Wahai Allah. janjiMu benar sekali. Wahai kekasih Allah, Nabi SAW. Terima kasih atas ajaranmu. Semua íní adalah sebuah anugerah terbesar dalam hidupku
Nur Faiza Kembar Nur Fadhila. Masa lalunya langsung tidak enak untuk dibaca. Perbuatannya dulu masih menjadi perbualan orang ramai. Cemuhan tak berhenti bagai sungai yang mengalir.
Sepuluh tahun sudah berlalu, Nur Faiza masih takut mahu kembali ke tanah air. Dia tidak mampu menerima kata nista mahupun cemuhan orang. Perbuatannya dahulu sudah terbongkar, Nur Faiza benar-benar menyesal.
Oleh kerana sebuah eksiden, Nur Faiza memberanikan diri untuk pulang ke Malaysia. Namun. dia tidak menjangka nasibnya kian menjadi keruh
"Aku ceraikan kau!" Zul
Zulkarnian Zakrul Dahulu pernah menjadi sahabat baik untuk Faiza, namun kini berubah menjadi musuh. Dia adalah lelaki yang sigap tetapi emosinya mudah tergugah.
Hari demi hari, Nur Faiza mula berani membuka bab baharu dalam hidupnya. Dia mahu berubah. Tujuannya hanya satu. Redha Allah menjadi sasaran. Pelbagai duri perlu dirempuh walau jejaknya sudah meninggalkan darah. Baru Nur Faiza mahu meraih kemanisan hijrah, sebuah tragedi merandai hidupnya.
"Kita rujuk semula. Aku merayul"-Zul.
Ini bukan kisah cinta yang antara dia dan dia tetapi ini adalah sebuah kisah cinta antara Nur Faiza dan Allah.
"Aku seorang pendosa yang sedang berusaha keluar dari kegelapan masa silam. Aku berharap Allah menerima setiap langkahku menuju kepadaNya."
Nama pena AidanJannah atau Luce del Cielo. Seorang jurutera animasi, robotik, pemesinan industri dan soft yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun. Pengajian terakhir beliau adalah Diploma Mekatronik di Politeknik Port Dickson. Selain itu, beliau membuat kerja sampingan iaitu menerima tempahan melukis dan menulis. Malah beliau dahulu adalah pengasas semuah jenama doodlemuslimah.
Awal² F nak mentioned RECOMMEND this beautiful piece to anyone 💜🩷
Please read!
Best Awesome Beautifully written Hats off to author
Ana Najah is the second book in twin series. 1st book Ana Fadhl about Fadhila her twin. So Ana Najah about the new of Faiza.
Please standby tissue. You will cry. Every words yang penulis tulis dalam karya ini.. Allahuakhbar sangat² insaf. Author buat homework and F as a reader rasa kagum dengan penulisan author yang semakin bagus. Alhamdulillah 😊
I was just captivated by the story and Iza @ Faiza is wonderful character and I just didn’t want it to end. This story just had my emotions all over the place. I cried and cried.
Zul, dari awal I dont like you... even almost to the end also I still dont like you. Whatever you did to Iza, sangat² cruel. Iza dah berubah ke arah kebaikan.. if uols baca kebaikan Iza.. Allah.. F nangis. Iza betul² ke arah kebaikan malah lagi hebat.
Scene Dila jumpa Iza balik, melalak² F. Iza dibuang keluarga, kawan² hina dia... suami pulak gantung dia tak bertali selama 10 tahun. 10 tahun adalah jangka masa yang lama tapi sikit pun Iza dont bother because dia anggap itu kifarah for her towards others.
Iza cuma nak kemaafan. Hanya maaf dari mereka² yang Iza pernah sakiti.
Ending - happy for Iza. She deserve it.
Iffah - Dahlah aniaya Iza, you aibkan dia.. you viralkan dia. Sampai ke sudah tak berubah.
Zul betul Uwais kata... jangan menyesal bila orang itu dah tiada.
Great book.. it really keeps you on your toes.
Terima kasih atas cerita yang hebat!
Ps : typo ada fews sampai F kena ulang baca balik. I maafkan.. yang sempurna hanya dari Allah.
Wow. Just wow. Faiza really amazed me. Dari pendosa ke pentaubat. Aku suka gila bila Faiza tak kahwin balik dengan Zul. He really deserved that kind of fate. Lepas dapat tahu the truth, baru nak terhegeh dekat Faiza. 😒
Thumbs up to the author. This is the best piece of your work aside from Luth. 😍🥰
1. Sambungan Ana Fadhl. Dalam Ana Fadhl kita tak tahu apa jadi dengan Faiza kan. Tiba2 hilang macam tu je. Ana Najah ni kisah Faiza pulak. Faiza dah insaf & want to became a better muslim. Banyak sangat dugaan dan cabaran. Kisah hidup Faiza sangat tragis ye. Aku tak tahu berapa kali air mata bergenang bila baca.
