Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mrs Impulsive

Rate this book
Kapsyen:
Dalam setiap pilihan impulsif,
ada cerita yang menanti untuk diceritakan.

Blurb:
“The thought of me getting married scares me.”

Hani sentiasa berhati-hati dengan hubungan percintaan. Masa lalunya yang dipenuhi dengan hubungan yang gagal dan keluarga yang berpecah-belah menjadikan idea perkahwinan kelihatan seperti perjudian yang berbahaya.

Bertunang dengan lelaki yang tidak kenal erti setia membuatkan hatinya bertambah sakit, lebih-lebih lagi apabila Hani tahu tunangnya berselingkuh di belakangnya. Hani tekad untuk putuskan pertunangan walaupun ia merisikokan hubungannya dengan Datuk Haslina. Namun, untuk memutuskan sebuah pertunangan atas dasar perniagaan bukanlah mudah. Dia perlukan strategi!

Dalam Hani merancang untuk memutuskan pertunangannya, dunianya berubah secara mendadak apabila bertemu dengan Ris, seorang lelaki bertatu yang mempunyai aura magnetik, secara kebetulan.

“Are you sure that you are okay?” - Ris
“Ingatkan nak tanya soalan mencabar.” - Hani
“Soalan saya tu dah cukup mencabar. Sebab kadang-kadang, ada manusia yang suka sorok perasaan sendiri.” - Ris

Walaupun mereka saling kekok antara satu sama lain pada awalnya, persahabatan yang tidak disangka mereka mula terjalin. Namun, apabila Ris meluahkan cintanya dan melamar, Hani dihimpit ketakutan dan melarikan diri. Tidak pasti sama ada dia boleh mempercayai perasaannya sendiri.

Sementara Hani bergelut dengan perasaan sendiri, hubungan dengan ibunya pula semakin keruh. Lalu, muncul bayangan masa lalunya yang mendorong Hani untuk bertindak secara impulsif dalam melindungi seseorang yang dia sayang.

“Macam mana kalau perkahwinan saya pun gagal?” - Hani
“Tanggungjawab saya untuk menjaga awak, berikan awak keselesaan dan kebahagiaan.” - Ris

Dapatkah cinta dan keyakinan Ris yang teguh terhadap masa depan mereka membantu Hani mengatasi parut masa lalunya? Atau adakah konflik yang tidak diselesaikan akan memisahkan mereka sebelum Hani mempunyai peluang untuk sembuh?

520 pages, Paperback

Published October 1, 2024

1 person is currently reading
34 people want to read

About the author

Asha Lim

4 books7 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
14 (50%)
4 stars
11 (39%)
3 stars
2 (7%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (3%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for matchataro.
179 reviews29 followers
October 31, 2024
trope(s) — stranger to friend to lover, he fell first and both fell harder, insta love, calm bf x bad tempered gf, hard to love fl x love her like its breathing ml, game developer ml x jobless fl👀

TW — physical abuse, su*cide

personal rating — 4.5/5 but full stars for Ris!! LIVE LAUGH LOVE RIS ZACHRY🫦🧎🏻‍♀️

📝Hani yang ada trust issue setelah berdepan dengan pengkhianatan dan kecurangan bekas tunang bertemu dengan si soft guy bertatu, Ris. Berkawan dengan Ris buat Hani jadi selesa tapi dalam masa yang sama dia takut dengan perasaan sendiri dan paranoid akan dilukai sekali lagi.

"𝐈𝐟 𝐲𝐨𝐮 𝐚𝐫𝐞 𝐬𝐜𝐚𝐫𝐞𝐝 𝐛𝐞𝐜𝐚𝐮𝐬𝐞 𝐨𝐟 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐩𝐚𝐫𝐞𝐧𝐭'𝐬 𝐡𝐢𝐬𝐭𝐨𝐫𝐲, 𝐭𝐡𝐞𝐧 𝐝𝐨𝐧'𝐭 𝐛𝐞. 𝐇𝐢𝐬𝐭𝐨𝐫𝐲 𝐦𝐞𝐚𝐧𝐭 𝐭𝐨 𝐛𝐞 𝐥𝐞𝐚𝐫𝐧𝐞𝐝. 𝐖𝐞'𝐥𝐥 𝐥𝐞𝐚𝐫𝐧 𝐭𝐨𝐠𝐞𝐭𝐡𝐞𝐫,"

