The first thing that came to mind just after reading a couple of pages from this book... This reminds me of Yasmin Mogahed! Kedua-dua penulis; Yasmin dan Bonda Nor mempunyai jiwa yang lembut dan nasihat yang dalam hingga menusuk ke kalbu. Tapi bagi saya, Bonda Nor lebih istimewa kerana mungkin bahasanya lebih kena pada jiwa saya.
Bahasanya santai dan ringkas tetapi sungguh dalam! Nasihat-nasihat Bonda Nor yang dititipkan dalam buku ini membuatkan saya menitiskan air mata dan juga menangis teresak-esak. Setiap bahagian ada cerita yang sangat berkait rapat dengan diri ini. Ini membuatkan saya terpana akan Bonda Nor kerana saya merasakan dia mempunyai pengalaman yang sangat luas dan berharga sekali.
Bonda Nor juga mengingatkan saya tentang guru saya sendiri - caranya mendidik manusia sesama - menegur dengan lembut dan berhati-hati namun tegas dan berisi. Sungguh beruntung sekali sesiapa saja yang berkawan atau yang mengenali insan-insan seperti mereka dengan lebih dekat lagi. Teguran mereka semuanya teguran sayang. MashaAllah.
Manusia biasa seperti kita biasanya amat sukar untuk menerima nasihat terutamanya dari orang yang terdekat. Benar, mungkin nasihat lebih baik diberikan saat kita bersendirian. Namun, buku ini mungkin boleh menjadi pengganti diri saat kita ingin memberi nasihat pada sesiapa sahaja. Terkadang ada hati yang sangat keras sekali menerima nasihat. Mungkin bila mereka membaca buku ini dapat melembutkan hati mereka... Apapun, semua jenis teguran dari Allah SWT jua.
Saya sangat bersyukur sekali kerana dapat membaca 'hadiah' dari ilahi. Sungguh, hadiah yang tak ternilai harganya. Terima kasih, Bonda Nor atas hasil nukilan murni saudari. I could never thank you enough. I will keep reading it from time to time as reading it once is not enough. Jazakillah khairan kathira! <3