Lelaki yang dicintai = Naim Zulkarnain “Abang Naim, ingat Ana lagi tak?” “Ana, budak manja yang selalu menangis tu ke?”
Formula untuk bersatu = Memenangi hati “Merajuk pun tak guna. Ana tak reti nak pujuk.” “Memanglah. Masa kecil dulu pun, abang yang selalu pujuk Ana. Ana tak pernah nak pujuk abang.”
Masalah = Bukan pilihan. “Naim dah nak bertunang hujung bulan ni. Nak tak nak, Ana kena lupakan Naim.”
Lelaki bermasalah psikologi = Muhammad Afdhal “Sekejap. Nama kau apa?” “Selena Gomez.” “Selena Gomez... Erm, pelik, muka kau tak ada pula nampak macam orang putih.”
Formula untuk membantu = Bantuan melalui ugutan “Sekarang ni, bos nak buat ke tak nak? Kalau tak, saya batalkan aje rancangan nak pujuk Kak Dahlia.”
Masalah = Ugutan balas. “Alah, bos berani ke panggil jabatan agama Islam? Sanggup ke kahwin dengan saya? Kak Dahlia macam mana?” “Apa susah. Kau jadi nombor satu. Dahlia jadi nombor dua.”
Sayangnya, tak ada satu pun formula yang berjaya hingga membuatkan dia pening sendiri. Mempertahankan cinta memang susah. Berurusan dengan lelaki emosi bermusim juga tidak mudah. Niatnya sekadar membantu, tidak sangka dia terlibat sejauh itu. Ana Syahidah! Perjalanan hidupnya tidak seperti yang diimpi. Jangan jatuh cinta! Masihkah relevan untuk diucapkan sedangkan cinta sudah dijemput masuk ke dalam hati?
Jangan Jatuh Cinta bagi saya agak lain dari yang lain. Rasanya tak de lg penulis yang buat kisah hero yang bepenyakit mental. Walaupun kisah berpenyakit mental adalah satu simptom penyakit yang serius, tp penulis pandai melakarkan jalan cerita yang membuatkan pembaca tergelak dengan telatah si pesakit ni.
Kisah bermula bila Ana yang mendapat penempatan praktikal di KL. Permulaannya di syarikat tersebut, membawa dia bertemu dengan seorang lelaki pelik. Lelaki tu yang selalu tunggu di hadapan pintu syarikat dan berpakaian hitam. Ana sangkakan pak guard, tapi rupanya lelaki tersebut adalah Encik Afdhal bos company tersebut. Ana ni bg saya adalah seorang perempuan yang sentiasa mempunyai perasaan ingin tahu tentang sesuatu yang dia ragukan. Dengan penemuan sketch book Afdhal dan perangai bosnya yg agak pelik, membawa dia kepada siasatan apakah yang berlaku. Korek punya korek rupanya Afdhal ni mengalami penyakit mental atau tekanan perasaan.
Dari peceritaan Abg Joe, kwn Afdhal yang bosnya tidak mahu membuat rawatan, Ana mula ingin membantu bosnya itu. Lagi-lagi bila dia ada abang sepupu, Naim yang bekerja sebagai psikiatrik. Dari situlah dia mula buat bermacam-macam rancangan untuk memulihkan Afdhal. Senjata yang digunakan adalah Dahlia. Dahlia ni adalah orang yang disukai Afdhal. Dahlia pun turut membantu walaupun dia sudah bertunang. Tapi rupanya dalam membantu, Dahlia mula ada perasaan pada Afdhal.
Afdhal pula dalam masa dia sukakan Dahlia, tapi dia tidak boleh jauh dari Ana. Sikit-sikit Ana. Walaupun dating dengan Dahlia, nama Ana tetap diingati Afdhal. Tapi setelah terbongkarnya rancangan Ana, Afdhal mula membenci Ana. Afdhal merasakan Ana sama macam orang lain yang mengatakan dia gila. Dari situlah, Ana terpaksa pergi dari hidup Afdhal dengan menghadiahkan coretan di sketch book. Ana merasakan Dahlia akan menjaga Afdhal dengan baik.