---

Plot — a comfort book for me. main focus of this story is about Ris and Hani relationship development from their first meet to friend and finally being in marriage. with side plot of Hani's past backstory and her bad relationship with her mom. I'm not a fan of insta love hence, the pace of their relationship was quite fast but do i love their dynamic? ABSOLUTELY YES. i rasa macam terlampau banyak kebetulan diorang ni berjumpa awal tu😂 siapa yang sukakan fast pace and full romance, im sure you gonna love this! a lightread with a bit conflict i can say. the reason mak dia tak suka Hani tu HOW COME A MOTHER BE LIKE THAT😀 the fact irl pon ada je issue gini... made me kennot brain💆🏻‍♀️ baran lah dengan mak dia ni, even till the end, i still questioning her behavior hmm

Asha is good luring readers by puting the hint beforehand jadi takde lah terlalu mengejut when the incident came. i want to hug Hani and Hana'(( this book taught me a lot to be patience🥹 the value is well delivered!🤍 sebab tu pepatah kerana mulut badan binasa exist, tapi tu la kita ni kadang bukan nak marah tapi manusia sekeliling yang meminta😔

Hani Aleesya — this divaaa🫦 actually i had enough when fl selalu redo pasrah je bila ada scene kena pijak kepala ke apa but i am satisfied with Hani>>> shes not someone you can just boss around🫡 i truly understand Hani's reaction setiap kali Ris bagi ceramah dekat dia😂 like i appreciate the advice but can we continue tomorrow or when im in good mood back HAHAHA love how she appreciates Ris as much as Ris did to her! the one that will protect her man and her loved one. i suka gila girlhood Hani dengan adik dia, Hana and their relationship with their dad🥹 kita lurve not so jobless career Hani😎

Muhammad Aaris — If green flags were currency, this guy would be a billionaire😭🤲🏻when he's first born, softspoken, calm, penyabar, respectful, has eye mole and dimple, game developer, doraemon pocket guy, bawak kancil even kaya, competitive when it comes to game, always give assurance and nasihat, giving gift is his love language (kait bear and buatkan tulip lego untuk Hani) did i mention he shared doa supaya Hani boleh tidur😔☝🏻, his proposal is top tier!! wdym he creates a whole animation movie and booking a teater hall just to propose??? badboy style but actually a nerd, scaredy cat, also when he cried because of love he has for his wife??? IM SOLD. Ris pon typical man kadang tu ada je silap dia dengan Hani which made me love his flaws, his struggles and usaha untuk terus berubah ke arah kebaikan is something that i adored. Ris is for Duan Jiaxu girly!! every baran daughter need their own Ris😔🤲🏻

when both of them is food hunter! their love language is sharing meals aaaa cute gila! love how Ris water comprehend Hani's fire personality😂 kadang tu pelik macam Hani yang first born ni HAHAHA! overall i love this story, it filled me with happiness and deluluness to have my own Ris😔🫶🏻
Profile Image for Mslvoe.
2,053 reviews200 followers
March 27, 2025
Pertemuan dengan lelaki bertatu ni buat hati Hani merasakan sesuatu. Tunang dahlah curang dengan kawan baik. Tunang pun sebab bisnes.

Kenapa mak Hani yang buang Hani tu taknak Hanis jadi pilihan. Tu kan anak kesayangan.

F kurang minat baca kisah mak Hani dan anak² kesayangan dia. Even menantu dia Kak Maya pun buat F meluat. Boleh cakap salah faham.

Angin pulak F baca masa majlis tahlil. F sedih part tu. Bertubi² Hani dan Hana kena. Hanis nak play victim pulak. F need closure about mak ngah yang mulut busuk tu dan Hanis sendiri. Cerita diaorang habis gitu je.

Oh satu lagi kisah Nazri dan Yuyu habis gitu je? F tak puas hati la. Elok dibalas sampai terduduj diaorang ni

Ni part² dalam cerita Hani dan Ris yang buat F meluat.

Tapi kalau kisah Hani dan Ris ni alahaii sweetnya. Hani ni panas baran, Ris pulak penyabar. Lembut je cakap tapi deep.

Hani ada trust issue.. cam payah jugaklah dia nak terima Ris. Ris sabar je. Awal² dia dah minta izin gan abah Hani.

Comel giler cara Ris lamar Hani kat cinema. Adoii mentang² la programmer. Satu lagi chemistry diaorang ni suka food hunting. Share² makanan. Gaduh² pun makanan akan buat Hani happy

Sukalah karya penulis Asha sekarang.
Profile Image for Diniy Qistina.
151 reviews5 followers
December 18, 2024
Konflik selepas konflik. Asalnya bermula dengan light rom-com, namun lama-lama sarat dengan pelbagai rahsia. Bermula dengan pertemuan Hani dan Aaris di kaunter hotel kerana booking bilik hotel mereka yang clash oleh sistem.

