Jump to ratings and reviews
Rate this book

The Alpha #2

Her Zutter Gabriel

Rate this book
Thea Rayzel seorang gadis bertubuh badan yang sedikit besar dan bercermin mata. peha yang sudah bergesel antara satu sama lain itu, cukup membuatkan Thea Rayzel tidak gemar memakai seluar sebagai pengayaan harian.

Belum pakej lagi perut yang sedikit berbuncit itu. hal ini membuatkan Thea Rayzel sering merasakan alangkah baiknya jïka dia-mempunyai tubuh badan yang langsing seperti seorang model. Bersekolah di sekolah elit sememangny mencabar sungguh!

Qaa'id Qaidar seorang jejaka yang mempunyai tubuh badan yang tegap dan ketinggian yang cantik. Sepadan dengan mempunyai wajah yang tampan dan penggayaan yang sangat maskulin.

Walaupun Qaa'id Qaidar masih berusia remaja jejaka itu sudah mempunyai kriteria seperti orang dewasa. Hal itu membuatkan Qaa'id Qaidar mmendapat perhatian yang melambung daripada para gadis di luar sana.

Cuma, Qaa'id Qaidar seorang jejaka yang nakal dan berduduk kelas tercorot. Berkawan bersama budak yang bijak tetapi-mempunyai akademik yang tidak baik?

Bagaimana kedua insan mahu melengkapkan antara satu sama lain atas kekurangan tersendiri?

418 pages, Paperback

Published November 1, 2023

6 people want to read

About the author

Luce del Cielo

22 books9 followers
Nama pena AidanJannah atau Luce del Cielo. Seorang jurutera animasi, robotik, pemesinan industri dan soft yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun. Pengajian terakhir beliau adalah Diploma Mekatronik di Politeknik Port Dickson. Selain itu, beliau membuat kerja sampingan iaitu menerima tempahan melukis dan menulis. Malah beliau dahulu adalah pengasas semuah jenama doodlemuslimah.

Instagram :
https://www.instagram.com/lucedelciel...

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (28%)
4 stars
5 (71%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,087 reviews202 followers
January 20, 2025
Semalam nak review tapi mata dah kelip² stim sampai type pun berterabur. Endup memang tidur teruslah.

Kisah ini pasal Thea yang berbadan plus size. Life Thea ni menyedihkan sebab keluarganya suka body shamming Thea especially maknya Puan Khairan dan adiknya Hazel.

Giler toxic mak & adiknya. Dikutuk² Thea depan² pada saudara & kenalan keluarga. Thea ni sentiasa sekat² makan sebab maknya marah. Pergi jogging pagi².

Kesian la life Thea. Thea ada kawan karib Sarah. Sarah la tempat Thea mengadu.

Dalam buku ini, ada teknik flashback. Jadi korang tak tertanya² apa yang terjadi.

Qaa'id merupakan senior dan crush Thea dari sekolah. Dia ni bad boy tapi dah cuci tangan dan jadi budak yang bertanggungjawab cuma Qaaid ni badan sasa, bertindik subang dan ada kisah silam yang buruk.

Disebabkan surat Thea yang berbedak itu, Qaa'id yakin Thea la surihati dia. Makin lama dia makin angau dengan Thea. Yes Thea plus size tapi Thea seorang yang pemalu.

Bila Qaa'id merisik Thea, keluarga Thea ingat untuk Hazel. Hazel dah syiok dan kata setuju.. 🤣 F bantai gelak. Ingat orang tu nak kat ko ke yang pemalas, perasan bagus hebat & mulut cam longkang.

Thea malu² tapi mahu. Kehidupan mereka bermula selepas kahwin. Adalah sikit konflik diselitkan

Hazel mengoda Qaa'id dengan letak ubat peransang dalam minuman.
Mak Thea bekas model muslimah tapi ada satu tabiat yang buruk - masa F baca ni Ya Allah kejinya. Dan bila dia buang anak²nya, F teringat kisah seorang perempuan, ibu yang bekerjaya sanggup tinggalkan anak² demi diri dia sendiri.

Overall F puas hati dengan kisah Thea. Walaupun dapat family yang toxic, tapi Thea dapat suami yang sayang & family mentua yang baik.

Ps : baru perasan salah letak nama adiknya.. adoii Arissa tu akak ipar dia yang baik tuu
Profile Image for Bay.
266 reviews4 followers
January 19, 2025
For me, aku tak habiskan terus buku ni masa mula2 baca. Sebab, mula2 baca rasa cringe sikit.

Penulisan author best je. Cuma maybe takde yang action scene buat aku janggal baca after habiskan herver series. Tp kali ni Qaaid ni memang betul2 lelaki sejati. Thea pulak finally boleh stand up for herself.
Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
December 5, 2024
My thoughts?

1. Aku rasa buku ni lain sikit dari apa yang penulis biasa tulis. But I liked it though. I think ramai orang yang boleh relate dengan buku ni. Selain dari masalah berat badan, bodyshaming, banyak lagi isu berat yang penulis cuba bawa.

2. Aku suka FC buku ni,Thea. Sebab dia bukan typical FC. Dia chubby dan curvy. Perut berlipat, muka pun berjerawat. Mak dia pulak bekas model. Dalam family dia sorang je yang plus size. So mak dia tak suka dia. Paksa dia diet dan exercise yang extreme. Abang dan adik dia pun sama teruk. Aku paling suka kakak ipar Thea, si Arissa je dalam family diorang. Arissa je yang selalu stand up for Thea kalau ada yang mengutuk.

3. MC buku ni aku suka. Ini memang ngakk normal sebab memang jarang sekali aku suka MC penulis 🤣 Qaa'id ni ex bad boy, dengan man bun dia, dengan piercing dia memang hot gils. Kau imagine Thea crush dekat si Qaa'id ni masa sekolah lepas tu waktu dah kerja kau dapat kahwin dengan crush kau? It's feels surreal. Kalau lah in real life macam tu jugak 😂

4. Adik dia Hazel memang sundal bolong ! 😤 Tapi aku amazed Qaa'id masih boleh regain dia punya kewarasan walaupun dah sudah di drugged. Siap pakej kena terajang si Hazel haha. Kalau watak dalam buku lain ni dah habis dahh. Sadaqallahul azim.

5. Mak dia Puan Khairan memang aku speechless gila. Aku ingatkan mak Thea tu jenis yang tegas dan berdisiplin je.Tak sangka rupa2nya spesis2 P Diddy. Fuhh

6. I love how Thea slowly regain her confidence bila bersama Qaa'id. Qaa'id is a very supportive husband. Family Qaa'id pun tak toxic macam family Thea. Aku puas hati family Thea end up kucar kacir gila.

7. Overall, it's a good book to read. Aku paling suka dialog2 dan quotes dalam buku ni. Aku memang minat dialog2 yang penulis tulis especially buku2 dia yang terbaru. Kena dengan jiwa 🥲

Personal rating :
4.3 / 5
Profile Image for Cutie_pie28.
408 reviews8 followers
January 18, 2025
Cerita ttg Chubby girl yg selalu merendah diri.. tp berani pulak pegi bgi surat kt crush…
Si Crush tu punye laa kerja keras semata nk halal kn si Chubby nie.. alaahaiiii comelll

Lepas kawin mule laa keluar cerits ttg mase silam Qaaid.. Thea okay jee.. mule² sedih sbb laki tu rahsia kn kt die.. tp lame² die bole terima..

Cerita psl mak n adik Thea pun bole tahan jugk.. makk aiiii.. tk sanggup ku nk tulis..

Best laaa bace.. mmg tk boring
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.