Jump to ratings and reviews
Rate this book

Formula Solat Sempurna

Rate this book
FORMULA SOLAT SEMPURNA ini menjelaskan kepada pembaca melalui pendekatan yang mudah dan mantap berkenaan cara menunaikan solat secara lebih sempurna iaitu dengan menggabungkan sunat-sunat semasa solat bersama rukun dan syaratnya. “Keistimewaan buku ini terletak pada kupasan ringkas dan padat hasil kajian mendalam daripada kitab-kitab turath silam dan kontemporari. Penulis membawakan nas-nas yang terbaik hasil ijtihad daripada para ulama hadis silam dan semasa.” Aspek ini menjadikan ia sebuah buku yang amat sesuai buat semua lapisan masyarakat dan latar belakang, hingga mereka yang mempunyai kefahaman Syariah yang minimum juga mampu memahami ulasan di dalam buku ini dengan baik.

Kandungan buku ini disusun dalam bentuk yang menarik mengikut kronologi pergerakan solat dan kemudian disusuli dengan nas-nas warid daripada Nabi SAW. Seterusnya terdapat juga huraian amat berguna berkaitan khusyuk, masalah dan punca kehilangannya dewasa ini. Ini menjadikan buku di hadapan anda ini begitu istimewa dan mesti dimiliki oleh semua lapisan masyarakat sama ada pelajar, ulama, ahli akademik, orang ramai, dan bagi semua yang ingin mengaudit solat mereka sama ada menurut mazhab Syafi‘i atau lainnya.

202 pages, Paperback

First published April 1, 2008

33 people are currently reading
221 people want to read

About the author

Zaharuddin Abdul Rahman

19 books88 followers
Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman obtained a Bachelor's Degree in Usul-ad Din from Malaya University, Malaysia and Master's Degree in Fiqh and Usul al Fiqh from University of Yarmouk, Jordan. He graduated as one of the top students from the master's program. In the past, he used to serve the nation in various positions: as a Shari'ah Executive at Ingress Corporation Berhad, a research Fellow in one of the academic research centers, the Senior Shari'ah Compliance Manager at RHB Islamic Bank Berhad, as well as the Head of Shari'ah at Asian Finance Islamic Bank Investment, Trinidad, Deutsche Islamic Bank Berhad,Malaysia, Yasmin Holdings and many more.

In the beginning of October 2007, he joined the College of Economics and Management of the International Islamic University of Malaysia (IIUM) as one of the teaching staff. He is currently (2008-2011) pursuing his doctorate degree in Syariah and Islamic Finance at Unversity of Wales, UK under the supervision of Prof. Dr. Mawill Izzidien, a Muslim scholar from Iraq.

As for his writing development, he is one of the columnists of Sunday Metro, Solusi, and the i-Magazine, as well as the editor of the Iktisad magazine. Furthermore, he used to reach out to the public in discussing various issues on Shari'ah, economics and Islamic banking through different channels such as the Ikim.fm, TV9 and RTM.

To find further about the author and his development, feel free to browse through his personal website at www.zaharuddin.net

(Source: Telaga Biru)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
139 (65%)
4 stars
56 (26%)
3 stars
12 (5%)
2 stars
3 (1%)
1 star
2 (<1%)
Displaying 1 - 29 of 29 reviews
Profile Image for Daun.
23 reviews
January 15, 2011
Memberi penjelasan kepada saya dalam perkara-perkara khilaf dalam solat. Tidak lagi memeningkan kepala apabila melihat pelbagai orang dengan cara solat yang berbeza. Insya Allah, amat membantu memperbaiki kualiti solat..
Profile Image for Haslinda Kaus.
25 reviews5 followers
non-fiction
April 4, 2016
1. Pening : Bagi yang baru memulakan langkah belajar tentang solat, Kerana kupasan tentang solat diulas menurut 4 mazhab muktabar Islam; Syafie, Maliki, Hanafi dan Hanbali. Setiap pergerakan dalam rukun solat diulas berdasarkan praktikal oleh 4 mazhab berkenaan. Bimbang, jika bagi yang baru belajar memahami solat berkemungkinan akan mencampur adukkan rukun solat yang dipraktikkan oleh 4 mazhab ini dalam solat mereka.