Mula-mula Hani agak skeptikal dengan Aaris. Yelah dahlah Melayu, Islam pulak tu tapi tangan bertatu. Boleh pulak dia tanya “Sah ke awak baca doa tu?”, member tu cuma baca doa makan je. 😭🫵 Mujur Ris bukan jenis cepat kecil hati.

Ris pun jenis jujur je orangnya. Bila dia dah suka, bukan setakat luahkan je perasaan dia, tapi terus diajaknya kahwin. Maka kahwinlah mereka. Real konflik berlaku selepas mereka. Bukan sesama mereka tapi konflik antara Hani dengan maknya. Hani jenis brutal+baran, orang buat dia macam-macam tak adanya dia nak diam je. Mesti dia lawan. 'Kemarahan' mak Hani kepada Hani, Hana dan ayah mereka macam tak valid tau. Dia cam... Sebab tu je kau beriya sangat buang diorang? 😩

Ris pun terlalu cuba untuk jernihkan keadaan. Kadang sakit hati+geram jugak dengan Ris. Ya, faham. Niat Ris memang baik. Kalau ada pertandingan menantu paling baik, hah memang dialah juara. Baik tak mengira masa. Terlalu bendera hijau. Perfect sangat orangnya. 🥲

Closure untuk kisah Hani-Hana-mak mereka rasanya realistik. Walaupun 'blood thicker than water', dah kalau sampai bila-bila selfish dan dok junjung je ego tu, memang takkan ke mana. Memang puas hati bila Hani semburkan segala perasaan dia. Dia berhak nak marah. Kebencian maknya, Hanis, dan mak ngah terhadap Hani, Hana dan ayah mereka sangat tidak valid. Bila bercakap memang tak ada fikir dah perasaan orang lain. Apa-apapun satu cerita yang puas untuk dibaca. 🫶
Profile Image for twiggies.
91 reviews5 followers
November 9, 2024
𝑨𝒂𝒓𝒊𝒔 𝒙 𝑯𝒂𝒏𝒊 𝑨𝒍𝒆𝒆𝒔𝒚𝒂

I’d say Mrs. Impulsive bukan sekadar romcom biasa yang hanya fokus pada hubungan antara MCs, but it’s packed with emotional twists too. The author really knows how to pull you in, buatkan kita nak keep flipping pages untuk tahu pasal backstory she’s set up, especially about the non-existent mother-and-daughter relationship. Serious talk, I WAS HOOKED.

Hani Aleesya. Honestly, I want what she has as my spirit animal (minus the intrusive thoughts cause I could never handle that HAHA). Plus, dia punya ‘jobless’ tu memang on another level, plot twist betul. STEM GIRLY COULDN’T RELATE. Yes. I’m that girly. I adore gilsss dengan Hani—she’s such a strong character. Dia bukan jenis yang senang-senang biar orang pijak kepala, especially after dealing with her relatives’ harsh treatment (Mak Ngah dengan Hanis kau memang asjdfklj ☠️). She knows her worth, berani stand up for herself, and protects her little family. I love seeing Hani being CONFIDENT and BOLD, and that SLAP SCENE is definitely my favorite Hani moment 🫦. Tapi sedihlah bila dapat tahu apa sebenarnya jadi dekat dia and her sister, Hana. It’s an unfortunate event for them to face that tragic experience.

Aaris Zachry. Kacak, PENYABAR, lemah lembut, pandai, bekerjaya. I’m convinced he’s scooped up all five love languages at once, but for sure girlies who love words of affirmation, quality time, and gift-giving would be head over heels with Ris. The way he constantly reassures Hani is just ✨chef’s kiss✨. He knows his girl feels hard to love, but he’s there, ready to give every ounce of love he has as if it’s in his DNA. And don’t get me started on the proposals—he proposed to Hani twice, but the third time??? ohmagad, I was actually starstruck. Like, this guy went and made an animation of their love story 🦋💐🌍💕. GUE JUGA MAU KAYAK GINI. ✍🏻 cari ✍🏻 partner ✍🏻 kerja ✍🏻 game developer. That single scene altered my brain chemistry. I swear, I’ll never recover. I also love how he perceives things in a positive way tapi kadang-kadang rasa nak marah jugak, gereyyy aku. Bak kata Hani “cik abang, kenapa pasrah sangat.” But for sure, Ris is the definition of a massive and honored upgrade. This tattooed guy sarat dengan kata-kata yang menyedarkan. One minute he’s talking like a programming book and later, he’s quoting like it’s straight out of a kitab.