2. Zul - dari Ana Fadhl aku benci gila mamat ni. Even masa dia dah sedar dari kesilapan dia pun aku tetap benci. Dan sampai ke sudah lah aku benci 🤣 Dengan bff sendiri pun kau tak percaya. Bodoh sombong pulak taknak dengan explaination. Buat assumption sendiri sampai ke sudah. Tak ada empathy pulak tu. Kau orang ke shaitoon?!! Tolong lah nasib baik Faiza tak sempat get back dengan dia. Kalau tak memang aku bakar buku ni 😆
3. Iffah - ni lagi sekor mother of all shaitoon. Shaitoon pun tabik dengan si Iffah ni. Memang sejenis pendengki, busuk hati, tamak, tak boleh tengok orang lain bahagia, tikam belakang member, banyak lagilah. Orang macam ni kau buat baik la macam mana pun dengan dia, dia tetap baling taik kat kau. Manusia macam ni lah golongan yang disebut dalam al-Baqarah ayat 18.
Summun bukmun umyun fahum laa yarji'uun
"(Mereka) tuli, bisu, lagi buta, sehingga mereka tidak dapat kembali.
Orang macam ni baik " shoot to kill" je . No remorse, pure evil.
4. Nasib baik la Fadhila ada. Tak give up dia cari kembar dia. Lepas jumpa Fadhila baru Faiza dapat rasa happy sikit. Dok layan anak2 sedara. At least dia sempat la feel a lil bit of happiness 😢
5. Emak Faiza dan Fadhila apahal teruk sangat? Dasar orang tua hilang akal. Tak beriman dengan Qada' & Qadar. Aku speechless dia boleh belasah anak dia masa Faiza datang jumpa. What kind of mother are you. Sedangkan Tuhan itu Maha Pengampun. Are you above God? No, are you even her mother??? Mak tiri Cinderella pun speechless dengan kau.
6. Buku ni sad ending tapi aku puas hati gila. She can finally rest in peace, back to her true love, back to the arms of God. You did so well girl, you can stop fighting now 🥲
This entire review has been hidden because of spoilers.
Sayang untuk habiskan. Susahnya juga mencari buku yang menepati mood untuk habiskan.
Ana Najah memberi mesej tentang memohon kemaafan. Kisah ingin mencapai najah di pengakhiran hidup.
Boleh jadi yang paling jahat, paling jahil di masa lalu menjadi individu yang sangat dekat dengan Allah dan agama pada akhirnya.
Kisah Faiza yang pernah melakukan kejahatan. Tetapi bila ditinggalkan sendiri di negara asing, hidayah mula menerpa bila dia banyak belajar untuk bersyukur.
Kenapa selepas 10 tahun semua kisah mula berjalan? Rupanya angkara si dia yang tidak disangka-sangka menyebabkan semua mula ‘nampak’ dan jumpa dengan Iza.
Biasanya kalau baca novel, ternanti-nanti scene hero dan heroin. Untuk buku ni, sentiasa ternanti scene Faiza je. Ada je scene dia yang memberi kesan kepada saya selaku pembaca. Boleh rasa usaha dia untuk berubah. Sangat kuat walaupun ramai duk sibuk mengata dia lagi.
Untuk Zul, saya puas hati apabila Iza tak nak rujuk dengan dia. Tapi sikap mendesak dia tu, Ya Ampun!! Menguji ye. Duk sibuk bukan yang pertama. 😮💨
Jangan jadi macam saya, dah baca baru tahu ini buku kedua. Better baca yang Ana fadhl barulah dapat memahami semua watak kenapa mereka begitu. Senang cakap watak Zul dari awal (zaman belajar sampai cerai) sampai habis memang buruk betul perangai. Padahal dia suka mengambil kesempatan dekat Faiza (member banyak tolong tau) pastu banyak cekadak macam kau paling terseksa.
Jangan terlalu mudah untuk menghukum seseorang pendosa atau tidak kerana pengakhirannya kita tak tahu macam mana..
Begitu la juga dengan pengakhiran Nur Faiza dalam cerita ni..Dari seorang yang melakukan macam2 dosa kepada seorang yang sangat taat dekat Allah sampai hujung nyawa.
Dari punyai semuanya sampai ditinggalkan seorang diri di negara orang tanpa apa-apa penjelasan daripada seorang suami..
Selepas 10 tahun baru suami cari dia balik dan pulangkan semua dokument diri untuk Faiza pulang ke Malaysia itu pun selepas kena ugut dengan Kembar Faiza..Kalau tak sampai kesudah Faiza dalam keadaan disihir..
Sampai-sampai Malaysia..sekali lagi Faiza diabaikan oleh suami dia.. so dekat situ la bermula penghijrahan NUr Faiza..Dan dekat Malaysia juga la satu-satu dugaan yang Faiza lalui seorang diri..
Jadi kalau korang nak tahu apa jadi dekat Faiza boleh la korang dapatkan masa PBAKL nanti atau bila je online ok..
Muni recommend cerita ni sebab sampai tersedu-sedu nangis dengan apa yang jadi dekat Faiza,,
Beautiful writing. Cerita tentang penghijrahan, pengorbanan dan peluang ke dua. Ayat-ayat indah mendidik hati untuk berdamai dengan takdir. Nasihat daripada ayat-ayat alQuran banyak diselit dalam cerita ini.