Sejak kematian datuknya, Ameera mula diganggu sesuatu yang menakutkan. Sewaktu cuti sekolah, dia dan Qisya menerima pelawaan Fatin untuk pulang ke kampung, sebuah desa yang jauh di pedalaman. Kampung itu dirasakan sangat aneh. Tiada masjid. Bahkan azan juga tidak pernah dilaungkan.
Satu per satu kejadian seram berlaku. Lebih menggerunkan apabila mula ada nyawa terkorban. Seekor makhluk yang terpasung sejak berpuluh-puluh tahun lamanya, kini bebas mencari mangsa. Ameera dan Qisya terperangkap di situ.
Irwansyah, inspektor polis yang bergelut dengan kes orang hilang di seluruh Malaysia, mendapati kes itu menyerupai kejadian tahun 90-an. Dia berjumpa DSP Zaman, yang lama menghilang sejak keluarganya terbunuh dalam runtuhan Highland Tower. Pertemuan mereka merungkai kisah wali ALLAH, Imam Aditya, yang menentang penjajah Belanda di Pulau Jawa satu masa dahulu. Sehingga ke hari ini, sejarah tidak pernah bercerita tentangnya. Namun kini, satu per satu rahsia hitam yang mengejutkan mula terbongkar.
“Kampung ni dah lama tiada kematian baru. Kesemua penduduknya berumur Panjang. Kampung ni seperti terkena sumpahan.” – Ameera
“Kau bukan Tuhan. Sebaliknya, kaulah Namrud akhir zaman!” – Imam Aditya
CAPTION: Mereka berkongsi juzuk yang sama. Juzuk syaitan!
Aku bersyukur penerbit lokal ada juga buku begini. Yang tak cliche, real, no pure evil and pure good, and still menerapkan Islam.
Favourite aku memang kisah seram supernatural mistik. So, tinggi jugalah harapanku bila dapat buku ni. Lagi-lagi bila author bukan penulis baru. Permulaannya sedikit kabur direction (tapi diperlukan). Ada 2 timeline. Aku mencari-cari kaitan antara masa kini dan masa lalu - itu yang buat aku stay membaca. Plus, nak tahu gak macam mana dia make sense-kan blurb di belakang tu.
Rupanya.... pergh. Sampai 70% dah best gila! Sepanjang aku baca buku ni, aku membayangkan kalau ia jadi drama TV, boleh jadi segempak 'Kekasihku Seru'. Level-level yang budak asrama berebut nak tengok sampai penuh bilik rehat. haha Kenangan sungguh. Epic. Lama dah kita tak ada cerita se-epic itu. It makes reading / watching stories fun again. Aku suka part, rupanya ada external forces yang lebih besar tu. Lepas ni nak grab AZAZEL pulak!
This book better go blind ya. Meaning, baca je terus without expectation and tanpa terserempak spoiler. It makes the experience 3x better.
I had fun.
PLEASE BUKU PRIMA, TERBITKAN LEBIH BANYAK BUKU MACAM NI.
Haritu dah abis baca baru download balik goodreads.so far jalan cerita menarik,seram,ada thrill.saya baca waktu malam memang meremang abis.cerita ini layak diberi 5 bintang.tak ada cliche dalam ni.
bismillah. alhamdulilah, tamat sudah smlm karya abam Eq kte ni. karya karya abam Eq, tidak pernah kecewa kan ku from the very 1st book he wrote, jalan cerita yg cukup kemas, tidak menyusahkan pembaca sewaktu kita hadam cerita yang sebegini. bagi peminat peminat karya ataupun genre yang seperti ini, this book for u all. insya'allah taala, no regrets! Keep it up! Abam Eq. Roger out.
Akhirnya selesai juga siri seram daripada Eqbal Mohaydeen — bermula dengan Nyawa, Azazil, Penanggal dan kini ditutup dengan Lembah Setan. Penulis memang konsisten membawa pembaca menyusuri dunia mistik dan kegelapan yang menyelubungi manusia.
