Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tak Suka Tak Apa

Rate this book
Paling best kalau jatuh cinta pandang pertama. Tapi yang tak bestnya, kalau cinta langsung tidak berbalas. Entah kenapa dalam ramai-ramai penuntut perempuan, mata Syed Imran hanya pandang Nad. Nak kata Nad tu cantik, biasa saja.
"Nad, awak tak ingat saya ke? Saya Syed Imran. Saya sudah jadi kekasih awak selama enam bulan. Kenapa awak masih tak ingat saya?"

Orang gila mana pula ni sesuka hati mengaku jadi kekasih Nad? Pening nak layan dan tak pernah layan pun. Jangan kata kekasih, kawan lelaki Nad pun boleh dikira dengan jari. Pelik betul. Itu bukan alasan untuk Syed Imran berputus asa. Kata Syed Imran, sekali dia jatuh cinta, selamanya kekal menjadi cinta walau apa pun halangannya.

Akhirnya ketika Syed Imran hampir angkat bendera putih, tiba-tiba Nad balas senyuman Syed Imran. Bukan sebab bunga, bukan sebab kata-kata rayuan, tapi Nad nampak Syed Imran pergi surau. Kata arwah nenek Nad, kalau mahu cari calon suami, biarlah suami yang tak tinggal solat. Kalau lelaki tak tinggal solat, maknanya dia seorang lelaki yang bertanggungjawab. Nad balas senyuman Syed Imran hanya disebabkan itu.

Tapi, bukan mudah cinta mahu bertanda noktah kalau satu pihak umpama gagak di rimba dan di sebelah sana pula umpama merak kayangan. Syed Imran harus kahwin dengan Syarifah juga. Itu kata Puan Salmah, bukan kata Syed Imran. Kata Syed Imran, nama isterinya ialah Intan Nadhira. Bukan nama lain. Kalau tidak, dia tak akan kahwin sampai bila-bila.

Puan Salmah ikutkan juga kehendak Syed Imran, tapi bukan bermakna dia kalah dengan Syed Imran. Dia ada rancangan lebih besar untuk memusnahkan mahligai anak kesayangannya. Mana boleh dibiarkan Syed Imran bersama perempuan yang entah dari mana asal keturunan!

Berjayakah Syed Imran pertahankan mahligainya bersama insan yang dia paling sayang dan apa pula helah Puan Salmah untuk memisahkan Syed Imran dan Nad?

Unknown Binding

First published May 1, 2014

2 people are currently reading
48 people want to read

About the author

Qaseh Qaisara

9 books18 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
15 (23%)
4 stars
26 (41%)
3 stars
19 (30%)
2 stars
3 (4%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
August 27, 2016
Garu kening...

Ciri-ciri kekasih hati Syed Imran
Umur : muda 2 tahun dr Syed Imran
Fizikal: rambut panjang, kulit kuning langsat, langsing
Warna kegemaran : kuning
Habit: gigit kuku ibu jari kanan

Siapa? Siapa? Andakah? Jangan perasanlah. Tu ciri2 yang ada pada Intan Nadhira Binti Hasyim yang Syed Imran bagitau dalam majalah bulanan kolej. Satu kolej dah tau mamat hot tu dah ada kekasih hati. Cumanya orang lain masih tercari-cari siapa gerangannya sehinggalah drama sebabak arahan Syed Imran dilayarkan di Genting Highland.

Dah 6 bulan dia dok perati Nad, dah siap karang skrip, pening Nad masa bila pula dia jadi kekasih Syed Imran. Sesenang je tarik tangan ajak lari macam di kejar along. Laaa nak lari dari peminat tegar rupanya, Sharifah Khadeja(Eja) sepupu Syed Imran. Mulai insiden di Genting Highland, di mana sahaja Nad pergi ada sahaja Syed Imran mengekor. Naik rimas. Tapi Imran tak putus asa, macam-macam dibuatnya.

