Jump to ratings and reviews
Rate this book

Ustaz Yahya Othman: murabbi sepanjang zaman

Rate this book
Ustaz Yahya Othman: Murabbi Sepanjang Zaman merupakan sebuah buku biografi yang memaparkan perjalanan dan perjuangan yang dilalui oleh Ustaz Yahya Othman yang merupakan tokoh profilik dalam dunia pendidikan terutama di Kelantan dan dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Ustaz Yahya Othman mendapat pendidikan awal di Mekah sejak usia lapan tahun lagi sebelum beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang Perundangan Islam. Di Mesir, beliau mendapat tarbiah secara langsung daripada tokoh-tokoh Ikhwan Muslimin seperti Syeikh Muhammad Kamal as-Sananiri, Syeikh Muhammad Mehdi Akif dan lain-lain.

Sebelum terlibat aktif dengan Parti Islam Se-Malaysia, beliau terlebih dahulu aktif dengan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), World Assembly of Muslim Youth (WAMY) dan International Islamic Federation of Student Organizations (IIFSO) serta membina jaringan di seluruh dunia. Di dalam PAS, beliau memegang pelbagai jawatan dengan jawatan terakhirnya ialah ahli Majlis Syura Ulama PAS. Di akhir hayatnya, beliau telah dilantik oleh Presiden PAS sebagai Murabbi Tarbiah sebagai penghormatan kepadanya atas kerja-kerja dakwah dan tarbiah yang dilakukannya.

219 pages, Paperback

First published January 1, 2014

2 people are currently reading
26 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
13 (68%)
4 stars
3 (15%)
3 stars
2 (10%)
2 stars
1 (5%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Mohd Aidil Razahli.
22 reviews10 followers
May 9, 2015
Saya merasakan penulisan-penulisan mengenai tokoh-tokoh gerakan islam harus lebih diperbanyakkan. Dan buku ini merupakan satu inisiatif yang baik bagi bacaan pemuda-pemuda yang bergabung dalam mana-mana jamaah islam. Dengan kesungguhan dan perjuangan dan perjalanan hidup tokoh-tokoh yang kita baca seperti Ustaz Yahya Othman dalam PAS selaku murabbi agung dan antara orang yang paling banyak berjasa memantapkan tarbiah PAS seperti ini, saya percaya ia akan memberi kesan dan hikmah kepada pemuda-pemuda yang masih bertatih dalam jalan tarbiah dan dakwah ini.Dan sebagai pemuda yang banyak membaca biografi syuyukh-syuyukh an qiadah dalam dakwah dan tarbiah dan dakwah ini saya percaya kita semakin menghampiri apa yang dikatakan sebagai hikmatu assyuyukh wa hamasah al syabab. Kita akan banyak belajar daripadanya. Terima kasih kepada penulis atas usaha ini.
Profile Image for Azlinah Awang.
25 reviews4 followers
April 28, 2015
Sebuah memoir yang cukup mengesankan dan sampai ke hati. Perjalanan hidup seorang murobbi. Yang hidupnya penuh dimaknai dengan kerja dakwah dan tarbiyah. Hingga ke saat akhir nyawanya. Menjadi inspirasi untuk terus tabah membina quwwah diri berada di medan pendidikan, tarbiyyah dan dakwah.

"Aku berwasiat kepada kamu supaya menanggapi pemuda dengan sebaik mungkin kerana sesungguhnya mereka memiliki jiwa yang mudah dibentuk (lembut dan unik). sesungguhnya Allah telah mengutusku agama yang lurus lagi toleransi lalu aku telah dibantu kukuh oleh para pemuda sedang orang-orang tua menyanggahiku" -Riwayat Bukhari

Ustaz Yahya Othman mengungkapkan "Ana beriman dengan hadis ini. Separuh daripada otak ana digunakan untuk berfikir tentang pemuda dan bagaimana hendak membina pemuda"

Dan sungguh benar kata-kata "dalam kehidupan seorang ulama itu ada pedoman dan bekal dalam kembara menuju Tuhan".

Kehidupan seorang murobbi yang penuh qudwah membawa para mutarabbinya mencintai dakwah dan perjuangan Islam.

Butir kata beliau...
"Ana mengasihi anta kerana Allah ya akhi"

Dan apabila cinta itu kerana Allah, ia takkan mati.

Al fatihah untuk al marhum al murabbi Ustaz Yahya Othman.
10 reviews3 followers
February 26, 2015
Sebuah catatan tentang seorang murabbi ummah yang amat menitikberatkan pembentukan abna' harakah dan soal tarbiah dan dakwah. Juga antara 'orang lama' yang rapat dengan anak-anak muda.
Pada bab-bab awal banyak menceritakan tentang asal usul dan jerit perih beliau dalam perjuangan.
Manakala, dalam bab seterusnya, bab VI, catatan berkenaan mutiara-mutiara dakwah dan tarbiah banyak menyentap hati pembaca dengan disiplin hidup dan akhlak Ustaz Yahya Othman.

Anak muda perlu belajar dan tuntun perjalanan dan semangat darah muda mereka dengan hikmah daripada orang tua.

"Ya akhi, ana kasih kepada anta kerana Allah.", antara ungkapan kegemaran Ust. Yahya.

al-Fatihah buat kedua-dua murabbi ummah, Ust. Yahya Othman dan Tok Guru Nik Aziz yang dirindui.

Wallahua'lam.
Profile Image for Aisarahmad.
15 reviews1 follower
September 23, 2015
Penulisan yang cukup baik dalam menceritakan perjalanan hidup seorang murabbi ummah dan jemaah. Ustaz Yahya Othman - seorang murabbi sepanjang zaman; yang pada zaman hidupnya seluruh masa dan tenaganya ditumpahkan dalam membentuk dan mentarbiyah pemuda. Satu buku yang membawa pembaca seolah-olah hidup, bersua dan ditarbiyah oleh sosok mulia ini.
4 reviews
December 31, 2015
Sebuah buku yang cukup istimewa. Sarat dengan pengajaran untuk abna' al harakah terutamanya mutiara kata yang dikutip daripada beliau. Penulis berjaya menceritakan dengan baik perjalanan hidup Ustaz Yahya dan juga mengutip mutiara berharga.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.