Seperti naskhah sebelum ini, aku perasan satu pola yang berulang — mengapa mangsa diganggu dan dibunuh seringkali menjadi misteri utama yang lambat terungkai. Kerana elemen ini terasa sedikit berulang, aku beri 4/5 untuk naskhah kali ini. Tapi jangan salah faham — masih seram, ganas dan tragis!
📖 Kisah kali ini mengisahkan seorang anak gadis yang diganggu oleh makhluk ghaib, disulami dengan latar zaman silam yang penuh dendam dan tragedi. Ada kaitan antara gangguan tersebut dan sejarah keluarga. Semua yang terlibat dengan gangguan — akan dibunuh dengan kejam.
😱 Salah satu babak paling menggigit ialah adegan Qisha dan makhluk yang menyarungi tubuh mayat, babak parent kena bunuh😬, rumah kena pecah dan scene aksi perlawanan antara 2 pasang kekasih😏🤫🫣— memang tak boleh bawa bincang. Ngeri dan meninggalkan kesan. Jalan cerita juga dipenuhi dengan pembelotan dan manusia bermuka dua, menjadikan konflik semakin gelap dan tegang.
Dan ending-nya? Aku tergamam. Masih tertanya-tanya… dah habis ke sebenarnya gangguan tu?
🎬 Buku ini aku rasa tak boleh dijadikan filem — terlalu banyak babak penting yang akan terpaksa dibuang, dan bila dibuang… hilanglah kekuatan sebenar cerita ini.
---
Kesimpulan: Kenapa Perlu Baca Buku Ini?
Penuh aksi, darah, dan kejutan ghaib yang seram dan menyentak emosi.
Jalan cerita padat dengan lore keluarga, dendam dan sumpahan.
Adegan ngeri yang ditulis secara hidup, membuatkan pembaca rasa seolah-olah melihatnya sendiri.
Penulis berjaya buat kita tertanya-tanya sampai ke akhir — siapa musuh sebenar, siapa mangsa sebenar?
Untuk penggemar horror tegar — Lembah Setan ini adalah penutup yang layak bagi siri kegelapan Eqbal Mohaydeen. Buku ini akan menghantui fikiran kau… lama. 🔥
Cerita yg mengisahkan ketaasuban seorang wanita terhadap ilmu hitam. Mencari pelbagai cara untuk mendapatkan semula ilmu yg ditawarkan oleh Imam Aditya. Manusia paling dia berdendam. Sehingga dia kembali menguasai penduduk kampung dgn lebih kejam.
Penyembahan syaitan berterusan sehingga berabad lamanya. Dendam pada yg satu. Mengakibatkan satu kampung di sumpah. Tiada yg boleh mati walau nazak. Yg mati pasti hidup semula. Selagi darah keturunan si Hud tidak dihabiskan.
Berlatarkan 3 tahun yg berbeza. Setiap tahun ada kisahnya terkait. Yg paling seram apabila manusia terlalu sombong dgn Penciptanya dan sanggup bersekutu dgn syaitan.
Boleh try baca geng, best sebab bermacam yg penulis ceritakan dalam ni. Korang seeloknya baca tu terus habiskan supaya tak pening. Maaf ulasan pendek. Kekeringan idea. Tapi, memang cerita ni wow!
Ameera mula mendapat gangguan yang menakutkan semenjak atuknya meninggal dunia. Sewaktu cuti sekolah Ameera menerima pelawaan Fatin untuk ke kampung beserta Qisya. Namun dia masih terus diganggu kelibat yang menakutkan. Dan yang lebih pelik lagi adalah keadaan kampung Fatin sendiri. Tiada surau yang kelihatan. Laungan azan juga tidak kedengaran.
Ternyata hati Ratih sangatlah keras. Walaupun telah diperlakukan dengan baik dan tumpas tanpa dibunuh oleh Imam Aditya namun dia tetap dengan pendiriannya. Tetap mahukan ilmu hitam bersarang di tubuhnya.
Ada dialog yang digunakan tidak menggambarkan latar masa yang digunakan. Contoh pada abad ke 19, seharusnya lain lenggok bahasa yang dipertuturkan. Tapi itu tidak tergambar dalam naskah ini.
Membaca naskah ini membuatkan SH sukar untuk percaya pada mana-mana watak pun. Ramai sungguh yang berkhianat. Ramai sungguh yang memakai topeng kepalsuan.