Selepas 3 tahun, kenangan dahulu sentiasa membuat Ana teringat akan Afdhal. Mereka berjumpa kembali, dan tidak disangka Afdhal sudah jauh berubah. Tak sangka rupanya Afdhal dah lama ingin bertemu dgn Ana. Bila dapat tahu Ana masih belum berpunya, terus di pinang. Hehe.. Rupanya Afdhal sudah sembuh. Nak tau mcm mana Afdhal sembuh? Bacalah sendiri. Pasti puas hati.
saya suka dengan jalan ceritanya, hero yang mempunyai masalah mental dijadikan isu utama dalam naskhah ini.
namun, sikap ana bagi saya agak terburu-buru, tanpa memikirkan akibatnya sedikit melelahkan. tindakan keluar dari rumah mak lang, memaksa dahlia bersetuju, cara mengatasi masalah afdhal..
mula2 memang tak dapat nak kaitkan tajuk dengan jalan cerita, sampai dipertengahan baru nampak perkaitannya.. hahah..
apapun pembacaan makin menarik dipertengahan cerita (sebab tu * naik)
Sebuah kisah yang menarik juga sebenarnya,Kisah Ana dengan Boss-nya yg mengalami masalah mental,memang betul-betul mental boss si Ana tapi mental2 pon agak menarik perhatian juga mamat tu.
Mula-mula nak bagi 4* tapi tolak setengah sebab tak suka konflik di hujung-hujung cerita,konflik itu mcm tak cukup kuat rasa geram sangat dengan emak dan ayah Ana ni,sebelum anak berkahwin main setuju je tanpa banyak soal bila dah tahu cerita sebenar yg mungkin ditokok-tambah senang2 je suruh anak bercerai nasib baik konflik tu tidak diheret lebih jauh lagi kalau tidak Ku sudah hilang sabar dah.
Secara keseluruh ia sebuah naskah yang menarik ada yang cuba disampaikan oleh penulis.
Buku Jangan Jatuh Cinta membawa kita mengenal isu penyakit mental yang dialami Afdhal. Kehadiran Ana sedikit sebanyak menyedarkan Afdhal, yang dia perlu dirawat dengan segera. Ana tidak pernah lelah berusaha untuk memastikan Afdhal sembuh. Dalam masa yang sama, konflik turut berlaku antara Ana dan Naim. Cinta yang dipendam antara mereka, sudahnya terkubur saja apabila Naim ditunangkan dengan orang lain. Sudahnya, apakah Ana akan terus semangat untuk meneruskan hidup? Bagaimanakah misinya untuk menyembuhkan Afdhal?
Eh, tak sangka novel ini sangat best! Saya suka bagaimana perwatakan Afdhal diceritakan dengan baik oleh penulis. Kita turut dapat merasai derita seorang Afdhal. Tak siapa pun menginginkan masalah itu terjadi. Walaupun penulis menggunakan kata ganti nama 'aku' untuk novel ini, rasa dan emosi pada setiap watak turut terkesan, tidaklah sekadar berfokus kepada Ana semata. Tahniah buat penulis!
Interesting. Kind of remind me of farisha imani's suamiku tak romantik tapi autistik. Something different. Jalan cerita not bad. I was waiting tho, bila part cinta-cinta ni because the whole 500-600 pages tu (if im not mistaken) tertumpu kepada cara hendak memulihkan AFDHAL. Then to me, it would have been better if the story tu habis apabila mereka sudah berkahwin.I just find the last 100 pages to be a bit dragging
firstly, lps sya bca separuh mmg harapan sya for part sweet2 melambung but actually x de pun part2 romantik .
penulis ni mmg pandai tarik minat sya for continue read this novel. biasanya klu lmbt sgt bru kahwin mmg awal2 sya dah surrender .. tarik tangan hoi .. x tahan.. plg x ska cite cintan cintun before kahwin yg meleret ..
