There are days when we feel we’re at our lowest that we find it hard to go through the day — especially when the soul is enduring hardship, and the heart drowns so deep in sorrow.
But sometimes, we are afraid of calling out for help to Allah because we feel unworthy of receiving His help. We’ve been so busy with life and that we feel guilty of seeking Him only when we’re in trouble.
How then can the heart find peace, if we put this distance between us and God?
Finding Beauty in the Storm the comfort the heart needs — the confirmation that God is never too far. No matter how broken or numb we feel, God’s mercy is always there for us, waiting to heal the heart, if only we reach out to Him.
Our love for Allah may be flawed and we may often struggle, but let us find comfort in His promise,
“Whoever comes to Me walking, I will come to him running. Whoever meets Me with enough sins to fill the earth, not associating any partners with Me, I will meet him with as much forgiveness.”
Pahrol Mohamad Juoi memulakan pengajian di sekolah kebangsaan Sungai Rokam, Ipoh dan kemudian ke sekolah Menengah Sultan Abdul Halim Jitra, Kedah. Walaupun berkelulusan dalam bidang Teknologi Makanan UiTM, namun sejak 1985 lagi beliau telah bergiat dalam bidang penulisan khususnya dalam bidang dakwah dan pendidikan Islam. Ini dibuktikan dengan komitmennya sebagai wartawan, pengarang dan akhirnya Ketua Pengarang kepada beberapa buah majalah bercorak Islam sejak tahun 1986 hingga 1995.
Pernah menjadi Ko-kaunselor Yayasan Nurul Yaqeen pada tahun 1997/98, namun minat sebenarnya tetap dengan bidang penulisan. Sejak itu hingga kini, komitmennya dalam penulisan diteruskan dengan menjadi kolumnis kepada beberapa buah majalah seperti Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Falsafah, Minda, majalah I dan Anis.
Selain itu juga beliau aktif menulis lirik-lirik nasyid bagi kumpulan nasyid Tanah Air seperti Hijjaz, Rabbani, Raihan, Inteam, UNIC, Saujana, Mestica, Firdaus, Saffone, Nowseeheart dan lain-lain. Antara lirik nasyidnya yang popular ialah Sumayyah, Suci Sekeping Hati, Mendamba Kasih, Siti Khadijah, Cinta Zainab, Setanggi Kasih, Zinnirah, Umar Al Khattab, Salehuddin Al Ayubi, Ratu Syahadah dan lain-lain lagi. Beliau juga menghasilkan skrip bagi rancangan TV antaranya Raudhah (ASTRO). Menjadi Pengacara dalam rancangan Islam di RTM.
Kini beliau adalah Pengarah dan Penyelidikan Modul merangkap Pengurus besar Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. sebuah syarikat perunding dan latihan yang terlibat dalam program latihan bagi agensi-agensi kerajaan, badan-badan korporat dan syarikat-syarikat swasta. Pengalamannya menjelajah negara-negara ASEAN, Uzbekistan, Pakistan, Turki, Jepun, China, Jordan dan Mesir menambah kematangannya dalam bidang penulisan dan latihan.
Hingga kini beliau telah menulis beberapa buah buku dari pelbagai genre penulisan. Antaranya: Melawan Arus (antologi cerpen), Jendela Hati (antologi Sajak), Turki: Iktibar Sebuah Empayar (kembara), Ideologi Kamal Ataturk dan kesannya terhadap Turki (politik), Tentang Cinta (remaja), Dua hati Satu Rasa, Untukmu yang Tersayang, Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir. Terkini, beliau juga adalah ketua editor majalah SOLUSI keluaran Telaga Biru Sdn. Bhd.
-Finding Beauty in The Storm -Pahrol Mohamad Juoi, Ameera Aslam
Indah sungguh susunan bahasa dalam buku ini. Sudahlah muka hadapannya, sedia cantik, ditambah lagi susun atur perkataan yang indah menjadikan karya ini antara yang terbaik daripada rumah penerbitan Iman bagi buku berbahasa Inggeris.