Kampung Fatin cukup memberikan sebuah perasaan yang merinding. Walaupun tanpa gangguan. Bayangkanlah kita sudah biasa dengan azan 5 kali sehari. Namun hari-hari yang dilalui di kampung tersebut sunyi. Sunyi tanpa adanya laungan panggilan untuk menunaikan salah satu rukun Islam. Surau juga tidak kelihatan. Perasaannya bukanlah seram hantu. Tetapi lebih kepada seram yang mengusik hati. Terus terbayang andai suatu hari laungan azan sudah tidak langsung tidak kedengaran di mana ceruk dunia pun. Cukup menggerunkan.
Penulis kata sepatutnya manuskripnya ini dihantar untuk dijadikan cerpen tapi apakan daya hasil karyanya jauh lebih layak untuk dijadikan sebuah novel!! Wah, sangat mantap ya jalan cerita yang direka dan segala input yang diselitkan. Apa yang tak tahu terus jadi tahu.
Sebenarnya aku pilih novel ini untuk dibaca bukan sebab memang teringin nak baca. Hanya sekadar nak luangkan masa yang terbuang. Saja-saja nak baca. Tapi! Tak sangka aku ralit sampai boleh habiskan dalam masa satu hari saja!
Tapi, memang tak dinafikan plot yang ditulis memang tarikan yang menarik. Pertama sekali, plot yang melibatkan pemujaan syaitan yang cukup terkenal di Malaysia, tak kisahlah zaman dahulu ataupun sekarang. Kedua, watak-watak yang direka pun tidak kurang hebatnya. Sakit hati ya dengan setan itu! Memang dilaknat betul. Semoga kita dilindungi daripada segala ilmu hitam dan syirik. Amin.. Ketiga, ‘plot twist’ yang diselitkan hmm sangatlah tak dijangka. Ingatkan sorang je yang ada muslihat. Lahh, banyak rupanya. Hahahaha. Tepuk dahi waktu dah dirungkai semua.
Cuma, saya tertanya-tanya. Jadi, maksudnya selama ini Batin yang letakkan simbol itu dia beriman kepada Allah ke?
Novel < Lembah Setan > nukilan < Eqbal Mohaydeen > pada kali ini sememangnya menarik dibaca, tidak mengecewakan saya kecuali penggunaan bahasa di Abad Ke-19 amatlah tidak sesuai dengan pertuturan di era tersebut.
Sepatutnya di zaman itu, terutamanya perkataan < Kau Orang > adalah bahasa orang zaman sekarang di Abad ke-21, malah saya tidak ternampak perkataan seperti Tuan Hamba, Saudara, Saudari, Bonda, Ayahanda dan lain-lain yang melambangkan era tersebut.
Pada pandangan saya, penulis sepatutnya membuat kajian terlebih dahulu sebelum menulis jalan cerita berdasarkan Abad ke-19, banyakkan membaca karya orang lain dan menonton cerita zaman lama.
Jalan ceritanya sangatlah menarik dibaca, babak cemas memang mendebarkan terutamanya di kampung tersebut. Cuma saya tersalah membuat tekaan mengenai Ameera dan Yahya keturunan mana, saya sangkakan keturunan Imam Aditya rupa-rupanya orang lain.
Namun gerak hati saya benar, dari awal watak Cikgu Saleha memang mencurigakan sejak Ameera menegur bacaan Ayat Kursi terbalik dan semasa memberikan minyak wangi. Tidak disangka bukan sahaja watak Fatin, rupa-rupanya Qisya juga salah seorang penduduk kampung yang disumpah itu.