tpi novel ni wlaupun drg kahwin lmbt, tpi ada something yg misteri. misteri tu lah yg buatkn sya trus mmbca novel ni. nk rungkaikn misteri tu. lngsung x nk letak novel ni.
cite dia ringkas je. Ana Syahidah aka salena gomez ni tgh practical jurusan pengurusan pejabat ? sori sya lupa. bos tempat dia kerja tu, Encik Afdhal. bos dia nie ada tekanan perasaan. blh jgak dikatak gila. tpi sometimes dia mmg normal. so, dia nk tlg pulihkn. hubungan dia dgn bos dia ni blh diktakn rapat sbb hmpir sume benda psal bos dia, dia tau. tpi dia kt sna 4 bln je. msa minggu akhir kt sna, mmg byk yg berlaku smpai bos dia ni marah dgn dia. so dia anggap kerja dia tuk pulihkn bos dia tk berjaya.
lps 3 thn, dia terjumpa blk dgn bos dia ni. bos dia dah normal. dia terpaksa kerja tempat bos dia tu sbb ada project. haaaa .. kt sinilah drg rapat blk .. kt sini jgak nmpak bos dia tu jealous ana terima pinangan bos dia tanpa rasa cinta. knp ? bca sendiri hiiii
konflik dia satu je ps drg kahwin. mak n ayah dia marah lps tau Afdhal bekas pesakit jiwa. tpi Afdhal ni mmg penyabar.
nk bgi 5 bintang tpi x de part geli2 xD so rsa mcm ade yg kurang. apepun tahniah penulis ! pandai penulis selitkn bab2 agama ;) sya sukeee
#countless PBAKL collection... perghhh.. seyesly, dr muka depan mmg cam rasa sumthing wif this book. dan moment dah start baca.. perghhh.. mmg menarik giler koyt. especially kisah boss ngan selena gomez...
interaction between them mmg sangat sangat menarik, unik, dan best gila.. seyealy otai, surprising and also mysterious. kesian ngan kisah2 lalu seorang afdhal... walaupun bukan salah dia secara hakikatnya, apa yang dia tanggung sangat sangat berat. pity him mucho.
joe dan lin sememangnya kawan yang sangat baik. x sangka.. lama koyt depa membantu. huhuhu
ana... seyesly nama selena gomez tue lagi dikenali hah.. anda mmg otai dan kaki gaduh.. gaya takut pun macam x takut. peristiwa x balik umah, yg pi bersenam kat opis, lepak kat bus stand sambil ditemani oleh mr. bos. hahhaa.. sangat mula2 sedih, pastu sengal, pastu rasa bahagia hah pembacanyer. hehehe.. tp moment tyme dibawa ke villa dahlia, dibawa naik teksi hah cari mak ayah mr. boss mmg blh wat org terkedu.
si naim ngan dahlia.. cit!!! mmg nasi tambah dlm ini cerita. sajer jer bikin life semua jd cam roller coaster dlm nie.. huhuhu.. sengal sangat. uhuks.
dan akhirnya saya bahagia membaca. luahan hati yang jujur.
Ana ni is a jovial individual and always making people comfortable before herself. She brought joy to this book and that mentally ill Encik Afdhal. So much done to tackle her bosses emotional stability she meet rather some very interesting discoveries during the practical stay in Arena. I don't like Naim. Dia kasi org harapan tapi dia pun sendiri tak berapa nak stable. sick. Years later Mak bapak Ana pun buat aku nak campak buku ni kata dinding. bagai kaduk naik junjung. Tapi Happiness come to those who are patience and faithful. this book clearly tells about positive thinking and always think good stuff as Allah is always with us. Always.