Ameera Aslam berjaya mengalih bahasakan tulisan Pahrol menjadi sebuah karya yang dekat dengan hati saya sebagai pembaca. Karya ini membantu kita, sebagai seorang Muslim bagaimana berdepan dengan dugaan hidup ini melalui hati yang tenang dan sabar.
Kita semua sedia maklum, untuk memperoleh jannah, itu bukan hal yang mudah. Tuhan akan hadirkan dugaan dalam hidup ini untuk menguji apakah kita akan mendapat ganjaran Syurga itu atau sebaliknya. Dalam naskah ini, pembaca akan dibawa mengenal bukti bukti daripada petikan ayat al Quran dan Hadis di mana andai seorang Muslim itu tenang dan sabar dalam mendepani ujian, sudah pasti Tuhan akan memberikan bahagia dalam hidupnya.
Buku ini kecil sahaja saiznya. Namun, padat dengan pengajaran yang tiada tara. Tahniah buat penulis Pahrol dan Ameera kerana berjaya menjadikan karya ini 'hidup'. Untuk kalian yang sedang mencari damai dalam hati, selamilah untai kata dalam naskah ini, nescaya akan berjumpa dengan indahnya sebuah ujian.
Saya peminat karya2 ust Pahrol. Jadi, apa2 saja buku tulisan ust memang saya suka baca. Walaupun ia adalah buku alih bahasa kepada bahasa Inggeris. Memberi kesan di hati dan tetap terasa nasihat dan kata2 daripada ust.
Buku yang menyentuh tentang sabar dan syukur dalam membentuk rasa bahagia sendiri. Dan semuanya bermula daripada jiwa yang tenang.
Buku kecil, nipis dan pendek tulisannya tapi banyak yang boleh diambil. Sarat dan padat dengan nasihat dan teguran.
Suka sangat buku ni. Tahniah dan terima kasih kepada ust Pahrol atas karya ini.
This book is really GOOD 😭❤️ The author’s sentence structure is so beautifully crafted. Every word, every sentence really soothing and calm my heart. Every hadith and every quranic verses in this book truly make me ponder on Allah’s mercy. Highly recommended!!
I think some of the book is a bit harsh especially the first half of it because the explanation is a bit cold and methodical - just throwing hafiths and Quran verses without taking care to soften words and coax the reader eventhough this should be a book about finding comfort in face of struggles. the author must understand even Allah did not do this - when Maryam the mother of Isa a.s was lost to the point she wishes herself to be dead Allah immediately sent Jibril to give fruit to her, He does not say to her 'oh it's a test you should expect it'. I find this to be poor taste on the author part. like he isn't writing it a point of view to actually comfort the reader despite his book being titled as such. it was not until the later parts of his book only then he added that person shouldn't be judged and how Hajar face calamities by tawakul but even then his explanation is super simple and he brushes over the fact that people actually need real comforting words. seriously your book was titled comforting words. if there's some people that is sick or in a calamity and they read such glossed over quick words it wouldn't move them as much.
Have empathy in your writing because it seems you just throw hadith and Quran verses and gloss over the 'comfort words' in question that you title your book for. that being said yes I do admit a lot of the book but especially the later part because only I'm the later part it becomes way less mechanical and robotic- do help me provide comfort in myself, but I do wish that would be present throughout the book.
the writer could have done better
This entire review has been hidden because of spoilers.
Ustaz Pahrol and his usual feel good read. A gentle reminder of the foundation of our faith and reinstating the reliance towards Allah even with the littlest things. If you are finding yourself, or simply fighting to have a solid faith with everything going on in your life, this is a must-read book. I have always loved Ustaz Pahrol layman choice of words since “Di Mana Dia Di Hatiku”, and plus most of his books are translated to English now, loveeee it! Go read guys.
a book to be read again and again, especially in times of calamity. lots of quotes and ayah from the quran itself, makes me feel near to Him. would definitely recommend 10/10, insha Allah.
Rasa tenang je bila baca buku ni. Ayatnya mudah faham dan rasa terpujuk. Bila rasa sedih dengan ujian yang datang boleh baca buku ni balik sebagai peringatan.