Nampaknya pengajaran yang boleh diambil dalam cerita ini seperti :
1) Jangan mudah berkawan dengan sesiapa tanpa mengetahui asal-usul dan latar belakang mereka(Kesilapan Ameera mempercayai Fatin & Qisya 100% tanpa syak wasangka sepanjang berkawan)
2) Jangan mudah terjatuh cinta dan mahu berkahwin tanpa memeriksa latar belakang mereka.(Kesilapan Irwansyah tersalah memilih calon isteri menyebabkan ibunya mati dipenggal tunangnya, akhirnya kedua-duanya mati di kampung dengan saling berbunuhan sesama mereka)
3)Jangan Suka Berahsia Perkara Penting terutamanya melibatkan agama, maruah dan nyawa(Hud@Pak Lang sepatutnya tidak menyembunyikan rahsia ini dari satu-satunya anak tunggalnya, Yahya sehingga ke akhir hayat. Membuatkan anaknya berpaling dari islam, namun Alhamdulillah kembali ke pangkal jalan sebelum dijemput Ilahi)
4)Jangan Membenarkan Anak-anak Pulang ke Kampung Kawan-kawan Mereka Tanpa Mengetahui Latar Belakang Keluarga Mereka(Hati manusia bukannya boleh dibaca, di zaman sekarang ini tidak boleh berbaik sangka sepanjang masa. Sentiasalah kena berwaspada dan mencurigai selalu, sebab itulah ramai mudah ditipu.)
Sayangnya cuma novel < Azazil > sahaja yang belum dimiliki atas sebab tertentu, karya ini dan < Nyawa > di penghujung cerita ada tertulis berkaitan < Azazil >. InsyaAllah jika da rezeki suatu hari nanti, dapatlah saya membaca karya tersebut.
Saya menanti-nantikan novel seterusnya dari penulis ini dan mengesyorkan peminat Seram membaca naskhah menarik ini.👍🏻👍🏻👍🏻
This entire review has been hidden because of spoilers.
POV pertama dimana Ameera diperangkap dengan jemputan ke kampung rakannya yang aneh, tiada azan dan tiada kematian sejak puluhan tahun. Mereka mencari korban untuk dihabukan dalam ritual setan. Ameera perlu cari cara dan jalan keluar. Jalan keluar tanpa cara sahaja, tidak guna.
POV kedua dimana Inspektor Irwansyah menyerbu markas setan, dan semua orang harus berhati-hati agar tidak menjadi mangsa, juga. Kerana setan tak boleh culik manusia namun manusia setan boleh.
POV ketiga menyingkap sejarah lama, dimana ilmu hitam yang diamal Hendon yang sangat membenci agama yang dibawa oleh Imam Aditya, ingin membuktikan bahwa ajaran dia benar, dan menyembah dia sebagaimana kita menyembah Tuhan. Dia tidak akan sesekali terima agama Tuhan ini. Itu sumpah si setan. ------------------------------------------- ✍️ Bila penulis tamak inilah jadinya. Semua genre disapu. Pemujaan, mistik yang sangat menakutkan dan ngeri, penuh aksi dan nasihat Islamik.
Pertarungan epik antara wali Allah dan pengabdi setan. Ini buku tentang setan, bukan hantu. Juzuk syaitan VS Juzuk Quran. Bukan sahaja seram tapi sangat mengerikan. I don’t recommend it if you have a faint heart, but if you decided to try something new and bold horror mystic mystery thriller with gory, ganas dan tragic, cannibal & khurafat you can try this. The reason I said this is because it’s haunting, boleh mimpi ngeri.
Selayaknya filem seram Thailand. The author is so good at creating imagination narration to confuse readers which is dream VS reality. Buku ni kaitkan sains, teori, tahayul dan agama. Adakah saling berkait atau berlawanan antara kejadian syirik / tahayul dan ghaib ini? Is it true there’s a scientific explanation and solution for this?
Ada lah beberapa plot holes, tapi boleh dimaafkan. Cuma satu pertanyaan besar adalah siapa datuk Ameera yang menyebabkan dia diganggu tu? Sebab rasa macam tiada kaitan dan penglibatan langsung dengan apa yang jadi, selain kampung tu dan keturunan Ameera. Namun diakui, karakter Ameera bijak sungguh, dengan berbekalkan ilmu agama lagi. Cuma endingnya bizzare. Kenapa? Ada sambungan ke? Haha. Teringin nak tengok buku ni jadi filem tapi terlalu graphic, so tak pe lah.
Siapa Imam Aditya? Figura ulama’ betul dalam dunia sejarah ke? Sepanjang baca ni istighfar je aku, menitis air mata pun ada, rasa macam "eh kau ni kenapa? Dah tak ada hati perut sangat ke?"