2. Baik: Bagi mereka yang berhasrat untuk memperbaiki solat mereka. Kerana setiap rukun diterangkan kaifiat, makna dan perincian berserta gambar bagi menambah kefahaman.

3. Cemerlang: Bagi yang nak faham apa yang kalian duduk ulang, baca, sebut 5 kali sehari dalam setiap pergerakan rukun solat. Doa iftitahnya, bacaan tahiyatulnya, doa qunutnya. Malah saya mula menghafal makna bacaan dalam setiap rukun solat ini bermula dari pembacaan buku ini. Hafalan doa/wirid selepas solat sangat lengkap dan begitu baik diterangkan dalam buku ini.

Kerana asas kepada solat yang khusyuk itu adalah dengan memahami apa yang dibaca.
2 reviews
Read
February 23, 2011
buku yang bagus untuk kita memperbetulkan solat kita kerana ia mengeluarkan dalil-dalil untuk setiap perkara yang dibahaskan
Profile Image for Whimsicalmaria.
130 reviews40 followers
January 16, 2021
This book is written in Malay by one of our prolific scholars in the country, Dr Zaharuddin Abd Rahman.
As Muslims, it is important that we try to perfect our solah as much as possible, following the way Prophet Muhammad SAW.
This book has a step by step explanation on how to perform solah, with photos to explain each action/position. It is complete with explanations of how each mazhab have different opinions on certain actions in the solah. This is important, because in our globalised life, we could understand and respect the difference of opinions among our brothers in Islam. Therefore we can avoid false labelling and wasteful arguments that might ensue.
I remember Sheikh Yahya Ibrahim explaining why certain variations arise. For example, how to stand up from sujud position. Some sahabah saw Prophet Muhammad SAW performing solah when he (SAW) was younger, and some only saw him performing solah when he (SAW) was older. Hence, the movements they saw, and then relayed to others, can be different, although all of them were not wrong.
This book is best read while/before/after going to a class where they teach you how to perform and perfect your solah. I was fortunate, alhamdulillah, to have gone for classes organized by Dr Zaharuddin himself, so reading this book was like a revision.
Profile Image for Hamidah Effendi.
355 reviews3 followers
January 12, 2025
Insyaallah buku ni bermanfaat untuk ajar anak solat, banyak gambar dan penerangan untuk tunjuk cara solat yang betul. So, terjawablah beberapa persoalan sebelum ni mana yang rukun, sunat ab'adh dan sunat Hai'ah..or 'curiosity' kenapa orang A buat tak sama dengan B dan C.

Nak senang cari guru atau sebelum kelas tambah ilmu nanti tanyalah habis-habisan time kelas..😉 lebih prefer kelas fizikal berbanding online sebab bila online macam selalu rushing dan ada yang masih tidak clear..belajarlah sampai faham dan praktik..perbaiki mana yang boleh..

Untuk Formula Solat sempurna ada di mention bab tentang khusyuk solat dengan tips termasuk bab dosa2 yang perlu dielakkan. Buku praktikal solat sempurna pun ada tapi buku Formula solat lebih luas topik perbincangannya dan kita boleh semak balik dalam diri.

So buku ni memang sangat recommended. Bergambar, berwarna, penjelasan dalil ada, kesimpulan juga ada diberikan setelah adanya pandangan atau dalil dan yang pasti tak tebal. Semoga dipermudah urusan semua perbaiki solat...
Profile Image for Asma Amran.
3 reviews
February 3, 2018
Dalam masa kejahilan diri, saya jumpa buku ini.
Syukur pada Allah yang merahmati dengan memberi kefahaman agama.
Secara peribadi, buku ini saya rujuk selalu. Ia lengkap dengan hujah sesuatu hukum solat dikeluarkan, ada dinyatakan perbandingan dengan mazhab lain.
Kadang kala bila jumpa orang lain solat berbeza cara, boleh rujuk kembali buku ini untuk pastikan ia betul atau salah. Kadang bila tak malu saya tegur juga, tunjukkan gambar cara solat yang betul daripada buku ini. Tapi bila malu saya diam ajelah. Nak buat macam mana, malu masih tak bertempat.