Jalan cerita yang menarik.Something different actually and ofcourse if compare with her previous one. Too much miscommunictions menyebabkan Ana tidak sedar yang dia sebenarnya dah terjatuh cinta dgn Afdhal. Watak Afdhal yg beku tetapi berubah sweet terutama sekali apabila mereka dah berkahwin. Tidak banyak conflict dan sesuai utk bacaan yg relax.
best.. aku suka citer ni. suka dgn kisah cinta afdhal dan ana@salena gomez.. watak naim mmg annoying. perangai x mcm psychiatrist langsung.. mengalahkan afdhal yg ada masalah bipolar tu.. moral citer ni,jgn menilai org berdasarkan masa lalunya. mereka layak diberikan peluang.. kesimpulan,aku suka citer ni,thumbs up buat author..
Apabila Allah nak kebaikan untuk kita, Allah akan uji dengan kesusahan - Encik Afdhal . Entah kenapalah saya berpeluang baca novel ni pada 2022, sedangkan sudah lama kisah ini diterbitkan. rugi betul.. Melihatkan pada tahun ia diterbitkan, saya rasa kisah ini memang unik, untuk dunia buku tempatan pada waktu itu.
Saya suka bila penulis banyak selitkan mesej-mesej insani kepada pembaca melalui watak Ana.. Pesanan dan nasihat Ana sedikit sebanyak menyebabkan perubahan positif kepada Encik Afdhal. Siap buatkan ruang solat staf lagi tu. Paling tak boleh bla bila satu ofis dapat cuti bila Ana bagi jawapan.. Kalau macam ni la bos dalam dunia sebenar, lingkup business Hahaha.. Tapi takpe, saya rasa comel je... Bila dah masuk kisah selepas 3 tahun, banyak babak-babak yang comey, i loike!
Ada juga penulis selitkan kisah sedih ringkas (Huhu) bila rahsia lama Encik Afdhal terbongkar. Tapi kesungguhan Encik Afdhal tu membuatkan Ana pun ikut sama nak berjuang. Geram pula saya dengan Naim, tapi geram lagi dengan mak pak Ana.. Nasib baik, hujung-hujung tu happy ending.
Watak yang pada saya menjadi punca kepada konflik Naim dan Ana adalah Mak Lang.. Mak lang yang menghalang, tapi tak sekalipun Naim tahu yang Ana buat keputusan begitu adalah disebabkan mak Naim sendiri. Apalah, pastu sampai ke hujung salahkan Ana dan Afdhal, cubalah contohi Dahlia, move on dan head up! Tapi yang baiknya adalah, Mak Lang dan Pak Lang tak bermasam muka dengan Ana, tak berdendam.
Cerita ni pada saya sesuai untuk bacaan santai, walaupun kedengaran konflik utamanya agak berat, iaitu tentang watak yang menghidap sakit mental. untuk yang mencari maklumat dan ilmu mendalam tentang ini, seeloknya tidak meletakkan harapan, sebab novel ini tujuan utamanya adalah penceritaan, kisah dan perjalanan hidup watak-watak. Ia sekadar menjadi pendorong untuk kita lebih terbuka dengan seseorang yang menghidap masalah ini.
Terima kasih beribu kasih penulis kerana menulis kisah Encik Afdhal yang dalam seram ada sengalnya, dan Ana yang berani mati curi masuk ke dunia Encik Afdhal untuk mengubatinya. Saya sangat terhibur..
Sebelum review. Saya nak let go novel ni. Harga 26 rggt sekali dengan postage: ).siapa nak bleh pm eh.
Cita ni berkisar tentang jangan jatuh cinta dengan en. Afdal.. bagi saya jauh dari cinta lagi lagi best. Mungkin tak kena selera atau saya berharap yang cerita ni akan jd best. Hoho.
Takpala. Mayb best untuk selera pembaca lain. Hewhew. Saya masih minat karya adah hamidah. Cuma ni kureng skit.
