Jump to ratings and reviews
Rate this book

Life Savior

Rate this book
Life Savior – Bianglala_Niskala

Mudahkan jalannya ke syurga…

“I don’t need your favour even if you are the last person in this world!” – Zulaikha.

Ironinya, kata-kata itu akhirnya menghantui dirinya. Setiap kali hidupnya dilanda musibah dan dia - Diva Zula, sering mencetus masalah. Luqman—lelaki yang dia sangka membencinya—tetap hadir, walau tanpa diminta.

“Kalau kau lelaki, dah lama aku bagi penumbuk supaya kau tahu nak dengar arahan!” – Luqman.

Di sebalik semua itu, Amal, lelaki yang menyimpan perasaan mendalam terhadap Zulaikha, tidak pernah berputus asa meski cintanya tidak berbalas.

“And my second song I dedicate it to Zulaikha Zulkifli. I hope you will like it…”

Kehidupan Zulaikha yang ceria bertukar kelam apabila keluarganya terkorban dalam satu kemalangan tragis. Dunia seakan-akan terhenti, dan dia menyepi dalam kedukaan. Namun, takdir masih punya rencana—Zulaikha dipertemukan semula dengan Luqman, kali ini kerana seekor kambing!

“Maaflah Encik Luqman, saya tak dengar tadi. Ehem, Encik Luqman cari kambing ya?” – Zulaikha.

“Eh, taklah. Saya cari laptop. Model apa ya ada kat sini? Saya datang sini, mestilah nak cari kambing. Soalan awak tu, budak tiga tahun pun boleh annoying, tahu tak? Ni, bos awak mana ya?!” – Luqman.

Dua tahun berlalu, namun masih ada seseorang yang setia menanti.

“Zula, abang tetap akan tunggu Zula. Ambillah berapa banyak masa yang Zula nak, abang tetap di sini tunggu Zula…”

Namun, takdir sekali lagi menguji. Zulaikha dipersalahkan, dianggap sebagai perempuan pembawa malang. Hatinya yang terluka hampir hancur dan saat dia jatuh paling dalam, lelaki itu muncul lagi.

“Amal pasti paling sedih bila mak cik cakap macam tu pada orang yang dia cintai, pasti dia kecewa dengan mak cik.”

Suara itu tanpa nada, seolah-olah sarat dengan beban perasaan.

Dia melangkah pergi, meninggalkan Zulaikha terkaku. Pandangannya yang penuh sayu menyentuh jiwa Zulaikha, dan akhirnya, air mata yang sekian lama ditahan, jatuh jua. Saat hidupnya bergelora, adakah si dia sentiasa ada? Setia menjadi penyelamat pada saat paling memerlukan.

505 pages, Paperback

First published November 1, 2024

8 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (22%)
4 stars
4 (44%)
3 stars
3 (33%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,039 reviews196 followers
March 29, 2025
Sediakan tissue

Sedih giler. F nangis kaw² masa family Zulaikha meninggal masa on the way ke tempat zula untuk celebrate birthday.

Sebab itu, Zula berhenti study dan mengasingkan diri.

F rasa sukar nak buat review tentang karya ini. Sebab sedihhhh.... bertimpa² dia kena.

Family tiada... dia sorang je tinggal
Bakal suami Amal pun meninggal pada hari perkahwinan
Sampai mak arwah Amal tampar Zula dan tuduh Zula pembawa malang

Zula pun takut nak bercinta lagi... takut membawa malang. Tapi kan elok sangat jodoh Zulaikha dan Luqman ni... masing² cepat sentap... cepat angin... cepat berasap 😄
Profile Image for Eisya.
187 reviews4 followers
November 5, 2025
Best saya suka cerita ni. Kesian dengan kisah hidup zula. Bertimpa- timpa masalah yang dihadapi..sediakan tisu ye.. 2 3 kali juga buat saya😭 .. tambah-tambah part family dia accident masa tu irah tengah call dia nak buat birthday suprise nak datang ke tempat belajar zula. last2 menjadi sebuah tragedi yang memilukan dimana semua ahli keluarganya terkorban dalam kemalangan.

Saya paling suka bila part zula dengan luqman… diorg mmg nmpk sepadan. Zula pernah bagitau semasa camping yang luqman ni life savior dia.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.