“Ilmu apa yang awak guna sampai saya suka dekat awak? Saya tak boleh nak membenci awak. Bayangan awak sentiasa menghantui diri saya setiap hari. Saya akan jadi gila kalau saya tak nampak awak. Saya rindu sangat dengan awak.”
Bagi Edryka, mamat sepet itu tidak sesuai untuk dijadikan bakal suami untuk dirinya. Katalah apa pun, Edryka tetap menafikan yang dia sudah mula sukakan Rain yang romantik dan pandai menarik perhatiannya itu.
Rain nekad. Walaupun Edryka cuba menjauhkan diri, namun semakin giat dia cuba menawan hati si gadis jual mahal itu. Baginya, melepaskan Edryka, suatu yang akan menjadi penyesalan kerana takkan wujud gadis lain sepertinya.
Tetapi sungguhkah Rain memaksudkan segala janji-janji manisnya agar Edryka menyerah diri kepadanya? Ataupun hanya kerana rahsia yang disimpannya menyebabkan dia harus memiliki Edryka?
Impian Rain untuk bahagia bersama Edryka mendapat tantangan daripada insan lain yang turut menyimpan perasaan terhadapnya. Sehinggakan nyawa menjadi pertaruhan sekaligus Rain menyangka dia bakal kehilangan masa depan yang dia inginkan.
“Ini bukan cinta terlarang. Ini satu cinta yang suci. Saya sedar saya memang tak boleh hidup tanpa awak. Cinta yang suci dan ikhlas akan merasa sakit bila orang yang dicintai dan disayangi meninggalkan kita. Kenapa awak perlu pergi? Susah sangat ke awak
Semoga penulis akan terus berjuang dan berikan yang terbaik. Cerita ini simple aje. Ia mengenai perjalanan kisah cinta Rain Danial dan Edryka Natasha sehingga mereka bernikah. Rain adalah seorang artis terkenal di Korea tetapi dia mengambil keputusan untuk mengikut familinya pulang ke Malaysia untuk melarikan diri dari Katrina yang sangat obsess dengan dirinya. Edryka pula anak teman baik papa Rain. Dia adalah seorang anak yang manja dengan famili tetapi beku dengan semua teman lelaki di kuliahnya. Ini adalah kerana pengalaman lalu yang mengecewakan dirinya. Rain jatuh cinta pandang pertama dengan Edryka lalu berusaha untuk meraih cinta Edryka. Bila mereka bertunang, ia adalah detik bermula semua dugaan terhadap cinta mereka. Katrina dan Selly tidak berhenti untuk cuba menggoda Rain dan cuba untuk memisahkan mereka. Rain dan Edryka akhirnya dapat juga diijabkabulkan dan Selly dan Katrina dapat balasan yang setimpal akan perbuatan mereka. Saya kurang selesa dengan kelakuan lepas-laku dua watak protaganis dalam cerita ini. Mereka tahu hukum dan berbicara tentang agama tetapi ia tidak sesuai dengan kelakuan mereka. So it makes it rather contradictory. Dialog juga agak terlebih sehingga hilang fokus. Ia macam membebel dan sangat meleret pula. Tetapi penulis ini bijak mengayat. Sampai terpukau juga. Ending pula agak mendadak dengan pembalasan yang ngeri. Mungkin hendakkan ending yang ada 'poetic justice' agaknya? Continue writing, your ideas flow well and you have a gift of the language but remember your role as a writer. You have the responsibility to educate the masses.
Awal pagi akak bangun baca novel ni dek non. Hahaha. Patutnya solat tahajjud ke kan. (-_-')
Cover novel ni serius tak menarik pun. Nasib baik tajuknya buat hati nak baca.
Rain, jejaka kacukan Korea-Malaysia (Melayu), jatuh cinta pandang pertama dengan Edryka di perpustakaan. Edryka yang pernah gagal dalam percintaan buat endah tak endah saja dengan jejaka mata sepet tu.
Jadi novel ni banyak ke arah Rain nak memikat Edryka. Dah masing-masing terpikat, muncul pula pengejar cinta si Rain cuba memutuskan ikatan yang terbina.
Rasa macam tonton drama Korea pula. Dan seperti drama Korea lain, saya rasa pasangan kedua lebih menarik dari pasangan utama. Heh.
Terkejut juga bila jumpa blog penulis. Saya memang suka research dulu sesuatu novel sebelum beli. Kau ingat murah dek non novel ni. Rupanya penulisnya lelaki. Ini penulis lelaki kedua yang tulis novel romantis. Selalunya tulis misteri atau seram je.
Syabas saya ucapkan. Cuma kalau boleh, dialog tu pendekkan sikit. Dah berjela pula rasanya dan terkadang rasa, semua watak memang kepoh ke. Sekali dapat peluang, cakap tak berhenti. Huhu.
Ada beberapa ayat cinta yang sebenarnya quote yang diMelayukan. Kira halal la. Haha.