Jangan Jatuh Cinta by Adah Hamidah. . Best! . Ni buku kedua penulis yang kubaca selepas Jauh Dari Cinta. Yang tu pun best. . Mula-mula baca, ku rasa cerita ni buat ku curious dan berdebar-debar. Dah kenapa pulak si Afdhal ni? Dahla asyik suka pakai baju hitam je, tercegat depan pintu. Lepas tu, kejap suka marah-marah, kejap okay pulak. . Mula-mula baca, ku duk terfikir sape heronya, Naim atau Afdhal. Dan dengan gigihnya baca tanpa sikit pun selak last page. . Dan yang bestnya, ku suka watak Ana. Lagipon cerita ni guna POV 1 iaitu Ana, so, lebih menonjol lah wataknya. Ana ni sangat berani. Dia nampak bos dia pelik, dia berani je tegur. Dan walaupun kena ignore, makin dia cuba untuk bantu bos nya. Dan disebabkan tu la, Afdhal akhirnya sembuh. . Apa yang best pasal buku ni ialah tentang Bipolar Disorder. Tentang kecelaruan emosi. (Mungkin sebab dah selalu sangat baca kisah Split Personality, so, ku suka bila penulis tulis kisah psikiatri yang berlainan. Ye la, mental disorder ni banyak kot, bukannya split personality je.) By the way, buku ni dah 4 tahun. Maksudnya, sejak 4 tahun lepas lagi, penulis cuba mengetengahkan tentang mental disorder, bukannya selepas kehadiran drama Korea yang mempopularkan cerita sebegini. . Cuma, ku yakin cerita ni akan lebih best kalau guna POV 3, sebab barulah kita (pembaca) boleh explore simptom lain yang kebiasaannya ada pada pesakit Bipolar seperti 'shopping spree, reduce need for sleep' dan banyak lagi. Dan kita masih boleh nampak apa yang Ana lakukan untuk Afdhal. Dan macam mana dorang handle stigma masyarakat. . Lagi, kusuka sebab cerita ni tak meleret, walaupun ku agak sedikit kecewa sebab part bahagia tu secoet ngat. Tak puas baca. . Best!
At 1st glance aq tak put so much hope cerita ni sbb cover ni biasha2 je..little that i know… dont judge a book by it cover…
Best ye… cerita psl heroin praktikal dkat company printing yg owner die mcm ade masalah sikit…tp heroin ni agak berani tegur boss die tu..even die takot2 berani..rilex je die sound asal xde surau kaf opis ni… sikit2 boss die mcm blh terima teguran die tu… At home lak..die tumpang umah makcik die and dah lame crush dgn abg sepupu die..tp makcik die tak suke kawen sepupu2 lak..so nak jodohkan abg sepupu die ni ngan org lain wlaupon diorg suka sama suka.. ade la several incident happen..akhirnya aq kecewa dgn keputusan abg sepupu die ni yg aq rase ko ni menjunjung ego ke ape…
Back to the boss yg ade a bit of masalah jiwa sbb die tak xblh nak terima takdir mak pak die dah xde…sikit2 heroin ni dah berjaya ubah and sedarkan die…akhirnye they split after praktikal dah habis… and they meet again after 3 years…
Bila boss tu dah sembuh…ommoo….sweet gak ek…and sgtlah menjaga hubungan die dgn Allah…alahai..terus jadi lelaki idaman… sekian review saya…😎😝
I love Afdhal.. Sebelum dan selepas dia sihat.. dan sy seconfirm confirm nyaa sngt² laa sukaa gilaa En Afdhal lepas diaa sihat.. dah laa sihat.. astuuuu, jdii cam ustaz terus..🥺 and he still selamba😂 im so proud of him.. tkleh blah ar, time dia keluar ngan Dahlia.. HAHAHAHA keluar ngan Dahlia tpi sentiasaaa ingt Ana.. sebb dia,,🌚🤓 rupa²nyaa,, Ana dan Dahlia slh faham.. HAHAHA! Ana pon sy sukaaa.. hihi.. watak diaaaa memg umph laa.. dia ni baik gilaa.. dia tk kesah Afdhal tu mcm mana.. dia just nk En Afdhal dia tuu sihat jer.. to me, dia memg suka kat En Afdhal tu mula² lgi.. HAHAHAHAHA tkde rasanya watak yg annoying selain Naim tu.. okay dia tu seriously, menjengkelkan.. suka kat sape pon aku tk thu laa dia tuu.. eeeee...