Alhamdulillah. Selesai baca novel seram yang mengerikan iaitu Lembah Setan oleh Eqbal Mohaydeen, BukuPrima 2024, 435 muka surat.
📚✍️ Tentang Ameera yang baru kematian datuknya. Tapi, arwah datuknya sempat membisikkan amanat yang menakutkan ke telinga bapa Ameera iaitu Yahya ~ seorang yang percayakan logik dan menganggap semua mesti dibuktikan dengan sains.
📚✍️ Cuti sekolah menjelang. Ameera menerima pelawaan rakannya iaitu Fatin untuk ikut pulang ke kampung. Tapi, kampung tu pelik. Tak macam kampung lain. Bayangkan, masjid tiada. Azan pun tak dengar! Belum lagi, perangai nenek Fatin yang pelik! Orang kampung pun pelik. Pendek kata, semua pelik dan MENAKUTKAN!
📚✍️Ternyata kepelikan mereka ada kaitannya dengan kejadian lampau.
✨ Selalunya saya okey aje nak baca novel seram waktu malam tapi, yang ni ... sila baca waktu siang 🤣 Bukan sebab jump scare tapi, tentang apa yang jadi terhadap warga tua di kampung itu. Kau orang pernah terfikir tak, apa jadi kalau hidup abadi? Best? Tapi, kalau merana ... buat apakan? Apa rahsia dah lanjut sangat umur tapi masih belum meninggal?
✨ Sepanjang saya baca novel ni, banyak istighfar. Sebab? Mereka terlalu sesat. Ada watak, walaupun dah diputihkan ilmunya tapi dia berazam nakkan balik ilmu hitam dia. Dia berjanji nak buatkan orang melutut menyembah. Astagfirullahazim.
✨ Ada diselitkan peristiwa bersejarah seperti zaman penjajahan Belanda dan peristiwa keruntuhan Highland Tower ~ ada penemuan mengejut dibalik runtuhan. Tapi, yang ni saya rasa ... fiksyen. Bukan runtuhan tu yang fiksyen tapi kena baca sendirilah baru faham. Ini berkaitan dengan DSP Zaman. Diakan tengah siasat kes kehilangan orang.
✨ Nama DSP Zaman, macam pernah dengar 🤔
✨ Pembaca dibawa mengembara ke beberapa garis masa ~ Tahun 2009, tahun 1993, abad ke-19 dan tahun 1960. Dan juga mengembara ke beberapa tempat misalannya Jawa Barat.
✨ Seram, ngeri, pemujaan, thriller, budaya/ tradisi
Selepas kematian datuknya, banyak gangguan pelik yang diluar logik akal mula mengganggu kehidupan Ameera. Ayahnya, Yahya pula langsung tidak mempercayai kewujudan makhluk halus malah Yahya sendiri tidak mengamalkan Islam dalam kehidupannya. Bagi Yahya, semua perkara dapat dijelaskan menerusi sains semata-mata maka agama tidak diperlukan dalam hidup. Hal ini kerana cara Yahya dibesarkan oleh ayahnya membuatkan dirinya memberontak dan merasakan kehidupan beragama itu tidak perlu. Namun Yahya tidak menghalang isteri dan anaknya mendalami cara hidup beragama walaupun dirinya tidak mempercayainya.
Kemuncak gangguan berlaku apabila Ameera mengikut dua orang rakan baiknya pulang ke kampung mereka semasa cuti sekolah. Sepanjang berada di sana, Ameera berasa pelik dengan suasana kampung tersebut. Sudahlah jauh di pedalaman, tiada langsung masjid ataupun surau apatah lagi suara azan malah keadaan kubur juga terbiar semak seolah-olah telah lama tiada kematian di kampung tersebut. Di satu keadaan yang lain, Irwansyah iaitu inspektor polis telah ditugaskan menyiasat kes kehilangan orang yang berlaku di seluruh Malaysia. Hasil siasatan menunjukkan hubung kait antara kes kehilangan dengan gangguan-gangguan mistik yang diterima oleh Ameera seterusnya membawa beliau ke Kampung Tualang Raya. Sumpahan kampung tersebut belum berakhir dan Ameera merupakan pemutus sumpahan tersebut.