Si Nad pula keras hati , tak suka romantik, diberikan bunga tak mahu, dikatanya bukan boleh makan, nak hadiah apa2 baik bagi makanan, boleh kenyangkan perut.
Syed Imran ~ Awak ni tak romantis langsung
Nad ~ Romantis tak menyenyangkan perut

Apalagi, terus Syed Imran tunjuk skill masak dia. Hari-hari dibuat bekal sarapan untuk Nad. Taraa sarapan tuna sandwich special



Lama kelamaan Nad menerima kehadiran Imran dalam hati dia. Bukan disebabkan segala kebendaan yang dihulurkan tetapi dia ternampak Syed Imran bersolat di surau sewaktu dia yg cuba lari dari Syed Imran.

Eja yang tak puas hati mengadu domba pada Puan Salmah, ibu Syed Imran yang mementingkan darjat dan keturunan. Bermulalah babak usaha mereka memutuskan hubungan cinta dua darjat tu.

B***h sungguh Eja. Mak long dia plan punya bagus nak kahwinkan mereka sebelum sambung belajar di Australia, tapi dia buat hal. Ketidakcerdikan Eja telah membuka peluang kepada Syed Imran menolak perkahwinan tu dan pengantinnya diganti dengan Nad.

Emm garu kening dengan alasan terbatalnya perancangan majlis perkahwinan Eja-Imran, takutnya Pn Salmah pada anaknya sendiri Syed Imran yang dikatakan panas baran, cengengnya Syed Imran lepas mengahwini Nad, baiknya kakak Imran Sharifah Mazni tapi tak membantu langsung adiknya, sanggup Nad lari bawa diri selepas bergelar isteri atas rayuan Pn Salmah yang boleh dipertikaikan hujahnya, tak cerdiknya Syed Imran nak jejaki Nad, sampai hati Nad pisahkan anak yang comel dengan bapa selama 6 tahun, sanggup Eja tadah muka kena pelempang berkali-kali dengan Syed Imran.

Errr masih lagi garu kening?
Profile Image for Mslvoe.
2,060 reviews200 followers
August 30, 2022
Kisah santai yang menyakitkan hati. Bukan sakit hati kat hero and heroin tapi mak & cousin hero.

Si Eja tu apalah teruk sangat perangai. Obsess betul! Orang dah tak suka tu, takyahlah terhegeh².

Macam² buat sampai kena tampar. F tak suka lelaki naik tangan tapi dalam keadaan ini, Eja memang patut kena lempang!

Si Imran ni tak boleh ke block je cousin yang sewel ni? Eee bingit gan ayat² Eja.

Sebab arahan dari mak hero, Nad pergi jauh dari Im. 6 tahun tuuu sampai dah ada anak sorang. Kesian Im Nad and Sya. 3 beranak ni dipisahkan sebab kata² seorang mak.

Ending tu ntah betul ke tak mak hero dah insaf. Susah ku nak caya 😁
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
June 19, 2014
Hmmmm tak suka tak apa…. Suka sikit-sikit, tak apa kan? :D

Cemana nak cakap ek prasaan baca buku nih… Ehhhh sebelum tu… Terima kasih Cik Pah sebab bagi pinjam buku ni. Tak yah laaaaa ai nak gi FP untuk tukar buku. Heeemmphhh….

A straight forward and simple story. Let me start my review differently. I'll start with the antagonists. The Antagonists doesn’t play an important role in this story. I felt their presence but not enough to trigger any hatred feelings towards them. Why? Because I think Eja, one of the antagonist is too d*** stupid that made me pity her. Seriously, she is that stupid that at times I sympathize with the parents for giving birth to her. True, I admire her strong will and her patience and her willingness to wait for the one that she loves but 6 YEARS???? Come on lahhh…. Just get over it and get a life! Tak paham sungguh perempuan ni. As for the other antagonist, she’s a mother. Not a good mother but still a mother so… no heart feelings there. Except! what she did to Nad after the 6 years, now that is unacceptable. No mother in the right mind would do that but she did and for that, I dislike her immensely.