Jangan menilai seseorang berdasarkan kisah silamnya.. cakap memg senang.. but it's very hard actually.. kena lalui dulu baru boleh nk judge eh..😝 dah laa.. kuat sngt merapu nii HAHAHAHA
Antara buku yang unik aku baca. Buku ini mengisahkan tentang Ana Syahidah yang ingin membantu lelaki yang dikatakan 'gila', Encik Afdhal. Dia pun tak tahu kenapa dia nak sangat tolong mungkin sebab sepupu dia adalah pakar psikiatri.
Jadi Ana pun cuba cari apa maklumat yang dia dapat peroleh. Tapi dia pula salah faham tentang Encik Afdhal dan menuduh dia bukan bukan.
Ana Syahidah bagi aku seorang yang terburu buru. Dia juga akan selalu mengalah apabila bertikam lidah dengan sesiapa. Tapi pada permulaan cerita. Saya agak benci watak dia kerana dia kuat menilai orang.
Naim pula jangan cerita la. Terdesak betul dengan Ana. Dia pula pentingkan diri sendiri.
Apa apapun pengakhiran yang ok. Jalan cerita yang menarik.
Keseluruhannya okey. Pertama kali jumpa cerita hero ada penyakit mental. Ya. Semua orang boleh berubah dengan izin Allah.
Naim pun sepatutnya dah boleh move on lepas dia buat keputusan untuk kahwin dengan orang lain. Dan tak perlu kot terus menerus suruh Ana bagi dia peluang walaupun Ana dah pilih Afdhal
This entire review has been hidden because of spoilers.
cerita ni srs best!!!dia membawa watak lelaki yang ada sakit jiwa atau lebih dikenali anxiety disoder kalau tak silap,first time ada orang buat cerita yang ada watak hero gila i think,and suka gila dekat afdhal tak.boleh move on!!!dah 2 minggu tak baca novel lain sebab angau kan afdhal , haih , apa apa pun terbaik penulis , goodjob , gaya penulisn yang menarik dan tidak membosankan💪👍👍
This entire review has been hidden because of spoilers.
4.8/5⭐ Buku ni bagi aku tak klise. Tajuk je mcm... Haha. Aku suka sebab dia ada angkat tentang mental health. Iaitu bipolar disorder. Lelaki tu boleh nampak benda yg org lain tak nampak. Tapi bukan cerita hantu. Seram jugalah baca tu. Haha. And buku ni sweet tak potong kaki. Which i like. Tak cringe. Boleh jadi comfort read. I love it!!
bestt sangat" Afdhal ni kuat gila hadap semua benda 🥺 . for me mak lang ni agak memaksa dia dah tau Ana dengan Naim ni ada problem dia still decide kononnya nak baikkan Ana dengan Naim walhal hancur . after dapat therapy i love how greenflag character Afdhal ❤ . loveee 🤍
This entire review has been hidden because of spoilers.
Tak reti nak review tapi anda kena baca sendiri! Memang antara bos dan pekerja tapi heronya lain dari yang lain. Ada masalah jiwa. memang best sangat! Recommended!!!
Tak nak ulas dari sudut teknik penulisan... Sebab itu bukan kepakaran saya.
Cuma nak luahkan perasaan sepanjang membaca naskah ini yang penuh dengan nasihat dan teguran yang lemah lembut dan bersahaja.
Menarik.
Walaupun pada awalnya boleh agak cerita ni bagaimana. Tapi itu tak menjadi masalah bagi saya. Lagipun jalan cerita begini boleh dikatakan 'hot' juga pada tahun 2014 dan sebelumnya. Cuma saya tak sangka, awareness tentang kesihatan mental sudah dibawa dalam novel. Dan, bagi saya penulis berjaya ketengahkan isu tersebut dalam naskah beliau.
Bukan cinta semata-mata. Tetapi berkait juga dengan genre slice of life.
Akan diulang baca pada masa akan datang sebab tersenarai dalam one of my comfort reading list.