Datuk Haslina. She needs to be on this list because she doesn’t even deserve to be called a mother. From the start, the way she keeps objectifying her own daughter (read: Hani) is just plain sickening. I couldn’t help but wonder apa sebenarnya masalah mak dia ni. Like, who in their right mind would gamble with their own child’s future just for a business deal. Then, bila tahu the actual reason kenapa mak dia tak suka Hani… ooff, mind-blowing. LIKE, WHY 🤨?! But I also find it refreshing to see a story tackle this kind of mother-daughter issue because honestly, perangai macam ni memang wujud and it’s painfully realistic. The only thing I can’t get over is that we never get to see her apologize to Hani and Hana. Those girls deserve so much better.

And kak Asya, hands down, has mastered the art of making non-romantic moments feel straight-up romantic (or maybe that’s just me being a hopeless romantic, but still). Also, I suka bila author buat characters yang ada flaws sendiri, yang sedar diri mereka tak sempurna dan tak judge orang berdasarkan kisah silam. Except for that one scene when Hani tiba-tiba tanya, “sah ke doa makan awak tu?” ✋🏻😭🤚🏻 SAVANNAH SLOW DOWN. That was so random.

Lastly, buku ni is a light read with a punch of plot twists thrown in between. The pace is just right. You can literally feel every emotion as you read—comel, kelakar, geli-geli, sedih, marah—everything hits at the right moments. So, if you want Ris to be your muse and have a man who’s literally tattooed your heart with his love (🤡), then go grab yours.
Profile Image for gabbyy.
24 reviews3 followers
November 9, 2024
Tenang, penyabar, steady. Ini lah seorang Ris. Hani pula main sembur je. Awal-awal jumpa dah jadi macam acik bawang yang tipikal tanya "sah ke doa makan yang awak baca tu" bila nampak tatu pada badan Ris. haih geleng kepala dengan perangai Hani ni😑

Main cakap lepas je at one point kata-kata dia tu terkena tempias dengan orang- orang yang dia sayang. Walaupun begitu, watak Hani ni dia tak mudah goyah yer. Brutal pun ada gak🤣sampai Ris cakap "kalau berani sangat asal tak pergi lawan dengan Thanos?"

Nak penghujung buku lagi menarik. Terkeluar satu persatu rahsia. Pasal bekas teman lelaki Hani and then drag sampai kena Hana. Oh tak lupa pasal mak dia. Ishhh baran betul! Ada scene bila family dia mengata pasal ayah dia, sampai sini terasa😫. How could them?

Saya suka bila Ris sangat tenang dan sabar je handle situasi keluarga Hani. Rasa macam Hani dapat suami cerminan dari ayah dia... and I love that😚
11 reviews
April 17, 2025
4.9/5!!!!!!!!

one of the highest for me. this is my first novel dari penulis ni. asalnya nak beli professional overthinker tapi dah banyak oos. so saya try baca ni dulu. IMO, plot dia padat! takda mcm hole. ending pun perfect!!!!!! ML greenflag mcm gwanshik HAHAHA. Lurveeee terukk cara dia treat FL. Even FL ada trauma, trust issues and overthinking tapi omgg men need learn from him. highly recommended!!!
Profile Image for Nad.
375 reviews3 followers
March 17, 2025
Taktau kenapa tajuk mrs impulsive. More like mrs hot tempered
Profile Image for Bookworm93.
18 reviews1 follower
October 26, 2025
Tak pernah mengecewakan. Saya suka dengan gaya penulisan penulis.

Ahh.. Ris ni mmg baik sangat.. Siapa je yang tak jatuh hati. Berrtuah betul la Hani. Kita baca pon boleh jatuh hati 🥰
Profile Image for N.S.Y.
100 reviews3 followers
September 12, 2025
4.5/5 (0.5 lagi sbb geram dgn cover nya.. hampir xnk beli sbb covernya tau)

Malas nk reiview pnjng2 sbb tahu korang pun tak mahu baca..
yang pasti, berbaloi utk dibeli.. Insya Allah tak akan menyesal.. mula2 beli sbb tahu c Ris ni kawan Mika. masa baca kisah Mika ingatkan Ris ni badboy level2 samseng. rupanya, nahh, terpaling green flag la..

Dia punya garang pun smpai bini kena tanya "bila awak marah?"
nahh ko.. Dia rasa dah garang la tuh, tp bininya rasa level biase2 je..

Kalau buat c Hani tuh merajuk teruk dgn Ris pun elok jugak.. Geram masa dia buat keputusan tak tnya hani dlu.. dah tahu bini x suka dibuatnya jugak.. Tp tu la Hani merajuk kejap je.. ke x merajuk langsung..

Papepun, kalau reader yang jenis suka yang straight forward pnya cerita, this one memang kena la.. takyah nk meleret jauh2..
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.