Cerita ini berkisarkan golongan manusia penyembah syaitan dan ada 3 timeline dimana permulaan kepada kewujudan golongan tersebut pada abab ke-19, konflik kehilangan dan kematian yang berlaku pada tahun 1993 dan akhirnya diselesaikan pada tahun 2009. Jalan cerita yang mendebarkan dan membuatkan aku ingin terus menyelak ke muka surat seterusnya. Very intriguing.
Lembah setan menceritakan tentang peristiwa aneh di mana banyak orang hilang menjelangnya bulan safar. Pelbagai penyiasatan dilakukan tapi akhirnya menemui jalan buntu. Tiada elemen yang boleh dikaitkan dengan penghilangan manusia yang berlaku kecuali iannya akan berlaku sama ada sebelum, pada atau selepas bulan Safar. Cerita ni terbahagi kepada tiga garis masa:
Abad ke 19: Dimana semuanya bermula. Pertelingkahan antara Imam Aditya dan Ratih dalam menegakkan agama suci atau menyembah kepada setan durjana
Tahun 1993: Kejadian Aneh yang mula berlaku dengan penemuan mayat yang terlalu banyak dan seterusnya nahas menimpa tehadap polis yang menyiasat kes tersebut
Tahun 2006: Kejadian yang hampir sama berlaku and mungkin juga merupakan pengakhiran kepada perkara aneh/misteri yang berlaku. Pelbagai Kejadian aneh yang dilalui Amira dan Qisya yang terperangkap dia sebuah perkampungan yang penuh misteri dan aneh
Cerita ni memang menarik minat dee untuk baca bila pertama kali dee baca sinopsis. Dan memang tak mengecewakan. Dee sangat suka dengan jalan penceritaannya yang amat terperinci dan juga sangat mudah untuk dikaitkan. Walaupun dia ada 3 garis masa yang belaku dalam cerita ni, ia langsung tak mengelirukan bahkan ia memberi perasa dalam misteri yang berlaku. Tak usah cakap pasal seram, elemen seram dia memang mantap dan dee memang tak baca malam buku ni lepastu tambah pulak dengan aksi bertempur yang ada lagi lagi part Ratih dengan Imam aditya tu (Rasa mcm dee pun nak bersilat sekali) ehh 😌 + elemen mistik yang buat kita tertanya tanya, plot twist yang tak disangka sangka dan paling penting ada elemen islamik yang boleh kita ambil pengajaran. Memang all in one la orang kata.
Pengakhiran cerita mmg tak dijangka. Part Ameera last sekali amat menyentuh hati. Kesian, marah, rasa tak adil semua la rasa terhadap nasib malang ameera. Terasa sakitnya jadi Ameera, rasa dikhianati, hilang segalanya dan macam macam lagi la. Tapi mcm ada sambungan lagi la Azazil kot kan. Yang pasti dee ada berniat nak beli semua siri ni jadi korang pun kena beli. buku prima ni saje je menghasut😌✨.
4⭐️ for me dan bagi saya, buku ni tidak la sehype dgn review yg telah diberi. Buku bertemakan mystery, horror, thriller adalah genre saya. So, expectation saya tinggi terhadap buku ini kerana buku ni top sale di tiktok. So, susunan timeline dlm novel ni buatkan saya tidak rate 5⭐️ kerana excitement dia membuatkan saya high low high low feeling and rasa sikit2 tergantung😂
Tapi. Overall, Jalan cerita mmg best. Syabas Eqbal, buku novel anda boleh jadi movie 🤞🏻 Novel ini berunsurkan islamik (30%), ilmu hitam, darah, ghaib yang seram dan melibatkan emosi.
Timeline yg berbeza akan jumpa di novel setiap chapter sehinggalah ke penghujungnya dan knp timeline ini berkait, sungguh tidak sangka ya, wujudnya musuh dalam selimut lebih2 lgi circle MC tu adalah musuh dalam selimut nya. 🥺
Anyway, setelah habis khatam novel ni, byk pengajaran yg kita boleh dpatkan dalam buku ini, bahawa, apabila manusia terlalu sombong dgn maha pencipta dan snggup bersekutu dgn syaitan akan terima balasan di akhirat nti.