Saya suka Syed Imran. Walaupun baran tapi penyayang. Garang tapi cengeng. Tidak ego. Jujur dalam perhubungan. Tegas dalam membuat keputusan. Sangat-sangat setia. Bagi saya dia package yang lengkap. Tak perlu la kaya level anak raja ke muka mix pan asian ke European look ke apa ke. Nama pun duduk Malaysia, jadi perwatakan yang biasa-biasa cukuplah. Barulah terasa nyata and not too fairy tale. Tapii… itu secoet pendapat saya yang bukan sapa-sapa ni la kan.

Nad pula digambarkan sebagai seorang gadis yang cekal. Sudah biasa susah walaupun hakikatnya dia tidak lah sesusah yang digambarkan Cuma nasib tidak menyebelahi dia. Typical kehidupan masyarakat. Harta anak yatim disalahguna. Yang hak, dipandang hina. Takutkan isteri, sanggup berdosa. Kesian Nad tapi bagusnya Nad ini tidak pernah menyesali takdir dan redha saja. Kerana kecekalan hati itu, Nad mengalami kesukaran untuk menerima Syed Imran pada awalnya. Hati kata mahu, akal fikiran tidak bersetuju. Masa ni memang tabik sungguhlah pada Syed Imran. Punya lah penyabar mamat muka ala2 Fahrin Ahmad ni mengurat… [Ooops… tetiber Fahrin, sentap Mai…] dan berkat kesabaran dia, Nad akhirnya menjadi milik Syed Imran yang sah. Seronoknya percintaan mereka. Ala-ala schumel gitu. Terkenang kenangan lalu. Achewa….

Tapi tu lah… Dah nama pun manusia. Tamak harta dunia. Kerana tamak itu, sanggup seorang ibu melukakan hati anak yang dikandung 9 bulan. Tegar seorang ibu melihat anak menderita bertahun-tahun. Moral of the story, Jangan menjadi hamba duit! Akal fikiran tidak mampu mencerna apa yang benar dan apa yang salah bila hidup bersembahkan wang semata-mata. Nad mengundurkan diri demi kebahagiaan seorang ibu yang menyalahgunakan letak duduknya sebagai seorang pembimbing dan sanggup meninggalkan seorang lelaki sebaik Syed Imran. Bila akal tidak mampu menguasai hati, keputusan terburu-buru dibuat dan deritalah hasilnya. Sangat tak suka part ni. Dah tutup sekejap. Malas nak sambung tapi sebab fikirkan ini buku pinjam, ku gagahi jua…

Selepas 6 tahun, jodoh tidak ke mana, pertemuan mereka berdua sangat-sangat manis apa tah lagi diserikan dengan kehadiran bunga sekuntum. Then ada la conflict sengal-sengal dengan antagonists tu tapi tak perlulah diperincikan. Tak mengganggu pembacaan pun kerana kasih sayang Syed Imran cukup untuk menepis segala gangguan dari langau-langau itu. Dan penulis ini memang tidak pernah meleret-leretkan konflik dalam penceritaan. That’s why, I have always loved reading her books. Saya tak perlu sakit kepala. Cuma kali ni kebodohan Eja yang maha nyata itu sukar untuk saya terima. Rasa macam nak ketuk je kepala dia bagi susun atur otak Eja itu supaya dia tidak bodoh sangat. Ahaks…

All in all, saya happy dengan pengakhiran cerita ini. Cuma motif kewujudan Syarifah Mazni tu mengelirukan saya. Saya tak nampak apa perlunya diwujudkan Syarifah Mazni kerana dia umpama penyimpan mohor punya assistant. Dia hanya simpan saja. Dia tidak umumkan. Dan ending Eja pun tergantung. Kesian pulak memikirkan her wasted effort dalam mengejar Syed Imran.
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
August 30, 2014
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM10. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Kisah cinta remaja yang simple and straight-forward. Amat sesuailah ia menjadi bahan bacaan N pada kala N tengah stress dengan kerja yang bertimbun-timbun!