I highly recommend this book.
Profile Image for Ahmad Irfan syakir.
28 reviews
February 3, 2020
Buku yang sangat2 baik untuk mengetahui cara solat yang sempurna dan dekat dengan apa yang diajar pleh Nabi Muhammad SAW. Sangat2 baik untuk dibaca tidak kira untuk orang dewasa mahupun kanak2 sebab kadang2 kita rasa solat kita sudah sempurna, tapi sebenarnya banyak lompong dari betulnya. Waallahua’lam.
Profile Image for Mohd Fast.
48 reviews
June 19, 2020
Alhamdulillah, buku ini memberi kupasan dan pencerahan yang ringkas, jelas dan padat mengenai solat menurut 4 mazhab yang utama.
Membacanya membuka minda untuk berlapang dada dalam menerima perbezaan. Masing-masing mempunyai dalil dan hujah tersendiri. Oleh itu, buku ini membawa kita ke arah solat yang lebih baik kerana kita tahu apa yang kita lakukan ada asasnya. ☺
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
September 26, 2017
Buku yang sangat2 la bagus untuk belajar tentang solat secara detail dari segi pergerakan & bacaan, tapi saya syorkan utk merujuk kepada ustaz2 untuk pemahaman lebih mendalam takut kalau rujuk buku ni sahaja ada pula kesilapan2 yang kita lakukan tanpa perasan akibat salah pemahaman.
Profile Image for Abdul Aziz.
31 reviews2 followers
October 20, 2017
Mudah difahami dan disertakan dengan dalil dan pandangan-pandangan ulama salaf.
Profile Image for Bint Hassan.
4 reviews1 follower
January 11, 2022
Panduan lengkap solat disertai perbandingan pendapat oleh 4 mazhab yang utama. Recommended!
Profile Image for Mohd Aidil Razahli.
22 reviews10 followers
October 15, 2013
Kerana solat itu adalah amalan serta ibadat yang wajib ke atas kita untuk melakukannya seharian, saya amat mencadangkan untuk semua orang membaca buku ini bagi mendalami dan lebih mendalami dalil-dalil berkenaan solat iniagar solat yang kita lakukan lebih diyakini dan dapat dilakukan dengan lebih sempurna.. Pencerahan juga baik di mana kita dapat melihat pendapat daripada mazhab yang berbagai namun tetap dibimbing cadangan penulis. insyaAllah amat bermanfaat dan baik untuk tatapan umum.
Profile Image for Fadilah Tahir.
14 reviews2 followers
March 6, 2011
Buku yang harus dimiliki oleh semua muslim untuk memperbaiki solat,
diterangkan juga pandangan mazhab lain dalam rukun-rukun solat, rupanya masih banyak yang tidak sempurna dan masih banyak amalan sunat yang boleh diamalkan.. formula untuk khusyuk dalam solat juga ada diterapkan.. kadang2 terasa amal sebelum ini masih banyak kurang.. bagaimanalah penerimaan amal solat kita ya?
Profile Image for Khairul Hezry.
747 reviews141 followers
October 30, 2009
A very good guidebook for Muslims to perform their obligatory prayers the correct way (i.e. the way of the Prophet s.a.w) Should be read by all Muslims especially those who have been careless with their prayers.
Profile Image for Muhammad Radhi.
4 reviews2 followers
May 27, 2010
Buku yang membawa kepada bukan hanya kepada sahnya solat tapi kepada kesempurnaan solat berdasarakan dalil-dalil dan nas-nas yang muktabar..
Disebut juga langkah menggapai khusyuk yg hari kita sukar dan payah utk dapat..tapi khusyuk dlam solatlah perlu dikejar..

Daptkan senaskah utk anda!!!
Profile Image for Afif Azzeri.
6 reviews
June 30, 2015
sangat bagus penjelasan tentang shalat dihurai dari pandangan pelbagai mazhab.

pembacaan buku ini amatlah perlu untuk mengupdate solat-solat darjah 6 kita yang selama ini dilakukan atas dasar ikut ikutan atau adat agar ianya dilakukan selepas ini pada neraca timbang sunnah.
Profile Image for Najwa Safiyyah.
2 reviews2 followers
March 31, 2009
the greatest book on this topic, very contemporary analysis. breif but excellent info
Profile Image for Syafiqa.
145 reviews10 followers
February 26, 2012
A very nicely written book that can be read non-scholars but with enough detailed info, and great referencing.
Profile Image for S.n..
6 reviews
April 8, 2013
Amat bagus!!! Penerangan lengkap dalil n gambar
Displaying 1 - 29 of 29 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.