This entire review has been hidden because of spoilers.
yes aku baca buku ni sehari je , dari pagi sampai 10:30pm 27jan , mesti some of yang baca review aku ni takpercaya aku boleh habiskan dalam masa sehari kan ?
at first aku stop sekejap sebab aku tak jumpa jiwa aku untuk baca but after sampai dekat tempat kerja aku baca .
aku suka jalan cerita dia walaupun flashback n forward dia macam tunggang langgang , aku tak expect lebih tapi aku dapat lebih . aku suka cara writer tulis cerita ni , dari first ameera tu balik kampung fatin then macam macam jadi , dah hujung sikit baru tahu rupanya fatin n qisya ni bersekongkol (sakit ye bila friendship kau ending macamtu) .
yang part cikgu saleha dia lagi aku terkejut n tak sangka but alhamdulilah ameera dapat keluar dgn bantuan jalal n the rest . cuma tulah bila tiba tiba Pak Maarof tu kata tu cuma lah satu helah untuk ‘syaitan’ tu n dia actly ada niat baik hahahaha takpela .
tapi mana deme pergi ye ? mati atau hilang ditelan alam yang kita tak nampak ?
This entire review has been hidden because of spoilers.
Apa benda Di tepi hutan. Entah hantu Entah syaitan. Khadam makhluk dilaknat than, jembalang merasuk si celaka
Agama itu bagi saya hanyalah dogma, seperti yang dikatakan Ali Syariati dunia ini ada dua agama, agama org yg ditindas Dan agama seorang penindas. Jadi pilihlah untuk kita berdiri dimana- yahya
Kalau aku diam saat agama aku dihina, lebih baik kau sarungkan kain kafan ketubuh aku - imam aditya
Bagi saya lembah setan adalah satu novel seram yang amat menarik untuk dibaca walaupun pada mulanya agak lost dengan flashback Dan lata masa yang agak serabut sebab melibatkan 3 tahun berbeza. Tapi penulis berjaya membuatkan cerita kembali teratur dipertengahan novel Penulis juga berjaya membuatkan kita berfikir terus menerus siapa pelaku utama dalam novel ni, Dan pembaca juga mungkin takkan sangka dengan kejutan serta plot twist yang ada. Sebagai pembaca saya juga tidak dapat menjangka akan pengahiran novel ini, tuan eqbal telah berjaya sekali lagi 5⭐⭐⭐⭐⭐
Ada beberapa perkara yang ini disentuh: 1. Tema Tema yang diketengahkan adalah cult ataupun kumpulan pemujaan. Awalan cerita, memang nampak gempak sangat kumpulan-kumpulan ini. Semua berbaju hitam menggali kubur dan mencuri semua mayat. Tapi penghayatan tema semakin berkurangan apabila dihujung cerita. Kalau diikutkan ini bukanlah macam cult, lebih kepada kepercayaan tahyul orang kampung.
Susunan plot dah cantik cuma aku kurang gemar dengan bab yang berselang-selang dengan zaman silam dan zaman sekarang. Mungkin penulis boleh ubah gaya penulisan supaya pembaca tak cepat bosan. Baru sahaja aku nak feel zaman silam, dah masuk bab zaman sekarang. Too much happened at the same time.
2. Reference Ada banyak ilmu baru yang aku belajar dari buku ni terutama sekali reference kepada kes benar ataupun ilmu hitam. Cuma kurang pengolahan yang panjang sahaja.
I think this book deserved to be a movie. The scene was so cinematic. Anyways, such a good read from the author.
This entire review has been hidden because of spoilers.
walaupun waktu baca tu kan ada assignment berlambak tapi still nak habiskan sebab macam intrigued what's the connection between those 3 timelines and well, I would say that this is exceptionally well-written.
I'm proud to say that Eqbal Mohaydeen is my favourite Malay Novel author holistically. The Islamics values, straight facts, and grammatical language. Everything about it just screams perfection.
and what's even fascinating, during standard 6, I remember loving a horror novel called projek seram hostel and my favourite story there is 10 Oktober and turns out it is also being written by Eqbal Mohaydeen. This guy is really a great author in horror novels. I hope one of his novel get adapted into a movie because I believe it would make every audience on the edge of their seat.