Siapa sangka Nad, seorang gadis yang biasa-biasa sahaja, boleh menjadi buruan pelajar popular Syed Imran. Sayangnya Imran kepada Nad membawa mereka ke jinjang pelamin, walaupun ditentang hebat oleh umi Imran dan sepupu Imran yang psycho Syarifah Khadeja.

Pelbagai taktik kotor dirancang Puan Salmah dan Eja untuk memisahkan Imran dan Nad. Tapi Imran bukanlah calang-calang orangnya. Maknya sendiri takut nak menentang kata-kata Imran. Kalau putih kata Imran, maka putihlah jadinya!
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
June 21, 2018
karya 2014 puan penulis Qaseh Qaisara. dah pernah baca masa awal-awal beli dulu.. saja je la nak recall balik kisah syed imran dan intan nadhira..

lelaki yang setia pada cinta? adaa... bertuah pada wanita yang menjadi pasangan lelaki ini. syed imran, walaupun pada mula memaksa akhirnya berjaya menakluk hati intan. intan nadhira, seorang yang beku hatinya mungkin kerana dia sebatang kara. ada saudara pun, nakkan hartanya peninggalan ayahnya yang tak sebanyak mana. menyampah pulak pada pak ciknya yang macam tunggul kayu nih..

puan salmah. sayang ibu ni kadangkala mampu membuat menjadi pembenci bila terlalu protaktif pada anak. tambah pulak anak tu berkepentingan dalam hidupnya. sentimen menjaga status kedudukan dan keturunan bermain di bibir. ada saja cara nak pisahkan syed imran dan nad. tapi kebodohan syarifah khadeja, sekutu merangkap anak buah puan salmah memakan diri. syed imran dapat peluang berkahwin dengan intan nadhira.

tapi itulah, nama pun kehidupan. cabaran akan sentiasa mendatang. untuk permulaan memang intan nadhira tak mampu halang. tu yang dia sanggup tinggalkan suaminya. haa... mulalah perangai tak berapa nak orang si syed imran. sawan dapat anak macam ni. tambah sawan bila mak dan sepupu sendiri meroyan. adoi!

semua manusia sama saja sebenarnya. atas pentas dunia ni saja yang membezakan segala pangkat kedudukan dan keturunan. bila hati penuh rasa cinta, gunakan akal sebaiknya untuk mengawal rasa itu. hubungan antara mak dan anak, tak perlu ada syarat. sama-sama perlu saling bertolak ansur dan hormat. setia, mampu? teruskan..
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
May 14, 2014
akhirnya berjaya menghabiskan TSTA dlm dok berlawan ngan kemengantukan hasil makan obat sesema... ngeeeee...

apa nak dikatakan, syed imran sangat romantis.. dlm masa yg sama sangat cenggeng.. keazaman yg kuat dan paling penting dia cintakan Nad.. hehehehe...

nad, watak yg suke tau ikut hati sendri.. terburu2 jer wat keputusan ke bukit cendana tue.. marah nie.. marah nie.. cian Im kena tinggai.. huhuhuhu...

tp of cos plg suka ialah Syarifah Adriana kite.. comey la awak.. ahaks
286 reviews52 followers
May 18, 2014
Cinta sejati...jika ia adalah jodoh bt kita, pasti kita akn bertemu semula...6 thn terpisah, im dan nad trs setia ant satu sama lain krn cinta mrk adalah cinta sejati yg suci lahir dr hati...kesetiaan mrk menjanjikn sebuah kebahagiaan yg abadi bt mrk...walau ranjau dan badai harus mereka tempuhi, tp takdir Allah menemukn mereka...

