Pertemuan tanpa sengaja Qaseh dan Nick Ervan telah mencetuskan pergaduhan. Sejak itu, ada saja yang nak digaduhkan antara model muslimah terkenal dan model lelaki antarabangsa yang berdarah kacukan Scotland itu.
“Apa pandang-pandang?” – Qaseh Nur Ayana
“Aku pandang kau? Huh, tinggi juga level syok sendiri kau ni. Kau tu siapa untuk aku pandang? You’re not my cup of tea.” – Nick Ervan
Namun, permintaan daripada pemilik butik terkenal untuk menyatukan mereka dalam satu projek keluaran produk fesyen terbaru membuatkan mereka tidak mampu menolak dan telah diminta untuk mendapatkan chemistry bagi menjayakan projek tersebut.
“Kita tak perlu susah-susah nak dapatkan chemistry. Buat jer macam biasa, tapi… awak perlu pastikan awak dapat beri the best shot semasa shoot nanti. Saya tak suka nak re-shoot banyak kali.” – Qaseh Nur Ayana
Tengok muka masing-masing pun dah naik menyampah, inikan pula diminta untuk mendapatkan chemistry. Belum sempat chemistry itu datang, mereka sudah bertengkar bagai anjing dan kucing.
“Kau tu yang patut remind diri kau. Kalau nak jadi partner aku, kau kena study cara high fashion poses. Aku tak nak nanti gambar nampak buruk bila kau berdiri sebelah aku. Buang masa aku aje kena re-shoot sebab kau.” – Nick Ervan
Apakah kesudahan hasil penggambaran tersebut? Adakah berjaya model muslimah tempatan featuring model lelaki antarabangsa disatukan dalam satu penggambaran tanpa rela? Atau, penggambaran tersebut gagal di tengah jalan?
Konfliks ada 2 dari Natalia yang tergila² kat Ervan dan Luqman yang angau dengan Ayana.
Ada scene yang mencuitkan hati sha.
Keseluruhan ceritanya pasal bermulanya hubungan Ervan dan Ayana yang macam anjing dan kucing tu. Tanpa disedari Ervan jatuh suka pada Ayana yang pandai memasak, pandai ambil hati orang tua, pandai layan budak, boleh jadi tea lady yang bagus.
Dan kehidupan lepas kahwin, ada lalat² yang datang kacau.
this is the scnd book from wnfhanna that i read and gues what ? i love it !
-novel ni trope dia enemy to lover, i memang suka trope enemy x lover . Storyline dia fastpaced and tak boring cumaaaaa i kurang rasa chemistry between ML & FL kurang je bukan tak langsung ya. Dalamni ada selit tentang agama juga jaaaadiii silalah baca. I like how author masukkan elemen kampung, islamic & suasana bila diorang ada dekat satu tempat kira author pandai la bawa suasana. -ML dia beku beku tapi mulut manisss. i suka how caringnyaa si Ervan ni dekat Ayana likee aww sangatlah caring yeeee. -i think this book underated but guys you should read it sebab besttt
okey tuje i takde banyak benda nk ckp sbb i enjoyyy sangat baca. Maaakk nak Ervannnn!
This novel is the enemy of love. The characters like to fight, very funny. I finished this novel quickly, the storyline is not boring. Suitable for relaxing. Very interesting storyline. The end of the story has a plot twist and a sad part but a happy ending. It's worth it.
Saya rasa cerita dia macam sama je dengan yes captain zul aaryan. Gaduh ii last ii kahwin. Simbah ii air. And bagi saya macam terlalu mengada ngada. Dan kurang suka dengan cara penulisan.