Suka sangat jalan cerita buku ni sebab setiap kali selak muka surat baru rasa macam apa kaitan ni dengan ni..
Dia buat kita tertanya-tanya apa kaitan si dia ni dengan dia ni..apa kaitan benda ni dengan benda ni..siapa dia ni kenapa dia buat benda tu walaupun sebenarnya boleh agak.
Tu apa yang saya rasa bila baca buku ni.Paling saya suka penulis pandai kaitkan dengan real life event dalam novel ni. For me, smooth cara dia selit and kaitan dengan real life event tu. Dia macam buat saya terfikir betul ke jadi mcam ni dalam kes tu?
Seram dia bagi saya tidaklah seram sangat but dia lebih macam nak buat kita terus baca sebab nak tau apa jadi dekat last cerita tu.
For those yang suka misteri dan unsur mistik boleh la baca. Sangat recommended 👌 👍
First buku penulis yang aku baca. Ceritanya seram dari segi build up environment dan penuh misteri serta budaya tempatan nusantara yang menebal.
Banyak watak yang tak disangka endingnya dan aku sendiri salah teka siapa watak yang survive atau tak. Well done penulis! Aku berjaya habiskan novel ni dalam masa 3 hari!
Sejak kematian datuknya, Ameera sering diganggu oleh bayangan yang menakutkan.
Satu hari pada cuti sekolah, Ameera mengikut kawannya balik kampung. Tapi pengalaman disana seolah-olah menjerat Ameera agar tidak keluar dari kampung tu
Siapa jahat siapa baik, mana betul mana ilusi, semua buat saya excited nak baca apakah pengakhiran cerita ni.
Beli sb terpengaruh dgn review komuniti pembaca buku prima. Dan suprisingly, tak menyesal. Worth my time and worth my money. Sebelum ni baca JBDM dua² buku ingt kan dah cukup seram. Rupanya ni lagi seram. Seram sb buku ni lebih kepada akidah. Mix feeling betul bila baca. Ada beberapa timeline berbeza dlm jalan cerita. Penulis selitkan sikit sejarah so nmpk mcm real. Overall, good job utk penulis.
This entire review has been hidden because of spoilers.
ok la. cerita nya berbahagi kepada 3 senario, senario tahun 2009, senario tahun 1993 & senario abad ke19 di Pulau Jawa, Setiap bahagian ada connection nya.
Ketiga bahagian akan bertembung pada 10episod terakhir.
Ada 3 zaman(timeline).. Abad ke19, Tahun 1993, Tahun 2009.. Penceritaan selangseli Flashback antara 3zaman ini.. Membuat saya lambat hadam.. Tidak sesuai kot untuk bacaan anak2.. Byk elemen ganas putus kepala dan lain2.. Ada makhluk yang tak mati2 pula.. Saya lebih suka versi abad ke19..
I read splatter punk yet this one felt more gory. I haven't read malay horror since forever so i don't know what to expect. honestly I did not expect such devastating ending. The author is ruthless, luv it.
Baca buku ni dalam masa 4 hari, storyline dia menarik sebab tak cliche dan juga tak mudah bosan. Setiap characters dalam novel ni masing2 ada watak penting jadi tak bosan
“Lembah Setan” karya Eqbal Mohaydeen adalah novel seram yang menggabungkan unsur misteri, sejarah, dan keagamaan. Kisahnya mengikuti Ameera yang mengalami gangguan aneh selepas kematian datuknya, serta penyiasatan Inspektor Irwansyah terhadap kes kehilangan misteri yang berkaitan dengan rahsia lama.
Latar kampung terpencil tanpa azan dan makhluk terpasung yang dibebaskan menambah elemen seram yang menegangkan. Gaya penceritaan yang terperinci, plot twist yang mengejutkan, dan pembangunan watak yang kuat menjadikan novel ini bacaan yang sukar untuk dilepaskan! Seram, mendebarkan, dan penuh misteri!