Syed imran yg baik, penyabar, kaya, kacak dan cengeng...pertemuan pertama tlh membibitkn rs cinta dlm hati nya bt intan nadhira, ank yatim piatu, keras hati, garang....6 bln dia berdiam diri n akhirnya dia trs mengejar dan trs cuba memiliki hati seorg intan nadhirA....berbagai cara dia lakukan n akhirnya sedikit demi sedikit syed imran berjaya membuka pintu hati intan nadhira yg keras dan terttp rapat itu....namun mn ada kehidupan yg tidak dilanda badai kn...sh khadeja tidak menyenangi hub ant im dan nad....eja berkomplot dgn umi syed aiman utk menghalang hub itu....sehinggakn krn tindakan bodoh eja tlh membtkn akhirnya im dan nad bernikah...pernikahan mrk dirahsiakn ats permintaan umi im
Rumahtangga mrk bahagia sehingga satu hr, nad nekad utk meninggalkn im....im jd nanar ats kehilangan nad...im trs ke australia tanpa nad...perpisahan itu ckp menyeksakn bt nad dan im, cumanya nad beruntung krn dia ditemani oleh sy adriana...itu lah kekuatan nad selama 6 thn berjauhan dr im....
Tp takdir tuhan tiada siapa yg mampu menentangnya....jika sudah tertulis nad adalah jodoh bt im, pasti mrk ketemu akhirnya....
Namun msh kah nad dan im suami isteri yg sah slps 6 thn itu? Dpt kh eja berkahwin dgn im??? bagaimana pula dgn impian umi im? siapa pula sy adriana dlm hidup nad dan im??? Dan adakah nad akn mempertahankn syed imran dan rumahtangga nya atau nad akn tnggalkn nad sekali lg???
Profile Image for mRs bOo ^_^.
234 reviews13 followers
May 12, 2014
done this book..

kisah nad + syed imran = sya

trademark kak sarah yg saya suka
hero mst keras kepala kalau itu yg dia nak org lain jgn kata apa la kn..
heroin plak mst blur2..
mst ada bedtime story
teka teki

utk TSTA mula2 cerita ok teruja sbb betapa tabahnya SI nk tackle NAD cinta pandang pertama
SI mmg sorg suami kekasih yg setia biarpn NAD serba serbi kekurangan.. biarpun hari2 breakfast meggi haha

bila masuk flow dengki2 mula sakit hati rse ishh. LANGAU yg xserik2 xphm2 bhs MIL yg sanggup tgk kemusnahan hidup anak sdri.. bila dah kat cni slow cikit sbb terlalu lama konflik penyibuk2 ni

akhirnya NAD tekad tarik diri slps sekali shj MIL dia merayu.. time tu baca fuhh how come u NAD

selepas 6 tahun di bukit cendana ( cm kenal je kn ).

bygkn 6thn ok perghh waste just like that
pertemuan di BC meleraikan segala yg tersimpul
NAD terluka
SI lagi terluka sebagai suami dia xmampu melakukan apa2 tambah lg kesedihan bila tau dia ada ank setalah melihat dgn mata kepala sdri apa terjadi pada NAD lagi bertambah sedih n pilu hati SI.
sayu jugak la hati ni masa sesi luahan sesi penderaan dlm TSTA..

so happy reading xtau nk tulis apa dah hihi




1 review
February 21, 2021
Buku dia best gila. Saya dah baca hampir 50 kali tau.So sapa yg x baca lagi silakan baca ye . Rugi kalau x baca...🤩
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
March 20, 2016
You will love the man and wife in this novel..eventhough u might hate her for the first few chapters and in between of this novel. Conflicts took years to reconcile however steps taken were so simple that if it had been done earlier on..seperation is not required at all. Both are forgiving and loving. Lucky them.
Displaying 1 - 12 of 12 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.