalah jodohnya. Sekali lagi, Ikmal menggunakan cara kotor untuk mendapatkan Mia Sarah. Lebih memeritkan lagi, kali ini Ikmal bersekongkol dengan ibu Mia Sarah yang amat membencinya.

22 reviews
October 5, 2020
This book actually was given to by a friend.. they said the writer ni agak best crita² nyaa.. so she ask me to start with this and followed by writer's other novels.. here my comments..

NOT THE WORST novel i ever read ! but seriously dalam 16 thun i baca novel..from Hanan Hati, JS, Kaki, Creative Enterprise hingga lah ke mcm² publisher.. this is the weirdest, nonsense, and selfless novels ever..

the persona in each character are bullshit.. fine kene rogol sbb ko sepak muka anak jantan.. yg jantan pon alaaa saiko merogol sebab kene sepak.. weyhhhh beragak sikit.. tu je ? like seriously ??

then ttbe dlm University yg kecik tu kau x leh cr minah tu ?? tp boleh plak plan sana sini guna kawan² dia bagai demi nak rogol die.. like bullshit much ?? yup he is..

and fast foward 3 years.. instead of begging for forgiveness.. u trap her into marriage with tgkp khalwat ?? and gurlll ur mom call u and ask u to go to that house.. x leh ckap kat pegawai ke ? like fight for ur rights girl.. seriously don't be stupid..

fine da kawen.. every single scene start with the girl says in her heart she don't want and won't do it, but ttbeee, acah² si jantan mengeluarkan kata² "aku lah suami" or memaksa sikit.. and si gurl pon berkata dgn kasar dan terus mengikot kemahuan jantan yg penah merogol nya n plan smpi die kene tangkap khalwat.. seriously girl ?? hellooo ? where's the hate ? u don't hate ur own rapist ??? and you can't fight for your rights ?? or even voice it out ????

in conclusion mamat ikmal ni sgt geli, annoying, bkn lah laki yg baik, selfish, dictator, not considerate at all.. and prempuan ni plak bodoh, lembik, lemah, blajar tggi² tp useless, takde pendirian srupa lalang.. so klu rasa² suka with this kind of story sila baca.. klu x sila move one..

cara penulisan da menarik.. tp jln cerita tu sangat lah nonsense.. moral pon tarak.. and writers kena kaji schizophrenia tu ape sbenarnya.. dan mungkin boleh check karya² yg lain, yg ada unsur² sedih, derita, dark past, cinta, or penyakit ni.. bnyk writers yg potrayed all this.. cth Hlovate novel ada unsur philosophy, moral, agama, or knowledge.. while nass alina noah more to crita cinta remaja or cinta sejati.. and even novel tajuk CINTA SEJATI by who i don't remember is enough to make u cry or feel sadness n hurt when you read it as if you're that girl in the novel..
154 reviews2 followers
August 19, 2018
Hmm... heroin tu bipolar ke schizo ek? Haha, nevermind, lupakan aje...

Apapun percubaan menyelitkan isu2 psikiatrik memang mencabar (dalam kes ni macam 'terkorban' jugak cerita, IMHO), tapi aku rasa plot masih dalam 'kawalan' penulis laa cuma gaya penulisan tu yang sedikit 'mencabar menguji kesabaran' - banyak kali terpaksa letak-angkat-letak balik novel - macam flow kurang terpelihara sikit (IMHO, lagi...). Satu lagi puan penulis patutnya tak terlalu fokus pada simptom aje, eloknya (IMHO jugak) diagnosis penyakit tu dibuat lebih awal supaya boleh dicerita pasal treatment dengan lebih detail.
Profile Image for Shahirah Suhaimi.
14 reviews1 follower
January 27, 2021
Cerita klise, kisah playboy suka pada perempuan susah tetapi jalan cerita agak berat. Mungkin sebab banyak betul ujian Mia ni. Hidup susah, kene r*** pula dengan playboy tu. Mak dia benci dia. Ada penyakit s**?? (tak ingat pula nama penyakit dia). Hailah, malang semacam je rasa nasib dia ni.

Mood masa baca: Geram je kenapa Mia diuji begitu sekali, tapi nasib baik persoalan kenapa Mia dilayan macam tu terjawab diakhir cerita.
Profile Image for Zack.
56 reviews5 followers
Read
May 28, 2020
nak letgo RM15.
Pm if interested.
2 reviews
May 31, 2022
Bagi saya novel ni tajuk dia best, tapi bila baca ermm xdpt hbiskan bacaan, ntah knpaa xdpt feel dan susah nak ikut jalan critanya..
Profile Image for Aisha.
15 reviews
September 27, 2014
kalau tk silap cerita ni dh lama jugak kat blog di P2U ... 3-4 yrs ago???
kalau dulu citer mcm ni bole masuk jiwa aku & aku tk kisah apa je cerita
tp skang plot mcm ni dh outdated & cerita yg more light is my fav.
Profile Image for Emoon.
219 reviews79 followers
May 20, 2014
Semoga berbahagia hingga ke akhirnya untuk pasangan ini.... amin.... chewah!!! macam betul2 pulak..

6 reviews
May 19, 2015
Seriously this book is not bad at all.eventhough I'm not quite fond of Mia Sarah's character but it's still acceptable.Ikmal, a good husband, romantic and loving. Overall I enjoyed this book.
Profile Image for シティ.
264 reviews
Want to read
July 10, 2018
Bacaan santai di PNM e-Reader.

Borrow from Perpustakaan Negara Malaysia Digital Library

Dialog/nukilan yang menarik...
Displaying 1 - 17 of 17 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.